1 / 41

Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari

Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari. Profesor Dato’ Dr. Mansor Md. Isa Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya

andra
Télécharger la présentation

Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari Profesor Dato’ Dr. Mansor Md. Isa Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Dibentangkan pada Seminar Islam Hadhari, Anjuran Jabatan Perdana Menteri Malaysia untuk Pelajar-Pelajar Malaysia di Morocco, Rabat, 17-18 Julai 2007.

  2. Pengukuhan Ekonomi Umat Islam Menjamin Kecemerlangan Islam Hadhari Kandungan • Pengertian ekonomi • Tuntutan Islam dalam pemantapan ekonomi • Penekaran Ekonomi dalam Islam Hadhari • Situasi ekonomi umat Islam masa kini • Situasi ekonomi umat Islam di Malaysia – suatu realiti • Memainkan peranan yang berkesan

  3. Apa itu Ekonomi? • Suatu bidang ilmu yang menerangkan gelagat manusia membuat keputusan penggunaan daripada sumber-sumber yang terhad, untuk mencapai tahap “kepuasan” yang maksimum. • Ciri: Pendapatan adalah terhad. Keperluan tiada had. • Contoh: Bagaimana kita mengagihkan pendapatan bulanan kepada pelbagai keperluan.

  4. Tuntutan Islam dalam pembangunan Ekonomi

  5. Tuntutan Islam dalam Ekonomi Maksudnya:" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu dari dunia, dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu, dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.” (al-Qasas ayat 77)

  6. Tuntutan Islam dalam Ekonomi • “Apabila selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu dimuka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa-apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta berbanyaklah mengingati Allah ( dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).” (Surah Al-Jumaat, 10)

  7. Implikasi dari ayat-ayat tersebut • Kita dituntut untuk mencapai kejayaan di dunia (dan akhirat). • Pekerjaan untuk dunia dan untuk akhirat bukanlah “saling menyingkiri”. • Kejayaan ekonomi membolehkan umat Islam berdaya saing di arena dunia.

  8. Kepentingan Ekonomi dalam Kehidupan • Kebahagiaan hidup seseorang di dunia ini amat dipengaruhi oleh nilai kewangan yang dimilikinya. • Islam amat menggalakkan umatnya agar berusaha memperbaiki dan memantapkan ekonomi diri dan keluarga serta juga umat Islam seluruhnya. • Namun begitu realitinya ialah kedudukan ekonomi umat Islam di dunia hari ini pada amnya sangat mundur berbanding pencapaian orang bukan Islam. Dan ini bertentangan dengan kehendak Islam.

  9. Kepentingan Ekonomi dalam Kehidupan • Kemunduran ekonomi umat Islam pada hari ini, sebahagiannya berpunca dari kegagalan umat Islam sendiri yang tidak menghayati ajaran Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap lagi sempurna. • Kita tidak harus mengabaikan tuntutan hidup di dunia hanya kerana mahukan kehidupan di akhirat, sedangkan kehidupan di dunia adalah jambatan untuk kehidupan di akhirat. • Supaya umat Islam menjadi orang yang maju dan dihormati, kita harus bangkit dan berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi masing-masing. Ini adalah konsep “jihad” yang mesti dipegang oleh umat Islam.

  10. Ekonomi dalam Islam Hadhari • Prinsip ke 5 Islam Hadhari • Pembangunan Ekonomi yang Seimbang dan Komprehensif • Seimbang dari segi akhlak dan aktiviti ekonomi • Komprehensif dari segi mencakupi individu, keluarg, masyarakat, sektor swasta dan sektor kerajaan • Untuk mencapai keadilan dan kestablilan dalam pembangunan ekonomi

  11. Situasi Ekonomi Umat Islam di Dunia: Suatu realiti

  12. Pendapatan Per Kapita, 2004 Source: IMF

  13. Situasi Ekonomi Umat Islam di Malaysia – Suatu Realiti

  14. Isu sosio-ekonomi pada tahun 60an • Kaum terbahagi dengan jelas mengikut pekerjaan yang dilakukan: • Melayu: penduduk desa, pertanian tradisi, perikanan tradisi, pendapatan rendah. • China: penduduk bandar, lombong bijih, pemilik kedai, aktiviti perdagangan dan pembuatan, pendapatan tinggi. • Indian: pekerja ladang, boroh, perniagaan kecil, pendapatan rendah dan sederhana. • Ketakseimbangan ekonomi yang besar menyebabkan ketegangan kaum. • Pada tahun 1969 pergaduhan kaum.

  15. Isu sosio-ekonomi pada tahun 60an – samb. • Reformasi ekonomi yang segera perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perkauman. • Objektif reformasi ialah menyelesaikan jurang ekonomi antara kaum. • Lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) untuk “membantu” orang Melayu memajukan kedudukan sosio-ekonomi mereka, dan tidak “menekan” kaum lain.

  16. Dasar Ekonomi Baru (DEB) • Rancangan pembangunan 20-tahun, 1971-1990 • Matlamat serampang dua mata: • Menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum, dan • Menyusun semula masyarakat supaya tidak wujud pengenalan kaum melalui pekerjaan. • Falsafah: PERTUMBUHAN DENGAN PERSAMAAN (growth with equity). • Iaitu mengagih semula pendapatan melalui pertumbuhan ekonomi untuk mencapai keseimbangan kaum – dari segi taraf sosial dan ekonomi.

  17. Strategi DEB untuk menghapus kemiskinan • Wujudkan peluang pekerjaan melalui FDI, program perindustrian. • Meningkatkan produktiviti – pemodenan pertanian, latihan sumber manusia. • Pembangunan desa – infrastruktur, sekolah, khidmat kesihatan, pengangkutan desa, pembangunan tanah, dan skim pemulihan.

  18. Strategi DEB - menyusun semula masyarakat • Menyediakan peluang latihan dan pendidikan. • Memastikan kota bumiputera dipenuhi pada setiap tingkat pengurusan korporat. • Menyusun semula pemilikan korporat. • Menggalakkan penyertaan Melayu/ Bumiputera dalam kegiatan perdagangan dan perindustrian.

  19. Adakah DEB berjaya?

  20. Jadual 1: Pembasmian kemiskinan – pendapatan isi rumah

  21. Jadual 2: Pembasmian kemiskinan – tingkat kemiskinan

  22. Jadual 3: Penyusunan semula masyarakat – gunatenaga mengikut sektor

  23. Jadual 4: Penyusunan semula masyarakat – pemilikan ekuiti korporat

  24. Adakah dasar selepas DEB berjaya membantu orang Melayu?

  25. Jadual 5: Perbandingan Pendapatan Isi Rumah di antara kaum, 1970-2004 Gr % = Kadar pertumbuhan tahunan dari tahun 1990 hingga 2004.

  26. Jadual 6: Kedudukan pada tahun 2020: Dua Senario a: Kadar pertumbuhan semasa M,C,I : 8%, 7%, 8%. b: Kadar pertumbuhan berstrategi M,C,I : 11%, 8%, 9%.

  27. Apakah realitinya? • Kadar pertumbuhan pendapatan hampir sama di antara kaum. • Nisbah pendapatan bagi setiap RM keluarga Melayu juga agak malar, kecuali pada tahun 2004. • Ini bermakna sukar kaum Melayu untuk merapatkan jurang ekonomi dengan kadar semasa. • Memerlukan satu “strategi khusus” yang berkesan untuk “menolak keluar” kaum Melayu dari putaran malar ini.

  28. Strategi Khusus Diperlukan Kenalpasti dan bangunkan masyarakat yang masih ketinggalan: • Kawasan yang tidak membangun – negeri pantai timur, negeri utara, kawasan luar bandar, penduduk bandar yang terpinggir. • Masayarakat berpendapatan rendah dan sederhana. • Masyarakat berpendidikan rendah dan sederhana (tidak di peringkat universiti atau teknikal).

  29. Memainkan Peranan yang Berkesan

  30. Apa perana kita? “Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari bahan galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita. Maka kita menjadi pengguna, bukannya pengeluar; kita menjadi pengimpot bukannya pengekspot. Kadangkala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun .” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Aina al-Khalal, h.12-13, Beirut: Muassasah al-Risalah)

  31. Apa peranan kita? Di peringkat individu dan keluarga

  32. Aktiviti berbentuk ekonomi • Apa peranan kita sebagai lepasan pengajian agama dalam pembangunan ekonomi umat Islam di Malaysia? • Terlibat secara langsung • Jadi usahawan • Mantapkan ekonomi diri dan keluarga • Penglibatan tak langsung • Beri kesedaran dan motivasi • Tunjuk contoh tauladan yang sesuai

  33. Menjayakan ekonomi keluarga • Mengurus pendapatan supaya: • Stabil • Membesar • Mencukupi • Mengurus perbelanjaan supaya: • Tidak melebihi pendapatan • Mencapai kehidupan selesa • Ada lebihan – simpanan/ pelaburan

  34. Mengurus Pendapatan • Pelbagai punca pendapatan: • Penggajian, elauns, bonus • Perniagaan – perniagaan bergerak, perniagaan kecil, perkongsian, ejen kewangan, SOHO, MLM, dsb • Pelaburan – saham amanah, hartanah • Sewaan harta tetap – tanah, rumah, kereta • Menggunakan kepakaran – menulis, membaiki komputer, pakar motivasi, dsb. • Bertani untuk komersil – berkebun, berternak, • Fikirkan dan usahakan penambahan pendapatan • Fikirkan dan usahakan pempelbagaian pendapatan

  35. Apa peranan kita? Di peringkat masyarakat dan antarabangsa

  36. Mewujudkan rangkaian ekonomi • Bantu ekonomi umat Islam – dalam negeri dan di peringkat antarabangsa. • Masyarakat muslim perlu membantu membantu membeli produk-produk keluaran saudara-saudara muslim, tanpa perlu memulaukan barangan ‘orang lain’. • Para peniaga muslim menghadapi cabaran di sudut persaingan dan juga rangkaian pembekal dan hiliran. • Keluaran muslim agak sukar menembusi pasar raya besar milik bukan. Kedai yang dimiliki oleh umat Islam dan produk muslim juga terhad. • Lebih daripada itu, kita dapati agak sukar selain daripada muslim membeli produk umat Islam.

  37. Isu makanan halal • Umat Islam menghadapi kepayahan untuk apabila bIsuerada dinegara bukan Islam. Kesempatan perlu ini diambil agar memastikan keselamatan umat Islam dalam soal makanan. • Disamping menjadi pengguna, kita juga harus menjadi pengeluar. • Usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia hab halal adalah suatu langkah untuk memastikan kitaran ekonomi di kalangan umat Islam. • Adakah peluang ini direbut sepenuhnya oleh usahawan Islam?

  38. Peluang dari ketegangan Barat-Islam • Ketegangan antara Barat dan umat Islam sejak peristiwa 911 membuka banyak peluang untuk memajukan ekonomi umat Islam: • Pelancungan • Pelaburan • Pendidikan • Pekerjaan • Rangkaian impot-ekspot

  39. Perbankan Islam • Walaupun meningkat dari tahun ke tahun, namun peratusannya di bawah 10% dari jumlah urusniaga perbankan negara. • Mengapa umat Islam tidak bersatu padu menyokong perbankan Islam? • Kurang kesedaran? • Kurang keperluan/ kemampuan? • Tidak mesra pelanggan? • Produk tidak berdaya saing?

  40. Kesimpulan • Perjuangan menegakkan ekonomi yang dapat membina kekuatan ummah adalah tanggungjawab setiap muslim zaman ini. • Menjadi ”pengeluar” adalah fardhu kifayah. • Menjadi ”pengguna” adalah fardhu ’ain.

  41. Terima kasih

More Related