1 / 20

PENGEKOSAN

BAB 15. PENGEKOSAN. KERJA. Apa yang perlu anda tahu ???. 1.Definisi Pengekosan Kerja. 2. Ciri – Ciri Pengekosan Kerja. 3. Perbandingan Sistem Pengekosan Sebenar dan Sistem Pengekosan Normal. 4. Penentuan Kos Produk Seunit. 5. Asas Pengiraan Kadar Overhed Kilang Pratentu.

ashley
Télécharger la présentation

PENGEKOSAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 15 PENGEKOSAN KERJA

  2. Apa yang perlu anda tahu ??? 1.Definisi Pengekosan Kerja 2. Ciri – Ciri Pengekosan Kerja 3. Perbandingan Sistem Pengekosan Sebenar dan Sistem Pengekosan Normal 4. Penentuan Kos Produk Seunit 5. Asas Pengiraan Kadar Overhed Kilang Pratentu 6. Pelarasan Overhed Kilang Terlebih Serap dan Terkurang Serap 7. Penggunaan Dokumen Sumber dan Lembaran Kos Kerja 8.Catatan Jurnal dalam Pengekosan Kerja

  3. PENGENALAN PENGEKOSAN PRODUK • Kos yang terlibat dengan pengeluaran sesuatu produk perlu dikira @ ditentukan bagi tujuan mengira kos purata seunit produk. • 2 sistem pengekosan produk yang utama : - PENGEKOSAN KERJA PENGEKOSAN PROSES • Penggunaan bergantung kepada  Jenis Keluaran  Kaedah Pengeluaran Produk PENGEKOSAN KERJA

  4. DEFINISI • Kaedah untuk mengumpul dan menentukan kos pengeluaran berdasarkan setiap pesanan dari pelanggan. • Panduan untuk meletakkan harga jualan. • Contoh : Membuat kad jemputan perkahwinan Membuat perabot yang ditempah PENGEKOSAN KERJA

  5. ALIRAN KOS DALAM PENGEKOSAN KERJA PENGEKOSAN KERJA Menu Utama

  6. CIRI – CIRI PENGEKOSAN KERJA • Produk yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada tempahan pelanggan. • Kos – kos yang terlibat dapat dikesan dan dikenalpasti bagi sesuatu pengeluaran. ( Kos yang terlibat dikumpul dan direkod secara berasingan untuk setiap kerja sehingga kerja siap ) • Produk yang dihasilkan biasanya lebih daripada satu jenis dan boleh dibezakan antara satu sama lain mengikut spesifikasi pelanggan. PENGEKOSAN KERJA Menu Utama

  7. PERBANDINGAN SISTEM PENGEKOSAN SEBENAR DAN SISTEM PENGEKOSAN NORMAL • Dua sistem boleh digunakan dalam pengiraan kos seunit : 1. Sistem Kos Sebenar 2. Sistem Kos Normal • Sistem kos sebenar mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan overhed kilang sebenar. • Sistem kos normal mengambilkira kos bahan langsung sebenar, kos buruh langsung sebenar dan overhed kilang diserap. PENGEKOSAN KERJA Menu Utama

  8. PENENTUAN KOS PRODUK SEUNIT - MENGGUNAKAN SISTEM KOS NORMAL RM Bahan Mentah Langsung Sebenar XX Buruh Langsung Sebenar XX Overhed Diserap XX Kos Produk Seunit XX PENGEKOSAN KERJA

  9. Sambungan… • Kos Overhed Perkilangan diserap kepada produk menggunakan Kadar Overhed Pratentu ( KOP ) • Formula KOP : Kadar Overhed = Anggaran Overhed Tahunan Pratentu (KOP) Anggaran Asas AktivitiTahunan PENGEKOSAN KERJA

  10. Contoh Pengiraan Kos Produk Seunit Bahan Langsung RM 25 000 Buruh Langsung RM 32 500 Overhed Diserap RM 19 500 RM 77 000 Jika ada Kerja Dalam Proses Awal pengiraan Kos Produk Seunit adalah seperti berikut : Kerja Dalam Proses Awal RM 9 750 Bahan Langsung RM 25 000 Buruh Langsung RM 32 500 Overhed Diserap RM 19 500 RM 86 750 PENGEKOSAN KERJA

  11. Asas pengiraan KOP Jam Buruh Langsung RM Kos Buruh Langsung % Jam Mesin RM Kos Bahan Langsung % PENGEKOSAN KERJA Unit Keluaran RM Lihat Contoh

  12. Contoh Syarikat Ahlan Anggaran Kos Pengeluaran Barang Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2004 Bahan Langsung RM 850 000 Buruh Langsung 215 000 Kos Prima RM 1 065 000 Overhed: Sewa Bangunan Kilang RM 50 000 Buruh Tidak Langsung 60 000 Elektrik 45 000 Penyeliaan 40 000 Insurans & Cukai Harta Benda Kilang 30 000 Susutnilai Bangunan Kilang 120 000 Jumlah Overhed 345 000 Jumlah Kos Pengeluaran RM 1 410 000 PENGEKOSAN KERJA

  13. Anda Dikehendaki : Kirakan Kadar Overhed kilang yang perlu diserapkan ke dalam pengeluaran dengan menggunakan asas – asas berikut: 1. Jam Buruh Langsung dengan andaian jam buruh langsung yang dianggarkan pada tahun tersebut ialah 20 000 jam. 2. Jam Mesin dengan andaian jam mesin yang dianggarkan pada tahun tersebut ialah 35 000 jam. 3. Kos Buruh Langsung. 4. Kos Bahan Langsung. PENGEKOSAN KERJA Penyelesaian

  14. Penyelesaian Langkah 1 : Kenalpasti jumlah anggaran overhed kilang. Langkah 2 : Kenalpasti Asas Aktiviti yang digunakan dan berapa anggarannya. 1. Jam Buruh Langsung = RM 345 000 = RM 17.25/jbl 20 000 jbl 2. Jam Mesin = RM 345 000 = RM 9.86/jm 35 000 jm 3. Kos Buruh Langsung = RM 345 000 x 100% = 160.47% RM 215 000 4. Kos Bahan Langsung = RM 345 000 x 100% = 40.59% RM 850 000 PENGEKOSAN KERJA Cuba Buat

  15. Cuba ini Syarikat Seri Bayu mengeluar dua jenis produk yang diberi nama Din dan Don. Pada awal tahun 2000, Pengurus kilang telah memberi maklumat anggaran seperti berikut: Overhed Perkilangan RM 500 000 Jam Mesin 200 000 jam Jam Buruh Langsung 100 000 jam Kos Buruh Langsung RM 650 000 Kos Bahan Langsung RM 450 000 Unit Keluaran 75 000 unit Dikehendaki : Kira Kadar Overhed Pratentu(KOP) menggunakan asas aktiviti berikut: a) Jam Mesin b) Jam Buruh Langsung c) Unit Keluaran d) Kos Buruh Langsung e) Kos Bahan Langsung PENGEKOSAN KERJA

  16. RM500,000 200,000 jam RM 2.50/ JM PENGEKOSAN KERJA

  17. RM500,000 100,000 jam RM 5.00 / JBL PENGEKOSAN KERJA

  18. RM500,000 75,000 unit RM 6.67 / unit PENGEKOSAN KERJA

  19. RM500,000 RM650,000 76.92% PENGEKOSAN KERJA

  20. RM500,000 RM450,000 111% PENGEKOSAN KERJA

More Related