1 / 91

SALAM PENGENALAN P 5601

BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN. P O L I T E K N I K K O T A B H A R U. SALAM PENGENALAN P 5601. PENGURUSAN PENGELUARAN (PRODUCTION MANAGEMENT) Disediakan oleh: Kapt Che Marzuki Bin Che Hussin Pensyarah Jabatan Perdagangan. BAB 1: PENGENALAN. 1.0 APA ITU PENGURUSAN

bridie
Télécharger la présentation

SALAM PENGENALAN P 5601

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BERSAMA MENCIPTA KECEMERLANGAN P O L I T E K N I K K O T A B H A R U SALAM PENGENALAN P 5601 PENGURUSAN PENGELUARAN (PRODUCTION MANAGEMENT) Disediakan oleh: Kapt Che Marzuki Bin Che Hussin Pensyarah Jabatan Perdagangan

  2. BAB 1: PENGENALAN • 1.0 APA ITU PENGURUSAN PENGELUARAN? - Pengurusan Pengeluaran merujuk kepada bagaimana firma menggunakan teknologi akhir (Faktor pengeluaran - Input) secara maksimum dan cekap bagi mengeluarkan barangan atau perkhidmatan (Output) bagi memenuhi permintaan dan kehendak pelaggan

  3. 2 KOMPONEN UTAMA PP • 2.1 KEWANGAN/MODAL * Diperlukan dalam mengeluarkan barang atau perkhidmatan dan digunakan untuk menyediakan sumber fizikal seperti tanah, bangunan, peralatan, bahan mentah dan lain-lain lagi yang menjadi sumber asas kepada proses pengeluaran.

  4. 2.2 PENGELUARAN DAN OPERASI BARANGAN * Terdiri daripada barangan atau perkhidmatan yang terdapat di pasaran hasil daripada pemasaran dan kewangan. Pada waktu ini barangan atau perkhidmatan dikeluarkan dengan menggunakan input tertentu- Proses pengeluaran dijalankan

  5. 2.3 PEMASARAN * Memperkenalkan barangan atau perkhidmatan kepada orang ramai melalui proses 4P (Harga, Barangan, Segmentasi dan Promosi)

  6. 3.0 FUNGSI PENGURUSAN PENGELUARAN 3.1 PERANCANGAN - Fungsi menetapkan matlamat, misi dan visi dengan mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman kepada syarikat – Perlu kepada kebijaksanaan untuk merancang.

  7. 3.2 PENYUSUNAN - Merujuk kepada bagaimana seseorang pengurus menyusun dan fokus kepada sumber manusia, bahan mentah, kewangan atau maklumat supaya perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan sempurna. Contoh menempatkan pekerja dengan kesesuaian dengan kemahiran mereka

  8. 3.3 PENSTAFAN - Kakitangan atau pekerja perlu menyokong setiap matlamat atau misi syarikat. Bidang pengurusan pekerja diberi kuasa tertentu dan perlu mengikut etika yang telah ditetapkan bagi mencapai produktiviti pengeluaran syarikat.

  9. 3.4 PENGARAHAN - Proses mempengaruhi orang lain bagi melaksanakan kerja untuk mencapai matlamat syarikat. Sebagai pengurus dan pemimpin seseorang pengurus perlu memahami dan cekap berkomunikasi dan berkongsi misi yang ingin dicapai dengan ahli-ahli unitnya

  10. 3.5 PENGAWALAN * Fungsi pengurusan yang melibatkan penyaluran aktiviti syarikat supaya prestasi sebenar menepati piawaian dan matlamat yang dijangkakan. Kawalan biasanya dijalankan ke atas sumber syarikat seperti manusia, kewangan, bahan mentah dan maklumat. Ia perlu dikawal bagi menjamin kualiti dan mencapai matlamat syarikat

  11. 4.0 ASPEK PENGELUARAN 4.1 KILANG/LOJI • Sebuah bangunan yang lengkap dengan kesesuaian peralatan bagi mengeluarkan sesuatu barang dan perkhidmatan. Fungsi pengurusan pengeluaran dalam kilang/loji adalah meliputi perkara berikut:. • a) Mengenalpasti permintaan kelengkapan yang mungkin timbul pada masa hadapan • b) Mengenalpasti rekabentuk dan susunatur bangunan atau pejabat c) Mengenalpasti prestasi dan tahap keselamatan dan keboleh percayaan kelengkapan yang ada dalam kilang/loji • d) Mengekalkan prestasi dan keselamatan operasi • e) Mengenalpasti tanggungjawap sosial

  12. 4.2 PROSES *Sesuatu keluaran barang atau perkhidmatan yang menggunakan pelbagai kaedah. Oleh itu ia memerlukan kemahiran, pengetahuan dan latihan disemua peringkat bagi memudahkan proses pengeluaran barang dan perkhidmatan dapat dilakukan. Faktor yang dipertimbangkan dalam membuat keputusan sebelum proses pengeluaran dijalankan adalah seperti berikut: • a) Kapasiti bahan, kemudahan dan kelengkapan yang sedia ada • b) Kemahiran yang sedia ada • c) Bentuk pengeluaran • d) Susunatur loji dan kelengkapan • e) Keselamatan • f) Keperluan penyelenggaraan • g) Kos yang terlibat

  13. 4.3 PROGRAM * Aturcara yang diatur oleh pihak pengurusan dalam menyusun rancangan atau jadual yang sesuai dengan sumber atau bahan yang sedia ada untuk mencapai matlamat yang realistik

  14. 4.4 PERSONEL/PENGURUSAN KAKITANGAN * Pengurusan kakitangan yang terlibat dengan pengeluaran seperti pengurusan gaji, tahap kemahiran pekerja, motivasi pekerja,keselamatan, pendidikan, ketepatan masa kerja dan penyerahan produk yang telah siap pada masanya dan sebagainya.

  15. BAB 2: KAEDAH PERAMAL PERMINTAAN • Definasi Perancangan Pengeluaran Lompang masa di antara kesedaran tentang kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa dengan kejadian sebenar peristiwa tersebut. Lompang masa ini membolehkan perancangan pengeluaran dibuat dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku peristiwa tanpa diduga

  16. 2.1 KAEDAH RAMALAN “D” • 1.0 KAEDAH KUANTITATIF a) Pendapat eksekutif b) Cantuman maklumbalas jurujual c) Kaedah Delphi d) Penyelidikan pasaran e) Petujuk ekonomi

  17. 2.1 KAEDAH RAMALAN “D” • 2.0 KAEDAH KUANTITATIF Kaedah analisis Siri Masa i) Kaedah Naif ii) Kaedah Purata Bergerak iii) Kaedah Purata Bergerak dengan pemberat iv) Kaedah Pelicinan Eksponen v) Kaedah Regrasi/Korelasi

  18. BAB 3: PERNCANGAN KEPERLUAN KAPASITI • Definasi Kapasiti. • Kapasiti adalah kadar maksimum output atau hasil dalam suatu system untuk suatu jangkamasa tertentu. Dalam pengeluaran, kapasiti adalah ukuran kecekapan pengeluar mencapai permintaan pelanggan ataupun kecekapan pengeluar mengeluarkan produk tepat pada masanya. • Ukuran kapasiti yang lebih mudah biasanya dibentuk berdasarkan kadar seperti bilangan roti dapat dihasilkan perminggu, perbulan atau setahun. Ukuran lebih komplek dalam bentuk bilangan buah kerusi, bilangan pelajar atau saiz perniagaan.

  19. 3.1 KAPASITI EFEKTIF • Ditafsirkan sebagai kapasiti maksimum sesuatu oranisasi yang dijangka dapat dicapai • Formula untuk mengukur Kapasiti Efektif : Kapisiti Efektif = Kapasiti Ramalan Kapisiti

  20. 3.2 KAPASITI KECEKAPAN • Kecekapan dalam pengurusan kapasiti ditakrifkan sebagai ukuran Output Sebenar per Kapasiti Efektif. Formulanya adalah. • Kecekapan = Output Sebenar • Kapasiti Efektif • Kapasiti Taksiran ialah ukuran kapasiti maksimum penggunaan peralatan tertentu atau secara lebih tepat. Formulanya adalah • Formula untuk mengukur Kapasiti Taksiran = Kapasiti x Kapasiti Efektif x Kecekapan

  21. 3.3 FAKTOR PENGELUARAN • Tanah – Merujuk kepada kesesuaian untuk pengeluaran hasil utama contoh hasil pertanian, perlombongan dan kuari. Ia juga meliputi semua jenis sumber alam semester sama ada di atas permukaan bumi atau di dalam bumi dan dasar laut. Contoh tanah tumbuh-tumbuhan, bijih timah dan petroleum. • Buruh – Merujuk kepada semua tenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran yang merangkumi sumbangan bercorak mental dan fizikkal Contoh jurutera, pengurus projek, penyelia kilang, perkerja am dan petani. • Modal – Ia merupakan barang atau kekayaan yang dicipta dan dibina terlebih dahulu seterusnya digunakan untuk menghasilkan barangan contohnya jentera bagunan, mesin dan alat kelengkapan. • Usahawan / Pengusaha – Merujuk kepada kebolehan, kecekapan dan kemahiran individu dalam memulakan perniagaan, menyusun faktor pengeluaran, merancang dan menanggung resiko apa yang berlaku dalam alam perniagaan.

  22. 3.4 FAKTOR PENENTU KEPADA KEPERLUAN FAKTOR PENGELUARAN a) Ramalan permintaan b) Rekabentuk dan keperluan terhadap kuantiti c) Perubahan kepada formula dan resepi dan citarasa d) Perubahan kepada teknologi pengeluaran e) Kos pengeluaran

  23. 3.5 TEORI PENGILIRAN • PENGENALAN • Teori ini adalah satu kajian segala aspek mengenai tabiat ketibaan para pelanggan untuk mendapat layanan. Apa bila pelanggan yang hadir terlalu ramai maka akan terbentuk barisan menunggu sebelum mendapat giliran untuk dilayan. • Oleh itu fungsi utama teori penggiliran ini adalah untuk mengimbangi kadar tibaan dengan kadar layanan agar keuntungan dapat dimaksimumkan. Kesimbangan ini dapat dilakukan jika mengambil kira kos, kerawakan ketibaan dan kadar layanan

  24. 3.6 KOMPONEN TEORI PENGILIRAN • 1.0 Kadar ketibaan • Biasanya menggunakan kaedah taburan poisson • Bilangan pelanggan yang tiba dikira dalam seunit jangka masa dengan menggunakan symbol λ (Lambda) contoh : λ = 1 Jam

  25. 3.6 KOMPONEN TEORI PENGILIRAN • 2.0 Kadar layanan • -Iaitu kadar bilangan yang dapat dilayan dalam satu-satu masa. Menggunakan simbul μ (mu).

  26. 3.7 FORMULA T. PENGILIRAN • Mengukur Kadar Keupayaan Pusat Layanan yang digunakan P = λ μ

  27. 3.7 FORMULA T. PENGILIRAN • Mengukur kebarangkalian tiada pelanggan atau perkhidmatan tidak digunakan atau kebarangkalian seseorang pelanggan tidak payah menunggu sebelum dilayan. Formulanya ialah Po = (1 – P) Atau Po = 1 - λ μ

  28. 3.7 FORMULA T. PENGILIRAN • Min bilangan pelanggan dalam system termasuk pelanggan yang menunggu dan dilayan ialah Ls = λ ÷ μ - λ

  29. FORMULA T. PENGILIRAN • Min barisan menunggu tidak termasuk pelanggan yang masih dilayan 2 Ls = λ ÷ μ (μ – λ)

  30. FORMULA T. PENGILIRAN • Min masa Menunggu pelanggan di barisan sebelum dilayan Wq = λ ÷ μ (μ – λ)

  31. FORMULA T. PENGILIRAN • Min pelanggan dalam masa atau jangkaan masa menunggu dalam system Ws = 1 ÷ (μ – λ)

  32. BAB 4: TEKNIK SUSUNATUR JABATAN DAN LOKASI • PENYUSUNAN JABATAN • Berdasarkan kepada aktiviti yang dijalankan oleh jabatan. Contohnya jika Stor Jabatan yang melibatkan penyimpanan bahan makanan sejuk seperti sayuran dan bahan mudah rosak memerlukan susunan yang teratur dan tidak berselerak serta mempunyai ruang pengaliran udara yang baik bagi menggelakkan daripada bahan yang disimpan rosak atau busuk.

  33. 4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR • 1.0 Susun Atur Keluaran/Barangan (Product Layout) • - Penyusunan peralatan mengikut jenis keperluan sesuatu operasi bagi menyiapkan barangan disepanjang laluan terutama bagi syarikat yang mengeluarkan keluaran besar-besaran. Tujuan susunan ini dibuat supaya ganguan pengeluaran dapat diminimakan. • - Penyusunan barangan mestilah bermula dengan penyusunan peralatan yang diperlukan dalam proses pertama bagi mengeluarkan barangan

  34. 4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR • 2.0Susun Atur Jenis Proses • - Iaitu semua kelengkapan dan pekerja yang terlibat dalam sesuatu proses diletakan dalam sebuah jabatan dan ia hanya wujud dalam masa-masa tertentu sahaja dengan hasil keluaran yang kecil. • - Menyusun segala kemudahan yang mempunyai persamaan dari segi fungsi di satu-satu tempat. Penyusunan jenis ini juga dikenali sebagai “Job Shop” atau pengumpulan mengikut bahagian-bahagian. • Susunan jenis ini diamalkan apabila barangan atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan tidak banyak dan biasanya bukan satu barangan atau perkhidmatan saja yang dikeluarkan. Contoh sistem ini diamalkan di politeknik, universiti, kolej, hospital, bank dan perpustakaan.

  35. 4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR • 3.0 Susun Atur Jenis Kedudukan Tetap • - Susunan jenis ini biasanya memerlukan perkerja, bahan dan perlatan dibawa ke tempat barangan atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan. Barangan yang hendak dibuat tidak akan bergerak dari satu bahagian kebahagian yang lain. • - Susun atur jenis ini digunakan kerana beberapa faktor • Memang menjadi kemestian membina atau membawa ke tapak pengeluaran contoh seperti membina bangunan, jambatan, tangki air dan stadium. • Barangan yang hendak dibina terlalu besar dan berat dan sukar dialih. Contoh pembinaan kapal terbang, pembinaan kapal dan keretapi.

  36. 4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR • 4.0 Susunatur jenis pejabat • Susunan ini berdasarkan kepada kepentingan yang diletakan pada informasi. • Walaubagaimanapun, di sesetengah persekitaran pejabat, pengeluaran bergantung kepada aliran bahan. • - Dengan mengekalkan fleksibeliti susunatur dalam sesebuah pejabat atau kilang, ia akan kekal sebagai prinsip penting dalam rekabentuk susunatur. Adanya kepesatan teknologi menyebabkan seseorang pengurus harus kreatif menyusun sesuai dengan tahap pengeluaran bagi memastikan ruang yang ada tidak akan mempengaruhi kecekapan kerja

  37. 4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR • 5.0 Susunatur jenis Runcit • - Berdasarkan kepada idea bahawa penjualan dan keuntungan bervariasi secara langsung dengan pendedahan kepada pelanggan terhadap sesuatu produk. Secara tidak langsung pihak pengurus akan cuba menyusun produk dan mendedahkan kepada orang ramai. • - Oleh itu pengurus operasi boleh mengubah dan menyusun semula kedai secara menyeluruh dan mengagihkan ruang untuk menempatkan pelbagai produk dalam persekitaran yang disediakan. Walaubagaimana pun objektif utama dalam susunatur runcit adalah untuk memaksimumkan keuntungan sekaki persegi bagi setiap keluasan lantai yang ada.

  38. 4.1 JENIS-JENIS SUSUNATUR • 6.0 Susunatur gudang dan stor • - Objektif susunatur ini adalah untuk mencari perantaraan optimum antara kos dan ruang gudang. Ini bermakna tugas pihak pengurusan adalah untuk memaksimakan penggunaan semua ruang di dalam gudang. • - Satu askpek penting dalam susunatur gudang ialah perhubungan antara kawasan penerimaan dengan kawasan pemunggahan. Rekebentuk haruslah lebih fleksibel kerana ia bergantung kepada jenis barang yang akan diturunkan daripada pengangkutan.

  39. 4.2 FAKTOR-FAKTOR SUSUN ATUR • Pengawalan peralatan atau bahan • Kapasiti dan keperluan ruang • Persekitaran kerja • Pengaliran maklumat

  40. 4.3 FAKTOR PEMILIHAN LOKASI JABATAN 1. Darjah intergrasi bersama syarikat lain 2.Tenaga buruh yang sesuai dan mencukupi 3. Hampir dengan pasaran 4. Hampir dengan pembekal 5. Bidang utama dengan pengangkutan 6. Terdapat bekalan tenaga 7. Kos tanah, bangunan dan penyelengaraan 8. Keadaan iklim 9. Sekatan Undang-undang 10. Faktor politik

  41. 4.4 SISTEM PENGENDALIAN • a) Sistem Conveyor – Jenis sistem beroda dan laluan tetap, belt conveyor, spiral chute, troli conveyor dan sebagainya.Ciri utama dalam penggunaan sistem ini adalah. • 1. Proses pengeluaran menggunakan kedudukan yang tetap dan sentiasa bergerak secara sehala bagi proses penghantaran yang tidak berubah ke terminal akhir seperti penggunaan sistem beroda yang akan menghantar bahan pengeluaran terus ke terminal akhir contoh penggunaan di tempat mengambil bagasi di lapangan terbang. • 2. Penggunaan sistem ini juga memelukan ruangan yang panjang dan berterusan agar senang untuk menghantar barang atau perkhidmatan yang telah ditetapkan secara terus dan tidak memerlukan ramai pekerja.

  42. 4.4 SISTEM PENGENDALIAN • b). Platform truc, Straddle Carrier dan sebagainya.Ciri utama dalam penggunaan sistem ini adalah. • 1. Memerlukan penghantaran dari satu tempat ke satu tempat dengan kuantiti yang besar. Contoh penggunaan fork truck bagi mengangkat kotak-kotak bahan ke tempat pengoperasian di kilang-kilang • 2. Ia juga digunakan untuk mengangkat barangan yang berat dan membahaya.

  43. 4.4 SISTEM PENGENDALIAN • c). Sistem Crame dan Tangkal (Hoist) – Jenis Bridge crame, lif, saluran paip, Jib crane, Chain hoist dan Crawler crane dan sebagainya • Ciri utama dalam penggunaan sistem ini adalah. • 1. Digunakan untuk memindahkan dan mengangkat benda-benda berat dari satu tempat ke satu tempat. Contoh penggunaan Bridge crame di pelabuhan-pelabuhan untuk memindahkan kontena-kontena yang besar dan berat ke kapal-kapal dan lori • 2. Ianya berkait rapat dengan penggunaan jentera automotif dan mekanikal

  44. 4.5 FAKTOR PEMILIHAN PENGENDALIAN • 1. Berdasarkan kepada tempat pengoperasian contoh jika di kawasan kuari jenis sistem yang sesuai adalah sistem conveyor dan crane • 2. Berdasarkan kepada jenis dan bentuk bahan yang digunakan semasa proses pengeluaran samada ringan atau berat • 3. Melihat kepada keadaan semasa masalah yang ada disekitar kilang atau semasa pengoperasian dijalankan • 4. Ruang dan kapisiti yang dapat digunakan semasa proses pengeluaran dan perkhidmatan. • 5. Jumlah bahan digunakan atau dibawa keluar atau masuk dari kilang • 6. Jarak bagi peralatan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

  45. BAB 5:KUANTITI PESANAN EKONOMI (EOQ) • Masalah untuk menentukan pesanan • Saiz dan jumlah • Masalah kos • Masalah masa menunggu • Masalah mencari pembekal • Masalah mengawal inventori

  46. 5.1 KATEGORI INVENTORI • I. Inventori bahan mentah Bahan yang belum diproses tetapi masih dalam keadaan asal contoh minyak kelapa sawit • ii. Inventori kerja dalam proses Bahan mentah yang sedang diproses contoh minyak kelapa sawit sedang diproses menjadi sabun atau minyak masak • iii.Inventori pengendalian/pembaikian MRO ( Maintenance, Repair, Operating supply) Bahan yang diperlukan untuk memastikan kelancaran pengoperasian mesin-mesin atau peralatan dan memastikan proses yang produktif termasuklah bahan yang diperlukan untuk penyelenggaraan, pembaikan pengoperasian. Semua ini diperlukan kerana kerosakan dan tahap penyelengaraan setiap mesin dan peralatan yang rosak tidak diketahui bila akan berlaku. • iv. Inventori barang siap Merupakan barang yang telah siap di proses contoh minyak masak yang diproses telah dibotol dan bersiap sedia untuk dipasarkan.

  47. 5.2 SEBAB MASALAH KAWALAN INVENTORI • 1. Perubahan kepada permintaan pelanggan Permintaan pelanggan berubah mengikut citarasa oleh itu menyukarkan penyimpanan inventori di dalam gudang • 2. Perubahan kepada tingkat pengeluaran dipusat pengeluaran Pengeluaran mungkin tidak menepati spesifuikasi pelanggan dan mungkin kerana kerosakan loji atau kilang menyebabkan sasaran pengeluaran tidak dapat dilaksanakan • 3. Masa menunggu untuk mendapatkan bekalan Masa yang diperlukan oleh pemborong untuk mendapat pesanan dan menghantar pesanan daripada pembekal. • 4.Turun naik permintaan mengikut musim Musim mempengaruhi permintaan seperti musim perayaan permintaan minyak masak meningkat. • 5. Diskaun bagi kuantiti yang besar. Masalah pembelian yang besar memerlukan penjagaan yang teliti • 6. Ruang penyimpanan yang terhad Apabila pembelian dibuat secara pukal atau berlebihan maka ia akan menyebabkan ruang penyimpanan tidak mencukupi.

  48. 5.3 KAEDAH MENGAWAL INVENTORI • i. Peringkat memesan semula Kaedah ‘Two Bin Method” atau kaedah dua tong Bahan yang disimpan dalam dua tong atau kotak yang bersebelahan di mana pengambilan stok pada satu kotak dihabiskan terlebih dahulu. Setelah habis penjual boleh mengambil stok dari kotak lain dan pada masa yang sama pesanan dibuat untuk kotak atau tong yang kosong tadi, • ii. Kajian semula perkalaan/Analisis ABC Dikenali sebagai prinsip ABC atau Prinsip Pareto. Di mana dalam kaedah ini pihak pengurusan menentukan inventori kepada tiga kategori iaitu A, B, C di mana kategori A adalah stok bernilai tinggi, B ialah stok bernilai sederhana dan C adalah stok bernilai rendah. • iii. Kawalan inventori berkomputer/Perkhidmatan Kaedah ini digunakan bagi mengawal inventori dengan komputer. Contoh penggunaan Bar Cord dipasaraya yang mana kawalan inventori terus kepada komputer yang dapat dikesan oleh pihak pengurusan. Pemilihan, melatih dan disipilin pekerja juga harus diambil kira kerana ia melibatkan inventori di tangan.

  49. 5.4 JENIS KAWALAN INVENTORI • 1. Sistem kawalan inventori berperingkat Dikenali sebagai ‘multi-echelon’kerana stok diedarkan mengikut peringkat-peringkat tertentu. Dalam sistem ini stok yang disimpan di dalam gudang pengeluar akan dibeli dan mendapat diskaun kemudian menjualnya dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit. Seterusnya peruncit menjual barang itu dalam kuantiti yang diperlukan oleh pengguna. • 2. Sistem inventori asas Hanya barang siap sahaja dikendalikan, di mana selepas pembekal membeli bahan mentah daripada punca bekalan untuk menjadikan barang siap, maka barang siap dijual secara runcit dan diedarkan kepada pelanggan

  50. 5.5 KOS INVENTORI • Kos penyimpanan/pegangan • Kos memesan • Kos penyediaan

More Related