1 / 67

Konsep dan Kaedah Penyelidikan

Konsep dan kaedah penyelidikan untuk pelajar Master dan Phd

drazree
Télécharger la présentation

Konsep dan Kaedah Penyelidikan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KONSEP DAN KAEDAH PENYELIDIKAN Sr Dr. Md Azree Othuman Mydin Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan Univerisiti Sains Malaysia

  2. KONSEP PENYELIDIKAN Apakah yang anda faham dengan Penyelidikan?

  3. KONSEP PENYELIDIKAN Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan? [1] Encik Najib menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian [2] Pn. Lim mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran [3] En. Raju (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain

  4. KONSEP PENYELIDIKAN • Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!! MENGAPA ? Anda akan tahu apabila anda faham konsep “penyelidikan”

  5. KONSEP PENYELIDIKAN Pertimbangkan kes dibawah iaitu satu contoh penyelidikan: • Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan. • Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut. • Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis). • Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta • Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulan

  6. KONSEP PENYELIDIKAN • Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu susunan langkah yang teratur dan sistematik. • Kedua, penyelidik tidak terus membuat kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian atau explorasi yang saintifik sebelum membuat kesimpulan • Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah explorasi yang saintifik

  7. DEFINISI PENYELIDIKAN • Tuckman (1999) Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan

  8. DEFINISI PENYELIDIKAN • Kelinger (1964) Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena

  9. DEFINISI PENYELIDIKAN • Ahmad Mahdzan (1992) Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan

  10. DEFINISI PENYELIDIKAN • Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara. • Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah dan menguji hipotesis • Membina atau merekacipta produk yang baru

  11. APAKAH PENYELIDIKAN? Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah: • Memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan • Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain mendekati atau menguruskan masalah tersebut • Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya dapat mencapai keputusan yang sah • Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji • Membuat kesimpulan dan generalisasi

  12. Kenapa kita melakukan penyelidikan? • Mendapatkan ijazah • Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks) • Mendapatkan kepuasan intelektual • Mendapatkan produk yang baru • Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat • Mendapat pengiktirafan (kehormatan) • Untuk memperbaiki kehidupan sejagat • TERPAKSA!!!!

  13. PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI • Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain • Ia boleh direplikasi (duplicated) • Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain • Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik dan terikat dengan teori • Ia mampu untuk dilaksanakan!!! • Ia menjana soalan baru

  14. PENYELIDIKAN YANG BURUK • Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai. • Plagiat kerja orang lain • Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu. • Maklumat disalahkan dan membawa pembaca kepada maklumat yang disalahertikan.

  15. Soalan yang perlu ditanya (5w) • What APA penyelidikan anda? • Why KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini? • Who SIAPAKAH yang terlibat? • Where DIMANA anda akan melaksanakan penyelidikan? • When BILA anda akan melaksankan penyelidikan?

  16. PROSES PENYELIDIKAN • Mengenalpasti masalah • Sorotan/ Kajian literatur • Pembentukan masalah • Merekabentuk kajian • Pengumpulan data • Pemprosesan data • Interpretasi data • Penulisan laporan

  17. STRUKTUR TESIS/DISERTASI ABSTRAK PENGENALAN KAJIAN LITERATUR TEORI / METODOLOGI ANALISIS DATA DISKUSI / PERBINCANGAN KESIMPULAN / PENUTUP RUJUKAN / APPENDIK

  18. ABSTRAK • Abstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel. • Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan memasukkan idea utama penyelidikan

  19. ABSTRAK • Abstrak • Tujuan penyelidikan • Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena • Apakah keputusan utama yang diperolehi

  20. SOROTAN LITERATUR • Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu • Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan • Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya.

  21. SOROTAN LITERATUR • Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kita • Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus diberikan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan, dalam negara yang sama. • Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri

  22. PERANAN KAJIAN LITERATUR • Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang beli diketahui berkenaan topik yang dipilih • Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji • Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian • Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercangkah • Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuai • Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan

  23. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK • Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda. • Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama • Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang.

  24. samb. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK • Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadi • Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan dengan topik anda.

  25. MASALAH PENYELIDIKAN • Situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikannya. • Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan kajian • Masalah yang hendak dikaji saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka

  26. SUMBER-SUMBER MASALAH • Media cetak dan elektronik • Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan • Pemerhatian terhadap persekitaran yang penyelidik lalui • Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji • Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik berdasarkan pengalamannya • Pengalaman individu lain • Perbincangan antara individu atau kumpulan

  27. Pertimbangan dalam memilih masalah kajian • Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk diselesaikan? • Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut? • Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini? • Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain? • Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan-bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperolehi?

  28. Kriteria Pembentukan Masalah Penyelidikan • Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan • Penyelidikan mampu membentuk/mengembangkan kpd masalah baru dan penyelesaian • Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji • Sesuai dengan seorang penyelidik • Berkaitan dengan masalah terkini • Dilakukan dengan etika yg sempurna

  29. Makna Pernyataan Masalah • Hubungan yang jelas dengan pemboleh ubah • Menerangkan dengan jelas perkara yg kurang jelas, kabur atau abstrak • Boleh diuji setiap pemboleh ubah

  30. HIPOTESIS • Satu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan • Dibentuk selepas objektif wujud

  31. Ciri-ciri hipotesis • Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah • Dinyatakan secara logik, jelas dan terang • Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau disahkan • Bersifat khusus bukan umum • Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan • Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika • Secara konsepsi sahaja • Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji • Spesifik

  32. JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

  33. 1. Penyelidikan Asas (basic research) • Kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas fenomena atau isu/situasi sebelum menjalankan kajian yang selanjutnya • Biasanya dijalankan untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku sosial, menguji sama ada sesuatu teori berkenaan masih boleh digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan supaya mengikut keadaan semasa. • Mempunyai orientasi yang lebih umum • Menambah pengetahuan kepada yang sedia ada dalam disiplin tersebut

  34. Contoh penyelidikan asas • Menjalankan eksperimen berkaitan: pembelajaran dalam persekitaran makmal • Tujuan eksperimen itu ialah untuk menyumbang kepada pengetahuan berkenaan cara pembelajaran berlaku • Eksperimen tersebut boleh memfokus kepada satu atau beberapa faktor yang terhad berkaitan pembelajaran seperti perbezaan yang berlaku/terhasil apabila bahan pembelajaran dipersembahkan melalui gambar rajah atau lisan

  35. 2. Penyelidikan Gunaan (applied research) • Menggunakan penyelidikan asas yang telah dijalankan oleh penyelidik sebelumnya atau kajian sebelum ini • Difokuskan untuk menjawab persoalan sebenar dunia, soalan praktikal untuk memberi penyelesaian segera yang relatif. • Dijalankan untuk menerokai masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan • Untuk mengenalpasti impak sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu isu • Topik bagi penyelidikan gunaan biasanya dipandu oleh masalah semasa yang menjadi perhatian pembuat polisi

  36. Contoh penyelidikan gunaan • Menjalankan satu tinjauan (survey) terhadap guru sekolah rendah dalam sistem persekolahan untuk mengenal pasti kegemaran(preferences) dan pandangan berkaitan beberapa program bacaan yang ada. • Tinjauan ini mungkin dijalankan oleh jawatankuasa kurikulum atau pentadbiran sistem sekolah yang prihatin dengan masalah memilih program bacaan atau bahan yang hendak dibeli. • Keputusan tinjauan dapat memberi maklumat penting untuk membuat keputusan pembelian bahan tersebut.

  37. 3. Penyelidikan Penilaian(Assessment Research) PROSES Merancang program Menguruskanpelaksanaandankesannya.

  38. Penyelidikan Penilaian • Dibahagikan kepada dua jenis bergantung kepada tujuan penilaian. • Apabila tujuan utama penilaian ialah untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai bagaimana program itu boleh dibaiki, ia dipanggil penilaian formatif. • Apabila tujuan utama penilaian untuk mengarah kepada penilaian (judgment) mengenai sama ada program itu efektif dan adakah ia patut diteruskan ia dipanggil penilaian sumatif.

  39. 4. Penyelidikan Tindakan(Action Research)

  40. Penyelidikan Tindakan • Penyelidikan Tindakan difokuskan kepada penyelesaian masalah yang spesifik dihadapi oleh pengamal lokal (local practitioners) • Ini adalah jenis penyelidikan gunaan

  41. METODOLOGI PENYELIDIKAN

  42. PENYELIDIKAN KUANTITATIF

  43. PENYELIDIKAN KUANTITATIF

  44. CONTOH REKABENTUK PENYELIDIKAN KUANTITATIF

  45. i. Kajian Eksperimen

  46. ii. Kajian Kuasi-Eksperimen

  47. iii. Kajian Tinjauan (Survey)

  48. iv. Kajian Korelasi • Kajian korelasi menerangkan hubungkait atau hubungan sedia ada antara pembolehubah • Penyelidik dapat menerangkan atau meramalkan sesuatu fenomena • MAKSUDpenyelidikan yang cuba mencari hubungkait atau perhubungan antara pembolehubah dengan menggunakan kaedah statistik kolerasi tanpa mencari sebab dan penyebabnya • Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau kaitan antara pembolehubah yang diselidik

  49. PENYELIDIKAN KUALITATIF DEFINISI: Kajian ke atas sesuatu sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam PENGENALAN: • dijalankan dalam satu kawasan yang kecil, melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja • Contoh : kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah

  50. PENYELIDIKAN KUALITITATIF • Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan analisis dokumen • Menjawab persoalan berkaitan “kenapa” dan bagaimana”. • Penyelidikan ini menerangkan proses, langkah dan sebab sesuatu perkara berlaku. • Data kajian kualitatif boleh membantu kajian kuantitatif dengan memberi penjelasan kepada hasil data penyelidikan kuantitatif

More Related