1 / 27

BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

No. Siri : BP 1/03 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA.

elvin
Télécharger la présentation

BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. No. Siri : BP 1/03 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

  2. PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

  3. Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi. Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan. Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Sekian, terima kasih. (TAN SRI ISMAIL ADAM)

  4. PANDUAN MENGENAI FAEDAH TERBITAN

  5. 1. TUJUAN Panduan ini bertujuan untuk menerangkan pemberian faedah terbitan di bawah undang-undang pencen kepada orang tanggungan pegawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri dan pekerja berpencen Perkhidmatan Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (selepas ini disebut “anggota berpencen”) dan pegawai sementara Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri yang mati dalam perkhidmatan atau yang mati dalam persaraan (selepas ini disebut gemulah) dan urusan permohonannya. 2. KEDUDUKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG PENCEN 2.1 Faedah terbitan kepada orang tanggungan anggota berpencen diperuntukkan di bawah : (a) Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Peraturan- peraturan Pencen 1980; dan (b) Akta Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239) dan Peraturan-peraturan Pencen Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990. 2.2 Faedah terbitan tersebut ialah : (a) Ganjaran Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 Akta 227 atau Seksyen 15 Akta 239; 1

  6. (b) Pencen Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 14 atau 15 Akta 227 atau Seksyen 15 atau 16 Akta 239; (c) Pencen Tanggungan diperuntukkan di bawah Seksyen 18 Akta 227 atau Seksyen 20 Akta 239; dan (d) Elaun Bersara Terbitan diperuntukkan di bawah Seksyen 25 Akta 227. 3. TAFSIRAN “ORANG TANGGUNGAN” 3.1 Balu/Duda (a) Balu/duda ertinya isteri atau suami yang masih hidup kepada seseorang anggota yang mati, yang mana perkahwinannya diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama, adat dan kelaziman. (b) Bagi orang yang bukan beragama Islam, Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164], mengkehendaki perkahwinan selepas 1 Mac 1982 didaftarkan. (c) Bagi orang yang beragama Islan, sekiranya berlaku kematian suami semasa dalam tempoh eddah, maka isteri layak diberi faedah terbitan. 2

  7. 3.2 Anak Anak ertinya anak seorang anggota atau pesara yang mati dan berumur di bawah 21 tahun dan masih belum berkahwin, iaitu : (a) anak kandung; (b) anak tiri tanggungan; (c) anak tak sah taraf, iaitu anak yang dikandung atau lahir sebelum atau tanpa perkahwinan yang sah; (d) anak angkat, iaitu anak yang diambil sebagai anak angkat oleh anggota itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman; (e) anak cacat, iaitu anak yang tidak kira apa jua umurnya, yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal, dan tidak berupaya menanggung nafkahnya sendiri, sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. Bagi anggota yang dilantik sebelum 16 Mei 1986, syarat umur 21 tahun itu tidak terpakai; dan (f) bagi anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menuju ijazah pertama akan terus diberi pencen terbitan, selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu. 3

  8. 3.3 Ibu atau Bapa Ibu atau bapa ertinya ibu kandung atau bapa kandung kepada anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan. 3.4 Wakil Yang Sah Di sisi Undang-undang Wakil yang sah di sisi undang-undang ertinya orang yang diberi kuasa atau yang bertindak bagi pihak atau keluarga terdekat kepada anggota berpencen yang mati. 4. ANGGOTA BERPENCEN YANG MATI DALAM PERKHIDMATAN 4.1 Anggota Berpencen Yang Berkahwin (a) Ganjaran terbitan dan pencen terbitan diberi kepada : (i) balu; atau (ii) duda kepada anggota berpencen yang berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1 Julai 1980; dan/atau (iii) anak; dan (iv) ibu atau bapa sebanyak 1/10 bahagian daripada ganjaran terbitan sahaja dan tiada pencen terbitan. 4

  9. 4.2 Anggota Berpencen Yang Bujang (a) Ganjaran terbitan sahaja diberi kepada : (i) ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia); atau (ii) wakil yang sah di sisi undang-undang. 4.3 Pencen Tanggungan (a) Sebagai tambahan kepada pencen terbitan/ ganjaran terbitan dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan, pencen tanggunganboleh diberi kepada orang tanggungan anggota berpencen yang mati dalam tempoh tujuh tahun disebabkan : (i) kemalangan dalam perjalanan; atau (ii) mendapatbencanasemasamelaksanakan tugas rasminya; atau (iii) mendapat penyakit kerana tugasnya. dengan syarat bencana yang menimpa, kemalangan yang berlaku, atau penyakit yang dihidapi tidak berpunca daripada kecuaian atau salah laku anggota itu dan tidak menjadi semakin teruk oleh kerana kecuaian atau salah lakunya. 5

  10. (b) Pencen tanggungan diberi kepada : (i) balu; (ii) duda dalam tanggungan iaitu duda yang mengalami cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tiada upaya menanggung diri sendiri; (iii) anak, terhad kepada enam orang sahaja dikira dari yang tertua sekali; dan (iv) ibu atau bapa (jika ibu telah meninggaldunia) yang bergantung sepenuhnya atau sebahagian besar nafkah kepada gemulah. 4.4 Bagaimana Memohon Faedah Terbitan Apabila Berlaku Kematian Dalam Perkhidmatan? (a) Tindakan oleh Balu/Duda/Waris Jika berlaku kematian anggota berpencen dalam perkhidmatan, balu/duda/waris hendaklah mengambil tindakan berikut : (i) laporkan segera kepada Ketua Jabatan di mana anggota berpencen berkhidmat; dan (ii) memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan. 6

  11. (a) Tindakan Oleh Ketua Jabatan Borang dan dokumen yang diperlukan untuk memohon faedah terbitan ialah seperti di bawah. Bagi anggota berpencen yang bujang, borang dan dokumen yang diperlukan ialah yang bertanda (*) sahaja. (i) Borang JPA.BP.SPT.B01a – Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Perkhidmatan*; (ii) Borang JPA.BP.SPT.B01e – Maklumat Tanggungan beserta sisipan Surat Akuan Balu/Duda yang sah; (iii) Borang JPA.BP.SPT.B02 – Permohonan Penjaga jika anak tidak dijaga oleh ibu atau bapa kandung; (iv) Borang JPA.BP.SPT.B03a – Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau JPA.BP. SPT.B03b bagi anak yang menuntut di luar negeri (jika berkenaan); (v) Borang JPA.BP.SPT.B06 – Maklumat Akaun Bank Penerima Pencen dan Salinan muka surat yang mengandungi maklumat nama dan nombor akaun bank; 7

  12. (vi) Borang JPA.BP.SPPP.B04 – Notis Pelepasan/Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan pengiraan faedah persaraan (tidak perlu ditandatangani)*; (vii) Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang/Tidak Berhutang*; (viii) Borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin – Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan di bawah Peraturan 21, Peraturan-peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan)*; (ix) Borang JPA.BP.UMUM.B03 – Maklum balas Siasatan Polis Bagi Kes Kemalangan (jika berkenaan)*; (x) Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat/Cacat Anggota (jika berkenaan); (xi) Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti*; (xii) Salinan Sijil Kematian*; (xiii) Sijil Nikah / Sijil Pendaftaran Perkahwinan; (xiv) Salinan Kad Pengenalan Balu/Duda; 8

  13. (xv) Salinan Sijil Kelahiran dan salinan Kad Pengenalan anak di bawah 21 tahun yang belum berkahwin dan tiada had umur bagi anak cacat; (xvi) Salinan surat pengesahan pengambilan anak angkat (jika berkenaan); (xvii) Salinan Kad Pengenalan ibu atau bapa/wakil diri yang sah di sisi undang-undang (mana yang berkenaan)*; dan (xviii) Salinan Sijil Kelahiran anggota atau bukti pengesahan ibu atau bapa*. 4.5 Bagaimana Memohon Pencen Tanggungan? (a) Ketua Jabatan dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut : (i) Suratpermohonanpencen tanggungan oleh orang tanggungan yang layak.bagi anggota berpencen yang telah berkahwin dan mempunyai tanggungan, dipohon oleh balu/duda dalam tanggungan, anak dan ibu atau bapa; danbagi anggota berpencen yangbujang, dipohon oleh ibu atau bapa. 9

  14. DAN Bagi kes kemalangan dalam perjalanan atau akibat menanggung bencana : (ii) Borang JPA.BP.UMUM.B03 – Maklum balas Siasatan Polis Bagi Kes Kemalangan; (iii) Pengesahan Ketua Jabatan bahawa anggota berpencen menanggung bencana semasa melaksanakan tugas rasminya; dan (iv) Keputusan inkues (jika kecuaian atau kesalahan tidak dapat ditentukan oleh pihak polis). ATAU Bagi kematian akibat menghidapi penyakit kerana tugasnya : (i) Pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan bahawa anggota berpencen mendapat penyakit kerana jenis tugasnya; dan (ii) Pengesahan Ketua Jabatan mengenai tugas anggota berpencen. 10

  15. 5. ANGGOTA BERPENCEN YANG MATI DALAM PERSARAAN 5.1 Pencen terbitan sahaja diberi kepada : (i) Balu; atau (ii) Duda kepada anggota berpencen yang berada dalam perkhidmatan pada atau selepas 1 Julai 1980; dan/atau (iii) Anak. 5.2 Bagaimana Memohon Faedah Terbitan Apabila Berlaku Kematian Dalam Persaraan? (a) Tindakan Oleh Balu/Duda/Waris Apabila berlaku kematian pesara, balu/duda yang layak hendaklah memohon pencen terbitan dengan mengemukakan dokumen- dokumen yang disahkan seperti berikut : (i) Borang JPA.BP.SPT.B01d – Permohonan Faedah Terbitan Bagi Kematian Dalam Persaraan beserta sisipan Surat Akuan Balu/Duda yang sah; (ii) Bagi anak yang belajar di IPT di dalam negara, sila sertakan borang JPA.BP.SPT.B03a, manakala borang JPA.BP.SPT.B03b bagi anak yang menuntut di luar negeri; 11

  16. (iii) Borang JPA.BP.SPT.BP06 dan salinan muka surat yang mengandungi maklumat nama dan nombor akaun bank; (iv) Bagi anak cacat, sila sertakan borang JPA.BP.UMUM.B04 iaitu borang Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Yang Memohon Pencen Terbitan/Pencen Tanggungan semasa mengemukakan permohonan (sekiranya belum melaporkan perkara ini); (v) Salinan Kad Pengenalan balu/duda; (vi) Salinan Sijil Kelahiran dan salinan Kad Pengenalan anak di bawah 21 tahun yang belum berkahwin dan tiada had umur bagi anak cacat; (vii) Salinan Sijil Kematian; (viii) Salinan Sijil Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan; dan (ix) Kad Pesara yang asal. 12

  17. 6. PEGAWAI SEMENTARA YANG MATI DALAM PERKHIDMATAN ATAU MATI DALAM PERSARAAN 6.1Jika pegawai sementara yang memenuhi syarat-syarat seperti yang disebutkan di bawah iaitu : (a) dilantik sebelum 1 Januari 1976 dan berkhidmat terus menerus sehingga tarikh persaraannya selepas itu; (b) mempunyai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukkira selama tidak kurang daripada 10 tahun; dan (c) tidak kena mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan pada tarikhpelantikan. mati dalam perkhidmatan, boleh beri : (a) ganjaran terbitan dan elaun bersara terbitan kepada orang tanggungan seperti diperenggan 4.1; atau (b) ganjaran terbitan sahaja kepada orang tanggungan seperti di perenggan 4.2panduan ini. mati dalam persaraan, boleh beri : (a) elaun bersara terbitan kepada orang tanggungan seperti di perenggan 5.1panduan ini. 13

  18. 6.2 Ganjaran terbitan dan elaun bersara terbitan ialah sama banyak dengan tiga perempat (3/4) daripada ganjaran dan pencen yang lazim kena dibayar kepada pegawai berpencen yang bersara di bawah Akta 227. 7. FORMULA DAN CONTOH PENGIRAAN FAEDAH TERBITAN 7.1 Ganjaran Terbitan Contoh 7.5% x 350 x RM1,960 = RM51,450 7.2 Pencen Terbitan Contoh 1/600 x 350 x RM1,960 = RM1,143.33 tetapi terhad kepada setengah gaji akhir sekiranya perkhidmatan adalah 300 bulan atau lebih = RM980 sebulan. Bagi anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan yang mana perkhidmatannya kurang dari 10 tahun akan menerima pencen terbitan tidak kurang 1/5 daripada gaji yang akhir diterima. 14

  19. 8. PEMBAHAGIAN FAEDAH TERBITAN KEPADA ORANG TANGGUNGAN 8.1 Ganjaran Terbitan - 1/10 bahagian kepada ibu atau bapa (jika ibu telah meninggal dunia). - 9/10 bahagian kepada balu atau duda dan anak-anak. Contoh 1/10 bahagian dari RM51,450 = RM 5,145 9/10 bahagian dari RM51,540 = RM46,305 JUMLAH RM51,450 8.2 Pencen Terbitan - 2 bahagian kepada balu atau duda. - 1 bahagian kepada anak-anak. Contoh Jika anggota berpencen meninggalkan 2 orang balu dan 3 orang anak 2 bahagian kepada 2 orang balu = 4 1 bahagian kepada 3 orang anak = 3 JUMLAH 7 Pencen terbitan setiap balu : 2/7 x RM980 = RM280 sebulan Pencen terbitan setiap anak : 1/7 x RM980 = RM140 sebulan 15

  20. 9. PENCEN TANGGUNGAN (a) Kadar pencen tanggungan sekiranya bencana, kemalangan atau penyakit berlaku di dalam Kawasan Keselamatan. (b) Kadar pencen tanggungan sekiranya bencana, kemalangan atau penyakit berlaku di luar Kawasan Keselamatan. (c) Pencen tanggungan dikira mengikut kadar pencen tanggungan yang layak bagi orang tanggungan itu daripada gaji yang akhir diterima oleh anggota berpencen yang mati dalam perkhidmatan. 16

  21. 10. PERINGATAN-PERINGATAN PENTING 10.1 Pencen Terbitan dan Pencen Tanggungan (a) Pencen terbitan kepada anak akan diteruskan selagi mereka tidak mencapai umur 21 tahun atau berkahwin mengikut mana yang terdahulu. Bagi anak yang sedang menuntut di IPT menuju ijazah pertama, pencen terbitan akan diteruskan selagi mereka tidak berkahwin atau berhenti menuntut atau mendapat ijazah tersebut mengikut mana yang terdahulu. Bagi anak cacat otak atau hilang upaya jasmani secara kekal dan tidak berupaya menanggung diri sendiri, pencen terbitan akan diteruskan. (b) Pencen terbitan kepada balu/duda di mana perkahwinan dilangsungkan semasa gemulah masih dalam perkhidmatannya serta anak hasil dari perkahwinan itu akan disusutkan kepada 70% setelah 12 ½ tahun dari tarikh bersara atau tarikh mati dalam perkhidmatan, mana yang berkenaan. (c) Pencen terbitan kepada balu/duda di mana perkahwinannya dengan gemulah dilangsungkan dalam persaraan serta anak hasil dari perkahwinan itu akan dihentikan setelah 12 ½ tahun dari tarikh bersara. 17

  22. (d) Pencen terbitan kepada seseorang balu/ duda/anak akan dihentikan setelah 12 ½ tahun dari tarikh bersara atau tarikh mati dalam perkhidmatan jika balu/duda/anak tidak bermastautin di Malaysia. (e) Penerima pencen terbitan/pencen tanggungan bertanggungjawab memberitahu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Bahagian Pencen sekiranya mereka merancang untuk ke luar negeri bagi tempoh melebihi tiga bulan. (f) Penerima pencen terbitan/pencen tanggungan bertanggungjawab memberitahu JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan sekiranya mereka tidak bermastautin di Malaysia. (g) Anak yang menerima pencen terbitan bertanggungjawab memberitahu JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan jika ia berkahwin atau telah mendapat ijazah pertama atau berhenti menuntut. (h) Kerajaan berhak membahagi-bahagikan mana-mana Bahagian Pasca Perkhidmatan terbitan yang dihentikan kepada penerima yang layak. (i) Pencen tanggungan akan dihentikan serta merta sekiranya penerima diberikan bayaran di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273]. 18

  23. 11. SKIM PEMBAYARAN PENCEN MELALUI BANK 11.1 Penerima pencen terbitan/pencen tanggungan akan dibayar pencen melalui bank. Pembayaran dibuat melalui Skim B yang mana penerima dikehendaki hadir di bank untuk mengisi borang tuntutan pencen bagi membolehkan pencen dikreditkan ke dalam akaun. Sekiranya tidak berbuat demikian selama enam bulan berturut- turut, bayaran pencen akan dipulangkan kepada JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan dan perlu dituntut daripada Jabatan ini. 12. PEMBAYARAN PENCEN KEPADA ANAK 12.1 Pencen untuk anak (syer anak) akan dibayar melalui balu/duda (yang menjaga anak berkenaan). Walau bagaimanapun, sekiranya ada permohonan, pencen boleh dibayar secara terus kepada anak berkenaan (perlu dikemukakan maklumat bank dan salinan sijil beranak/kad pengenalan anak berkenaan). 12.2 Bagi bayaran pencen untuk anak di bawah umur 12 tahun atau anak cacat (tidak kira umurnya), yang dijaga oleh balu/duda (bercerai) atau penjaga, boleh dibayar secara terus kepada anak berkenaan melalui akaun bank perseorangan atau akaun bank bersama (dengan balu/duda/penjaga yang menjaga anak berkenaan). 19

  24. Bagi penggunaan akaun bank (kategori akaun bersama), pelantikan wakil diri adalah dimestikan atas nama balu/duda/penjaga yang sama seperti di dalam akaun bank berkenaan. Bagi penggunaan akaun bank (kategori akaun perseorangan), sekiranya anak berkenaan tidak dapat membuat tuntutan sendiri di bank, maka adalah perlu untuknya melantik wakil diri. Bagi kes di mana anak cacat tidak dapat membuka akaun bank, waran akan diberi secara bulanan bersama “Surat Kuasa” untuk menunaikan pencen berkenaan bagi pihak anak itu. 12.3 Pembayaran pencen kepada anak yang telah mencapai umur 21 tahun tetapi masih menuntut di IPT, bayaran pertama (selepas meningkat umur) akan dibayar melalui Bendahari IPT dan bayaran seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank anak tersebut (sekiranya bayaran sebelum ini dibayar di dalam akaun balu/duda, maka bayaran akan diteruskan di dalam akaun yang sama). Kelayakan pencen adalah sehingga anak berkenaan tamat pengajian, atau berkahwin, atau diberhentikan dari pengajian. Walau bagaimanapun, bagi anak yang menuntut di luar negara, pembayaran akan dibuat ke akaun anak tetapi seorang wakil diri perlu dilantik bagi menuntut pencen berkenaan setiap bulan bagi pihak anak berkenaan. 20

  25. 13. KAD PESARA 13.1Pesara dan penerima pencen boleh diberi kad pesara untuk pengenalan dan bagi melayakkan dia mendapat faedah perubatan. Pesara dan penerima pencen yang telah hilang kelayakan, hendaklah mengembalikan kad tersebut kepada JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan. 13.2 Jika kad pesara hilang, pesara dan penerima pencen hendaklah membuat laporan polis dan mengemukakan satu salinan laporan tersebut kepada JPA, Bahagian Pasca Perkhidmatan bagi membolehkan kad pesara yang baru dikeluarkan dengan bayaran sebanyak RM5 (lima ringgit). 13.3 Jika didapati mana-mana pesara atau penerima pencen menggunakan kad pesara tersebut apabila dia tidak lagi berhak menggunakannya atau membenarkan orang lain menggunakan kad pesaranya, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 (satu ribu ringgit) atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua- duanya sekali. 21

  26. 14. PERTANYAAN Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pasca Perkhidmatan Aras 2 – 5, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P PUTRAJAYA Tel. : 03-8885 4475 / 4476 / 4477 / 4478 Hotline: 03-8885 4906 Faks : 03-8885 2193 / 2196 03-8888 40278 E-mel : bp_cdg@jpa.gov.my Kaunter Bahagian Pasca Perkhidmatan, Kuala Lumpur Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Kaunter Bahagian Pasca Perkhidmatan Suite 5.03 & 5.04 Aras 5, Maju Junction Mall Jalan Sulatan Ismail 50250 W.P KUALA LUMPUR Tel. : 03-2691 7585 03-2691 7590 Faks : 03-2692 0931 22

  27. Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sabah Aras 1, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan UMS – Sulaman, Likas Peti Surat No. 2061 88450 Kota Kinabalu SABAH Tel. : 088-488661 / 088-488662 / 088-488663 Faks : 088-488664 / 088-488665 Bahagian Pasca Perkhidmatan Cawangan Sarawak Aras 1 & 2, Bangunan Marzuki Lot 1656, Seksyen 65 Jalan Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub Petra Jaya, 93050 Kuching SARAWAK Tel. : 082-251818/ 082-241144 Faks : 082-250126 / 082-255510 23

More Related