1 / 14

SESI BERCERITA

SESI BERCERITA. PENDIDIKAN NASIONAL. TAJUK CERITA. SULTAN DENGAN. TIGA ORANG PENCURI.

errol
Télécharger la présentation

SESI BERCERITA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SESI BERCERITA PENDIDIKAN NASIONAL

  2. TAJUK CERITA SULTAN DENGAN TIGA ORANG PENCURI

  3. Sultan Aminul Rashid telah ditabalkan menjadi raja setelah kemangkatan ayahandanya. Baginda merupakan sultan yang paling muda memerintah negeri Pura Angsana. Oleh kerana baginda kurang mahir mentadbir negeri, baginda telah melantik empat menteri untuk melatih baginda. “Beta mahu kamu semua mengajar beta cara untuk mentadbir negeri ini dengan adil dan saksama”, titah Sultan Aminul Rashid kepada keempat-empat menterinya. “Beta tidak mahu rakyat beta susah dan menderita. Beta beri kamu masa selama tiga hari,”sambung baginda.

  4. Keempat-empat menteri itu tidak tahu caranya untuk mengajar sultan. Selama ini, almarhum Sultan Mahmud tidak pernah meminta bantuan mereka. Perkara itu telah membuatkan mereka menjadi pening. “Bagaimana kita hendak mengajar tuanku?” tanya Datuk Bendahara. Akhirnya, tempoh tiga hari pun tamat. Sultan Aminul Rashid telah memanggil para menteri dan bertanya tentang cara mentadbir negeri. Keempat-empat menteri hanya berpandangan sesama sendiri. Mereka tidak tahu untuk menjawab soalan itu. Kemudian, Datuk Bendahara mengaku yang beliau dan para menteri tidak tahu caranya untuk membantu sultan mentadbir negeri tersebut. Sultan berasa hampa dengan sikap para menterinya.

  5. Setelah berfikir panjang, sultan bercadang untuk masuk ke dalam negeri dengan menyamar sebagai rakyat biasa. Baginda mahu mengetahui kehidupan rakyatnya. Sebelum berangkat, baginda telah memesan kepada para menterinya untuk menjaga istana semasa pemergian baginda. Setelah beberapa hari merantau, akhirnya baginda sampai ke sebuah kampung bernama Kampung Halia. Di sana, baginda bergaul dengan tiga orang adik-beradik. Mereka bernama Along, Angah dan Alang.

  6. Ketiga-tiga beradik itu tidak tahu orang yang berada di hadapan mereka ialah Sultan Aminul Rashid. Setelah beberapa hari berkawan, seorang daripada pemuda itu membuat satu rancangan. “Aku cadangkan kita rompak rumah Datuk Bendahara?” cadang Along. “Aku mahu tahu kepandaian kamu bertiga supaya rancangan kita berjaya dan berjalan lancar,”sampuk sultan. “Aku handal dalam memukul orang,” kata Alang. “Aku pula handal memukau orang,” kata Angah pula. “Ha…aku pula sangat mahir dalam semua yang kamu katakan itu!” kata Along. Sultan Aminul Rashid turut sahaja dengan rancangan mereka.

  7. Ketika berada di luar rumah Datuk Bendahara, sultan berasa curiga apabila ternampak keempat-empat menterinya sedang berkumpul di situ. Setelah Angah memukau mereka, pencuri-pencuri itu pun masuk ke dalam rumah itu dan mula mengumpulkan barang-barang berharga. Semasa sultan menyelongkar barang-barang di dalam rumah Datuk Bendahara, baginda ternampak sehelai nota yang bertulis,”Sultan harus turun dari takhta”. Sultan Aminul Rashid berfikir sejenak. Baginda tidak menyangka keempat-empat menterinya merancang untuk mengguling baginda.

  8. Setelah membahagi-bahagikan barangan curi, baginda memberikan bulu ayam kepada ketiga-tiga beradik itu untuk dipakai pada tengkolok masing-masing. Baginda juga turut memakainya. Setelah itu, mereka berpisah. Baginda terus bergegas pulang ke istana. Pada keesokan harinya, baginda ke balai penghadapan. Datuk Bendahara dan para menteri berasa terkejut. “Apa khabar negeri beta?” tanya sultan. “Semuanya dalam keadaan baik, tuanku,” balas Datuk Bendahara. “Bohong! Beta tahu ada tiga pencuri yang handal dalam negeri ini. Kumpulkan semua rakyat jelata!”titah baginda.

  9. Keempat-empat menteri berasa hairan dan tidak tahu tujuan baginda mengumpulkan semua rakyatnya. Setelah semua rakyat berkumpul, baginda telah menunding jari ke arah tiga orang pencuri yang memakai bulu ayam di tengkolok mereka. “Itu dia tiga orang pencuri! Hukum mereka!”titah sultan. “Kami sebenarnya berempat. Tidak adillah jika kami bertiga sahaja dihukum,” kata Along. Baginda pun mengeluarkan bulu ayam lalu diletakkan di tengkoloknya. Semua orang berasa hairan. Datuk Bendahara sedar bahawa baginda adalah pencuri keempat. Ketiga-tiga pencuri itu terkejut apabila mengetahui sahabat mereka yang keempat ialah Sultan Aminul Rashid.

  10. “Tangkap Datuk Bendahara kerana dia cuba mengguling beta!” titah sultan. “Apa buktinya?” soal Datuk Bendahara. Sultan mengeluarkan nota yang ditulis oleh Datuk Bendahara. “Ampunkan patik tuanku. Sebenarnya, patik hanya ingin membantu tuanku supaya bertanggungjawab terhadap negeri Pura Angsana,”kata Datuk Bendahara. Setelah berfikir, barulah sultan sedar akan kebenaran kata-kata Datuk Bendahara. Sultan pun mengampunkan Datuk Bendahara dan para menterinya. Para menteri diberikan tugas semula. Manakala ketiga-tiga beradik pencuri itu dilantik menjadi pengawal istana.

  11. Nilai moral • Kadangkala sesuatu yang tidak kita ketahui akan membuatkan kita berasa serba kekurangan. • Contohnya seperti watak-watak - Sultan Aminul Rashid - Empat menteri

  12. Mesej Pendidikan Nasional Mesej 1: Singapura adalah tanahair kita; di sini tempat kita. Mesej 4: Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura. Mesej 5: Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura.

  13. Sekian

  14. Rujukan Tajuk: Sultan dengan 3 orang pencuri Penulis: Zarina Ismail Pencetak: Goodwill Publications (Siri Pujangga Sari)

More Related