1 / 20

WAKTU SESUDAH ITU

WAKTU SESUDAH ITU. OTHMAN HJ. ZAINUDDIN. PLOT. Binaan & Susunan Plot. Plot Kronologis (Konvensional). Plot dibina menurut urutan masa, iaitu yang dahulu didahulukan, dan kemudian dikemudiankan. ( Kronologi/Urutan ).

floria
Télécharger la présentation

WAKTU SESUDAH ITU

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. WAKTU SESUDAH ITU OTHMAN HJ. ZAINUDDIN PLOT

  2. Binaan & Susunan Plot Plot Kronologis (Konvensional) Plot dibina menurut urutan masa, iaitu yang dahuludidahulukan, dan kemudian dikemudiankan. (Kronologi/Urutan)

  3. Drama ini dimulai dengan peristiwa Hindun dihina oleh masyrakat, terutamanya Bidin kerana dia miskin dan melarat. • Kehidupan Hindun berubah apabila dianugerahi gelaran Serikandi Negara yang melayakkan dia menerima pelbagai hadiah lumayan. • Hindun mula disanjung masyarakat, terutama Bidin yang mengakui Hindun sebagai emak saudaranya dan Hasan yang mengaku dirinya sebagai anak Hindun. • Drama ini berakhir dengan peristiwa kematian Hindun. Sebelum meninggal, Hindun telah menolak hadiah yang dimenanginya dan mengesyorkan supaya hadiah itu diwakafkan ke rumah orang-orang tua dan anak yatim.

  4. puncak perumitan penurunan pertengahan perkembangan peleraian pengenalan Struktur Plot: 5 P

  5. pengenalan: • Watak Hindun diperkenalkan.

  6. pertengahan: • Perkembangan Peristiwa Hindun dihina dan diusir oleh Bidin di kedai kopinya kerana dia miskin dan melarat. • Perumitan Peristiwa rumah Hindun hendak dibakar oleh Bidin dan Hindun akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat

  7. pertengahan: • Puncak / Klimaks Peristiwa Yang Berhormat dan Suratman bertemu dengan Hindun yang layak menerima gelaran Serikandi Negara dan akan menerima pelbagai jenis hadiah. Kehidupan Hindun berubah dengan gelaran itu. • Penurunan Peristiwa Bidin mengakui dirinya sebagai anak saudara Hindun dan Hasan pula mengaku dirinya anak Hindun tatkala Hindun mulai disanjung masyarakat.

  8. peleraian: • Peristiwa kematian Hindun. Hadiah kemenangannya diwakafkan kepada rumah orang-orang tua dan anak yatim. Hasan pula menerima rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya sahaja.

  9. Unsur-Unsur Plot

  10. Dialog • dialog Bidin-Hindun dalam keadaan kasar di dalam kedai kopi (ms. 249-251) • dialog Suratman-Ustaz Lotfi dalam keadaan baik dan sopan (ms.252-254)

  11. Monolog • Mansur : Bidin ni nak hidup sendiri. Tak senang tengok orang lain hidup. Seolah-olah dunia ni dia punya seorang…Orang macam ni, kalau tak kita celikkan matanya, tak mahu dia melihat. Yang dia lihat, apa yang betul pada dirinya sahaja (ms.262).

  12. Imbas kembali • Karim menceritakan peristiwa Hindun menolong Hayati sewaktu tumpah darah akibat keguguran anak (ms. 258) • Karim memberitahu Hasan bahawa dialah yang telah membina rumah untuk Hindun tinggal (ms. 289) • Yang Berhormat menceritakan tentang jasa Hindun sebagai pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman kemerdekaan (ms. 270-272) • Hasan mengimbas kembali tentang anak yang ditinggalkan Hindun dahulu, iaitu dirinya sewaktu bertemu dengan Hindun (ms.284).

  13. Imbas muka (ramalan peristiwa yang akan berlaku) • Apabila Hindun meninggal dunia, Hasan berharap agar dia akan mewarisi segala harta Hindun kerana dia mengaku bahawa dia anak tunggal lelaki Hindun (ms.295)

  14. Pemerian (deskriptif: bercerita tentang suatu kejadian) • Yang Berhormat bercerita tentang apa yang dilakukan Hindun selaku pejuang, pemidato dan pendidik sewaktu zaman pra-kemerdekaan (ms.270,272)

  15. saspens (unsur ketegangan yang menimbulkan rasa ingin tahu) • Mansur memberitahu ibu dan ayahnya bahawa Bidin hendak membakar rumah Hindun (ms. 261) • Menurut Mansur lagi, Bidin membawa kawan-kawannya untuk menghalau Hindun dari kampung itu kerana Hindun dikatakan pengotor (ms.261) • Sewaktu wasiat akan dibacakan dan siapa yang akan mewarisi harta Hindun (ms.296)

  16. kejutan (sesuatu yang berlaku di luar jangkaan pembaca) • Karim yang selalu membantu dan berlaku baik terhadap Hindun tidak mendapat apa-apa dalam wasiat Hindun (ms.296) • Hasan yang mengaku sebagai anak tunggal lelaki Hindun hanya mendapat rumah setinggan dan barang-barang di dalamnya (ms.296)

  17. konflik • Bidin dan Karim bertengkar apabila Bidin menuduh Hindun pengotor dan punca pencemaran sungai (ms.263-264) – Konflik Idea • Bidin menerkam dan meninju muka Karim apabila Karim tidak setuju Bidin tinggal di kawasan setinggan kerana Bidin seorang kaya dan mewah (ms.264) – Konflik Fizikal

  18. Babakan • Yang Berhormat memperkenalkan Hindun semasa muda sebagai pejuang, pemidato, dan pendidik melalui teknik suara latar (ms.271-272) • gambar kanak-kanak sedang beratur pada tahun 50-an atau 60-an, perjuangan askar Melayu dan polis menentang pengganas, perpindahan orang kampung semasa darurat, gerakan menentang Malayan Union, dan Hindun sewaktu dalam penjara diselitkan semasa diperdengarkan suara latar sebagai ‘superimpose’.

  19. Sudut pandangan • Sudut pandangan orang ketiga terbatas • pengarang tidak menceritakan semua watak tetapi memilih watak-watak tertentu sahaja. • Tumpuan lebih terarah kepada watak-watak tertentu sedangkan pada watak-watak lain, tumpuannya terbatas.

  20. selesai !!! ada soalan ??? Cikgu Noraidah

More Related