1 / 16

TOPIK 1

TOPIK 1. ERGONOMIK Pensyarah : Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail (013-3942463). ERGONOMIK. AHMAD RASDAN ISMAIL. PENGENALAN. DEFINISI Perkataan Greek Ergos: kerja Nomos: peraturan atau kajian mengenai sesuatu

frieda
Télécharger la présentation

TOPIK 1

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TOPIK 1 ERGONOMIK Pensyarah : Ir. Dr. Ahmad Rasdan Ismail (013-3942463) ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  2. PENGENALAN • DEFINISI • Perkataan Greek • Ergos: kerja • Nomos: peraturan atau kajian mengenai sesuatu • Ergonomik menghilangkan halangan ke atas kualiti, produktiviti dan keselamatan dan kesihatan pekerja dengan cara menyesuaikan peralatan, ruang kerja, tugas, cara kerja dan persekitaran kerja kepada manusia selaku pengguna/pekerja. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  3. PENGENALAN • Board of Certification for Ergonomics Professionals (BCPE) • “Ergonomik adalah satu bidang pengetahuan mengenai kebolehan, had dan ciri-ciri manusia yang berkaitan dengan reka bentuk. Reka Bentuk Ergonomik adalah aplikasi bidang pengetahuan dalam reka bentuk peralatan, mesin, sistem, tugas, kerja dan persekitaran untuk penggunaan manusia yang selamat, selesa dan berkesan". ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  4. KATEGORI ERGONOMIK Ergonomik Fizikal • menumpukan kepada aspek fizikal keupayaan manusia seperti tenaga, postur tubuh dan pergerakan berulang. • tindak balas manusia terhadap tekanan fizikal dan mental. • juga dikenali dengan nama Ergonomik Industri. Ergonomik Kognitif • menumpukan kepada aspek proses mental seperti persepsi/tanggapan, perhatian, kognisi, kawalan sistem motor, dan ingatan bila masa berlaku interaksi antara manusia dan lain-lain elemen di dalam sesebuah sistem. • bebanan mentell, kewaspadaan, kesilapan manusia, interaksi manusia-mesin dan latihan. • juga dikenali dengan nama Psikologi Industri. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  5. KATEGORI ERGONOMIK Makro Ergonomik • menumpukan kepada pengoptimuman sistem sosioteknikal termasuk struktur organisasi, polisi dan proses. • kerja syif, penjadualan kerja, kepuasan kerja, teori motivasi, penyeliaan, budaya kerja, pasukan kerja dan etika kerja. • juga dikenali dengan nama Ergonomik Organisasi. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  6. BIDANG-BIDANG ERGONOMIK KEJURUTERAAN FIZIK KIMIA ERGONOMIK EPIDEMIOLOGI MATEMATIK FISIOLOGI PSIKOLOGI ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  7. BIDANG-BIDANG ERGONOMIK • KEJURUTERAAN • Pengetahuan dalam kejuruteraanamat penting dalam bidang ergonomik terutama ketika meneliti proses kerja dan juga sewaktu mencadangkan langkah-Iangkah kawalan kejuruteraan. • FIZIK • Konsep fizik dalam ergonomik diaplikasikan dalam bidang biomekanik (aplikasi fizik dalam pergerakan tubuh badan manusia). • KIMIA • Pengetahuan kimia dalam ergonomik boleh diaplikasikan dalam bidang kualiti udara dalaman serta perubahan kimia dalam tubuh akibat pendedahan kepada faktor risiko ergonomik. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  8. BIDANG-BIDANG ERGONOMIK • MATEMATIK • Pengetahuan matematikdalam ergonomik banyak digunakan semasa membuat model ergonomik dan juga dalam teknik penaksiran risiko ergonomik. • EPIDEMIOLOGI • Epidemiologi adalah kajian mengenai taburan penyaki/wabak. Seorang ahli epidemiologi akan menghubungkaitkan sesuatu masalah kesihatan dengan faktor-faktor risiko ergonomik yang wujud di tempat kerja. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  9. BIDANG-BIDANG ERGONOMIK • FISIOLOGI • Fisiologiadalah satu cabang sains berkaitan fungsi sesuatu organisma, contohnya berkaitan sistem tubuh badan manusia dan reaksi manusia terhadap pendedahan kepada faktor risiko ergonomik. • PSIKOLOGI • Psikologi pula merupakan satu bidang berkaitan proses mental manusia dan biasanya berkaitan dengan bidang ergonomik kognitif. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  10. OBJEKTIF Ergonomik mempunyai dua objektif utama; • Untuk peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan kerja ataupun apa-apa aktiviti yang dilaksanakan seperti mengurangkan kesalahan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan kerja. • Untuk peningkatan nilai-nilai kemanusiaan yang positif seperti meningkatkan keselamatan, mengurangkan kepenatan dan tekanan, meningkatkan keselesaan kerja, kualiti kerja dan kehidupan berkualiti. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  11. OBJEKTIF • Antara langkah yang boleh diambil untuk mencapai objektif ergonomik; • Penaksiran dan pengawalan faktor risiko di tempat kerja. • Mengenal pasti dan mengkuantifikasi keadaan risiko tempat kerja sedia ada. • Mencadangkan langkah kawalan kejuruteraan dan pentadbiran untuk mengurangkan keadaan risiko yang telah dikenal pasti. • Program pendidikan kepada pihak pengurusan dan pekerja berkaitan risiko ergonomik. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  12. KELEBIHAN ERGONOMIK • Meningkatkan keberkesanan kerja; • Mengurangkan koso. • Mengurangkan masa untuk menyudahkan sesuatu tugas. • Meningkatkan produktiviti. • Meningkatkan kualiti; • Meningkatkan kualiti kerja. • Meningkatkan kualiti produk. • Meningkatkan keselamatan di tempat kerja; • Mengurangkan kelesuan mental dan fizikal pekerja. • Mengurangkan kesilapan manusia. • Mengurangkan kos pampasan pekerja. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  13. KELEBIHAN ERGONOMIK • Meningkatkan kesihatan di tempat kerja; • Mengurangkan pendedahan kepada faktor risiko ergonomik. • Mengurangkan kesakitan dan kecederaan. • Mengurangkan kes ketidakhadiran. • Meningkatkan keselesaan kerja. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  14. FRASA-FRASA ERGONOMIK • Sesuaikan tugas kepada manusia (fit the task to the man) bukannya "Sesuaikan manusia kepada tugas" (fit the man to the task) • Prinsip utama ergonomik adalah untuk memastikan kesesuaian kerja dan persekitaran kerja kepada pengguna, bukan sebaliknya. • Mesra Pengguna (User friendliness) • peralatan-peralatan yang mesra pengguna boleh dikatakan sebagai peralatan yang ergonomik. Begitu juga sebaliknya peralatan-peralatan yang tidak mesra pengguna boleh dikatakan peralatan yang tidak ergonomik. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  15. FRASA-FRASA ERGONOMIK • Interaksi Manusia-Mesin (Human Machine Interaction) • Ergonomik juga adalah satu sains yang mengkaji bagaimana manusia berinteraksi dengan mesin dan bagaimana mesin berinteraksi dengan manusia. Ambil perhatian bahawa terma mesin di sini boleh juga bermakna peralatan kerja, ruang kerja, sistem kerja dan persekitaran kerja. • Kerja dengan lebih bijak, tidak semestinya lebih berat (work smarter, not harder) • Ergonomik menyediakan langkah untuk melakukan pekerjaan dengan lebih bijak. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

  16. AKTA ERGONOMIK • Pelaksanaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 adalah merupakan usaha Kerajaan untuk meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan para pekerja ke tahap yang lebih memberangsangkan. ERGONOMIK AHMAD RASDAN ISMAIL

More Related