1 / 33

SKW 320 Falsafah Sosial Sains

SKW 320 Falsafah Sosial Sains. FALSAFAH. Bagaimana memberikan definisi? Dengan cara memberikan skop kepada pengertian. (Definition by limitation) Dengan cara menghuraikan sesuatu. (Definition by description) Dalam memberi definisi, tertakluk kepada kedua-dua kaedah ini. FAKTA. TEORI.

hazel
Télécharger la présentation

SKW 320 Falsafah Sosial Sains

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SKW 320Falsafah Sosial Sains

  2. FALSAFAH

  3. Bagaimana memberikan definisi? • Dengan cara memberikan skop kepada pengertian. (Definition by limitation) • Dengan cara menghuraikan sesuatu. (Definition by description) Dalam memberi definisi, tertakluk kepada kedua-dua kaedah ini.

  4. FAKTA TEORI IDEA HIPOTESIS KONSEP

  5. Fakta - sesuatu yang sudah jelas/suatu kenyataan (a statement of fact) • Idea - pemikiran/pertimbangan yang dikenakan kepada fakta (value judgment) • Konsep - himpunan idea-idea terhadap sesuatu fakta (tujuan dan sudut mana?) • Hipotesis - andaian awal berdasarkan konsep dan belum disahkan • Teori – andaian disahkan dan menjadi fakta, boleh disangkal dengan teori baru

  6. Philosophy = Philos + sophia Philos = Love Sophia = Wisdom Philosophy = Love of wisdom Falsafah = Kecintaan kepada kebijaksanaan/hikmah

  7. Seorang ahli falsafah adalah seorang yang cinta kepada kebijaksanaan atau hikmah.

  8. Falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi cinta terhadap hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. • Ahli falsafah - mereka yang berusaha mencari hakikat sesuatu, berusaha menautkan sebab dan akibat, serta berusaha mentafsirkan pengalaman manusia (Al-Syaibany 1979).

  9. Stroll dan Popkin (1921): • The study of science of the truths or principles underlaying all knowledge, and being (or reality). • Any one of the three branches (natural philosophy, moral philosophy, and metaphysical philosophy) accepted as composing this science. • A system of philosophical doctrine; the philosophy of Spinoza. • Metaphysical science; metaphysics. • The study or science of the principles of a particular branch or subject of knowledge: the philosophy of history. • A system of principles for guidance in practical affairs. • Philosophical spirit or attitude; wise composure throughout the vicissitudes of life.

  10. Perkara satu hingga enam keseluruhannya merujuk falsafah sebagai satu bidang yang secara sistematiknya membincangkan prinsip-prinsip tertentu (system of principles). • Perkara ketujuh bukan merujuk kepada aktiviti intelektual tetapi menyentuh tentang cara menanggapi kehidupan. • “Inquiries directed towards knowledge and those directed toward the guidance of life”. • Ertinya, falsafah merupakan satu sistem pemikiran yang sistematik tentang pandangan seseorang individu terhadap alam. Falsafah berperanan dalam menyediakan seseorang dengan perspektif dan pandangan yang lebih terbuka untuk membantunya berfikir dengan lebih sistematik dan teratur menjadikan seseorang itu lebih rasional dalam pemikiran dan tindakannya (Ozmon & Craver, 1999).

  11. Ozmon & Craver (1991): A dedicated inquiry into ideas, traditions, innovations, and ways of thinking. Hirst & Peters (1970) Aktiviti penaakulan yang menjadikan persoalan berbentuk second-order questions sebagai subjek.

  12. Sufean Hussin (1996) Bukan sains, kerana tidak menambah ilmu baru, tetapi menggabungkan fakta-fakta khusus kepada keseluruhan. Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa (1994) Terletak antara sains dan teologi.

  13. Ruang Lingkup Falsafah • Russell (1946) - Falsafah ialah suatu disiplin di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains fizikal dan sains kemanusiaan). • Sebagai teologi - falsafah mengandungi spekulasi tentang perkara-perkara yang tepat dan nyata. • Sebagai sains - falsafah menggunakan taakulan untuk membuktikan sesuatu. • Tegasnya, ilmu pengetahuan pasti adalah kepunyaan sains, manakala semua dogma atau rukun agama adalah kepunyaan teologi. Falsafah sahajalah yang melibatkan spekulasi dan taakulan.

  14. Satu sistem pemikiran yang sistematik tentang pandangan seseorang individu tentang alam ini. Dalam membentuk sistem pemikiran tersebut, falsafah tidak menggunakan kaedah saintifik ataupun kaedah teologi. Sebaliknya, ia mempunyai kaedah tersendiri iaitu kaedah inkuiri falsafah. Apabila seseorang individu itu telah membentuk pandangan yang tersendiri tentang alam, beliau sebenarnya telah membentuk pandangan peribadinya tentang kehidupan; yang akan mempengaruhi cara berfikir dan tindakannya pula.

  15. Pemikiran filosof mempunyai ciri-ciri khas, iaitu menimbulkan gejolak terhadap isu-isu manusia dan kemanusiaan; hidup dan kehidupan. Isu-isu falsafah tidak tetap, namun filosof tidak akan meninggalkannya sehinggalah mereka dapat merungkai cara pemecahan persoalan tersebut.

  16. Fungsi: • Mencorak dan mendasari sistem dalam negara tersebut. • Menyediakan seseorang kepada pemikiran yang lebih sistematik.

  17. Kesempurnaan kendiri & Realisasi kendiri Manusia memerlukan satu falsafah untuk memberikan mereka satu keyakinan hidup, yang kaedah empirikal sains tidak mampu melaksanakannya dalam usaha mencapai self-actualisation & self-realisation.

  18. Falsafah sebagai satu aktiviti … Kneller (1971) TIGA stail/pendekatan falsafah: • Falsafah spekulatif - satu cara pemikiran yang sistematik mengenai semua yang wujud sebagai satu keseluruhan. Juga satu proses mencari susunan dan keseluruhan yg tidak hanya tertentu kpd satu item @ pengalaman, tetapi kepada semua pengetahuan dan pengalaman. Ringkasnya, falsafah spekulatif ialah satu usaha untuk mencari satu kesepaduan bagi semua pemikiran dan pengalaman. - Tujuannya untuk memahami semua perkara yang berbeza yang ditemui bersama dan membentuk satu keseluruhan yang bermakna.

  19. Falsafah preskriptif - cuba menetapkan standard untuk mempertimbangkan nilai, kelakuan dan menghargai seni. - mengkaji apa yang dikatakan baik dan buruk, betul dan salah, cantik dan hodoh dan sebagainya. - bertanyakan sama ada kualiti tersebut terdapat pada perkara itu sendiri atau hanya muncul daripada pemikiran kita sahaja. - Bagi ahli psikologi, pelbagai bentuk tingkah laku manusia dari segi moral adalah tidak pasti baik buruknya. Tetapi, bagi ahli falsafah preskriptif, ia sentiasa berusaha untuk mencari & mengesyorkan prinsip untuk menentukan apakah tindakan dan kualiti yang berfaedah, dan kenapa ia harus begitu.

  20. c)Falsafah analitik - memberi tumpuan kepada perkataan dan makna perkataan-perkataan tersebut. - menganalisis kenyataan-kenyataan spekulatif dan preskriptif dalam usaha untuk mempertimbangkan makna-makna yang berbeza dalam konteks yang berlainan. - mereka akan menunjukkan bagaimana ketidak seragaman mungkin timbul apabila makna yang sesuai dalam konteks tertentu telah dibawa dalam konteks yang berlainan. - Mereka juga kelihatan berhati-hati, skeptik dan tidak begitu cenderung untuk membina sistem-sistem pemikiran.

  21. Sufean Hussin (1996): Pendekatan utama falsafah: • Pendekatan Deskriptif • Pendekatan Normatif • Pendekatan Analitik

  22. Pendekatan secara deskriptif: Memberi perhatian kepada perkembangan pemikiran tokoh-tokoh falsafah dulu dan kini, dengan tujuan untuk memahaminya.

  23. Pendekatan secara normatif Penekanan terhadap nilai-nilai, sebagai contoh apabila membincangkan tentang sesuatu isu.

  24. Pendekatan secara analitik Digunakan untuk berhujah bagi mencari pertalian serta mendapat gambaran menyeluruh tentang sesuatu analisis bahasa (etimologi), konsep, prinsip dan teori.

  25. Kaedah Falsafah: Analisis Inkuiri • Pendekatan ilmiah yang berdiri sendiri, untuk memperluaskan pengetahuan.Kejelasan konsep dan makna. • Bersifat abstrak, tetapi praktikal.Persoalan tentang konsep paling asas dalam kehidupan manusia. • Berbentuk dialektik. Tanpa prosedur atau peraturan tertentu, bergantung kepda proses konsepsi. (Persoalan, perbincangan, jawapan, reaksi, pro, kontra dan justifikasi).

  26. Kepentingan: untuk sampai kepada kebenaran/persetujuan, mengurangkan percanggahan di sepanjang usaha mencari kebenaran tersebut. • Cara berlaku: • Menggunakan proses mental dan intelektual yang berat. • Meliputi tiga proses: analisis, sintesis, kritis.

  27. Analisis: Proses memecahkan satu komponen besar kepada elemen yang lebih kecil. Memecahkan sesuatu perkara yang telah dipelajari kepada bahagian tertentu supaya susuan dan kaitan pecahan dapat dipelajari. Contoh: Konsep pendidikan – konsep mendidik, ilmu sebagai kandungan pendidikan. Kajian teliti. Penganalisaan serta penghasilan rumusan terhadap hasil tulisan atau pemikiran seseorang.

  28. Sintesis: Bertentangan dengan analisis. Menggabungkan pelbagai elemen menjadi satu komponen yang besar. Menyususn idea utama daripada pelbagai sumber untuk melahirkan idea baru yang bermakna. Contoh: Mencari definisi ilmu. Al-Attas: asas definisi oleh al-Surahwardi + Ali Celebi Mengkaji dan meneliti hasil tulisan atau pemikiran beberapa orang pemikir dan melaluinya beberapa idea atau pendapat baru dihasilkan.

  29. Kritis: Penilaian terhadap hujah yang digunakan bagi menyokong sesuatu pendapat. Melibatkan pencarian kelemahan dalam berhujah, untuk memperbaiki dan mengukuhkannya, supaya pendapat menjadi lebih bernas dan jitu. Menilai, memberi pendapat (negatif atau positif), atas hasil tulisan atau pemikiran seseorang.

  30. Analisis falsafah sebagai jalan meluaskan ilmu pengetahuan, TETAPI Manusia sebagai makhluk yang mempunyai kemampuan akal dan intelek yang terhad. Emosi – penjelasan al-Quran/Hadis – alam ghaib

  31. TERIMA KASIH r_adawiah@usm.my

More Related