1 / 39

KEUTUHAN PERIBADI

KEUTUHAN PERIBADI. PUAN ASMAHAN MUSA KETUA PENOLONG PENDAFTAR KANAN BAHAGIAN PENTADBIRAN AM JABATAN PENDAFTAR. KONSEP ASAS. Nilai adalah penting kerana ia membentuk peribadi seseorang dan menyumbang kepada peningkatan prestasi sesebuah organisasi. Antara sumbangan utama nilai ialah:

hugh
Télécharger la présentation

KEUTUHAN PERIBADI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEUTUHAN PERIBADI PUAN ASMAHAN MUSA KETUA PENOLONG PENDAFTAR KANAN BAHAGIAN PENTADBIRAN AM JABATAN PENDAFTAR

  2. KONSEP ASAS Nilai adalah penting kerana ia membentuk peribadi seseorang dan menyumbang kepada peningkatan prestasi sesebuah organisasi. Antara sumbangan utama nilai ialah: ● membentuk sikap positif kakitangan terhadap kerjaya bagi mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. ● boleh melahirkan kecemerlangan dalam perkhidmatan melalui pembentukan satu budaya kerja positif, cemerlang, diterima oleh semua pihak serta menepati peraturan dan disiplin.

  3. ● menterjemahkan sikap positif dalam kehidupan seharian; ● membantu mempertingkatkan imej organisasi di mata pelanggan dan imej negara di mata dunia. Nilai Teras - ialah nilai sepunya dan utama kepada semua kakitangan yang perlu dihayati tanpa mengira latar belakang agama dan etnik. Nilai teras yang ditetapkan ialah amanah, benar, bijaksana, adil, telus dan bersyukur.

  4. Nilai Kakitangan - nilai yang dibangunkan khusus kepada jenis kerja berdasarkan bidang tugas dan fungsi utama organisasi seperti berdisiplin, kemesraan, bekerjasama, taat setia, komitmen, berakhlak, kebangsaan dan profesional. Arahan Y.A.B. Perdana Menteri siri 2, No. 1, Tahun 2007 Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Garis Panduan pelaksana & Mekanisma Sistem Penyeliaan Program-program Nilai Murni.

  5. Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran, memperkukuhkan penghayatan, menjana dan mengekalkan pengamalan dan mengadakan penilaian. hakim, peguam, pegawai kewangan, akaun, wartawan, guru. Nilai dan Etika Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin rakyat yang berpendidikanlengkap dan hubungan masyarakat – perilaku etiket sosial dan budaya ilmu.

  6. Nilai berperanan sebagai kayu ukur (standard) kepada apa pun juga yang dilakukan manusia yang diingini dan dicita-citakan mahupun yang dilihat, didengar, dirasa sesuatu yang dialaminya. Nilai juga menunjukkan arah, menjadi penentu dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai membentuk peribadi dan tingkahlaku seseorang. Nilai, norma dan sikap menjadi unsur utama dalam pembentukan etika seseorang dalam masyarakat.

  7. Penerapan Nilai-Nilai Islam Nilai-nilai Islam yang hendak diterapkan ialah nilai-nilai yang akan berjaya mendirikan kerajaan / organisasi yang berkesan dari segi keamanan, keselamatan dan pembangunan yang mampu menyaingi pemerintah-pemerintah lain. Pemerintahan yang betul-betul menerapkan nilai-nilai Islam tetap akan berjaya. 4 aspek asas Islam sebagai teras pentadbiran. ● univerlisme - sesuai dengan keperluan manusia sejagat.

  8. ● mudah – ajaran Islam tidak menyulitkan ● memelihara kepentingan umum - lebih memberi keutamaan kepada kepentingan umum ● keadilan – prinsip asas dalam pelaksanaan sesuatu dasar

  9. Nilai & Etika Perkhidmatan Awam - Profesionalisme - Integriti & Akauntabiliti - Kejujuran Intelektual - Neutraliti - Kecergasan fizikal - bekerjasama & berbudi bahasa - disiplin, pengurusan mada & diri dan inovasi - kepimpinan

  10. Integriti Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Integriti Individu Keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikatakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan

  11. Umum. Apa yang dilakukan individu itu perlu cepat, tepat dan bermutu. Apabila individu bertindak dan bertingkahlaku secara konsisten dalam pelbagai segi dia dikatakan mempunyai integriti jika berlaku sebaliknya ianya tidak berintegriti.

  12. Integriti Organsiasi Integriti organisasi tercemin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi.

  13. Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota Perkhidmatan Awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja.

  14. Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkahlaku individu, organisasi dan profesion. Etika Individu Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam membezakan antara yang benar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang baik dan boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan.

  15. Etika Organisasi Menjadi garis panduan bagi menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, berasa telus, bertanggungjawab dan adil dalam mematuhi piagam pelanggan.

  16. Etika Profesion Kod yang menggariskan apa yang harus dibuat dan tidak harus dibuat oleh pengamal profesion berkenaan seperti doktor, hakim, peguam, wartawan atau guru. Perkhidmatan berkualiti dapat dirumuskan sebagai “quality goods / service begin with quality man” dalam Islam “sebaik-baik kamu ialah orang yang paling berfaedah kepada orang lain”

  17. Etika OrganisasiEtika organisasi menjadi garis panduan bagi menjalankan tugas, seperti perlu berpegang pada nilai bersih, cekap, amanah, jujur, benar, telus, bertanggungjawab dan adil dan mematuhi program pelanggan.Etika ProfesionSeseorang kakitangan perlu menjalankan tugas dengan cemerlang, berusaha meningkatkan perkhidmatan dan seterusnya menanamkan sikap sentiasa berusaha untuk penambahan yang berterusan, mengutamakan pelanggan, bermuafakat dan bekerjasama melalui kerja berpasukan untuk kejayaan dan kepentingan organisasi.

  18. Teras perkhidmatan menekankan nilai-nilai berikut: • Bekerja dengan azam mengabaikan diri kepada Allah. • - berpegang teguh kepada ajaran agama • - berazam meninggikan mutu perkhidmatan • - bekerja dengan penuh tanggungjawab • - berusaha mengikis sikap mementingkan diri • - berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan • - bekerja dengan telus, ikhlas dan amanah

  19. Tanggungjawab yang perlu dipatuhi ialah: • Mematuhi halatuju, matlamat, polisi, moto, sasaran kerja dan piagam pelanggan organisasi sepenuhnya. • Mewujudkan satu sistem kerja yang baik dan aliran komunikasi yang berkesan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan • Memberi komitmen sepenuhnya kepada semua tugas yang diamanahkan • Mewujudkan persaingan positif untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti • Melibatkank diri dalam semua proses penambahbaikan yang berterusan untuk pembangunan organisasi.

  20. JKP Mewujudkan pentadbiran awam yang cekap, berdisiplin dan berintegriti tinggi dengan pengkhususan awalan nilai-nilai murni serta berusaha mengatasi masalah dan kelemahan khususnya dalam pengurusan kewangan, pentadbiran pentadbiran kes, tatatertib, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang ditegahkan oleh perundangan dan agama. PIN Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi pekerti yang luhur.

  21. Nilai dan Tunggak Asas dalam Perkhidmatan Awam - menghargai masa - keseronokan bekerja - ketinggian peribadi - ketekunan - kemuliaan kesederhanaan - kekuatan sifat baik hati - pengaruh dan tauladan - kewajiban menjalankan tugas - kebijaksanaan berhemat - keutamaan kesabaran

  22. Nilai Utama Dalam Perkhidmatan Awam ialah - Taat Setia - Amanah, bersih dan jujur’ - Bertanggungjawab - Berkecuali - Adil dan saksama - Prestasi yang cemerlang dan berkualiti - Ketepatan masa - perkhidmatan mudah dan mesra - sikap berjimat cermat

  23. Menghargai Masa “masa itu emas” berlalunya masa tanpa sebarang perbuatan atau sumbangan yang berfaedah bererti suatu kerugian, kerana masa yang berlalu tidak akan kembali. Setiap kakitangan dikehendaki merancang penggunaan masanya dengan bijak dan berkesan. Amalan positif menepati, masa, mematuhi masa bekerjasama, mematuhi masa pejabat, menyegerakan tugas, mempunyai perancangan waktu, bijak menguruskan tempoh masa yang diberi, menumpu masa pada kerja dan menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.

  24. Amalan Negatiftidak ada ‘sense of urgency’ membuat kerja peribadi di pejabat, tidak peka kepada pembaziran masa dll. • Ketekunan memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan sempurna dan membawa kejayaan serta kecemerlangan.

  25. Amalan Positif - gigih dalam melaksanakan tugas yang mencabar, rajin serta sentiasa berusaha, tekun dalam menjalankan tugas, sabar dalam cabaran yang dihadapi, berdisiplin dan berdedikasi. Amalan Negatif - tidak berdisiplin, tidak tekun, mudah putus asa dan tidak bersemangat

  26. Keseronokan Bekerja • Kerja bukanlah sesuatu yang mudah dan merupakan pelakuan yang tiada hujungnya. Kerja yang dilakukan dengan seronok akan meningkatkan produktiviti dan penghasilan yang optimum. • .

  27. Amalan Positif - tanamkan kerja sebagai ibadah, mempunyai inisiatif sendiri, menghasilkan sesuatu yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja & sedia memberi kerjasama. Amalan Negatif - tidak komited, anggap kerja sebagai beban, kerja tunggu arahan dan tidak suka membantu. • Kemuliaan dan kesederhanaan Sikap kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan, contoh keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan, kesederhanaan menimbulkan keadaan bersih, kemas, selesa dan harmoni.

  28. Amalan Positif - perlu jelas dan jitu dalam pemikiran, penulisan dan percakapan, tidak membazir • Amalan Negatif - sikap suka menonjol diri, berkelakuan mengada-ngada, sombong dll. • Ketinggian peribadi • Peribadi ialah ‘the total personality’ yang merangkumi watak, sikap, perilaku, gaya dan pergaulan. • Amalan Positif - teguh beriman dan bertakwa, menyempurnakan tugas dengan amanah, bersifat ikhlas dalam tanggungjawab yang diberikan.

  29. Amalan negatif - sikap pura-pura, sombong, menunjuk-nunjuk, menfitnah, mengumpat, dengki khianat dll. • Kekuatan sifat baik hati • Sifat yang disukai iaitu sopan santun, pemaaf, pemurah, bertimbang rasa, bersimpati dan suka menolong.

  30. Amalan Positif - mudah menerima teguran, berbudi mulia, ikhlas, bertimbang rasa, pemurah, mesra dan bekerjasama. Amalan Negatif- kasar, kurang sopan, berdendam, tidak peduli, mementing diri sendiri, sombong dan bermuka- muka.

  31. Pengaruh Teladan Perlakuan ketua akan menjadi ikutan kakitangan. Ketua perlu tegas, komited untuk membawa perubahan dan mencegah ketidakadilan, ketidak cemerlangan dan gejala rasuah. Amalan Positif - sentiasa berkelakuan baik, ketelusan terhadap polisi, bermoral dan berakhlak tinggi, rajin bertanggungjawab, jujur.

  32. Amalan negatif - tingkah laku yang buruk, tidak konsisten dalam produktiviti, hasad dengki, prasangka buruk, mengelak tanggungjawab tidak sensitif, cepat marah dll. • Kewajiban Menjalankan Tugas Tugas ialah tanggungjawab yang ditetapkan bagi seseorang kakitangan.

  33. Amalan Positif - sentiasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan, tekun, dan sabar, mempunyai inisiatif dan mementingkan kualiti. Amalan - menyeleweng daripada Negatif tanggungjawab, suka membangkang bila diberi tugas, tidak jujur, suka bertangguh, tidak cermat, sentiasa membuat kesilapan kerja dan rasuah, salah guna kedudukan.

  34. Kebijaksanaan Berhemah Sikap kebijaksanaan berhemah perlu diamalkan. Amalan Positif - tidak membazir harta dan peralatan, tahu membezakan keperluan dan kemewahan. Amalan negarif - boros, suka membazir, memperagakan kehebatan dan kemewahan, salah guna kemudahan pejabat.

  35. Keutamaan Kesabaran Bersikap menerima segala cabaran dengan tenang, memikir dengan teratur dan tidak mudah berputus asa. Ini mencerminkan kewibawaan, keberanian menghadapi dugaan dan berkeyakinan. Amalan Positif - tenang menghadapi masalah rumit, tahan menerima cabaran, tidak berputus asa, berhemah tinggi. Amalan negatif - selalu mengubah pendirian dan keputusan, tidak sanggup berkorban, mudah mengalah, tidak bertanggung- jawab dan mudah patah semangat.

  36. Peningkatan Bakat Bakat ialah sifat yang mendorong ke arah penciptaan inovasi dan penyelesaian masalah yang rumit. Amalan Positif - memberi dorongan terhadap kreativiti, memberi galakan, berani mencuba ide baru mengenal bakat sendiri dan kakitangan.

  37. Amalan Negatif - menyekat pemikiran baru, takut menghadapi pembaharuan dan perubahan, takut mencuba sesuatu yang baru dan berpuashati dengan tahap yang ada. • Nikmat Mencipta Kepuasan merupakan puncak segala usaha gigih yang dilakukan dan wujud hasil daripada mencipta sesuatu.

  38. Amalan Positif - merasa puas kerana sesuatu ide atau cadangan dapat dilaksanakan, dimanafaat dan diterima. Amalan negatif - berpuashati dengan kedudukan yang ada, takut menempuhi kegagalan, berfikiran tidak dinamik, mempertahankan status quo dan tidak suka pembaharuan.

  39. SELESAI TERIMA KASIH

More Related