1 / 19

SURAH AL-SAJDAH

ASBAB AL-NUZUL. (SEJARAH TURUNNYA AYAT-AYAT AL-QUR'AN). SURAH AL-SAJDAH.

ilana
Télécharger la présentation

SURAH AL-SAJDAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. ASBAB AL-NUZUL (SEJARAH TURUNNYA AYAT-AYAT AL-QUR'AN) SURAH AL-SAJDAH

  2. “Merekamerenggangkandiridaritempattidur, (sedikitsangattidur, keranamengerjakansembahyangtahajjuddanamal-amalsoleh); merekasentiasaberdoakepadaTuhanmerekadenganperasaantakut (akankemurkaan-Nya) sertadenganperasaaninginmemperolehilagi (keredaan-Nya); danmerekaselalu pula mendermakansebahagiandariapa yang Kamiberikepadamereka.” (Surah al-Sajdah: 32 : 16)

  3. Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Bilal dan sahabat Rasulullah sedang duduk-duduk di dalam masjid, terdapat sebahagian sahabat lain yang sembahyang sunat selepas Maghrib sehingga Isyak. Maka turunlah ayat ini (Surah al-Sajdah: 32 : 16) yang menceritakan perbuatan orang-orang yang terpuji. (Diriwayatakan oeh al-Bazzar dari Bilal)

  4. Di dalamhadisiniterdapatsanad yang daifiaitu Abdullah bin Syabib Dalamriwayat lain pula, adadikemukanbahawaayatini (Surah al-Sajdah: 32 : 16) turunberkenaandenganparasahabat yang menungguuntukmenunaikansembahyang al-‘Atamahiaitusembahyangisyak yang dilakukanpadaakhirmalam. (Diriwayatdanditashihkanoleh al-TirmizidariAnas)

  5. “(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan).” (Surah al-Sajdah: 32 : 18)

  6. Dalamsuaturiwayat, adadikemukakanbahawaWalid bin Uqbah bin AbiMuaithberkatakepada Ali bin AbiTalib: “Mata tombakkamilebihtajamdaritombak mu, danlidahkamilebihlancardarilidah mu sertaanakbuahkamilebihbanyakdarianakbuah mu.” Ali menjawab: “ Tutupmulutmu, sesungguhnyaengkauadalahorangfasik.” Makaayatini (Surah al-Sajdah: 32 : 18) turunberkenaandenganperistiwadiatassebagaipenjelasanbahawaorangfasiktidaksamadenganorangmukmin. • (Diriwayatoleh al-WahididariIbnuAsakirdari Said bin JubairdariIbnuAbbas) • (Diriwayat pula olehIbnuJarirdariAtha bin Yasar) • (Diriwayat pula olehIbnuAdidan al-KhatibdidalamkitabTarikhdari al-KalbidariAbiSallehdariIbnuabbas

  7. Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan pertikaman lidah di antara Alai bin Abi Talib dengan Uqbah bin Abi Muaith. Menurut riwayat ini ada dikemukakan bahawa ayat-ayat ini turun berkenaan dengan Uqbah bin Walid dan bukan al-Walid. (Diriwayat oleh al-Khatib dan Ibnu Asakir dari Ibnu Luhaiah dari Amr bin Dinar dari Ibnu Abbas)

  8. “Dan mereka bertanya: “Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?” (Surah al-Sajdah: 32:28)

  9. “Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian).” (Surah al-Sajdah: 32:29)

  10. Dalam suatu riwayat ada dikemukan bahawa para sahabat berkata: “Sesungguhnya telah hampir kepada kami hari untuk beristirehat dan bersenang-senang.” Kemudian kaum musyrikin berkata: “Bilakah waktunya sekiranya kalian semua adalah orang yang benar?” Maka turunlah ayat ini (Surah al-Sajdah: 32: 28-29) sebagai penegasan kepada mereka bahawa pada waktu itu tidak akan memberi faedah kepada orang kafir. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah)

  11. (SEJARAH TURUNNYA AYAT-AYAT AL-QUR'AN) ASBAB AL-NUZUL SURAH AL-INSAN

  12. “Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orag tawanan.” (Surah al-Insan: 76 : 8)

  13. Dalam suatu riwayat ada dikemukan bahawa perkataan “asiera” dalam ayat di atas itu bermaksud tawanan kaum musyrikin yang diseksa. Ini kerana Rasulullah tidak mungkin mempunyai tawanan dari kalangan kaum Muslimin. Penurunan ayat di atas adalah sebagai perintah kepada kaum Muslimin untuk memberi layanan yang baik kepada tawanan dan memberi makanan yang disukainya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Ibnu Jarir)

  14. “Dan apabila engkau melihat di sana (dalam syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada tolok bandingnya).” (Surah al-Insan: 76 : 20)

  15. Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Umar bin al-Khattab datang mengadap Rasulullah s.a.w yang kebetulan pada masa itu sedang tidur di atas tikar yang diperbuat dari pelepah kurma sehingga bekasnya kelihatan pada badan Rasulullah, maka Umar menangis melihat kejadian tersebut.

  16. Kemudian Baginda bersabda: “Mengapa engkau menangis?” Umar menjawab: “Tuan telah menceritakan kemegahan Kisra dan kerajaannya, Hurmuz dengan kerajaannya dan Rja Habsyah dengan kerajaannya sedangkan Tuan sendiri ya Rasulullah tidur di atas tikar yang diperbuat dari pelepah kurma.” Rasulullah bersabda lagi: “Apakah engkau tidak redha dunia bagi mereka dan bagi kita adalah akhirat.”

  17. Makaturunlahayatini (Surah al-Insan: 76 : 20) berhubungdenganperistiwatersebut yang menjanjikankenikmatanpadahariakhirat. (DiriwayatkanolehIbnuMunzirdariIkrimah)

  18. “Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.” (Surah al-Insan: 76 : 24)

  19. Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Qatadah mendengar berita bahawa Abu Jahal berkata: “Jika aku melihat Muhammad sedang sembahyang, aku akan patahkan tengkuknya.” Berhubung dengan peristiwa tersebut Allah telah menurunkan ayat di atas sebagai peringatan supaya tidak memperdulikan apa yang diucapkan oleh kafir. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak, Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir dari Qatadah)

More Related