1 / 38

Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Terengganu (ISO 9001:2000)

Usaha, Taqwa, Mulia. Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Terengganu (ISO 9001:2000). Prof Madya Wan Dorishah Wan Abdul Manan Timbalan Pengarah Kampus (Akademik) 15 Mac 2007. Kandungan Taklimat. Pengenalan kepada ISO 9001:2000 Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Terengganu. Apakah ISO 9001?.

jada
Télécharger la présentation

Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Terengganu (ISO 9001:2000)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Usaha, Taqwa, Mulia Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Terengganu(ISO 9001:2000) Prof Madya Wan Dorishah Wan Abdul Manan Timbalan Pengarah Kampus (Akademik) 15 Mac 2007

  2. Kandungan Taklimat • Pengenalan kepada ISO 9001:2000 • Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Terengganu

  3. Apakah ISO 9001? • Satu MODEL bagi Sistem Pengurusan sesebuah organisasi • Model ini dirangka oleh International Organisation for Standardisation • Model ini menyediakan standard bagi mewujudkan amalan pengurusan yang berkesan

  4. Persijilan • Sesebuah organisasi yang mematuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam standard ISO boleh memohon sijil ISO dari badan persijilan yang diiktiraf • UiTM memperolehi sijil ISO dari Lloyds LRQA • Antara keperluan persijilan pihak Lloyds akan mengunjungi kampus setiap 6 bulan untuk melakukan “Audit Surveillance”

  5. Organisasi yang fokus kepada pelanggan 1 8 Perhubungan antara pembekal yang beri faedah kedua pihak 2 Kepimpinan 3 7 Penglibatan Pekerja Pendekatan berasaskan fakta dalam membuat Keputusan Pendekatan Proses 4 6 Penambahbaikan Berterusan Pengurusan Sistem 5 Lapan Prinsip Asas Standard ISO 9001 8

  6. ISO 9001:2000 • Mengandungi lima tajuk utama: • Sistem Kualiti (Klausa 4) • Tanggungjawab Pengurusan (Klausa 5) • Pengurusan Sumber (Klausa 6) • Realisasi Produk (Klausa 7) • Pengukuran, analisis dan penambahbaikan (Klausa 8)

  7. Keperluan Am SPK (Klausa 4.1) • Organisasi perlu mewujud, mendokumen, melaksana dan menyenggara sistem pengurusan kualiti dan meningkatkan keberkesanannya secara berterusan selaras dengan keperluan standard.

  8. Keperluan dokumentasi • Penyataan dasar kualiti dan objektif kualiti • Manual kualiti • Prosedur yang perlu didokumenkan mengikut standard • Dokumen-dokumen yang diperlukan oleh organisasi bagi memastikan perancangan, operasi dan kawalan ke atas proses dijalankan dengan berkesan • Rekod-rekod yang diperlukan oleh standard

  9. Dokumen yang ada di UiTM Terengganu: • Dasar dan objektif kualiti UiTM Terengganu • Objektif kualiti setiap Bahagian • Manual Kualiti • Prosedur Kualiti • Polisi dan peraturan UiTM, pekeliling Kerajaan, akta dll • Rekod pada kertas dan di dalam sistem komputer (disket, thumbdrive dll dalam bentuk tulisan atau gambar)

  10. Dasar Kualiti UiTM Terengganu UiTM Terengganu komited untuk mengendalikan Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang berkualiti demi melahirkan graduan bumiputra profesional dan beretika yang global serta sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. UiTM Terengganu akan melaksanakan sistem pengurusan profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, pelaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah universiti yang bertaraf dunia.

  11. Objektif Kualiti (sehingga Disember 2009) • Mencapai 70% pelajar sepenuh masa tamat dalam tempoh minima pengajian untuk setiap semester. • Mencapai 50% daripada pelajar gugusan Sains Pengurusan yang tamat memperolehi CGPA 3.00 ke tas dan pelajar gugusan Sains teknologi yang tamat memperolehi CGPA 3.00 ke atas pada setiap semester. • Menyediakan kemudahan dan peralatan yang mencukupi untuk pelajar sepenuh masa. • Memastikan 3 penyelidikan atau projek dengan agensi luar didaftarkan setiap tahun.

  12. Objektif Kualiti (sehingga Disember 2009) • Mencapai penglibatan staf akademik dalam penerbitan ilmiah pada kadar purata satu per staf akademik pada setiap tahun.

  13. Skop SPK (Mulai 1 Januari 2005) • Sistem Pengurusan Penyediaan Perkhidmatan Pendidikan Tinggi bagi Program Diploma dn Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) sepenuh masa.

  14. Carta Hubungkait Proses SPK dan Bahagian-Bahagian di UiTM Terengganu Penambahbaikan Berterusan

  15. Bahagian Objektif Kualiti HEA • Memastikan sekurang-kurangnya 90% daripada kumpulan kuliah telah mempunyai pengajar pada minggu pertama kuliah bermula. • Memastikan tiada pindaan dilakukan terhadap jadual waktu kuliah 3 minggu selepas kuliah bermula. • Memastikan setiap pensyarah baru menghadiri sekurang-kurangnya satu bengkel pengajaran dalam tempoh 6 bulan dari tarikh melaporkan diri. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  16. Bahagian Objektif Kualiti HEA • Memastikan sekurang-kurangnya 95% kelengkapan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan oleh pelajar dan pensyarah pada setiap semester. • Memastikan tiada berlaku kesilapan markah pelajar di dalam keputusan peperiksaan akhir. • Menerbitkan sekurang-kurangnya satu jurnal setiap tahun dan satu buletin setiap bulan. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  17. Bahagian Objektif Kualiti HEA • Memastikan sekurang-kurangnya satu kolokium penyelidikan diadakan pada setiap semester. • Memastikan setiap pensyarah baru menghadiri sekurang-kurangnya satu bengkel penyelidikan dan satu bengkel penulisan dalam tempoh satu tahun dari tarikh melaporkan diri. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  18. Bahagian Objektif Kualiti HEP • Mensasarkan tidak kurang daripada 95% bilik-bilik di kolej kediaman sesuai dan selamat didiami pada setiap semester pengajian. • Mensasarkan semua pengusaha dewan makan mendapat lebih daripada 80% dalam penilaian prestasi perkhidmatan makanan mingguan pada setiap semester. • Memastikan 90% kemudahan dan peralatan sukan berkeadaan baik dan boleh digunakan setiap masa. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  19. Bahagian Objektif Kualiti HEP • Menetapkan pencapaian objektif program Minggu Mesra Siswa mendapat markah purata tidak kurang daripada 85% dalam penilaian program. • Memastikan sekurang-kurangnya 80% kehadiran ke program-program pembangunan dan kepimpinan pelajar setiap semester. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  20. Bahagian Objektif Kualiti HEP • Menerapkan sekurang-kurangnya 80% pesakit di klinik pelajar mendapat rawatan dalam tempoh menunggu kurang dari 30 minit setiap hari. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  21. Bahagian Objektif Kualiti PENTADBIRAN • Meningkatkan kompetensi staf melalui latihan, di mana sekurang-kurangnya 80% dari staf akademik dan 50% dari bukan akademik diberi latihan sebanyak 56 jam setahun. • Mensasarkan 50 kakitangan yang mencapai umur 40 tahun ke atas membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh. • Memastikan pengambilan kakitangan akademik berbanding dengan pelajar sentiasa berada di tahap tidak lebih 1:25 pada setiap semester. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  22. Bahagian Objektif Kualiti PENTADBIRAN • Mensasarkan sekurang-kurangnya 90% pelanggan berpuashati terhadap perkhidmatan pengangkutan yang disediakan pada setiap semester. • Mensasarkan kehilangan harta benda sifar di dalam kampus pada setiap semester. • Mensasarkan tiada staf dan pelajar terlibat dengan kegiatan dadah pada setiap semester. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  23. Bahagian Objektif Kualiti PEMBANGUNAN DAN SELENGGARAAN • Mensasarkan paling kurang 80% daripada gangguan bekalan elektrik dipulihkan dalam masa 1 jam. • Mensasarkan tahap kebersihan keseluruhan bangunan pada tahap paling kurang 90%. • Memastikan semua alat pemadam api mudah alih di kampus sentiasa berfungsi dengan baik pada setiap masa. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO – Bahagian

  24. Bahagian Objektif Kualiti PEMBANGUNAN DAN SELENGGARAAN • Mensasarkan sekurang-kurangnya 90% daripada kemudahan/kelengkapan elektrik di bilik kuliah berfungsi ketika kuliah dijalankan dan melakukan pemantauan 2 kali setiap semester. • Mensasarkan 90% penyediaan dokumen projek yang telah diluluskan disediakan dalam tempoh 9 bulan pertama pada setiap tahun. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO – Bahagian

  25. Bahagian Objektif Kualiti KEWANGAN • Memastikan belanjawan tahunan dibelanjakan sepenuhnya sekurang-kurangnya mencapai tahap “encumbrance”. • Memastikan bayaran dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh bil/invois diterima oleh Pejabat Bendahari. • Memastikan teguran audit dalaman dan audit luaran dipatuhi dan jawapan bertulis dikemukakan dalam tempoh satu bulan dari tarikh teguran audit diterima. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  26. Bahagian Objektif Kualiti KEWANGAN • Memastikan sekurang-kurangnya 90% Pesanan Jabatan bagi sebut harga rasmi dikeluarkan dalam tempoh 5 hari selepas surat setuju terima dikembalikan oleh pembekal yang ditawarkan kontrak. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  27. Bahagian Objektif Kualiti PERPUSTAKAAN • Mencapai sekurang-kurangnya 30% judul buku dipinjam oleh pengguna perpustakaan. • Meningkatkan kehadiran pengguna ke program pendidikan pengguna sebanyak 2% setahun. • Mensasarkan 80% dari perolehan terdiri daripada bahan akademik. OBJEKTIF SISTEM KUALITI ISO - Bahagian

  28. Tanggungjawab Ketua Bahagian / Unit • Faham peranan masing-masing di dalam SPK • Memastikan semua staf di bahagian dan unit masing-masing mengetahui dan faham tugas mereka di dalam perlaksanaan SPK (klausa 5.1a & 5.5.3) • Memastikan objektif bahagian diadakan (klausa 5.1c) berdasarkan keperluan pelanggan (klausa 5.2)

  29. Tanggungjawab Ketua Bahagian / Unit • Memantau kerja-kerja yang dilaksanakan bagi mencapai objektif Bahagian • Menilai pencapaian objektif Bahagian dengan mengutip dan menganalisis data dan seterusnya melakukan penambah-baikan jika telah tercapai (klausa 8.4) • Menyiasat punca aduan pelanggan dan mengambil tindakan susulan yang bersesuaian (klausa 7.2.3)

  30. Tanggungjawab Ketua Bahagian / Unit • Memastikan kerja-kerja yang dibuat adalah berdasarkan prosedur / peraturan yang ditetapkan (klausa 7.5.1 & 8.2.3) dan menyimpan rekod-rekod kerja dengan sempurna (klausa 4.2.4) • Membuat perancangan latihan untuk staf masing-masing (klausa 6.2.2) • Menilai keberkesanan latihan yang telah dijalani oleh staf (klausa 6.2.2)

  31. Tanggungjawab Koordinator • Memastikan dokumen terkini mengenai kurikulum pengajian, silabus dan lain-lain disimpan dengan sempurna (klausa 4.2.3) • Merancang tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan bagi memastikan objektif kualiti tercapai (klausa 5.4, 7.1, 8.1, 8.2, 8.3, 8.5)

  32. Tanggungjawab Koordinator • Memastikan semua portfolio kursus disemak (klausa 7.5 & 8.2.3) • Memastikan pensyarah-pensyarah sambilan / pensyarah-pensyarah baru dipantau (klausa 8.2.3) • Memastikan semua urusan pentadbiran program dilakukan berdasarkan peraturan akademik (klausa 8.2.3)

  33. Tanggungjawab Pensyarah Pengajaran • Memberi kuliah dan tutorial di dalam kelas serta mengendalikan kerja-kerja amali di dalam makmal komputer secara menyeluruh mengikut kehendak silibus (klausa 7.5) • Menyediakan nota-nota kuliah serta nota makmal terkini sesuai dengan kehendak silibus yang ditetapkan (klausa 7.5)

  34. Tanggungjawab Pensyarah(samb) PENGAJARAN • Menyediakan soalan-soalan kuiz, latihan dan peperiksaan bagi menilai pemahaman pelajar (klausa 7.1) • Memeriksa tugasan pelajar, kuiz dan kertas jawapan peperiksaan (klausa 7.1) • Menyediakan dan melaporkan markah keseluruhan setiap pertengahan dan akhir semester (klausa 7.1)

  35. Tanggungjawab Pensyarah(samb) • Memastikan tugas-tugas yang dijalankan direkodkan di dalam portfolio kursus (klausa 7.1)

  36. Tanggungjawab Pensyarah(samb) SUMBANGAN KEPAKARAN • Menjadi penyelia/ahli panel penilai bagi projek akhir pelajar tahun akhir (klausa 7.5) PEMBANGUNAN DIRI • Melibatkan diri dalam aktiviti penyelidikan dan penulisan (klausa 5.1 & 5.4)

  37. Tanggungjawab Staf • Memastikan dokumen yang menjadi rujukan dalam melaksanakan tugas dapat diperolehi • Memastikan tugas-tugas dijalankan berdasarkan prosedur kerja yang telah ditetapkan • Memastikan rekod-rekod (hasil kerja) disimpan di tempat yang selamat dan mudah diperolehi apabila diperlukan

  38. Terima Kasih Usaha, Taqwa, Mulia

More Related