1 / 29

Sejarah Tamadun Islam 2

Sejarah Tamadun Islam 2. Intelektual Part 2. Nama penuhnya Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami. Beliau adalah seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan tokoh agama. Ibnu Khaldun (732-808H). Ibnu Khaldun (732-808H). Beliau dianggap sebagai:

jolanta
Télécharger la présentation

Sejarah Tamadun Islam 2

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Sejarah Tamadun Islam 2 Intelektual Part 2

  2. Nama penuhnya Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami Beliau adalah seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan tokoh agama. Ibnu Khaldun (732-808H)

  3. Ibnu Khaldun (732-808H) • Beliau dianggap sebagai: • Seorang ahli falsafah sejarah & • Sarjana teragung sepanjang zaman.

  4. “Muqaddimah” Ibnu Khaldun • Menurut B. Lewis, ia merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan dapat membantu ahli sejarah menghasilkan kajian yang benar dan ilmiah.

  5. “Muqaddimah” Ibnu Khaldun • Ia dianggap sebagai kajian awal untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia melalui pensejarahan.

  6. AL-BIRUNI • Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. • Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. • Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

  7. AL-BIRUNI • Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. • Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.

  8. AL-BIRUNI • Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. • Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.

  9. AL-BIRUNI • Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. • Dalam sepanjang hidupnya, Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.

  10. AL-BIRUNI • Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. • Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

  11. AL-BIRUNI • Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. • Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. • Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

  12. AL-BIRUNI • Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. • Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

  13. AL-BIRUNI • Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. • Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

  14. AL-BIRUNI • Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

  15. PERTEMBUNGAN TAMADUN • Pertembungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun lain sudah berlaku sejak awal Islam lagi. • Sebelum Kelahiran Rasulullah, sudah wujud beberapa tamadun seperti • Tamadun Babylon di Mesopotamia,Iraq • Tamadun Yunani • Tamadun Rome • Tamadun Parsi • Tamadun India • Tamadun China

  16. PERTEMBUNGAN TAMADUN • Pengaruh Islam meluas sehingga ke China dan India pada zaman Umayyah dan Abbasiyah. • Pertembungan dengan Tamadun Eropah berlaku sewaktu orang Islam memerintah Andalusia dan Sicily. • Pertembungan dengan Tamadun Eropah berlaku melalui perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian.

  17. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Para Intelektual Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap peradaban dan tamadun dunia.

  18. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM 1) Falsafah dan Pemikiran Tamadun Islam telah mencelikkan orang Eropah terhadap hubungan manusia dengan alam dan tamadun tinggi lagi holistik (merangkumi seluruh kehidupan manusia).

  19. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.

  20. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. • Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

  21. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. • Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. • Walaupun segelintir ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

  22. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. • Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. • Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China.

  23. SUMBANGAN TAMADUN ISLAM • Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.

  24. Perubatan • Buku al-Razi, al-Hawitelah telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. • Begitu juga dengan buku Ibnu Sina, al-Qanun.

  25. Mathematik • Ramai penuntut Eropah datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. • Adelard dari Britain telah berguru dengan orang Islam dan menterjemahkan karya al-Khawarizmi tentang geometri dalam matematik dan statistik.

  26. Astronomi • Karya Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin. • Bahasa Eropah telah meminjam beberapa istilah bahasa Arab. • Umat Islam berjaya mencipta kompas, astrolab, alat pengukur bulatan dunia dan alat menimbulkan kapal yang tenggelam.

  27. Botani • Di kota2 besar seperti Cordova, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. • Ibn Arabi menulis buku tentang Botani. • Al-Ghafiqi menerbitkan buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. • Ibn Baytar menyusun buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang,tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.

  28. Architecture & Seni Halus • Masjid-masjid di seluruh dunia Islam sebagai bukti umat Islam memiliki kemahiran dan estetika tinggi dalam seni bina, seni halus, seni lukis dll.

  29. Pelayaran • Ramai tokoh pelayaran Islam seperti al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Batuttah. • Kehebatan Orang Islam dalam bidang pelayaran dan perkapalan tidak menjadikan mereka bangsa perosak seperti bangsa Eropah – Portugis, Belanda, Sepanyol, British – yang menggunakan kapal mereka untuk menjarah dan menjajah orang lain.

More Related