1 / 40

TINDAKAN PERUSAHAAN (TP)

TINDAKAN PERUSAHAAN (TP). PENDAHULUAN. Apabila berlaku PP, terdapat dua cara TP, iaitu piket dan mogok, yang boleh dibuat oleh pekerja atau KS pekerja untuk bertindak agar penyelesaian dapat dibuat. Majikan pula boleh mengambil tindakan sekat-masuk.

kiaria
Télécharger la présentation

TINDAKAN PERUSAHAAN (TP)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TINDAKAN PERUSAHAAN (TP)

  2. PENDAHULUAN • Apabila berlaku PP, terdapat dua cara TP, iaitu piket dan mogok, yang boleh dibuat oleh pekerja atau KS pekerja untuk bertindak agar penyelesaian dapat dibuat. Majikan pula boleh mengambil tindakan sekat-masuk. • Peruntukan-peruntukan berkaitan tindakan perusahaan adalah dinyatakan di Bahagian IX APP 1967. TINDAKAN PERUSAHAAN

  3. “Dalam negara ini, piket, mogok dan sekat-masuk adalah dibenarkan tetapi terhad menurut Bahagian IX APP. Tiada kesatuan sekerja yang akan berpiket atau melakukan mogok tanpa mengadakan rundingan terlebih dahulu. Dalam kes ini, apa yang kesatuan lakukan dalam bentuk perundingan dan kemudian berpiket kelihatan selari dengan undang-undang dan tidak boleh dianggap sebagai tekanan.” (HM Shah Enterprises Sdn Bhd v. National Union of Hotel Bar and Restaurant Workers (Award 148/1988)) TINDAKAN PERUSAHAAN

  4. PIKET • Berpiket dengan cara hadir di suatu tempat atau berhampiran mana-mana tempat adalah merupakan satu kesalahan bagi seorang atau lebih bertindak bagi pihaknya atau bagi pihak mereka atau bagi KS atau bagi pihak majikan bagi meneruskan suatu PP. Walaubagaimanapun ianya TINDAKAN PERUSAHAAN

  5. dibenarkan dilakukan secara aman yang dilakukan di tempat atau berhampiran dengan tempat pekerja itu bekerja apabila berlakunya PP dengan syarat tujuanya adalah untuk • a) mendapatkan atau menyampaikan maklumat; atau • b) memujuk atau mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau enggan bekerja. (seksyen 40(1), APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  6. Mahkamah berpendapat berpiket serta pemasangan khemah-khemah dan bangsal untuk tujuan berpiket di atas tanah persendirian adalah merupakan saja perbuatan menceroboh. (Nadchatiran Realties (1960) Ltd v. Raman & Ors [1965] 2 MLJ 263) TINDAKAN PERUSAHAAN

  7. Bentuk berpiket yang hanya dibenarkan jika sekiranya tidak berlaku perkara-perkara berikut: • untuk mengancam (to intimidate) mana-mana orang. • untuk menghalang pendekatan kepada tempat berpiket atau peredaran daripadanya, atau • untuk mengakibatkan pemecahan keamanan. TINDAKAN PERUSAHAAN

  8. MP menyatakan bahawa syarat-syarat berpiket adalah mudah iaitu piket dilakukan semasa pekerja melakukan kerjanya, tidak terdapat gangguan perniagaan terhadap majikan dan berpiket adalah berdasarkan peruntukan undang-undang dan dalam masa yang sama tidak terdapat sebarang kesalahan dilakukan. (Syarikat Perjalanan Terus Butterworth-Kuala Lumpur Sdn Bhd and Transport Workers Union (Award 279 of 1988)) TINDAKAN PERUSAHAAN

  9. Berpiket dengan cara berjalan beramai-ramai secara bulatan di hadapan pintu utama untuk menghalang trafik daripada memasuki kawasan kilang yang juga dikira sebagai menghalang lalulintas. (Tynan v. Balmer [1966] TINDAKAN PERUSAHAAN

  10. Menjadi satu kesalahan dan jika disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi satu tahun, atau penjara tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. (seksyen 40(3), APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  11. MOGOK • Mogok bererti pemberhentian kerja oleh suatu kumpulan orang-orang kerja yang bertindak dalam gabungan., atau suatu keengganan yang difahamkan atau suatu keengganan di bawah suatu fahaman bersama oleh sebilangan orang-orang kerja untuk berhenti bekerja atau untuk menerima pekerjaan, dan TINDAKAN PERUSAHAAN

  12. termasuklah apa-apa tindakan atau peninggalan oleh suatu kumpulan orang-orang kerja yang bertindak dalam gabungan atau di bawah suatu fahaman bersama, yang bertujuan untuk atau telah mengakibatkan apa-apa pembatasan, sekatan, pengurangan atau pemberhentian, atau pembesaran dalam, perlaksanaan kesemua atau mana-mana bahagian tugas-tugas yang berkaitan dengan pekerjaan mereka (seksyen2 , APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  13. Mahkamah memutuskan a) bahawa mogok adalah sesuatu yang dibenarkan sekiranya ia tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang (APP 1967): b) mogok hendaklah bukan sekadar sah tetapi hendaklah dalam masa yang sama diakui munasabah (justified) seperti ia digunakan sebagai cara yang terakhir bagi menyelesaikan PP dan halal; TINDAKAN PERUSAHAAN

  14. c) mogok yang sah menyebabkan terdapatnya pergantungan pekerjaan tetapi ia tidak menyebabkan terputusnya kontrak perkhidmatan antara pekerja dan majikan yang terlibat dalam mogok; d) terlibat dalam mogok yang sah merupakan sebab yang munasabah untuk tidak hadir bekerja. (Non-Metallic Mineral Products Manufacturing Employees Union & Ors v. South East Asia Fire Bricks Sdn Bhd [1976] 2 MLJ 67) TINDAKAN PERUSAHAAN

  15. “Amat jelas bahawa dalam undang-undang perusahaan Malaysia terdapat dua jenis mogok iaitu mogak sah dan mogok tak sah. Bagi memeutuskan sama ada sesuatu mogok itu sah atau tak sah, mahkamah akan melihat terutamanya kepada tujuan mogok dan/atau kaedah-kaedah yang digunakan. Seterusnya mahkamah perlu memastikan sama ada kesatuan mematuhi peraturan perlembagaan dan kehandak undang-undang.” (Penang (Motor) 1950 Sdn Bhd v. National Union of Commercial Workers (Award 57/1978)) TINDAKAN PERUSAHAAN

  16. Setiap mogok hendaklah didahului oleh undi rahsia yang mana dua pertiga daripada jumlah ahli yang berhak mengundi bersetuju untuk mogok dan keputusan undi rahsia hendaklah di sampaikan kepada KPKS dalam masa tujuh hari di mana dalam tempoh tujuh hari itu, KS tidak boleh mengadakan mogok. (seksyen 25A(1) AKS 1959) TINDAKAN PERUSAHAAN

  17. “Mahkamah memutuskan bahawa mogok yang dilancarkan adalh tidak sah kerana ia telah tidak memenuhi procedur yang dinyatakan dalam seksyen 25A(1)(a) iaitu tiada undi sulit dibuat.” (Woodward Textile Mills Sdn Bhd and Penang & Prai Textile & Garment Industry Employees Union (Award 297 of 1984)) TINDAKAN PERUSAHAAN

  18. Mogok tidak boleh dibuat sekiranya: • a) notis mogok tidak diberikan kepada majikan dalam tempoh empat puluh dua hari sebelum mogok; • b) mogok dilakukan dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh notis mogok diberikan; atau • c) mogok dilakukan sebelum habis tempoh tarikh mogok. (seksyen 43(1), APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  19. Apabila notis tentang mogok diterima majikan hendaklah mengemukakan laporan kepada KP butir-butir yang diterima.(seksyen 43(4), APP 1967) • Mogok dilarang dilakukan di dalam keadaan-keadaan berikut: • a) semasa menunggu keputusan prosiding Lembaga Siasatan yang dilantik oleh Menteri; TINDAKAN PERUSAHAAN

  20. b) selepas rujukan dibuat kepada MP bagi menyelesaikan sesuatu PP • c) selepas Yang diPertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri enggan memberi persetujuan kepada rujukan PP kepada Mahkamah • d) berkenaan dengan Per.K atau award yang diberikan oleh MP • e) berkenaan prerogatif pengurusan (seksyen 13(3) APP 1967). (seksyen 44, APP 1967 TINDAKAN PERUSAHAAN

  21. Mogok dikira sebagai menyelahi undang-undang jika: • a) diisytiharkan atau dimulakan tanpa notis yang ditetapkan dan tidak mengikut tempoh yang ditetapkan (seksyen 43 APP 1967) atau • b) mogok dilakukan semasa menunggu keputusan prosiding Lembaga Siasatan dan lain-lainnya (seksyen 44 APP 1967). • c) Mogok bertujuan untuk mencapai tujuan yang lain daripada mencapai suatu PP di antara pekerja dan majikan. (seksyen 45(1), APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  22. Mogok dikira tidak menyalahi undang-undang jika ia dilakukan akibat dari sekat masuk yang menyalahi undang-undang. (seksyen 45(2), APP 1967) • Apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya dan suatu denda. TINDAKAN PERUSAHAAN

  23. tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan. (seksyen 46(1), APP 1967) • Jika seseorang didapati bersalah memberi bantuan kewangan kepada mogok hendaklah dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau kedua-duanya. (seksyen 48, APP 1967 ) TINDAKAN PERUSAHAAN

  24. Kerja Perlahan/Go Slow • Ia adalah sebahagian daripada mogok yang bermaksud tindakan pekerja yang melakukan kerja dengan lambat bertujuan mengurangkan pengeluaran majikannya. • Bagi menjadikannya sah, semua perkara berkaitan dengan mogok hendaklah dipatuhi. TINDAKAN PERUSAHAAN

  25. “Dalam kerja perlahan, pekerja bukan sahaja melucutkan majikan daripada hasil kerja tangan mereka, malahan mereka membawa tuntutan upah tanpa menghiraukan kontrak perkhidmatan. Seterusnya kerja perlahan adalah lebih bahaya daripada penamatan kerja secara mogok kerana semasa mogok banayak peralatan boleh dihentikan tetapi semasa kerja perlahan, alatan itu terus berfungsi pada kadar yang TINDAKAN PERUSAHAAN

  26. kurang dan ini boleh merosakkan. Kerja perlahan sebenarnya suatu mogok terhadap kerja, satu bentuk sabotaj yang tidak boleh disahkan secara mudah.”(Goh Ban Huat Pottery Works Sdn Bhd v. Non-Metallic Mineral Products Manufacturing Employee’ Union (Award 3/1976) • “Kerja perlahan yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada sektor perindustrian biasanya akan dicela oleh mahkamah.” (Penfibre Sdn Bhd v. Penang & Prai Textile & Garment Industri Employees Union (Award 324/1987) TINDAKAN PERUSAHAAN

  27. SEKAT-MASUK • Sekat masuk bererti- • a) penutupan sesuatu tempat pekerjaan; • b) penggantungan kerja; atau • c) keengganan seseorang majikan untuk terus mengambil kerja sesuatu bilangan orang-orang kerja yang TINDAKAN PERUSAHAAN

  28. diambil kerja olehnya, sebagai lanjutan suatu pertikaian tred, yang dilakukan dengan niat untuk memaksa orang-orang kerja itu menerima syarat-syarat dan peraturan-peraturan atau yang menyentuh tentang pekerjaan (seksyen 2, APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  29. Mahkamah memutuskan a) bahawa sekat masuk adalah sesuatu yang dibenarkan sekiranya ia tidak bercanggah dengan peruntukan undang-undang (APP 1967): b) sekat masuk hendaklah bukan sekadar sah tetapi hendaklah dalam masa yang sama diakui munasabah (justified) seperti ia digunakan sebagai cara yang terakhir bagi menyelesaikan PP dan halal (Non-Metallic Mineral Products Manufacturing Employees Union & Ors v. South East Asia Fire Bricks Sdn Bhd [1976] 2 MLJ 67) TINDAKAN PERUSAHAAN

  30. Sekat masuk tidak boleh dibuat sekiranya: • a) notis sekat masuk tidak diberikan kepada majikan dalam tempoh empat puluh dua hari sebelum menyekat masuk; • b) sekat masuk dilakukan dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh notis sekat masuk diberikan; atau TINDAKAN PERUSAHAAN

  31. c) sekat masuk dilakukan sebelum habis tempoh tarikhnya. (seksyen 43(2), APP 1967) • Apabila majikan memberi notis, beliau hendaklah mengemukakan laporan kepada KP butir-butis notis yang diberi. (seksyen 43(4), APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  32. Tiada sekat masuk di dalam keadaan-keadaan berikut: • a) semasa menunggu keputusan prosiding Lembaga Siasatan yang dilantik oleh Menteri; • b) selepas rujukan dibuat kepada MP bagi menyelesaikan sesuatu PP • c) selepas Yang diPertuan Agong atau Pihak Berkuasa Negeri enggan TINDAKAN PERUSAHAAN

  33. d) memberi persetujuan kepada rujukan PP kepada Mahkamah; • e) berkenaan dengan Per.K atau award yang diberikan oleh MP; atau • f) berkenaan prerogatif pengurusan (seksyen 13(3) APP 1967). (seksyen 44, APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  34. Sekat masuk yang menyalahi undang-undang jika: • a) diisytiharkan atau dimulakan tanpa notis yang ditetapkan dan tidak mengikut tempoh yang ditetapkan (seksyen 43, APP 1967) atau • b) sekat masuk dilakukan semasa menunggu keputusan prosiding Lembaga Siasatan dan lain-lainnya (seksyen 44, APP 1967). TINDAKAN PERUSAHAAN

  35. c) Sekat masuk bertujuan untuk mencapai tujuan yang lain daripada mencapai suatu PP di antara majikan dan pekerja. (seksyen 45(1), APP 1967) • Sekat masuk tidak menyalahi undang-undang jika ia dilakukan akibat mogok yang diisytiharkan menyalahi undang-undang. (seksyen 45(2), APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  36. Sekat masuk yang tak sah apabila disabitkan boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya dan suatu denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan. (seksyen 46(2), APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  37. Jika seseorang didapati bersalah memberi bantuan kewangan kepada sekat masuk hendaklah dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau kedua-duanya. (seksyen 48, APP 1967) TINDAKAN PERUSAHAAN

  38. Jika sekiranya sekat masuk adalah bercanggah dengan undang-undang, majikan hendaklah/diwajibkan membayar segala bayaran upah pekerja sepenuhnya. Jika sekat masuk adalah sah dan munasabah/adil/perlu maka majikan tidak perlu membayar dan pekerja adalah tidak layak menerima sebarang upah sepanjang tempoh sekat masuk. Sekiranya sekat masuk TINDAKAN PERUSAHAAN

  39. itu sah tetapi tidak munasabah/adil (contohnya ia diisytiharkan supaya pekerja menjadi mangsa sekat masuk (victimizing) atau sekat kerja bersambung untuk masa yang agak lama), majikan adalah wajib untuk membayar upah dan pekerja adalah layak mendapat upahnya yang penuh serta kemudahan yang lain sepanjang tempoh sekat masuk. (Woodward Textile Mills Sdn Bhd and Penang & Prai Textile & Garment Industry Employees Union (Award 297 of 1984)) TINDAKAN PERUSAHAAN

  40. KESIMPULAN • Setiap TP hendaklah disebabkan berlakunya PP di antara majikan, pekerja atau KS pekerja. • TP hendaklah dilaksanakan berdasarkan apa yang telah diperuntukkan oleh undang-undang. TINDAKAN PERUSAHAAN

More Related