1 / 37

Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek

Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek. Ekonomi Malaysia akan terus dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dunia. Ini adalah disebabkan Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka.

kirkan
Télécharger la présentation

Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Ekonomi Malaysia – Masalah dan Prospek

  2. Ekonomi Malaysia akan terus dipengaruhi oleh kedudukan ekonomi dunia. Ini adalah disebabkan Malaysia mengamal sistem ekonomi terbuka. • Keadaan ketidakpastian masih di menyelubungi ekonomi dunia. Pengangguran dan kadar faedah yang tinggi masih melanda negara-negara perindustrian. Dalam usaha untuk memperbaiki keadan ekonomi negara-negara negara-negara ini telah mengurangkan permintaan berkesan dari negara-negara membangun. • Di samping itu negara-negara ini melaksanakan berbagai polisi perlindungan terhadap negara-negara membangun dengan bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi mereka.

  3. Dalam keadaan ketidakpastian ini, ramalan-ramalan yg tepat sukar dibuat dan jika dilakukan pun kita tidak boleh terlalu berkeyakinan terhadapnya. Oleh itu timbul persoalan sama ada pemulihan ekonomi yang berlaku ini bersifat sementara, jangka pendek atau jangka panjang. • Kelembapan ekonomi global disebabkan oleh kemorosotan di US yang melebihi jangkaan, kelembapan ekonomi Jepun serta pertumbuhan permintaan domestik dan keyakinan pengguna yang lenah telah menjadi tidak menentu akibat serangan ke atas US pada 11 Sept 2001 dan operasi ketenteraan US dan sekutunya untuk memerangi keganasan. • Implikasi ekonomi dan kewangan berikutan insiden ini telah menjejaskan keyakinan pengguna dan sentimen pelabur. Justuru itu, hal ini telah meningkatkan tahap ketidakpastian tehadap pemulihan awal pertumbuhan ekonomi global.

  4. Pertumbuhan dalam keluaran dunia turun kepada 2.6 %. KDNK benar bagi negara-negar maju turun kepada 1.35 pada tahun 2000 disebabkan oleh kelembapan ekonomi US, kelembapan ekonomi Jepun yang berterusan kelemahan permintan di kawasan Euro dsb. Pada tahun 2001, negara-negara perindustrian baru turut mengalami pertumbuhan yang jauh lebih perlahan iaitu pada 1 % akibat daripada permintaan yang jauh lemah terutama bagi barang elektronik. • Inflasi di kebanyakkan negara maju kekal pada tahap rendah iaitu 2.4 % berikutan keadaan deflasi harga yang ketara di Jepun serta kenaikan harga pengguna yang lebih rendah di US dan Eropah.

  5. Kegawatan Ekonomi 1997/98

  6. Pengenalan • Kegawatan ekonomi telah melanda rantau Asia pada pertengahan tahun 1997. Kegawatan ekonomi ini dianggap sebagai krisis yang paling buruk bebanding dengan kegawatan ekonomi tahun 1980an kerana kemelesetan ini berlaku serentak dengan krisis kejatuhan nilai mata wang. • Serangan spekulasi terhadap mata wang baht yang bermula pada pertengahan tahun 1997 telah merebak ke seluruh rantau asia Timur. Krisis mata wang dan keadaan pasaran yang tidak stabil ini mencapai kemuncaknya pada September 1997, apabila kejatuhan teruk pasaran saham BSKL turut dirasai oleh Bursa Saham Hong Kong dan Tokyo.Kemerosotan mata wang yang melanda rantau Asia Timur pada tahun 1997/98 adalah krisis ekonomi yang paling serious dalam sejarah negara kita. • Peniaga dan spekulator dana kewangan dalam pasaran pertukaran antarabangsa telah dikaitkan dengan kejatuhan nilai mata wang negara-negara Asean.

  7. Pengenalan Kegawatan ekonomi ini telah mendatangkan pelbagai kesan buruk ke atas negara-negara Asia, termasuk Malaysia. Kegawatan ini telah mendatangkan kesan meruncing ke atas ekonomi Malaysia dengan pertumbuhan ekonomi telah menguncup terutama pada separuh pertama tahan 1998. Hakisan kekayaan kewangan negara yang berlaku adalah mendalam. Hal ini dapat dicerminkan oleh kejatuhan yang besar dalam pasaran saham BSKL. Perkembangan ini telah mendatangkan kesan yang tidak di ingini terhadap ekonomi dan kesejahteraan sosioekonomi negara.

  8. Punca kegawatan Pada umumnya punca kegawatan boleh dibahagikan kepada faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor dalaman – kelemahan asas-asas ekonomi, kelemahan sistem kewangan (perbankan) dan kelemahan dasar ekonomi makro Faktor luaran – kelemahan sistem kewangan antarabangsa dan kegiatan spekulator.

  9. Punca Kegawatan • Krisis yang belaku di Asia bukan semata-mata disebabkan oleh jangkitan dari negara-negara lain tetapi disebabkan oleh kelemahan faktor-faktor asas makroekonomi negara masing-masing. Ketidakseimbangan akaun semasa dan pertumbuhan yang pesat hutang luar disebabkan oleh pertambahan pelaburan serta penggunaan yang berlebihan dan sering berlaku dalam sektor yang tidak sesuai iaitu dalam sektor aset benar dan spekulatif. • Pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa IMF – krisis ekonomi berpunca drp kelemahan sistem kewangan dan corak pentadbiran negara berkenaan,. Struktur kewangan yang lemah ini disebabkan oleh wujudnya pengawasan, penilaian dan pengurusan risiko kewangan yg lemah, serta pengekalan kadar pertukaran yang relatif tetap. • Kelemahan sistem pengurusan negara seperti penglibatan kerajaan dalam sektor swasta yg menimbulkan saingan yg tidak sihat, kekurangan ketelusan dalam perakaunan korporat dan penyebaran maklumat kewangan telah menambah lagi masalah kegawatan ini.

  10. Punca Kegawatan • Pendapat bank dunia-sependapat dengan IMF, kelemahan sektor kewangan telah menyebabkan pelaburan yang merugikan dan meningkatnya hutang yang tidak terbayar (NPL). • Pendapat Paul Krugman ( dari MIT), Corsetti, Pesenti, dan Roubini - berpendapat bahawa krisis ini berpunca drp kelemahan struktur khususnya dalam sektor perbankan dalam negeri dan dasar ekonomi makro yg tidak kukuh di samping isu bencana moral (moral hazard), iaitu, tanggapan pelabur bahawa terdapat jaminan kerajaan ke atas pinjaman mereka drp pemberi pinjaman antarabangsa.Seterusnya krisis di dikaitkan dengan isu “financial panic “ iaitu penyataan bahawa negara-negara yang terlibat dalam kegawatan mempunyai asas ekonomi yang kukuh sewaktu prakrisis. Pandangan ini telah memberikan penekanan kepada peranan jangkaan, keadaan kucar-kacir, dan penyelarasan yang keterlaluan yang menjadi punca krisis .

  11. Punca kegawatan • Rudi Dornbusch (MIT) – mengkaitkan kegawatan ekonomi Asia dengan kemudahrapuhan ekonomi negara berkenaan apabila terdedah kepada modal atau instrument kewangan luar kerana ketidaksempadanan antara kematangan aset , donominasi mata wang dengan tanggungan sistem kewangan dan bilangan perbadanan yang banyak di Asia. • Jagdish Bhagwati (Universiti Columbia) – sebahagiannya adalah berpunca drp liberalisasi kewangan yang pesat di negara-negara tersebut tanpa kerangka dasar dan institusi yang mencukupi. Kegagalan dalam pasaran modal boleh menjadi lebih serious ekoran drp maklumat yang tidak mencukupi dan masalah ketidaksepadanan antara aset dan tanggungan

  12. Punca Kegawatan • Dr. Mahathir Mohamad – kegawatan mencerminkan kelemahan dalam pengurusan kewangan antarabangsa. Beliau menegaskan bahayanya aliran spekulasi aliran modal jangka pendek yg tidak menentu terhadap perdagangan dan ekonomi negara. Spekulator besar boleh mempengaruhi pasaran kewangan untuk faedah mereka dengan menjejaskan ekonomi negara kecil . Perdagangan mata wang menjadi besar berbanding dengan perdagangan dalam barangan dan perkhidmatan hanya menyumbang kpd ketidaktentuan pergerakan mata wang dan seterusnya mengakibatkan berlakunya krisis kewangan di negara terbabit. Oleh itu beliau menyarankan satu makanisma antarabangsa untuk mengawal aliran modal jangka pendek. • Krisis keyakinan menjadi punca berlakunya kegawatan. Para pelabur mempunyai keyakinan yang rendah terhadap ekonomi Malaysia. Ini adalah jelas jika dilihat kepada apa yg berlaku kpd harga saham-saham yang jatuh dengan mendadak dalam pasaran BSKL. Modal pelaburan yang dahulunya dilabur dalam pasaran saham tempatan telah keluar ke pasaran yang lebih selamat

  13. Impak Ekonomi • Kesan krisis ekonomi mula dirasai pada akhir tahun 1997 apabila KDNK sebenar berkembang pada kadar perlahan dan mencatatkan pertumbuhan negatif bermula pada suku pertama 1998. Kadar pertumbuhan ekonomi negara telah menguncup kepada -7.4 % setahun pada tahun 1998 akibat masalah deflasi krisis kewangan negara. • Penguncupan ini berlaku kerana kekurangan permintan dalam negeri. Permintaan dalam negeri lemah disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah hakisan kekayaan sektor swasta akibat daripada kejatuhan harga saham dan nilai aset dsb

  14. Impak Ekonomi • Kadar petumbuhan yang lembap • Kejatuhan nilai ringgit • Kejatuhan pasaran saham • Pelaburan • Imbangan pembayaran • Pengeluaran mengikut sektor • Hutang luar negara • Peningkatan kadar faedah • Peningkatan kadar inflasi

  15. Ekonomi negara kembali pulih pada tahun 1999 dengan mencatatkan pertumbuhan positif 5.8%. Pemulihan ini didorong oleh langkah-langkah dan tindakan dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan seperti dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara(MTEN) serta perkembangan yang menggalakan dari dalam dan luar negeri .

  16. Impak Ekonomi • Kejatuhan nilai ringgit Krisis ekonomi telah menyebabkan pergerakan kadar pertukaran ringgit Malaysia menjadi tidak menentu dan merosot. Nilai ringgit mula merosot menjelang bulan Julai 1997 sehingga Ogos 1998. Kadar pertukaran terus berubah dan tidak menentu sepanjang tahun 1998 sehingga kerajaan mengambil keputusan untuk menetapkan ringgit pada kadar US $0.2632 berbanding dengan satu ringgit Malaysia (US$1 = RM3.80 ) Kesan kejatuhan nilai mata wang telah menjejaskan ekonomi serantau. Antaranya ialah membawa kepada penutupan 36 buah institusi kewangan di negara Thai dan Indonesia.

  17. c) Kejatuhan pasaran saham Krisis mata wang menimbulkan kesan yang ketara kepada pasaran aset kewangan tertamanya pasaran saham. Krisis ini telah menyebabkan harga saham di BSKL jatuh dengan teruknya. Indeks komposit yang berada pada paras 1100 mata pada bulan jun dan Julai 1997 telah menjunam sehingga kira-kira 500 mata pada bulan Januari 1998. Kejatuhan saham secara menyeluruh telah menyebabkan hakisan kekayaan. d) Pelaburan Keadaan turun naik dalam ringgit yang tidak menentu telah menyebabkab keputusan untuk melabur sukar. Keadaan tidak menentu dalam ekonomi telah menjejaskan keyakinan pelabur terhadap prestasi ekonomi dan tidak menggalakkan aktiviti pelaburan. Pelaburan langsung asing (FDI) telah merosot drp US $6.5 billion pada tahun 1997 kepada US$ 2.7 bilion pada tahun 1998.

  18. e) Imbangan pembayaran Kejatuhan nilai ringgit mewujudkan lebihan akaun dagangan yang lebih besar dan mengimbangi defisit yang lebih tinggi dalam akaun perkhidmatan serta mengakibatkan lebihan dalam imbangan pembayaran semasa dan defisit imbangan pembayaran mengecil dalam tahun 1998. Kejatuhan nilai ringgit berbanding dengan pesaing negara lain boleh menyumbang kpd peningkatan dalam daya saing eksport Malaysia.

  19. f) Pengeluaran mengikut sektor Berikutan krisis ekonomi, permintaan telah berkurangan, penawaran berlebihan dan kekangan penawaran berlaku.Kesemua ini menyebabkan pengeluaran sektor utama terjejas. Ekoran daripada ini, pengeluaran sektor utama dan sekunder merosot manakala nilai ditambah sektor perkhidmatan meningkat pada kadar yang perlahan. Sektor-sektor perkilangan,pembinaan,pertanian dan perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan negatif pada tahun 1998 akibat daripada krisis kewangan yang melanda negara pada masa itu. Manakala pertumbuhan sektor perlombongan adalah perlahan.

  20. f)Hutang luar negara Penyusutan nilai ringgit telah membawa kesan negatif terhadap kedudukan hutang negara. Hutang luar Malaysia dalam sebutan ringgit telah meningkat sebanyak 48 % kepada RM171 bilion atau 64 % drp KDNK pada akhir tahun 1997 berbanding dengan paras hutang sebelum krisis ,iaitu, RM115.3 bilion atau 43 % drp KDNK pada Jun 1997. Hal ini menunjukkan negara telah mengalami kerugian besar akibat drp penilaian semula kadar pertukaran.

  21. g) Peningkatan kadar faedah Krisis ini telah menyebabkan kadar pinjaman antara bank meningkat. Hal ini secara langsung memberikan implikasi kepada peningkatan dalam kadar faedah ke atas pinjaman yang diberikan oleh bank terhadap orang ramai. Peningkatan kadar faedah ini telah menambahkan lagi masalah yg dihadapi oleh orang awam termasuk peniaga terpaksa membayar khidmat hutang yang lebih tinggi. h) Peningkatan kadar inflasi Krisis ekonomi yang melanda negara juga telah menyebabkan harga barangan naik secara mendadak bukan sahaja barangan import tetapi juga barangan tempatan. Pada tahun 1997 kadar inflasi adalah 2.6 % tetapi ianya telah naik kepada 5.3 % akibat drp peningkatan harga-harga barangan.

  22. Impak Sosial • Pengangguran yg tinggi • Kemiskinan • Pemilikan ekuiti Bumiputra merosot • Masalah penghantaran pelajar ke luar negeri

  23. Pelan Pemulihan Ekonomi Malaysia (PPEM) • Langkah pemulihan awal ialah dengan menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bertanggungjawab menyediakan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN)

  24. Matlamat dan Program yang dilaksanakan • Mensetabilkan nilai ringgit • Bertukar rejim pertukaran asing kpd sistem pertukaran tetap • Meningkatkan rizab luar negara • Menerima pakai kadar faedah yg berimbang

  25. 2.Mengembalikan keyakinan pasaran kawasan • Memperbaiki suasana ketelusan dan kawal diri • Mengadakan peraturan bagi membantu industri dan syarikat yg menghadapi masalah • Meningkatkan konsistensi dasar kerajaan • Mengamalkan dasar-dasar liberal dan berasaskan pasaran • Memperbaiki sistem penyebaran maklumat ekonomi.

  26. 3. Mengekalkan kestabilan pasaran kewangan • Mengekalkan integriti sistem perbankan • Menubuhkan agensi-agensi seperti Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC), Danamodal, Danaharta dll. • Suntikan modal sektor perbankan • Mengawal dgn rapi pertumbuhan keseluruhan kredit • Memperbaiki pasaran modal • Membangunkan pasaran Sekuriti Hutang Persendirian (PDS)

  27. 4. Memperbaiki asas-asas ekonomi • Meningkatkan kualiti pelaburan • Memperbaiki kedudukan imbangan pembayaran • Mengekalkan kedudukan kewangan berimbang sektor awam • Mengekalkan dasar kewangan yg bersesuaian • Mengekalkan kestabilan harga • Meningkatkan daya saing buruh

  28. 5. Merancakkan semula sektor yg terjejas • Komoditi-komoditi utama dan industri-industri berasaskan sunber • Petroleum dan perlombongan lain • Perkilangan • Teknologi maklumat dan koridor raya multimedia • Industri motor • Pembinaan dan hartanah • Infrastruktur, pengangkutan. Penghantaran fret • Pelancongan • Institusi-institusi kewangan pembangunan perindustrian • Insurans dan insurans semula

  29. Kawalan pertukaran terpilih • Tindakan balas Malaysia terhadap krisis yang terpenting adalah dengan pengenalan kawalan pertukaran wang terpilih. Ini adalah perlu kerana risiko terhadap ketidakstabilan yang berterusan telah berlanjutan lebih daripada setahun semenjak permulaan krisis walaupun Malaysia mempunyai asas ekonomi yang agak kukuh dan program penstrukturan semula. • Langkah dijalankan untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu, iaitu, melenyapkan kebolehan spekulator mendapatkan ringgit dengan mengurangkan ringgit di pasaran luar pesisiran dan menghadkan bekalan ringgit kepada spekulator. • Selain drp ini, langkah ini juga bertujuan untuk menstabilkan aliran modal jangka pendek dan dibentuk dengan teliti untuk meminimakan kesan langkah tersebut kpd ekonomi.

  30. Kawalan Pertukaran Terpilih • Mulai 1hb September 1998, kerajaan telah mengenakan kawalan pertukaran terpilih dan menetapkan kadar pertukaran wang pada RM3.80 bagi dollar US menunjukkan yang ringgit telah mengalami susut nilai sebanyak 34 % berbanding dengan paras sebelum krisis. Dasar ini telah dilaksanakan dalam semua perdagangan dengan kebanyakkan negara-negara asing. • Dasar ini bertujuan untuk mengawal pembayaran dan penerimaan negara di samping menggalakkan penggunaan sumber kewangan negara untuk tujuan yang produktif.

  31. Cabaran dan Prospek • Sebelum kegawatan ekonomi melanda negara pada tahun1997/98, Malaysia merupakan salah satu negara di Rantau Asia Tenggara yang paling pesat membangun. Arah aliran pertumbuhan ekonomi yang pesat dan berterusan dalam dekad 80an dan 90an menjadikan Malaysia negara yg progresif, dinamik, berdaya tahan, makmur dan memiliki sebuah ekonomi yang mampu bersaing menjelang tahun 2020. • Berasaskan ramalan pertumbuhan ekonomi yg kukuh dan berterusan pada kadar 7 % sehingga tahun 2020, dijangkakan KDNK negara bertambah drp RM115000 juta pada tahun 1990 kepada RM 920000 juta pada tahun 2020. Manakala pendapatan per kapita meningkat kepada RM 26000 berbanding RM 6180 pada tahun 1990. Jika kadar pertumbuhan ini dapat dikekalkan sehingga tahun 2020, perkembangan ekonomi Malaysia adalah yang tertinggi berbanding negara-negara perindustrian.

  32. Pertumbuhan sektor utama seperti pertanian dan perlombongan dalam tempoh 30 tahun akan berkembang dengan kadar yg perlahan. • Sektor pembuatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang pesat menjelang tahun 2020 iaitu pada kadar 40 % berbanding pertumbuhan keluaran sekarang 27 %. Walaupun prestasi sektor pembuatan pada amya adalah memuaskan, tetapi pembangunannya masih bercirikan asas perindustrian yang sempit. Penekananan lebih kpd usaha meningkatkan kandungan teknologi, kecekapan dan daya pengeluaran produk-produk perlu dikembangkan di sektor-sektor kecil tradisional.

  33. Sektor perkhidmatan moden juga akan juga mengalami perkembangan menggalakan dalam tempoh 30 tahun akan datang walaupun subsektor perkhidmatan kerajaan dijangka merosot. Sektor ini dijangka meningkat kepada kira-kira 50 % pada tahun 2020. • Keseluruhan sumbangan keluaran sektor utama , perindustrian dan perkhidmatan pada masa akan datang bergantung kpd peningkatan nilai ditambah, kemahiran, pengetahuan dan intensiti aktiviti teknologi yang digunakan. Berdasarkan anggaran sumbangan sektor-sektor ini dalam ekonomi negara pada tahun 2020 , adalah dijangkakan ekonomi Malaysia akan berada dalam lingkungan ekonomi membangun atau boleh dikategorikan sebagai negara maju, berbanding masa sekarang yang masih berada dalam ekonomi berpendapatan sederhana.

  34. Cabaran Malaysia pada tahun-tahun akan datang adalah bergantung kepada sejauh mana keupayaan negara menyediakan landasan yang kukuh melalui peroses penyerapan teknologi moden di samping mempertingkatkan kemahiran dan pendedahan pekerja kepada teknologi baru. • Prospek ekonomi Malaysia pada tahun-tahun akan datang bergantung kepada bagaimana negara mengurus ekonominya dan langkah-langkah yang akan diambil untuk menghadapi kegawatan ekonomi yang melanda negara-negara Asia dan pemulihan ekonomi dunia. • Strategi belanjawan dan rangsangan fiskal untuk memperbaiki imbangan pembayaran seperti penjimatan perbelanjaan awam, mengurangkan pinjaman luar, galakan fiskal dan kewangan dan sebagainya perlu diteruskan.

  35. Sektor swasta dijangka memainkan peranan yang lebih besar dalam proses pembangunan ekonomi akan datang. Dengan pengecilan saiz sektor awam peranan yang lebih adalah diharapkan drp sektor swasta. Dasar penswastaan yang lebih cekap akan menjamin penyertaan yang lebih berkesan drp sektor swasta. Permintaan luar akan banyak bergantung kpd arah aliran dasar fiskal dan kewangan US dan bagaimana tindak balas negara-negara perindustrian terhadap arah aliran tersebut.

  36. Prospek Ekonomi 2005 • Ekonomi dunia bertambah pulih-bertambah kukuh. Pertumbuhan ekonomi dunia dianggarkan 4.6 % dengan dagangan meningkat 6.8 % pada tahun 2004. Amerika dijangka menaikan kadar faedah secara berperingkat untuk mengekang masalah inflasi yang meningkat . Harga minyak yang tinggi dan tidak stabil mewujudkan suasana tidak menentu yang mungkin akan memberi kesan kepada pertumbuhan global. • Persekitaran luar yg menggalakkan ini adalah di antara faktor yang telah melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara kepada 7.6 % pada suku pertama 2004 dan 8% pada suku kedua. Pertumbuhan tersebut merupakan antara yg tertinggi di rantau ini. Momentum cergas ini dijangka berterusan bagi seluruh tahun 2004. Petumbuhan di anggarkan pada 7 peratus tahun ini, lebih tinggi dari sasaran awal. • Pelaburan swasta telah kembali pesat dengan pertumbuhan sebanyak 14.8 % dalam tahun 2004 berbanding dengan pertumbuhan negatif pada tahun 2001. Eksport juga berkembang pesat didorong terutamanya oleh permintaan global barangan elektrik dan elektronik, kimia dan produk kimia serta optik dan peralatan saintifik.

  37. Penggunan swasta turut cergas berkembang pada kadar 9.3 %. Ini membuktikan sektor swasta mampu menjadi pemacu utama menjana pertumbuhan ekonomi.Sumber pembiayaan tidak menjadi masalah memandangkan tabungan negara tinggi,iatu sebanyak 34.5 % drp KDNK. • Pada keseluruhannya, pertumbuhan ekonomi domestik adalah berasas luas, diterajui oleh sektor pembuatan 10.5 %, perkhidmatan 6 %, perlombongan 5 % dan pertanian 2.8 %. • Negara terus mencatatkan lebihan jumlah dagangan luar sejak November 1997 selama 81 bulan berturut-turut. Akaun semasa imbangan pembayaran terus mantap dengan lebihan 14.1 % dari KNK. Negara terus menikmati gunatenaga penuh dangan kadar inflasi yang rendah. Kadar pengangguran adalah pada tahap 3.5 %. Sumber : Ucapan Bajet 2005

More Related