1 / 29

STANDARD DOMAIN KREATIVITI

STANDARD DOMAIN KREATIVITI. STANDARD PEMIKIRAN KREATIF. STANDARD DOMAIN KREATIVITI. BERFIKIR melibatkan operasi mental, pengetahuan dan sikap. KREATIF juga melibatkan operasi mental, pengetahuan dan sikap. PEMIKIRAN KREATIF. OPERASI MENTAL dalam kreativiti meliputi: pemikiran kritis

marlin
Télécharger la présentation

STANDARD DOMAIN KREATIVITI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. STANDARD DOMAIN KREATIVITI STANDARD PEMIKIRAN KREATIF

  2. STANDARD DOMAIN KREATIVITI • BERFIKIR melibatkan operasi mental, pengetahuan dan sikap. KREATIF juga melibatkan operasi mental, pengetahuan dan sikap.

  3. PEMIKIRAN KREATIF OPERASI MENTAL dalam kreativiti meliputi: • pemikiran kritis • pemikiran kreatif • metakognisi. PENGETAHUAN pula melibatkan: • langkah atau prosedur dalam pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan metakognisi. • kandungan (pengetahuan, kemahiran dan nilai) pelbagai disiplin ilmu.

  4. PEMIKIRAN KREATIF SIKAP (dispositions) berkaitan dengan: Kecenderungan seseorang. Individu kreatif perlu mempunyai sikap yang sentiasa berkecenderungan (habitual inclinations) untuk berdaya kreatif.

  5. STANDARD DOMAIN KREATIVITI Dibangunkan dengan asas 4 tunjang 3 SDK yang dibangunkan meliputi • pemikiran kreatif; • Pengetahuan; • sikap/personaliti; • motivasi. • standard pengajaran; • standard kandungan ; • standard pentaksiran.

  6. STANDARD PENGAJARAN • STANDARD PENGAJARAN KREATIF: Menjelaskan kriteria yang perlu guru faham dan laksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat.

  7. STANDARD PENGAJARAN KREATIF Standard untuk kreativiti dibangunkan berdasarkan anggapan berikut: • Matlamat yang dinyatakan dalam standard memerlukan perubahan secara sistemetik • Apa yang murid peroleh dan kuasai dipengaruhi bagaimana mereka diajar • Kreativiti boleh diajar dan dipupuk • Pemahaman murid dibangunkan dengan aktif secara individu dan proses sosial.

  8. STANDARD PENGAJARAN 1 Guru merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan/merujuk kepada proses kreativiti dengan: • Membina kerangka untuk objektif jangka panjang dan pendek dengan membuat pengadaptasian atau pengubahsuaian. • Memilih kandungan yang sesuai dengan minat, pengetahuan, kefahaman, kebolehan dan pengalaman murid.

  9. STANDARD PENGAJARAN 1 • Memilih strategi pengajaran dan pentaksiran yang dapat menyokong perkembangan kreativiti murid membentuk personaliti individu kreatif. • Bekerjasama dengan rakan guru merentas disiplin ilmu dan gred yang sama dan berlainan.

  10. STANDARD PENGAJARAN 2 Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan: • Memberi fokus dan menyokong proses kreatif murid bila berinteraksi dengan murid.

  11. STANDARD PENGAJARAN 2 • Kenal pasti dan respons kepada diversiti murid dan galakkan semua murid berkreatif. • Menggalak dan memodelkan proses kreatif, menunjukkan sikap dan personaliti individu kreatif.

  12. STANDARD PENGAJARAN 3 Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan tentang pengajarannya dan tentang pembelajaran murid dengan: • Menggunakan pelbagai kaedah dan secara sistematik mengumpul data tentang kebolehan murid. • Membuat analisis data pentaksiran untuk membantu pengajaran.

  13. STANDARD PENGAJARAN 3 • Membantu murid membuat pentaksiran kendiri. • Menggunakan data murid, pemerhatian pengajaran, dan interaksi dengan rakan guru dan membuat refleksi untuk meningkatkan pengajaran.

  14. STANDARD PENGAJARAN 4 Guru merangka dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya dapat menimbulkan motivasi instrinsik murid dengan:

  15. STANDARD PENGAJARAN 4 • Mengaplikasi strategi yang mempengaruhi motivasi instinsik murid. • Cabaran • Kebebasan • Sumber • Kerja berkumpulan • Galakan • Sokongan • Melibatkan murid merangka persekitaran pembelajaran mereka.

  16. STANDARD PENGAJARAN 5 Guru membangunkan komuniti murid yang kreatif dengan menunjukkan sikap positif terhadap idea baru dan sentiasa mempunyai kehendak (desire) untuk berkreatif melalui:

  17. STANDARD PENGAJARAN 5 • Menghargai dan mengalu-alukan kepelbagaian idea, kemahiran, dan pengalaman dari semua murid. • Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam membuat keputusan secara signifikan berkaitan kandungan dan konteks dan memberi tanggungjawab kepada murid terhadap proses pembelajaran komuniti mereka.

  18. STANDARD KANDUNGAN BAGI DOMAIN KREATIVITI • menjelaskan proses dan kemahiran berfikir yang perlu dilalui dan dikuasai oleh murid termasuk metakognisi, pengetahuan dari pelbagai disiplin ilmu; dan

  19. STANDARD KANDUNGAN BAGI DOMAIN KREATIVITI • alat berfikir yang perlu diaplikasi; dan • personaliti individu kreatif yang perlu ditanam dan dipupuk supaya murid menjadikan kreatif itu sebagai amalan dalam kehidupan seharian..

  20. STANDARD PEMBELAJARAN BAGI DOMAIN KREATIVITI • Standard pembelajaran menjelaskan kriteria atau amalan yang perlu dialami oleh murid untuk mereka menguasai proses berfikir kreatif.

  21. MODEL PROSES KREATIF 4 FASA TERARAH Mengandungi 4 Kemahiran Utama: • Fasa Persediaan • Fasa Imaginasi • Fasa Perkembangan • Fasa Tindakan

  22. MODEL PROSES KREATIF 4 FASATERARAH Mengandungi ciri-ciri berikut: • Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif.

  23. MODEL PROSES KREATIF 4 FASATERARAH • Terdapat keseimbangan antara imiginasi dan analisis. • Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif. • Melibatkan kedua-dua proses mental, kognisi dan metakognisi.

  24. Fasa Persediaan: Pemerhatian dan analisis • Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian dan menganalisis secara berfikrah (thoughtful) situasi/objek/karya, bagaimana sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. • Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.

  25. Fasa Imaginasi: Penjanaan Idea dan Sintesis Idea • Seterusnya idea dijanakan untuk mencari hubung kait, gabung jalin, corak menggunakan teknik seperti brainstorming. • Seterusnya idea dikutip (harvest) dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan. • Penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir.

  26. Fasa Perkembangan: Penambahbaikan dan Penilaian • Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tiada kegunaan atau dilaksanakan. • Semua idea baru yang dilaksanakan membawa perubahan dan kehidupan harian yang juga memulakan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan analisis, dengan ini kreativiti menjadi amalan berterusan.

  27. Fasa Tindakan: Pelaksanaan dan Amalan Berterusan • Menyampaikan dan mempersembahkan idea atau menghasilkan prototaip. • Peka kepada perkara sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif.

  28. penutup • Bagi menangani pelaksanaan transformasi dalam kurikulum, guru dicadangkan mengajar menggunakan modul. • Guru amat digalakkan bersifat lebih kreatif dalam menyampaikan P&P. • Amat diharapkan murid yang dihasilkan akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menangani arus globalisasi abad ini.

  29. SEKIANTERIMA KASIH Disediakan oleh: SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PALAJARAN MALAYSIA

More Related