1 / 16

14 TIP - Mendapatkan Geran eScience Dengan Cara Yang Betul

Tip2 ini dikongsikan supaya pemohon-pemohon geran menepati kriteria yang telah ditetapkan dan mengelakkan kesilapan2 yang besar.

mazlanabbas
Télécharger la présentation

14 TIP - Mendapatkan Geran eScience Dengan Cara Yang Betul

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. favoriot 14 TIP UNTUK MENDAPATKAN SCIENCE FUND DENGAN CARA YANG BETUL Dr. Mazlan Abbas CEO - FAVORIOT

  2. favoriot TIP 1 • Pastikan yang datang pada sesi temuduga/defend Science Fund ialah Ketua Projek yang bukan setakat pakar dalam bidang tersebut tetapi dia tahu apa yang dipohon. • Kesalahan yang ketara ialah Ketua Projek tak pasti apa isi yg ditulis secara mendalam (mungkin ada yang menyuruh pelajar menulis permohonan tersebut). Ini menunjuk kelemahan Ketua Projek.

  3. favoriot TIP 2 • Jangan menghadkan pembentangan (masa sesi temuduga) dengan template yg disediakan oleh MOSTI tetapi gunalah kebijaksanaan untuk membuat slaid tambahan yang dapat membantu menerangkan penyelidikan lebih terperinci.

  4. favoriot TIP 3 • Paling ketara kelemahan ialah bahagian "literature review" yang nampak cetek dan ambil sambil lewa. • Tunjukkan apa yang telah dibuat dan apa kelemahan atau bahagian mana yg perlu penambaikan. Justifikasi mesti jelas kenapa penyelidikan yang dibuat adalah penting dan baru.

  5. favoriot TIP 4 • Selepas menerangkan segala literature review, kelemahan (atau kekurangan) penyelidikan terdahulu barulah bagi tahu objektif penyelidikan yg dipohon.

  6. favoriot TIP 5 • Jika ia adalah lanjutan dari projek terdahulu, elok jika diterangkan status dan halatuju projek ini. • Apa hasil setelah tamat dan berapa lama lagi akan siap untuk di komersilkan. • Jangan cuba "menipu panel" dengan janji2 manis tetapi bagi jawapan yang realistik.

  7. favoriot TIP 6 • Hasil dari Science Fund adalah prototaip (sebab dia adalah Applied research) seperti modul perisian, modul perkakasan, sistem dan sebagai nya. • Hasil algoritma (model matematik) tidak di kira. Algoritma ini MESTI di masukan dalam perisian application atau perkakasan yang boleh diguna pakai.

  8. favoriot TIP 7 • Jika hasil nya adalah perkakasan - sekiranya menjanjikan "better performance" - di harapkan memberi cadangan berapa peratus (%) penambaikan yang akan di lihat, atau berapa peratus (%) saiz yang akan dikecilkan (contoh).

  9. favoriot TIP 8 • Panel akan MENOLAK penyelidikan yang hanya bercirikan integrasi sistem (System Integration) tanpa ada novelty.

  10. favoriot TIP 9 • Jika projek ini melibatkan penambaikan kepada end-user, pastikan teknik untuk mendapatkan maklumbalas dari pengguna itu sendiri. Berapa sampel yang diperlukan. • Maklum balas dari pengguna amat penting jika ia melibatkan projek yg ada User Experience.

  11. favoriot TIP 10 • Pastikan teknik untuk membuat ujian Alpha atau Beta adalah lojik (samada di Makmal atau di tempat pengguna). • Kadangkala kelemahan Ketua Projek memberi jawapan yang kurang lojik (mungkin atas dasar tiada pengalaman industri atau tidak mendapat maklumbalas dari industri).

  12. favoriot TIP 11 • Dapatkan collaboration partner dari industri yang dapat memberi surat sokongan kepada projek ini (samada sebagai pengguna atau vendor atau technology partner). • Nota - Collaborative partner tidak boleh di beri duit consultancy. Jika hendak lantik sebagai consultant (juruperunding) yang berbayar, jangan namakan syarikat tersebut sebagai "collaborative partner”.

  13. favoriot TIP 12 • Surat sokongan dari "potential user" ada lah "plus" (jika ada).

  14. favoriot TIP 13 • Collaborative partner adalah "plus" sebab panel suka melihat sekiranya ada syarikat luar yang hendak mengambil atau menkomersilkan teknologi yang dihasilkan. • Walaubagaimana pun Panel faham Science Fund masih dalam peringkat prototaip dan bukan "commercial- ready" kerana mungkin setelah masuk keperingkat "Techno-Fund" baru lah ia benar2 bersedia.

  15. favoriot TIP 14 • Elok pastikan barang yang hendak dibeli mempunyai quotation yang sebenar dan bukan mengikut anggaran yang tidak logik.

  16. favoriot TAMAT

More Related