1 / 31

SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS

SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS. Minggu 4 Sabar & Syukur Hakikat Dalil-dalil Kelebihan Pembahagian Tawakkal Adab penuntut ilmu & ulama ’. ULANGKAJI.

memphis
Télécharger la présentation

SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SILIBUS TAZKIYYAH AN-NAFS Minggu 4 • Sabar & Syukur • Hakikat • Dalil-dalil • Kelebihan • Pembahagian • Tawakkal • Adabpenuntutilmu & ulama’

  2. ULANGKAJI Sifat Qanaah membantu seorang muslim mempraktikkan Zuhud dalam kehidupan sehariannya. Selain dari dua sifat yang terpuji tadi, bincangkan sifat-sifat mahmudah yang lain yang perlu ada dalam diri seorang muslim.

  3. ULANGKAJI Sifat Qanaah juga menjamin kebahagiaan (Sa’adah) kerana dengannya akan tersemai ketenangan (Thuma’ninah) dalam jiwa. Bincangkan bagaimana seseorang itu dapat mencapai kebahagiaan tanpa wujudnya Qanaah tadi?

  4. HAKIKAT SABAR Ia bermakna menahan diri dari melakukan perkara yang ditegah dan dari meninggalkan perkara yang diperintahkan. Sebagai contoh, seseorang yang menegah dirinya dari melakukan ma’siat juga terus istiqamah dalam menunaikan solat lima waktu.

  5. DALIL-DALIL SABAR Di dalam Al-Quran terdapat lebih 70 ayat yang menerangkan tentang kesabaran. وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا(السجدة: 24) Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar Sabar yang dimaksudkan di sini ialah sabar dalam menegakkan kebenaran.

  6. DALIL-DALIL SABAR وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ بِمَا صَبَرُوا [الأعراف: 137] Dan telahsempurnalahperkataanTuhanmu yang baik (sebagaijanji) untukBaniIsraildisebabkankesabaranmereka. Sabar yang dimaksudkandisiniialahketikamerekaditindasolehFir’aun. وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [النحل: 96] Dan Sesungguhnyakamiakanmemberibalasankepadaorang-orang yang sabardenganpahala yang lebihbaikdariapa yang telahmerekakerjakan.

  7. DALIL-DALIL SABAR أُوْلَئِكَ يُؤْتَوْنَ أَجْرَهُمْ مَرَّتَيْنِ بِمَا صَبَرُوا[القصص: 54] Merekaitudiberipahaladua kali disebabkankesabaranmereka, Dua kali pahaladisinibermaksud, kali pertamamerekaberimankepadaTauratdan kali kedua pula berimankepada Al-Quran. إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ [الزمر: 10] Sesungguhnyahanyaorang-orang yang bersabar yang dicukupkanpahalamerekatanpabatas.

  8. DALIL-DALIL SABAR الصَّبْرُ نِصْفُ الاِيْماَنِ Sabarituseparuhdariiman. إِنَّ الرَّجُلَ الْمُسْلِمَ لَيُدْرِكُ بِالْحِلْمِ دَرَجَةَ الصَّائِمِ الْقاَئِمِ Sesungguhnyaseseorangmuslimitudapatmencapaidengansifatsabarnyadarjatorang yang berpuasa (padasianghari) danberdirisolat (padamalamhari).

  9. KELEBIHAN SABAR Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam dalil2 yang menerangkan mengenai perihal kesabaran. Kita dapat simpulkan bahwa kelebihan2 sabar itu adalah seperti berikut:

  10. KELEBIHAN SABAR • Menerima pahala yang tidak terhitung (satu2nya sifat yang pahalanya amat besar di sisi Allah s.w.t, kerana itu ibadah puasa pahalanya amat besar kerana ia menguji kesabaran). • Menguatkan semangat dan keyakinan. • Menjadikan seseorang tidak berputus asa. • Membawa kepada sifat-sifat mahmudah yang lain, spt syukur, redha dan tawakkal.

  11. KELEBIHAN SABAR Hasil dari sifat sabar dapat kita lihat melalui kisah2 para anbiya’, perjalanan (Sirah) Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan orang2 soleh selepas itu. • Qais bin A’sim • Ali bin Hussain

  12. PEMBAHAGIAN SABAR • Sabar di dalam meninggalkan perkara2 yang dilarang oleh Allah s.w.t. • Sabar di dalam melaksanakan perkara2 yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. • Sabar ketika ditimpa musibah.

  13. TINGKATAN SABAR • Sentiasa menggesa dirinya untuk mengalahkan nafsu dan sabar dari mengikuti kata nafsu. • Sentiasa kalah dengan nafsunya kerana tiada kesabaran. • Kalah dan menangnya nafsu silih berganti bergantung kepada kuat atau lemahnya kesabaran terhadap sesuatu hal.

  14. KESIMPULAN Sabaradalahsifatterpuji yang dapatdisemaidalamdiriseorangmuslimmelaluilatihan, apabilatelahtersematdalamjiwa, iatidakperlulagidipaksa-paksa. SabdaRasulullahs.a.w: إِنَّماَ الْعِلْمُ بِالتَّعَلُّمِ وَالْحِلْمُ بِالتَّحَلَّمِ Bahawasanyailmupengetahuanitudapatdiperolehidenganjalanbelajardansifatsabaritudenganberlatihataubelajarsabar.

  15. KESIMPULAN Tetapi bukan namanya sabar jika membiarkan diri disakiti kerana merasa kalah atau tidak kuasa untuk membalas. Juga bukanlah dikatakan sabar sekiranya membiarkan hak-hak diri dimonopoli atau dihina oleh orang lain sedangkan dia mempunyai keupayaan untuk bertindak. Sabar tidak menghalang seseorang dari menegakkan kebenaran.

  16. HAKIKAT SYUKUR Ia bermakna merasa senang kerana memperolehi ni’mat dari Allah s.w.t, hingga bertambah ibadahnya kepada Allah s.w.t, hatinya bertambah iman dan lidahnya bertambah berzikir kepadaNya. Sifat yang berlawanan kepada syukur ini ialah kufur (ingkar).

  17. DALIL-DALIL SYUKUR Sifat taqwa membawa kepada kesyukuran. Firman Allah Taala : وَاتّقوا الله لعلّكم تشكرون Bertaqwalah kepada Allah semoga kamu semua bersyukur. فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ[البقرة: 152] Maka ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)Ku.

  18. DALIL-DALIL SYUKUR Firman Allah Taala : مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآمَنْتُمْ [النساء: 147] Mengapa Allah akanmenyiksamu, jikakamubersyukurdanberiman? Dan Allah adalahMahaMensyukuri, lagiMahaMengetahui. Allah mensyukurihamba-hambaNya: memberipahalaterhadapamal-amalhamba-hambaNya, mema'afkankesalahannya, menambahnikmatNya. وَسَنَجْزِي الشَّاكِرِينَ[آل عمران: 145] Dan kamiakanmemberibalasankepadaorang-orang yang bersyukur.

  19. KELEBIHAN SYUKUR • Allah menambah ni’matNya ke atas mereka yang bersyukur. • Membantu Qanaah (cukup dengan apa yang ada) • Mendapat ampunan Allah s.w.t.

  20. PROSES SYUKUR • Ilmu, iaitu mengetahui jenis-jenis ni’mat yang nyata dan yang tidak nyata. (AKAL) • Perasaan, iaitu merasakan gembira dengan ni’mat tersebut, mengiktiraf akan kewujudannya. (HATI) • Amalan, iaitu menambah ibadah sebagai tanda kegembiraan tadi. (PERBUATAN)

  21. SABAR & SYUKUR Seseorang yang terkena penyakit, perlu bersabar dengan musibah tersebut tetapi dalam masa yang sama mensyukurinya kerana: • Pasti ada insan lain yang mana sakitnya lebih hebat • Sakit itu menghapus dosa2 • Sakit di dunia lebih ringan dari sakit di akhirat

  22. KESIMPULAN Setiapmuslimwajibmensyukurisetiapni’mat yang diperolehinyakeranaterlalubanyakni’mat Allah yang diberikankepada hamba2Nya secarapercuma. Syukurmembawarahmat, kufurmembawaniqmat.

  23. HAKIKAT TAWAKKAL Ia bermakna menyerahkan diri kepada Allah Taala sesudah berusaha keras dan bekerja sesuai dengan kemampuan. Lawan bagi sifat ini ialah Tawaakal, iaitu menyerah diri tanpa usaha.

  24. DALIL-DALIL TAWAKKAL Firman Allah Taala : وَتَوَكَّلْ عَلىَ الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ Dan bertawakkallah engkau kepada Allah, zat yang Maha hidup dan tidak mati. وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلىَ اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah sudah cukup baginya (untuk ditawakkali).

  25. DALIL-DALIL TAWAKKAL Sabda Rasulullah s.a.w : لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُوْنَ عَلىَ اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَماَ يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُ خِماَصاً وَتَرُوْحُ بِطاَناً Andaikata kamu semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar2 tawakkal, nescaya Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung. Ia pergi pagi hari dalam keadaan perut kosong dan pulang pada petang hari dalam keadaan perut kenyang.

  26. TAWAKKAL & SIFAT-SIFAT YANG LAIN Tawakkal sangat berkait rapat dengan sifat Qanaah, Sabar & Syukur. Ketiga sifat ini pula tidak boleh dilaksanakan tanpa melakukan usaha terlebih dulu. Ini disahkan lagi dengan suatu kejadian di zaman Rasulullah s.a.w.

  27. ADAB PENUNTUT ILMU • Mengutamakanniatmembersihkanjiwadarisegalasifat yang tercela. • Mengurangkankesibukandunia. • Menjauhkansifattakabburterhadapulama’. • Menjauhkandiridariterjebakdenganilmu yang masihterdapatperselisihan (khilaf) didalamyasebelummengetahui yang asal.

  28. ADAB PENUNTUT ILMU • Bersungguh-sungguhdengantidakmeninggalkansedikit pun bahagiankecil yang perludifahamibagimemastikansesuatuilmuitusempurna. • Tidakmempelajarikesemuailmu (bahagian) sekaligus. • Tidakmendahulukan yang diakhirbegitujugasebaliknya (tertib) • Meletakkanmatlamatasasialahuntukmendekatkandirikepada Allah s.w.t.

  29. ADAB SEORANG PENDIDIK (murshid) • Merasa kasih terhadap pelajar sebagaimana kasihnya seorang ayah kepada anaknya. • Tidak mengharapkan balasan berbentuk keduniaan. • Tidak meninggalakan walau sedikit peluang untuk menasihati pelajarnya. • Menjauhkan diri sedaya upaya dari sifat-sifat yang tercela.

  30. ADAB SEORANG PENDIDIK (murshid) • Tidak melebih (Tafdhil) atau mengurangkan (Taqsir) sebarang ilmu. • Menyampaikan mengikut tahap pemahaman pelajar. • Menyampaikan yang jelas dan terperinci (jika perlu perincian) • Mengamalkan ilmu yang diajarkan.

  31. PERBINCANGAN Apakah perbezaan di antara pelajar atau pendidik yang mengutamakan adab-adab yang telah disenaraikan dengan yang mengabaikannya?

More Related