1 / 10

Syair

Syair. Perang Saudara di Pahang. Maksud Syair. Rangkap 1 : Cerita peperangan yang telah banyak diceritakan. Rangkap 2 : Putera yang paling tua bernama Bendahara Tun Tahir telah memangku tempat paduka ayahanda dan segala urusan pemerintahan terletak di bahunya.

neith
Télécharger la présentation

Syair

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Syair Perang Saudara di Pahang

  2. Maksud Syair • Rangkap 1: Cerita peperangan yang telah banyak diceritakan. • Rangkap 2: Putera yang paling tua bernama Bendahara Tun Tahir telah memangku tempat paduka ayahanda dan segala urusan pemerintahan terletak di bahunya. • Rangkap 3: Encik Engku Ahmad merupakan putera yang tengah dalam lima beradik. Dikatakan baginda mempunyai tingkah laku yang elok.

  3. Rangkap 4: Encik Engku Ahmad telah keluar mengembara pergi ke Singapura untuk menghiburkan kesedihan hatinya. • Rangkap 5: Setelah beberapa lama mengembara sampailah baginda di Kampung Gelam yang terletak di sebuah kota. • Rangkap 6: Encik Engku Ahmad tinggal bersama dengan putera sultan yang merupakan rakannya yang bernama Tengku Jaafar.

  4. Rangkap 7: Encik Engku Ahmad diiringi oleh sahabat handai sehingga tiba dikenaikan dan setelah itu barulah mereka pulang • Rangkap 8: Encik Engku Ahmad pergi belayar ke sebelah barat, iaitu Kemaman. • Rangkap 9: Encik Engku Ahmad tiba di Kemaman yang terletak di bawah pemerintahan Sultan Terengganu. • Rangkap 10: Setelah berada di Kemaman, mereka telah berpakat untuk menyerang Pahang

  5. Tema • Peristiwa yang membawa kepada berlakunya Perang Saudara di Pahang • Persoalan • Hubungan diplomatik yang baik. • Pengembaraan. • Hubungan antara adik-beradik. • Perebutan kuasa.

  6. Bentuk • Terdiri daripada sepuluh rangkap. • Semua baris dalam syair ini adalah maksud. • Bilangan baris dalam setiap rangkapnya sama, iaitu empat baris. • Setiap baris mempunyai empat hingga enam patah kata. • Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga lima belas suku kata. • Rima akhir rangkap pertama hingga rangkap kesepuluh ialah a,a,a,a.

  7. Gaya Bahasa • Asonansi. • Contohnya, • Ialah memangku padukaayahandanya(pengulangan vokal a). (b) Aliterasi. • Contohnya, • Ke dalam Kemaman sampailah sudah (pengulangan konsonan m).

  8. (c) Adanya jeda. • Contohnya: • Kisah nan tidak/ hamba panjangkan, Ceritanya banyak/ lagi disebutkan, Ini sekadar/ sahaya ringkaskan, Kisah berperang/ pula diceterakan. d) Rima akhir syair sama, iaitu a,a,a,a • Contohnya: • Duduk bersama putera Sultan, [a] Tengku Jaafar namanya tuan, [a] Itulah konon menjadi taulan, [a] Duduk di sara terlalu hairan, [a]

  9. e) Inversi- Ke dalam Kemaman sampailah sudah. • Bahasa Arab - syahda. • Bahasa klasik - perwira. • Responsi - (pengulangan perkataan yang sama di tengah ayat). • Contohnya: • Di Kampung Gelam tempat berhentinya, Di dalam kota tempat diamnya.

  10. Nilai • Rasional • Persahabatan • Keberanian • Pengajaran • Janganlah kita bergaduh sesama saudara • Kita mestilah reda menerima suratan yang telah ditetapkan. • Kita perlulah banyak mempunyai kawan yang dapat membantu apabila kita kesusahan. • Kita perlulah taat setia kepada pemerintah.

More Related