1 / 60

KEMAHIRAN PERUNDINGAN

BIODATA. Nama: Ishak bin Abd Hamid (Pak Ngah)Jawatan: Pensyarah di Jabatan Komunikasi, FBMK, UPM, Umur :54 tahun Bidang:Komunikasi Perundingan. Matlamat Kursus Ini. Menilai kebolehan dan keupayaan pegawai membuat analisis dalam bidang perundingan serta membimbing pegawai-pegawai di bawah ka

ollie
Télécharger la présentation

KEMAHIRAN PERUNDINGAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. KEMAHIRAN PERUNDINGAN Penilaian Tahap Kecekapan 4 (PTK4) Juruaudit Gred W48

    2. BIODATA Nama: Ishak bin Abd Hamid (Pak Ngah) Jawatan: Pensyarah di Jabatan Komunikasi, FBMK, UPM, Umur : 54 tahun Bidang: Komunikasi Perundingan

    3. Matlamat Kursus Ini Menilai kebolehan dan keupayaan pegawai membuat analisis dalam bidang perundingan serta membimbing pegawai-pegawai di bawah kawalannya.

    4. Kandungan Kuliah Pengenalan kepada konsep perundingan Teknik-teknik perundingan Objektif, matlamat dan kepentingan perundingan Proses-proses perundingan Mengapa perundingan gagal. Kajian kes

    5. Pengenalan Kepada Konsep Perundingan

    6. Definisi (Kamus) Kamus Dewan: perhitungan, perkiraan, pertimbangan dan perbicaraan (perkiraan) yang sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal. Kamus Oxford Advanced Learners Dictionary of Current English : discuss, confer, in order to come to an agreement

    7. Definisi (Khusus) Bussmann & Muller (1992) : the communication process of a group of agents in order to reach a mutually accepted agreement on some matter.'' Lewicki, Saunders, dan Minton (1997): Suatu proses formal yang berlaku apabila dua pihak cuba mencari penyelesaian dalam konflik yang rumit.

    8. Definisi (Umum) Perundingan merupakan aplikasi strategi dan taktik untuk mengendalikan konflik secara produktif

    9. Sifat-sifat Perundingan/Penawaran Melibatkan dua pihak atau lebih. Kedua-dua pihak mempunyai pendapat atau kemahuan yang berbeza (conflict of interest) Semua pihak mahukan ganjaran atau sesuatu yang lebih baik atau lebih menguntungkan daripada menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh pihak lawan.

    10. Sifat-sifat Perundingan/Penawaran Kedua-dua pihak buat seketika bercadang mencapai suatu persetujuan bersama tanpa perlu bergaduh, berpisah atau menggunakan orang tengah (pihak autoriti). Terdapat tolak ansur (give and take). Melibatkan pengurusan intangibles dan juga tangibles. Tidak terdapat suatu sistem atau kaedah yang tetap sebagai jalan penyelesaian

    11. Hubungan Saling Bergantung Antara Perunding Semua perunding adalah saling memerlukan. Sangat kompleks dan mencabar. Kedua pihak mempunyai matlamat yang saling berkait. Melibatkan matlamat peribadi dan kumpulan. Saling bergantung tidak bermakna kedua pihak mempunyai matlamat yang sama eg. permainan badminton.

    12. Hubungan Saling Bergantung Struktur hubungan kedua pihak menentukan hasil-hasil rundingan. Memerlukan strategi dan taktik. Situasi menang-kalah memerlukan penetapan agihan hasil rundingan. Dalam situasi menang-menang penyelesaian yang baik boleh dicapai (seperti penentuan jenis hubungan dalam rakan kongsi)

    13. Hubungan Saling Bergantung Situasi menang-kalah atau distributive merupakan situasi persaingan (competitive) yang mempunyai hubungan atau korelasi yang negatif. Situasi Menang-menang atau integrative ialah situasi di mana kejayaan satu pihak juga merupakan kejayaan satu pihak yang lain iaitu mempunyai korelasi yang positif. Sifat saling bergantung memberikan impak kepada jenis hubungan, kaedah mengendalikan perundingan dan hasil-hasil rundingan.

    14. Piawaian Dalam Penentuan Hasil Hubungan Definisi Hasil yang dijangkakan, (Anticipated Outcome, O): Apa yang diharapkan daripada hubungan. Paras Bandingan (Comparison level, CL): Piawaian yang digunakan oleh seseroang dalam menilai hubungan apa yang boleh didapati daripada hubungan yang lain.

    15. Piawaian Dalam Penentuan Hasil Hubungan Definisi Paras Bandingan Alternatif (Comparison Level for Alternative, Clalt): Paras terendah suatu hasil yang boleh diterima sebelum menukar kepada hubungan lain.

    16. Piawaian Dalam Penentuan Hasil Hubungan Contoh: Yusuf ialah pegawai Bank RHB yang menerima gaji sebanyak RM3500 sebulan. Oleh kerana ekonomi meleset dia telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, Bank RHB telah menawarkan gaji baru jika dia mahu terus berkhidmat iaitu RM 2500 sebulan. Purata gaji rakan-rakan Pak Ngah di bank-bank lain ialah RM3000 sebulan. Dengan keadaan ekonomi yang meleset Yusuf mengetahui sukar untuk mendapatkan pekerjaan di bank lain, jika ada pun mungkin anggaran gaji yang dijangkakan ialah RM 2000 sahaja.

    17. Piawaian Dalam Penentuan Hasil Hubungan Hasil yang dijangkakan, O: Gaji baru Yusuf yang ditawarkan ialah RM2500 Paras Bandingan, CL: Purata gaji rakan-rakan Yusuf di bank-bank lain ialah RM3000 sebulan. Paras Bandingan Bagi Pilihan Lain, CLalt: Gaji yang dijangkakan .

    18. Sifat-sifat Hubungan Antara Peribadi dalam Perundingan Jika O melebihi CL, maka hubungan dianggap memuaskan. Jika O di bawah CL, hubungan tidak memuaskan. Jika jarak O adalah semakin besar hubungan boleh menjadi lebih memuaskan atau sebaliknya. Hubungan akan terputus jika O berada di bawah paras CLalt.

    19. Sifat-sifat Hubungan Antara Peribadi dalam Perundingan Jika O melebihi paras CLalt, maka pergantungan kepada hubungan menjadi lebih kuat. Dalam satu perundingan, pihak A mungkin tidak bersetuju dengan tawaran pihak B tetapi mereka terpaksa akur disebabkan tawaran pihak B yang lebih baik. Begitulah sebaliknya.

    20. Sifat-sifat Hubungan Antara Peribadi dalam Perundingan Memahami sifat-sifat saling bergantung dan mengenalpasti serta membentuk alternatif dalam mencapai persetujuan merupakan sumber kuasa dalam perundingan. Kedua-dua pihak harus memahami alternatif terbaik bagi persetujuan perundingan (Best alternative to a negotiated agreement, BATNA).

    21. Sifat-sifat Hubungan Antara Peribadi dalam Perundingan Seseorang yang mempunyai CLalt yang rendah mempunyai BATNA yang rendah dan sebaliknya. CLalt dan BATNA mempunyai konsep yang sama tapi tidak serupa. BATNA hanya membuat perbandingan dengan hasil yang terbaik. CLalt mengambilkira semua kemungkinan yang mungkin baik.

    22. Elemen Utama Dalam Perundingan Isu substantives yang menjadi punca konflik Pengendalian tangibles dan intangibles Kemahiran komunikasi perunding Kuasa pada diri perunding

    23. Penggunaan Kuasa Dalam Perundingan Kuasa maklumat dan kepakaran Kawalan terhadap sumber seperti wang, bekalan, masa, peralatan, perkhidmatan kritikal, dan tenaga. Kuasa sah/undang-undang (legitimate power) Kedudukan atau lokasi struktur organisasi Kuasa peribadi

    24. Kuasa Sah: Untuk meningkatkan kuasa sah : Reputasi: latar belakang diri yang baik seperti pengorbanan, banyak membantu orang, dan sebagainya. Prestasi: Iaitu apa juga yang telah dilaksanakan oleh seseorang dan mencapai kejayaan, sokongan dan pujian daripada orang ramai. Langkah-langkah Dalam Menggunakan Kuasa Semasa Perundingan

    25. Ciri-ciri Perunding Pakar dalam bidang-bidang tertentu misalnya kejuruteraan, undang-undang, dll. Emosi yang stabil Empati Sebaik-baiknya lelaki Kemahiran Komunikasi yang baik Sihat dan bertenaga

    26. Perkara-perkara lain yang perlu diberi perhatian sebelum berunding Siapa perunding lawan? Bilangan perunding Isu-isu agama, nilai, adat resam dan kepercayaan Waktu berunding Jangkamasa Tempat Ketua perunding

    27. Objektif, Matlamat dan Kepentingan Perundingan

    28. Objektif / Matlamat Perundingan Memahami lebih dalam akan motif, objektif dan masalah pihak lawan. Pihak lawan memahami motif, objektif dan masalah kita. Mencari penyelesaian menang-menang Membina hubungan yang lebih baik dengan pihak lawan.

    29. Kepentingan Perundingan Perunding menyedari dan mampu mengatasi masalah Membolehkan perubahan dan adaptasi organisasi Menguatkan hubungan dan moral Menggalakkan kesedaran mengenai diri sendiri dan orang lain

    30. Menggalakkan perkembangan kendiri Menggalakkan perkembangan psikologikal Meningkatkan semangat dan keseronokan Kepentingan Perundingan

    31. Proses Perundingan

    32. Proses Perundingan

More Related