1 / 44

SEJARAH PERTANIAN DAN PERKEMBANGANNYA

SEJARAH PERTANIAN DAN PERKEMBANGANNYA. “Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur, dan t anpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.”.

pippa
Télécharger la présentation

SEJARAH PERTANIAN DAN PERKEMBANGANNYA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SEJARAH PERTANIAN DAN PERKEMBANGANNYA “Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur, dan tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.”

  2. SEJARAH PERTANIAN DAN PERKEMBANGANNYA • Sejarah pertanian • Elemen utama dalam sejarah manusia kerana tahap peningkatan pertanian menjadi satu faktor penting dalam perubahan sosioekonomi secara global, termasuklah peningkatan kekayaan dan ketenteraan yang jarang dilihat dalam budaya "hunter-gatherer"— di mana petani berupaya mengeluarkan makanan melebihi daripada keperluan diri dan keluarganya, dan dengan itu sebahagian dari ahli puak/kaum/negeri/negaranya boleh melibatkan diri mereka dalam bidang lain selain daripada pertanian.

  3. Samb…. • 42% daripada pekerja dunia adalah di dalam bidang pertanian, dan merupakan pekerjaan yang terbesar di dunia. • Walaubagaimana pun, pengeluaran pertanian hanya menyumbang kepada kurang daripada 5% Keluaran Dunia Kasar (iaitu agregat kepada semua Keluaran Negara Kasar)

  4. DEFINISI PERTANIAN • Terjemahan bahasa Inggerisnya, agri dari bahasa latin ager, bermakna "a field"(iaitu sebidang tanah). • culture dari bahasa Latin cultura, bermakna "cultivation" iaitu tillage of the soil. • Secara literalnya, pembacaan dalam bahasa Inggeris menjadikannya : tillage of the soil of a field.

  5. Samb…. • Dalam pengunaan moden, perkataan agriculture meliputi semua aktiviti penting bagi pengeluaran makanan/makanan ternakan/fiber, termasuk tatacara untuk menternak dan memproses ternakan. • "Agriculture" juga merupakan singkatan bagi pelajaran kaedah pertanian – lebih dikenali sebagai sains pertanian (agricultural science).

  6. Samb…. • Pertanian meliputi aktiviti mencucuk tanam, ternakan dan kebun buah-buahan dan ianya merupakan pengeluaran bahan makanan, makanan ternakan, fiber, biofuel dan bahan lain yang melalui suatu sistem ternakan atau tanaman. • Dengan lain perkataan, pertanian adalah amalan mengerjakan sesuatu kawasan untuk menghasilkan tanaman dan ternakan. • Pertanian juga melibatkan amalan penyimpanan, pemprosesan dan pemasaran hasil pertanian.

  7. DEFINISI PERKEBUNAN Kebun - tanah yg ditanami sesuatu (spt. pokok buah-buahan, sayur- sayuran dll.) - tanah yg tidak berapa luas (ladang kecil) dan ditanami pokok buah- buahan atau sayur-sayuran dll.

  8. Samb…. Perkebunan: • Hal-hal yang berkaitan dengan kebun yang terdiri daripada aktiviti pengusahaan atau pengurusannya daripada peringkat pemilihan dan penyediaan tapak sehinggalah kepada pemasaran hasil.

  9. Samb… • Definition as written by Shakemh: “To care for plants usually in a garden or landscape through such formidable chores as buying and propagating plants, pest control, fertilizing, pruning, soil management, transplanting, compost making, watering, weather forecasting, taking protective measures, and weeding”.

  10. PERKEMBANGAN DALAM BIDANG PERTANIAN • Pertanian moden meliputi lebih banyak daripada pengeluaran tradisional bagi makanan manusia dan ternakan. • Pengeluaran pertanian antara lain adalah seperti bunga, hiasan, nurseri, landskap, ikan dan burung untuk perniagaan haiwan peliharaan, perhutanan, pembajaan, kulit, industri kimia seperti kanji, gula, ethanol, alkohol, plastik, fiber, kapas, bulu, hemp (ganja), bahan api (methane) dari biomass, biodiesel dan termasuk dadah-dadah yang dibenarkan ataupun yang dilarang (biopharmaceutical, tembakau, cannabis, marijuana, opium, cocaine).

  11. Samb…. • Abad ke20an merupakan perubahan terbesar dalam bidang pertanian, terutamanya dalam chemistry agriculture(penggunaan bahan kimia dalam pertanian) • Ini termasuklah applikasi baja kimia, racun dan pengawalan serangga perosak (pest control),dan chemical fungicides, soil makeup, analisa produk pertanian, dan pemakanan haiwan dan ternakan. • Bermula dari dunia barat, revolusi hijau telah menyemarakkan perubahan kepada tatacara pertanian ke seluruh dunia.

  12. Samb… • Perubahan lain dalam pertanian termasuklah penanaman secara, hidroponik, pembiakbakaan tanaman, penghibridan, manipulasi gen, pengurusan nutrien tanah, dan kawalan rumpai. • Kejuruteraan genetik telah menghasilkan tanaman yang bermutu tinggi yang melampaui tumbuhan semulajadi, seperti hasil yang berkualiti dan tahap menghindar penyakit (resistan).

  13. Samb… • Benih "modified"ini membesar dengan cepat, dan tidak memerlukan kawasan yang luas. • Kejuruteraan genetik ke atas tanaman telah menjadi satu kontroversi, terutamanya dalam kes racun herba – tanaman yang resistan (herbicide – resistant plants). • Kejuruteraan bidang pertanian juga boleh menghasilkan tanaman-tanaman yang menggunakan sistem pengairan, saliran, pemuliharaan dan kejuruteraan pembentongan, terutamanya bagi kawasan kering (arid) di mana ianya memerlukan sistem pengairan yang berterusan dalam ladang yang luas.

  14. Samb…. • Dari segi pembungkusan, pemprosesan, dan pemasaran produk-produk pertanian juga bergantung rapat dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sains. • Tatacara "quick-freezing" dan "dehydration"telah meningkatkan pasaran untuk produk pertanian melalui industri pengawetan makanan dan membungkus daging. (food preservation dan meat packing industry). • Penggunaan haiwan seperti kuda, keldai, lembu, kerbau, unta, llama, dan anjing turut digunakan untuk membajak, menuai dan mengangkut produk pertanian ke pasaran.

  15. Samb… • Penggunaan haiwan bukan sahaja untuk tujuan pembiakan dan penternakan haiwan tetapi juga untuk daging atau hasil sampingannya (seperti susu, telor, bulu) secara berterusan, dan juga sebagai pets (haiwan kesayangan). • Kejenteraan juga telah meninggikan pengeluaran dan produktiviti pertanian dunia. • Kapalterbang, helikopter, lori, traktor dan jentera tuai telah digunakan dalam pertanian di barat untuk menyemai, menyembur racun serangga dan penyakit, penuaian dan penghantaran produk-produk yang tidak tahan lama.

  16. Samb… • Radio dan televisyen (media massa) telah digunakan untuk menyebar maklumat cuaca dan maklumat-maklumat lain seperti keadaan pasaran yang boleh melibatkan parapetani. • Komputer juga telah menjadi alatan penting bagi pengurusan ladang dan penggunaan internet yang semakin meluas digunakan sebagai sumber ilmu, rujukan dan meminta pandangan, pendapat dan segala jenis bantuan dari petani lain. • Menurut National Academy of Engineering di Amerika Syarikat, kejenteraan pertanian adalah satu daripada 20 pencapaian kejuruteraan terbesar dalam abad ke20an.

  17. Samb… • Pada awal abad ke 19, seorang petani Amerika boleh menghasilkan makanan untuk 2.5 orang. • Hari ini, dengan menggunakan teknologi pertanian yang maju, seorang petani boleh menghasilkan makanan untuk 130 orang. • Tetapi, ianya dihasilkan dengan kos sampingan dari segi keperluan tenaga yang besar, yang kebanyakkannya diambil dari minyak, untuk memastikan pengeluaran besar tersebut dikekalkan.

  18. PERTANIAN DI MALAYSIA Pertanian secara umumnya adalah satu bidang yang luas dan ianya bersifat dualisme iaitu: a. Pertanian secara kecil-kecilan (sektor pekebun kecil). b. Pertanian secara komersial dan intensif(sektor estet).

  19. a.Pertanian secara kecil-kecilan (sektor pekebun kecil). • melibatkan petani kecil-kecilan yang bertani dalam kawasan kecil dan mengeluarkan produk untuk diri dan keluarga sendiri. • terdiri daripada petani yang mempunyai modal yang lebih kecil dan sesetengah petani tergolong dalam kumpulan miskin. • kebiasaannya merupakan sektor yang kurang maju.

  20. b. Pertanian secara komersial dan intensif (sektor estet). • Melibatkan tanah yang luas atau ternakan yang besar jumlahnya, memerlukan bahan yang banyak (benih, racun, baja, pekerja dsb) dan tahap kejenteraan yang tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja. • Merupakan sektor yang bercorak komersial, berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik. • Operasinya selalu dikaitkan dengan operasi untuk memaksimakan keuntungan kewangan dari hasil jualan produk pengusaha tersebut. • Seringkala melibatkan beberapa individu secara kumpulan, syarikat atau agensi kerajaan

  21. KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA MALAYSIA • Membekalkan sumber makanan utama seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging ternakan, telur dan susu. • Membekalkan bahan mentah kepada industri perkilangan untuk diproses menjadi barang siap dan barang separuh siap. • Sumber pendapatan negara melalui pengeksportan hasil tanaman saka seperti kelapa sawit, getah dan koko. • Menyediakan peluang pekerjaan pada banyak peringkat pengeluaran hasil pertanian.

  22. PERKEMBANGAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA • DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN) • DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL • RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)

  23. 1. DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN) • Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada dasar expansionary (perluasan/pengembangan) yang mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko. • Dengan kedudukan tanah dan tenaga buruh pertanian yang baik, melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-tanah baru bagi memajukan dua tanaman tersebut.

  24. Samb…. • Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tanaman ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-usaha meluaskan kawasan penanamannya. • Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah mengambilkira kedudukan kekangan tanah, tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah. • Oleh itu, perubahan telah dilakukan dengan mengubah penumpuan kepada usaha pembangunan pertanian ke arah menghasilkan produk yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi.

  25. Samb…. • DPN2 telah membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani. Ini adalah selaras dengan strategi perindustrian dan sepertimana telah dihuraikan dalam Pelan Induk Perindustrian Pertama dan Kedua. • Penumpuan ke atas pembangunan industri asas tani ini bertujuan untuk mengeksploitasi faedah berbanding dan pasaran niche (terpencil)untuk menambah peluang-peluang pekerjaan, menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui peningkatan produktiviti dan untuk menambah hasil pertukaran asing negara.

  26. Samb…. • Kos pengimportan bahan-bahan makanan yang tinggi dan liberalisasi perdagangan di bawah rangka kerja AFTA dan WTO serta masalah krisis kewangan pada tahun 1997 telah mendorong penilaian semula terhadap DPN2. • Selain dari itu, sektor pertanian negara juga mengalami perubahan struktur yang ketara dari segi kekurangan tenaga buruh, kadar upah yang meningkat berbanding produktivti pekerja dan sumber tanah dan air yang semakin terhad disebabkan persaingan kegunaannya oleh sektor perindustrian, perumahan dan perbandaran.

  27. Samb…. • Berdasarkan kepada pertimbangan di atas, pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara. • Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menetapkan sasaran supaya mencapai lebihan (surplus) dalam imbangan perdagangan makanan menjelang tahun 2010 melalui Plan Tindakan BOT (Balance Of Trade).

  28. Samb…. • Pada masa ini, defisit negara dalam imbangan perdagangan makanan ialah sebanyak RM4.3 bilion. Jika defisit ini dibiarkan dan tiada tindakan diambil adalah dijangka defisit ini akan terus meningkat ke tahap lebih tinggi lagi. • Pelan Tindakan BOT menggariskan sasaran serta tindakan yang perlu dilaksanakan untuk mengurangkan defisit dalam imbangan perdagangan makanan dan mencapai lebihan menjelang tahun 2010.

  29. Pendekatan DPN Dua pendekatan utama diberi tumpuan: • Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach) • Pendekatan Berasaskan Produk (Product-Based Approach)

  30. i. Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach) Pendekatan ini akan menghasilkan: a. menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan pelaburan perhutanan tani. b. membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru.

  31. Samb: c. menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis perhutanan bersama tanaman industri sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan tanah. d. menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; ini akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.

  32. ii. Pendekatan Berasaskan Produk (Product- Based Approach) Pendekatan ini menghasilkan: a. dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana ia berasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna. b. menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian. c. menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan pertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.

  33. Samb…. d. meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan mengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan. e. menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan, pembungkusan, pemprosesan di peringkat ladang, yang secara tak langsung dapat meninggikan pendapatan ladang.

  34. TERAS DAN STRATEGI DASAR PERTANIAN NEGARA - akan memfokuskan kepada usaha menangani isu yang berkaitan dengan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya. Isu-isu adalah seperti berikut:-(i)     keselamatan makanan (food security) dan inflasi;(ii)    produktiviti pertanian;(iii)   penglibatan sektor swasta;(iv)   eksport pertanian;

  35. 2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL • Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomiMalaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB. • Menetapkan langkah permulaan ke arah membolahkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju menjelang 2020. • Maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

  36. Samb…. • Kemajuan sepenuhnya akan dicapai dari segi perpaduan negara dan perpaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri.

  37. FOKUS Dasar Pembangunan Nasional (DPN): i. Membasmi golongan miskin ii. Menyusun semula masyarakat

  38. PROGRAM DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL i. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat ii. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek iii. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi iv. Menerapkan nilia sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar. v. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

  39. 3. RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010) • Memperkasa pertanian dan industri berasaskan pertanian. • Pembangunan sektor pertanian dalam RMKe-9 akan ditumpukan kepada pembangunan Pertanian Baru. • Pendekatan ini melibatkan perkembangan pertanian komersil berskala besar yang meluas dan penerokaan aktiviti pengeluaran dan pemprosesan berkualiti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi.

  40. Samb…. • Produktiviti, kecekapan serta potensi dalam penjanaan pendapatan dan kekayaan akan dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah pertanian moden dan ICT, pengukuhan R&D dan inovasi, peningkatan keupayaan pemasaran dan penggalakan penyertaan meluas sektor swasta termasuk usahawan tani dan tenaga kerja mahir. • Penggunaan tanah secara optimum serta penyatuan dan pemulihan tanah akan diberi keutamaan. • Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar tahunan purata yang lebih tinggi sebanyak 5.0 peratus. Kadar pertumbuhan industri berasaskan pertanian, dijangka meningkat kepada 5.2 peratus.

  41. Samb… • Isu berkaitan kewujudan kelompok kemiskinan di kalangan petani kecil, proses penukaran daripada kebun kecil kepada ladang moden yang perlahan dan kekangan tanah pertanian akan juga ditangani.

  42. TERAS DASAR RM KE 9: • Berusaha mengorientasikan semula sektor ini ke arah pengkomersilan yang lebih meluas dan melahirkan petani berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih besar termasuk pelaburan asing. • Teras dasar adalah seperti yang berikut: i. meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar. ii. mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk.

  43. Samb…. iii. memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global. iv. meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan. v. menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

  44. Sekian, Terima kasih “Berharganya sesuatu itu apabila kita tahu menghargainya dan berharganya kita apabila ada orang tahu menghargai kelebihan yang kita ada. Oleh itu hargai lah akal kerana buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

More Related