1 / 17

KJKL 1033 ASAS MEKANIK & ELEKTRIK

KJKL 1033 ASAS MEKANIK & ELEKTRIK. Lecture #1 – Introduction 12 May 2008 2.00 pm – 5.00 pm. Peraturan Bengkel. Semua jurutunjuk dan PELAJAR diharap dapat mengikuti PERATURAN kerja di bengkel Semua pelajar diminta hadir lebih awal di bengkel untuk persediaan dengan pakaian yg sesuai.

Télécharger la présentation

KJKL 1033 ASAS MEKANIK & ELEKTRIK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KJKL 1033ASAS MEKANIK & ELEKTRIK Lecture #1 – Introduction 12 May 2008 2.00 pm – 5.00 pm

  2. Peraturan Bengkel • Semua jurutunjuk dan PELAJAR diharap dapat mengikuti PERATURAN kerja di bengkel • Semua pelajar diminta hadir lebih awal di bengkel untuk persediaan dengan pakaian yg sesuai Week 1

  3. Peraturan Bengkel a. Pengenalan – Para pelajar harus menjalankan latihan mengikut amalan keselamatan. Dinasihatkan sebelum memulakan sebarang pengoperasian mesin, pastikan anda faham segala ciri-ciri keselamatan sesebuah mesin dan mekanisme pengoperasiannya. Baca dan pastikan arahan dan panduan amali difahami dan diikuti. Week 1

  4. Peraturan Bengkel b. Persediaan sebelum operasi – semua pelajar yang hendak menjalani latihan diminta melaporkan diri kepada juruteknik untuk merekod kehadiran diri. c. Alat-alat keselamatan – setiap pelajar mestilah memastikan beliau mengetahui tempat letaknya alat-alat keselamatan seperti pemadam api dan mestilah juga mengetahui menggunakan alat-alat tersebut. Kit pertolongan cemas, cermin mata keselamatan dan sarung tangan boleh didapati daripada juruteknik. Week 1

  5. Peraturan Bengkel d. Pakaian dan kasut – setiap pelajar mestilah memakai kasut (tertutup) ketika berada di dalam bengkel. Pelajar yang tidak memakai kasut tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel. Pastikan tiada bahagian pakaian yang longgar atau terjuntai. Pastikan rambut panjang diikat ke belakang. (Jaket / ‘Coverall’ bengkel, sarung tangan sesuai, ‘goggle’, ‘ear-plug’, apron) Week 1

  6. Peraturan Bengkel e. Lain-lain – sekiranya tidak pasti apa yang dicari, sila berjumpa dengan juruteknik bengkel untuk mendapatkan bantuan. Jangan bertindak atau bekerja sendirian. Week 1

  7. Semasa Operasi a. Waspada – setiap pelajar hendaklah menjalankan operasi mengikut susunan kerja, fikir dan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja yang dijalankan. b. Pastikan pelajar mengetahui peralatan yang digunakan dan keupayaan peralatan itu. Pastikan peralatan dalam keadaan baik dan selamat. Sekiranya, terdapat kerosakan, hentikan penggunaan alat itu dan segeral laporkan kepada juruteknik bengkel. Week 1

  8. Semasa Operasi c. Jangan sesekali meninggalkan peralatan tanpa pengawasan. Pastikan suis elektrik ditutup sebelum membuat pengubahan peralatan bagi alat-alat yang menggunakan kuasa elektrik. d. Jalankan operasi latihan dengan berhati-hati dan perlahan-lahan serta sentiasa peka terhadap kesan-kesan bahaya. Week 1

  9. Semasa Operasi e. Semasa operasi semua pelajar dalam kumpulan hendaklah bekerjasama dan mengikut arahan ketua. Sentiasalah berunding dengan ahli kumpulan masing-masing sebelum membuat sesuatu perubahan atau operasi. f. Pastikan peralatan itu diberhentikan dengan baik dan suis ditutup apabila tamat sesuatu latihan. Jangan biarkan alat radas beroperasi apabila tidak diperlukan Week 1

  10. Semasa Operasi g. Jangan lalai atau tergopoh-gapah dalam operasi. Sentiasalah mengutamakan keselamatan. h. Mengendalikan benda panas – Jangan sesekali menggunakan sapu tangan atau kertas untuk memegang benda panas. Gunakan penyepit atau sarung tangan kulit. Week 1

  11. Semasa Operasi i. Perlindungan mata – Jika cermin mata keselamatan diberi kepada anda, ia mestilah dipakai sehingga tamat latihan atau operasi. j. Kebakaran pakaian – Jika pakaian seseorang pelajar terbakar, baringkan pelajar diatas lantai dan golekkan dia untuk memadam api. Jika terdapat selimut, basahkan selimut dan balutkan keatas pelajar tersebut. Jangan sesekali menggunakan pemadam api ke atas pelajar kerana kandungan pemadam api mungkin menyebabkan kecederaan lain. Week 1

  12. Semasa Operasi k. Kejutan elektrik – Jangan bekerja dengan tangan basah atau berdiri di atas lantai yang lembab apabila menggunakan barangan elektrik. Pakai kasut getah atau berdiri di atas tikar getah. Jika anda perlu menolong orang terkena kejutan elektrik, pastikan punca kuasa dimatikan dan anda berpenebat. Punca kuasa 240V disalurkan melalui palam 3-pin Week 1

  13. Semasa Operasi l. Laporan kemalangan – Laporkan semua kemalangan kepada juruteknik walaupun kecil. Pastikan anda mengetahui kedudukan kotak pertolongan cemas dan alat pencegah kebakaran (anda juga perlu tahu bagaimana hendak menggunakan alat tersebut). Week 1

  14. Selepas Operasi a. Semua pelajar diminta membersihkan peralatan yang digunakan dan memulangkannya kepada juruteknik. b. Susun semua peralatan dengan baik dan pastikan peralatan dalam keadaan selamat. Jangan tinggalkan peralatan dengan cara merbahaya. c. Pastikan bekalan kuasa elektrik dan air ditutup. d. Tinggalkan alat dan ruang kerja dalam keadaan bersih dan kemas Week 1

  15. Selepas Operasi e. Tutup peralatan dengan baik jika perlu. KERJASAMA PELAJAR MENGUTAMAKAN KESELAMATAN MENJADIKAN PELAJAR BAKAL JURUTERA BERPOTENSI DAN BERJAYA MAKE SAFETY A HABIT Week 1

  16. Lampiran Week 1

  17. Lampiran Week 1

More Related