1 / 15

MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT SAWIT

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT SAWIT. Pendahuluan:. Pengurusan penyakit tanaman sawit merupakan aspek penting untuk menambah kuantiti dan kualiti hasil yang akan dikeluarkan.

sileas
Télécharger la présentation

MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT SAWIT

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH MODUL TEKNOLOGI TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT SAWIT

  2. Pendahuluan: • Pengurusan penyakit tanaman sawit merupakan aspek penting untuk menambah kuantiti dan kualiti hasil yang akan dikeluarkan. • Bagi industri sawit beberapa penyakit telah dikenalpasti boleh menjejaskan industri pengeluaran minyak sawit. • Penyakit disebabkan oleh faktor genetik dan kulat.

  3. Jenis-Jenis Penyakit: a. Penyakit Jembala (Crown Disease) Berpunca dari faktor genetik yang biasanya berlaku kepada pokok sawit berumur 2-3 tahun. b. Reput Pucuk (But Rot – Spear Rot) Penyakit ini lebih tertumpu di bahagian umbut dan pucuk pokok. Ini dapat dikesan apabila bahagian pangkal pucuk berwarna perang.

  4. Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)Penyakit ini mudah terjadi di kawasan tanam semula yang asalnya ditanam dengan kelapa sawit. Penyakit ini menyebabkan pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka dan akhirnya menjadi perang dan mati. Penyakit ini kerap berlaku pada pokok remaja dan matang.

  5. Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)Biasanya penyakit ini menyerang pokok berumur melebihi 8 tahun. Selalunya penyakit ini tidak dikesan sehingga pembentukan ibu kulat pada pangkal pelepah yang terkena serangan atau pokok yang patah pada bahagian jembalanya.

  6. Reput Tandan Buah (Marasmius)Biasanya penyakit ini berlaku pada peringkat awal kerja memungut hasil dan selalunya tersebar dengan meluas semasa musim hujan.f.Penyakit Lain:Layu Hujung Pelepah dan Daun (Wither Tip) Reput Basah Batang (Stem Wet Rot) dan Reput Pangkal Berarang (Charcoal Base Rot).

  7. Mengenal Tanda Dan Kesan Serangan Penyakit Pada Pokok Sawit a. Penyakit Jembala (Crown Disease) Penyakit ini mudah dikesan bila terdapat pelepah dan daun patah di bahagian tengah serta menjadi busuk. Pada peringkat akhir serangan, pelepah dan pucuk yang patah berbentuk mahkota (crown).

  8. Reput Pucuk (But Rot – Spear Rot)Penyakit ini dapat dikesan apabila bahagian pangkal pucuk muda menjadi perang. Pucuk yang mati senang dicabut dan jika umbut tidak terjejas kemungkinan pokok akan mengeluarkan pucuk baru. Pokok yang diserang penyakit ini akan mengeluarkan bau busuk (putrid odour) dan mempunyai kaitan dengan serangan bakteria. Pokok yang diserang dengan serius akan mati.

  9. Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot)Agen penyebab : Ganoderma boninensePenyakit ini menyebabkan pucuk tidak berkembang atau tidak terbuka dan akhirnya menjadi perang dan mati. Serangan bermula dari pelepah tua. Pelepah yang mati menjadi terkulai, membentuk seperti penutup di sekeliling batang. Apabila pangkal batang reput, semua pelepah akan mati. Pada peringkat awal, ibu kulat menjadi putih dan berubah-berubah menjadi perang berkilat pada bahagian atas.

  10. Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot)Pokok yang diserang akan terdapat tompok-tompok kuning (chlorisis) pada daun. Ibu kulat (sporophores) biasanya tumbuh seperti kulit keras berwarna perang kekelabuan berukuran 8sm.-10sm.

  11. Reput Tandan Buah (Marasmius)Tanda-tanda penyakit mudah dikesan apabila tandan buah reput diliputi bebenang putih (mycelium). Apabila keseluruhan tandan buah diserang, cendawan -cendawan akan kelihatan. Cendawan-cendawan ini selalunya berwarna putih dan berubah menjadi merah samar pada musim kering atau kemarau.

  12. Kaedah Pencegahan Dan Kawalan Penyakit a. Penyakit Jembala (Crown Disease) Untuk mengelakkan merebaknya penyakit ini, bahagian yang dijangkiti hendaklah dipotong dan diikuti dengan semburan 0.1% Thiabendazol. b. Reput Pucuk ( But Rot – Spear Rot) Pengawalan yang dilakukan adalahdengan mencabut pucuk-pucuk yang mati dan sembur bahagian tersebut dengan campuran racun kulai atau racun bakteria seperti Thiram dan Streptomycin.

  13. Kaedah Pencegahan Dan Kawalan Penyakit c. Reput Pangkal Batang (Basal Stem Rot) Penyakit ini belum ada satu kawalan yang baik. Bagaimanapun penyakit seumpama ini dapat dielakkan dengan cara menjaga kebersihan ladang yang baik. Pokok yang kena serang perlu dimusnahkan. d. Reput Batang Bahagian Atas (Upper Stem Rot) Penyakit ini boleh dikawal dengan memotong bahagian yang diserang dan sapu cat pelindung pada bahagian tersebut. Pokok yang mati hendaklah dimusnahkan dengan cara membakar.

  14. Kaedah Pencegahan Dan Kawalan Penyakit e. Reput Tandan Buah (Marasmius) Penyakit reput tandan buah (Marasmius) boleh dikawal dengan cara memusnahkan semua tandan yang diserang. Jika hanya sebahagian sahaja yang diserang, semburan racun kulat adalah disyorkan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan cara membuang semua tandan buah muda supaya kulat tidak merebak dan menjadikan tandan-tandan berkenaan busuk.

  15. TERIMAKASIH

More Related