1 / 10

MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN

MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN. Metod Pengajaran dan Pembelajaran Rasulullah. Sukatan pelajaran yang disampaikan dalam pengajaran berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui Al-Quran dan seterusnya disusuli dengan al-Hadis.

solana
Télécharger la présentation

MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 5 KULIAH 9 & 10 INSTITUSI PENDIDIKAN

  2. Metod Pengajaran dan Pembelajaran Rasulullah Sukatan pelajaran yang disampaikan dalam pengajaran berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T. melalui Al-Quran dan seterusnya disusuli dengan al-Hadis. Perkara ini ditegaskan dalam al-Quran: “dan ia tidak memperkatakan (berhubung hal ehwal Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala yang diperkatakan itu (sama ada al-Quran atau al-Hadis) tidaklah melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya” (Surah al-Najm: 3-4)

  3. Antara strategi pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w: • Mewujudkan pusat-pusat pendidikan dimulai di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam • Menyampaikan pengajaran di tempat-tempat terbuka • Menjadikan masjid sebagai pusat pendidikan • Pengajaran yang dilakukan adalah secara berperingkat • Pengajaran pada mulanya dilakukan secara bersembunyi dan diikuti dengan terang-terangan • Memulakan pengajaran kepada kaum keluarga terdekat sebelum memulakan kepada umum • Mencari tempat pembelajaran yang sesuai iaitu setelah tiga belas tahun menyampaikan ajaran di Makkah, mula mengambil tempat yang lebih strategik iaitu di Madinah.

  4. Kaedah Pengajaran Dalam Islam Kaedah Hafazan • Kaedah ini adalah kaedah asas yang melibatkan ingatan secara langsung.Kaedah ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingati apa yang dipelajari sama ada melalui lisan atau tulisan. Kaedah Dialog • Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Al-quran melalui pengajaran-pengajaran yang disampaikan sehingga menjadi satu kaedah tradisi pembelajaran dalam Islam yang selalu dipraktikkan oleh Rasulullah sendiri. Kaedah Soal Jawab • Kaedah ini digunakan untuk merangsang pemikiran semasa sesi pengajaran sedang berlangsung atau di akhir pengajaran dengan menggunakan beberapa strategi tertentu. Kaedah Pandang Dengar • Kaedah ini telah dilalui sendiri oleh Rasulullah ketika mana baginda dibawa berjalan dari Kota Makkah ke Baitul Maqdis pada malam Isra’ dan Mi’raj.

  5. Sambungan ….. Kaedah Perbincangan • Kaedah ini adalah satu kaedah yang lazim digunakan dalam penyampaian ilmu bagi menggalakkan pertukaran idea secara bebas dan tidak terikat. Kaedah Lawatan • Melalui kaedah ini, seseorang guru dapat memperlihatkan secara langsung kepada pelajar-pelajar tentang apa yang dipelajari. Kaedah ini biasanya dilakukan di luar dari kelas biasa. Kaedah Pengulangan • Pendekatan yang dilakukan melalui kaedah ini ialah dengan cara pembacaan dan mengingat kembali secara berulang-ulang. Kaedah Tunjuk Cara atau Demonstrasi • Kaedah ini ialah satu cara menyediakan bahan pelajaran dengan menyediakan secara langsung objeknya atau prosesnya atau cara malakukannya.

  6. Sambungan …… Kaedah Latih Tubi • Kaedah ini merupakan kaedah yang biasa digunakan oleh seseorang pendidik dalam memastikan pelajarnya dapat memahami dan mengingati dengan baik terhadap sesuatu fakta. Kaedah Bercerita • Kaedah ini boleh menarik minat pelajar dan menghilangkan kebosanan semasa menghadapi pelajaran. Dalam Al-Quran, banyak cerita-cerita seperti kisah Rasul-Rasul dan para Anbia’ telah dinyatakan dengan jelas. Kaedah Penggunaan Isyarat • Kaedah ini amat diperlukan dalam memberikan penjelasan lebih lanjut tentang sesuatu fakta terutama yang memerlukan kepada tanda, alamat atau isyarat bagi menjelaskannya. Kaedah Penggunaan Lukisan • Kaedah ini juga sama peranannya dengan penggunaan isyarat. Kaedah Halaqat • Kaedah ini merupakan kaedah tradisi dalam pengajaran. Biasanya dilakukan di serambi atau di dalam masjid atau tempat-tempat yang dikhususkan untuk aktiviti pengajaran.

  7. ADAB MENUNTUT ILMU • Membersihkan diri daripada tingkah laku yang buruk dan sifat-sifat yang terkeji. • Menumpukan sepenuh perhatian kepada ilmu yang dipelajari. • Menghormati dan memuliakan guru. • Membuat pilihan yang khusus terhadap ilmu yang ingin dipelajari.

  8. Sambungan ……. • Mendalami sesuatu ilmu yang dipelajari secara teratur dan bersistematik berdasarkan kepada kepentingannya. • Meletakkan niat yang ikhlas sebagai asas menuntut ilmu. • Menjadikan ilmu yang dipelajari sebagai cara untuk mencapai matlamat.

  9. Adab Dan Tanggungjawab Ilmuan • Melahirkan rasa kasih dan bersikap penyayang terhadap pelajar. • Menyebarkan ilmu pengetahuan secara ikhlas. • Sentiasa memberikan nasihat, pandangan, tunjuk ajar dan bimbingan ke arah pemikiran yang sihat. • Memiliki akhlak mulia dan berperibadi tinggi .

  10. Sambungan …….. • Tidak memperkecil-kecilkan bidang lain selain dari bidangnya. • Menyampaikan ilmu yang ada padanya mengikut kemampuan pelajar. • Menyampaikan ilmu dengan keterangan yang jelas dan tidak menimbulkan keraguan. • Beramal dengan ilmu yang ada padanya.

More Related