1 / 45

PENGUCAPAN AWAM

PENGUCAPAN AWAM. Objektif *menjelaskan kepada peserta tentang maksud pengucapan awam. *memberi kesedaran tentang kepentingan pengucapan awam. *memberi kefahaman tentang teknik-teknik pengucapan awam. PENGUCAPAN AWAM.

tadita
Télécharger la présentation

PENGUCAPAN AWAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGUCAPAN AWAM Objektif *menjelaskan kepada peserta tentang maksud pengucapan awam. *memberi kesedaran tentang kepentingan pengucapan awam. *memberi kefahaman tentang teknik-teknik pengucapan awam.

  2. PENGUCAPAN AWAM SATU KAEDAH KOMUNIKASI ANTARA INDIVIDU KEPADA KUMPULAN INDIVIDU LAIN BERTUJUAN MENYAMPAIKAN SESUATU MAKSUD ATAU MESEJ

  3. TUJUAN PENGUCAPAN AWAM  Memberi arahan dan amanat  Mempengaruhi  Menyampaikan maklumat  Mendapatkan pandangan dan kerjasama  mendidik  Menyampaikan ucapan perasmian /penutup  Menjadi pengacara majlis

  4. THE POWER of SPEECH • Posture • Tone • Pace • Pause • Mumbling • Wafle • Accents • Words Punctuation

  5. THE POWER OF SPEECH Pernahkah anda mendengar suara anda sendiri dalam pita rakaman?. Adakah anda suka? Jika ya , anda adalah dari kumpulan minoriti kerana ramai yang tidak menyukai mendengar suara sendiri dalam pita rakaman , tetapi tidak mahu melakukan sesuatu untuk memperbaikinya.

  6. Ada yang beranggapan bahawa suara adalah seperti bahasa badan kita , tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengubahnya. Pandangan ini adalah salah dan melemahkan!.

  7. Jika anda mempunyai sesuatu untuk dikatakan, mengapa tidak dikeluarkan dengan kuat supaya mesej itu dapat didengari?. Banyak ucapan yang ‘teruk’ datangnya dari perasaan rendah diri. Ketika bercakap/berucap, seolah-olah ada suara di belakang yang membisikkan bahawa apa yang kita katakan itu adalah ‘merepek’, tidak menarik langsung, tidak cukup maklumat untuk dikeluarkan, pendengar dah jemu, pendengar akan membantah cadangan kita…dan mereka akan betul jika kita masih mempunyai perasaan begini.

  8. Selagi suara-suara ini mempengaruhi perhatian kita, akibatnya akan buruk!. Jika begini, kita harus pilih untuk berdiam sahaja ataupun membiarkan diri kita ‘sakit perut’, bercakap dengan laju supaya tidak ada pendengar yang boleh bertanya soalan yang bercanggah. Kita juga boleh berbunyi seperti membebel dan tergagap-gagap jika kita terus mendengar dan terpengaruh dengan ‘bisikan’ suara kita.

  9. Pembaca berupaya membentuk kemahiran untuk bercakap dan dalam masa yang sama menerima mesej-mesej lain yang diperdengarkan melalui transmitter ke dalam telinga mereka ketika mereka sedang menyampaikan berita lain. Bagaimanapun kita bukan pembaca . Bila kita dengar lebih dari satu suara dalam satu masa, kita akan mula jadi kelam-kabut!. Inilah yang akan berlaku apabila kita mendengar dan terpengaruh dengan suara negatif kita sendiri.

  10. Bayangkan diri anda memberi ucapan ketika ada suara lain yang sedang bercakap dengan anda- Cuba bayangkan juga bila anda sedang memberi ucapan, ia berbunyi seperti berikut: -Tuan-tuan dan puan-puan (suara anda) Awak perlu jelaskan suara, patut minum air dulu…(suara kecil anda) -Saya rasa bangga kerana dapat hadir pada hari ini… Adakah awak telah pasti siapa yang hadir. -Untuk menyampaikan topik yang saya gemari… Apakah subjeknya. Apa yang patut aku cakap. Mana nota aku?. -Akibat dan kesan Revolusi Industri… Dari senyuman anda semua, saya rasa anda tahu lebih banyak tentang topik ini dari saya...

  11. Ucapan ini akan... • menjadi lebih teruk dan bencana. • pastinya kita berfikir sebelum bercakap, dan “communicator” yang baik seharusnya menilai reaksi pendengar ketika ia sedang bercakap. • Apa yang perlu kita elakkan ialah melihat reaksi yang akan menggelapkan fikiran kita dan akan mencacatkan kita.

  12. Jika kita ada sesuatu untuk diperkatakan, keluarkan mesej itu dengan seberapa jelas yang boleh. • Terdapat petua-petua yang membantu untuk menyampaikan ucapan yang berkesan:

  13. 1.Posture (kedudukan badan) • Jika ada ‘slump’ dan ‘curl up’, anda tidak akan membenarkan paru-paru anda berfungsi sepenuhnya. Paru-paru adalah kekuatan bagi suara.

  14. 2. Tone • Suara yang mendatar dan tanpa nada sangatlah membosankan dan merupakan satu halangan dalam komunikasi berkesan. • Perbaiki nada suara anda. Dengar sendiri suara anda ketika bercakap, dan lihat setakat mana nada yang perlu ditekankan pada satu-satu kenyataan.

  15. Ekspresi muka memberi kesan kepada anda dan intonansi suara ketika bercakap. Seperti senyum, berkerut, dan sebagainya. • Membaca sesuatu dengan kuat adalah satu latihan yang baik untuk melatih “itch” dan nada suara anda.

  16. Lakukan kerap, di samping itu duduk dalam sebuah bilik sunyi dan baca para petikan dari buku dengan kuat. Apabila kita rasa gementar, urat-urat muka kita turut tegang, dan rahang serta bibir akan membuatkan suara kita lebih tanpa nada dan hambar.

  17. Latihamal(1) Paru-paru adalah kekuatan bagi suara. Untuk itu anda seharusnya menggunakan fungsi paru-paru dengan sepenuhnya. Bagi memastikan anda menggunakan fungsi paru-paru sepenuhnya, cuba lakukan latihamal ini:

  18. a) Meniup belon adalah latihan yang baik- cuba tiup 4 belon sehari sehingga anda rasa senang meniupnya. b) Duduk menegak di atas kerusi dengan meletakkan hujung jari di atas ‘abdomen’. Keluarkan nafas sepenuhnya dari paru-paru kemudian tarik nafas perlahan-lahan sehingga penuh paru-paru, dan perut membuncit. Cuba ini beberapa kali sehingga paru-paru telah digunakan sepenuhnya.

  19. c) Tarik nafas. Tahan nafas dan kemudian hembuskan dengan cepat, sambil mengeluarkan satu jeritan. Mungkin anda akan rasa malu dan kurang selesa tetapi teruskan melakukannya sehingga paru-paru boleh mengeluarkan bunyi yang semakin kuat. d) Cuba baca satu teks yang panjang dari buku dan baca dengan kuat.. semakin kuat.. tanpa mengambil nafas dan tanpa menurunkan suara.

  20. Dagu- untuk melonggarkan rahang (jaw), cuba sebut perkataan-perkataan yang anda boleh sebut dengan membuka luas rahang anda. Round and rouna and up and down with ease for she angry Bibir-untuk memanaskan bibir cuba sebut p berulang-kali, seberapa banyak yang boleh dengan menyebutnya semakin lama semakin kuat. Sebutkan sehingga mengeluarkan bunyi berdesik pada hujung P.

  21. Lidah- pernahkah anda mendengar ‘tounge-twister’?. Ia merupakan latihan yang baik untuk melembutkan lidah. Cuba sebutkan ayat ini dengan cepat. If peter piper picked a peck of pickled pepper where’s the peck of pickled pepper peter piper picked?

  22. 3. PACE Kadar kecepatan dan kelajuan suara (pace) adalah penting. Jika suara nada terlalu laju, pendengar tidak akan faham apa yang disampaikan. Jika terlalu perlahan, tidak sampai 10 minit anda akan mendengar dengkuran pendengar. Untuk melatih kadar kelajuan suara, anda harus merakamkan suara anda ketika berucap, kemudian dengarlah suara anda semula.

  23. Anda hendaklah ingat bahawa apa yang anda hendak sampaikan adalah penting, oleh itu ia seharusnya diperdengarkan dengan berkesan. Ambil masa untuk menyebutkan sesuatu dengan jelas, untuk menggelakkan daripada gagap dan berperang dengan ayat-ayat yang akan jadi lintang pukang,kadar kelajuan mesti dikawal.

  24. Kalau kereta tidak dipandu di bawah kawalan, bayangkan kereta itu tonggang terbalik bila melanggar batu. Pasti kita tidak mahu itu terjadi dalam ucapan kita. Andainya berlaku anda tergagap dan ‘terbalik’ dalam ucapan anda, jangan panik…teruskan dengan tenang dan ikut kadar kelajuan yang anda berlatih.

  25. 4 4) PAUSES (Berhenti sejenak) Berhenti sejenak dalam ucapan adalah amalan yang baik dan membantu untuk memberi penekanan kepada ucapan kita. Bagaimanapun, kadangkala ia menakutkan pendengar yang menyangka pengucap telah menghadapi ‘malapetaka’ dan tidak boleh meneruskan ucapan. Jangan takut jika ini berlaku. Jangan biarkan pendengar menakutkan anda. Kadangkala hanya kita saja yang merasakan ‘pause’ itu lama tetapi sebenarnya sekejap sahaja bagi pendengar.

  26. Ada juga unsur-unsur gangguan dari pendengar yang bersembang ketika anda berhenti sejenak. Biarkan dahulu mereka bercakap, kemudian anda sambung semula jika perbualan mereka agak keterlaluan. Terdapat mesyuarat atau majlis yang dihadiri oleh mereka yang terlalu banyak bercakap.

  27. Biasanya orang yang bersuara paling kuat mendapat perhatian dari pengucap untuk mendengar pandangan yang disuarakan. Pertembungan suara dan berteriak dalam majlis adalah tidak produktif. Semua orang bercakap dan tiada siapa yang mendengar.

  28. Dalam hal ini, anda kekalkan ucapan anda dengan nada dan kelajuan yang sesuai, nada dan intonasi yang menarik serta menggunakan ‘eye-contact’ serta bahasa badan dengan pendengar.

  29. 5. MUMBLING Bercakap pada diri sendiri (mumbling) berlaku bila anda tidak ada keyakinan diri dalam kata-kata anda. Tengok ke atas dan kehadapan bila bercakap. Jika anda bercakap dengan lantai, hanya lantai yang mendengar.

  30. 6.JARGON Jargon adalah musuh dalam komunikasi berkesan. Bagaimanapun terdapat banyak perkataan yang sedemikian masakini. Perkataan-perkataan yang hanya difahami oleh orang tertentu sahaja, tidak memberikan peluang untuk orang lain memahami ucapan anda.

  31. 7. WAFLE Jangan cuba mereka kata-kata atau cerita-cerita yang mungkin menampakkan anda cuba berbohong atau mereka-reka cerita yang tiada. Pendengar/penonton boleh baca melalui mimik muka serta perkataan yang ulang-ulang beberapa kali kononya untuk menguatkan fakta anda.

  32. 8.ACCENTS Elakkan dari menggunakan bahasa-bahasa kedaerahan. Cuba gunakan perkataan atau ayat yang difahami ramai. (kecuali jika memamg berada di daerah yang loghatnya sama). Kalau anda mengubah loghat yang tidak difahami…anda akan menjadi ‘badut’ di hadapan penonton.

  33. 9. WORDS Pastikan perkataan yang digunakan adalah yang positif sahaja. Elakkan perkataan yang membosankan seperti ‘saya rasa’ atau ‘mungkin’. Kalau anda dah pasti kesahihan sesuatu kenyataan, tidak perlu untuk menarik balik perkataan kecuali jika anda telah membuatkan pendengar rasa malu. Di samping itu, tidak perlu mencari ayat-ayat atau perkataan yang panjang untuk menerangkan sesuatu, cukup sekadar ayat/perkataan yang pendek dan mudah difahami. Perkataan-perkataan lain yang patut dielakkan ialah perkataan yang dianggap sebagai ayat pengukuh seperti ‘Biasanya’… ‘Betul tak?… ‘Basically’…’You know’…Actually…Sebenarnya...

  34. 10. PUNCTUATION Apabila kita menulis, kita gunakan koma dan tanda berhenti untuk memberikan kesan kepada ayat kita. Bila bercakap, kita juga menggunakannya secara lisan. Kita juga perlu belajar untuk menambah tekanan kepada perkataan-perkataan tertentu dalam ucapan kita, supaya pendengar tahu perkataan atau ayat mana dalam ucapan kita yang penting.

  35. Berhati-hati. Menambahkan tekanan kepada semua perkataan dalam ucapan akan mengakibatkan ucapan kita membosankan dan menyakitkan telinga pendengar. Lakukan latihan teknik vokal sehingga anda boleh mendengar nada dan intonasi yang menarik dalam ucapan anda. Baca satu teks ucapan yang pendek dan cuba gariskan perkataan-perkataan yang penting. Berlatih untuk membaca teks tersebut dengan kuat sehingga anda mendengar penekanan pada perkataan-perkataan yang telah anda gariskan.

  36. SPEAK ANDA MAKE PEOPLE LISTEN • Rakamkan percakapan anda dan dengar semula. • Lakukan latihan. Pelbagaikan tekanan suara dan nada. • Amalkan memberi tekanan kepada perkataan-perkataan yang penting. • Sesuaikan diri dengan ‘pause’.

  37. Jangan berbelit-belit. Terus pada apa yang hendak disampaikan. • Lebih baik diam atau terus terang kalau tidak tahu. Jangan cuba cari senjata untuk pembohongan. • Ucapan hendaklah berunsur positif. • Elakkan bahasa ‘jargon’ dan yang kerap orang guna. • Perkukuhkan perkataan anda melalui ‘eye-contact’ dan ‘bahasa badan’.

  38. Teknik pengucapan awam

  39. 1. PERSIAPAN AWAL i.MENGETAHUI PENDENGAR *SIAPA *BILANGAN ii.PEMILIHAN TOPIK *MENARIK *KITA MAHIR

  40. 2. TUJUAN BERUCAP * MENYAMPAIKAN MAKLUMAT * MEMPENGARUHI PENDENGAR * MENYOKONG * MENYELESAIKAN MASALAH

  41. 3. MENSTRUKTURKAN CERAMAH NYATAKAN PERKARA ANALISA PERKARA CARA MENSTRUKTURKAN CERAMAH LAPORAN PENYELESAIAN KESIMPULAN

  42. 4. TEKNIK MENARIK PERHATIAN HADIRIN TANYA SOALAN RUJUK KEPADA PESERTA GUNA ALAT BANTU TEKNIK MENARIK HADIRIN RUJUK KEJADIAN& PERISTIWA SELIT KISAH-KISAH MENARIK DAN LUCU SEKALI-SEKALA GUNA HUMOR

  43. 5. STRATEGI MENARIK PENDENGAR KEDUDUKAN BADAN *Pegerakan *Berdiri(cara) HUBUNGAN VISUAL * Lihat dalam mata *Bercakap dengan setiap orang dan kelompok DIRI PENCERAMAH *Penampilan diri *Kemesraan *Bertenga STRATEGI MENARIK PENDENGAR SUARA *Monotone *Nada Irama,Nyanyian *Kelajuan *Diam BERHENTI UNTUK BERCAKAP

  44. 6. PANTANG LARANG DALAM MENYAMPAIKAN UCAPAN AWAM PENDAHULUAN SEBELUM BERUCAP MEMINTA MAAF MEMBERI JANJI KOSONG KESILAPAN PERALATAN TIDAK SIAP ATAU TIDAK BERFUNGSI MEMBUAT GIMIK MENUTUP UCAPAN DENGAN IDEA BARU ATAU PANJANG

  45. Sekian, terima kasih

More Related