1 / 19

UNIT 3

UNIT 3. CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

vala
Télécharger la présentation

UNIT 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. UNIT 3 CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN Ciri utama usahawan merupakan set tingkah laku yang menyumbang ke atas kejayaan seseorang usahawan berjaya. Individu yang cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu memahami profil usahawan berjaya, menghayati dan mengamalkan ciri utama usahawan berjaya

  2. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan CIRI-CIRI UTAMA USAHAWAN • KREATIF • INOVATIF • BIJAK MENGAMBIL PELUANG • BERWAWASAN ATAU BERPANDANGAN JAUH • MEMILIKI DORONGAN DALAMAN • TIDAK MUDAH PUTUS ASA • BERANI MENGAMBIL RISIKO

  3. 1. KREATIF • Bermaksud : mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu produk atau idea baru dan asli. • Contoh : * berkemampuan mencipta kereta yang boleh terbang bila diperlukan. * penciptaan mesin Automatic Teller Machine (ATM).

  4. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan 2. INOVATIF • Bermaksud: kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau memperbaiki mutu sesuatu produk • Kehendak manusia yang sentiasa berubah merupakan penggerak kepada inovasi • Inovasi yang dilakukan akan mengandungi elemen kreativiti di dalamnya.

  5. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan Sambungan…………. • Contoh: ketidakselesaan membawa pelbagai jenis kad seperti lesen, kad pengenalan, kad ATM dan lain-lain dapat diatasi dengan mencipta satu kad serba guna iaitu kad pintar • Matlamat inovasi ialah untuk melakukan sesuatu dengan efisyen dan berkesan

  6. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan 3. BIJAK MENGAMBIL PELUANG • Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan yang menguntungkan • Contoh: pembangunan kawasan perumahan baru akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan seperti peruncitan, pengangkutan dan komunikasi. • Oleh itu usahawan perlu bijak merebut peluang dan menjalankan perniagaan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak penduduk

  7. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan 4. BERWAWASAN • Wawasan ialah matlamat jangka panjang • Wawasan memberi hala tuju yang menjadi panduan kepada seorang usahawan • Wawasan yang diimpikan perlu diisi dengan usaha yang gigih dan realistik • Contoh: Tan Sri Azman Hashim mempunyai wawasan untuk mewujudkan satu rangkaian bank sendiri

  8. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan 5. MEMILIKI DORONGAN DALAMAN • Dorongan dalaman : desakan yang terbit dari dalam diri usahawan untuk mencapai kejayaan • Usahawan yang mempunyai dorongan dalaman yang kuat dapat membuktikan kemampuan dirinya • Dorongan dalaman meliputi keyakinan diri untuk melakukan sesuatu tugas serta menghadapi cabaran dengan jayanya.

  9. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan 6. TIDAK MUDAH PUTUS ASA • Bermaksud: cekal menghadapi pelbagai halangan dan cabaran • Usahawan yang berjaya tidak mudah putus asa apabila menghadapi kegagalan, berusaha berulang kali untuk mengatasi cabaran yang menghalang pencapaian matlamat • Apabila gagal dia akan terus mencuba kerana setiap kegagalan akan memberi pengajaran yang sangat berguna

  10. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA • Profil usahawan yang berjaya adalah satu gambaran yang menerangkan tentang latar belakang dan faktor yang membawa seseorang usahawan kepada kejayaan • Usahawan yang berjaya boleh ditakrifkan sebagai seorang usahawan yang telah berjaya mendirikan dan memperluaskan perniagaannya

  11. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan PROFIL USAHAWAN YANG BERJAYA • LATAR BELAKANG • FAKTOR DORONGAN • KEGAGALAN DAN HALANGAN • CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN • KEJAYAAN • PRINSIP HIDUP

  12. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan LATAR BELAKANG • Usahawan yang berjaya mempunyai faktor latar belakang yang berbeza • Antaranya: latar belakang keluarga sama ada dari segi keluarga perniagaan atau makan gaji, kedudukan di dalam keluarga sama ada anak sulung atau tidak, pengalaman kepimpinan dan pengurusan, kemahiran teknikal dan kemahiran hubungan manusia (interpersonal)

  13. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan FAKTOR DORONGAN • Dorongan: rangsangan dalaman dan luaran yang diperlukan oleh usahawan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang • Dorongan dalaman menjadi pemangkin untuk berusaha bersungguh-sungguh – desakan dari dalam diri sendiri • Dorongan luaran adalah daripada ahli keluarga, masyarakat, kerajaan, dewan-dewan perniagaan dan tokoh korporat yang berjaya

  14. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan KEGAGALAN DAN HALANGAN • Terdapat 2 jenis halangan iaitu halangan dalaman ( kelemahan diri sendiri) dan luaran (faktor persekitaran, undang-undang dan kebudayaan) • Faktor yang menyebabkan kegagalan : pengurusan kewangan yang tidak cekap, tidak peka kepada maklumat sekeliling, ketidakcekapan dalam pengeluaran dan produk yang tidak kompetitif

  15. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan Sambungan…… • Usahawan perlu menjadikan kegagalan sebagai pengajaran, perlu memperbaiki kesilapan dan mengelakkan dari melakukan kesilapan yang serupa di masa hadapan

  16. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan CARA MENGATASI KEGAGALAN DAN HALANGAN • Mengatur strategi perniagaan yang lebih mantap • Melengkapkan diri dan sumber-sumber kawalannya seperti tenaga kerja, teknologi pengeluaran, mesin, peralatan dan bahan mentah • Contoh: kegagalan menyiapkan projek perumahan pada tempoh masa yang ditetapkan boleh diatasi dengan perancangan yang rapi

  17. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan KEJAYAAN • Bermaksud: suatu kemajuan ke arah pencapaian matlamat cemerlang • Setiap individu mempunyai takrif kejayaan yang tersendiri • Seseorang usahawan akan sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan

  18. Unit 3 – Ciri-Ciri Keusahawanan PRINSIP HIDUP • Bermaksud: asas pegangan yang dijadikan sebagai panduan dalam hidup seseorang • Usahawan berjaya biasanya mempunyai prinsip hidup sebagai pegangan mereka • Contoh: jujur dalam urusniaga, amanah, cekap, sederhana, telus mengendalikan perniagaan dan lain-lain

  19. Sekian Berjumpa lagi di Unit 4

More Related