1 / 12

MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL & KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL & KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2008. 7 November 2008 Hotel Crowne Plaza Riverside, Kuching, Sarawak. RESOLUSI 1.

vanna
Télécharger la présentation

MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL & KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2008

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI NASIONAL & KONVENSYEN INTEGRITI NASIONAL 2008 7 November 2008 Hotel Crowne Plaza Riverside, Kuching, Sarawak

  2. RESOLUSI 1 1. Kepimpinan dalam institusi Kerajaan dan parti-parti politik harus memberi penekanan kepada penerapan nilai-nilai murni dan amalan integriti serta mengamalkan kepimpinan melalui teladan.

  3. RESOLUSI 2 2. Penambahbaikan secara berterusan di dalam sistem dan prosedur kerja serta peraturan-peraturan sebagai mekanisme untuk meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam demi untuk meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam.

  4. RESOLUSI 3 3. Pembudayaan integriti harus dilaksanakan secara holistik menerusi pendidikan bermula dari peringkat kanak-kanak dan pelajar-pelajar sekolah, ibu bapa sebagai role model dan pengukuhan nilai dan moral komuniti serta pengukuhan amalan melalui agama, institusi politik dan komuniti.

  5. RESOLUSI 4 4. Pembudayaan integriti di kalangan belia harus diberi penekanan dengan memberi peluang untuk mereka terlibat dalam merencana dasar dan hala tuju negara di samping menerapkan amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara.

  6. RESOLUSI 5 5. Pembudayaan integriti mesti dijadikan amalan utama masyarakat perniagaan secara menyeluruh dengan membangunkan program yang boleh mempromosikan integriti dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat.

  7. RESOLUSI 6 6. Skop pembudayaan integriti harus diperluaskan meliputi, bukan sahaja untuk mengatasi masalah rasuah, malah mencakupi aspek pembaziran, pembangunan terancang dan pulangan yang setimpal dengan pelaburan yang dikeluarkan.

  8. RESOLUSI 7 7. Peranan media dalam pembudayaan integriti di dalam masyarakat harus dimantapkan melalui kerjasama yang strategik dengan agensi-agensi Kerajaan serta bersikap adil dengan mengutarakan kepelbagaian pandangan daripada pelbagai pihak.

  9. RESOLUSI 8 8. Media perlu dilihat sebagai bebas dari pengaruh luar supaya masyarakat dapat menerima berita-berita yang dilaporkan itu benar, tepat dan boleh diterima di samping menjaga perpaduan dan keharmonian kaum.

  10. RESOLUSI 9 9. Pengamal media perlu meningkatkan tahap profesionalisme mereka melalui pemantapan etika kewartawanan selaras dengan kehendak dan tuntutan masyarakat semasa untuk mendapatkan maklumat yang lebih telus.

  11. RESOLUSI 10 10. Integriti negara, rakyat dan masyarakat perlu dipertahankan demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu serta berdaya saing untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam era globalisasi.

  12. RESOLUSI 11 11. Agenda integriti nasional melalui pelaksanaan Pelan Integriti Nasional perlu dilaksanakan secara holistik oleh pelbagai sektor masyarakat.

More Related