1 / 40

Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer

Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer. Sharing information/ device. Security enhancement. Backup storage. Database & system management. Online application such as e-banking, e-commerce, ext.. . Without networking this is happen to us……. Break down security. Un managed/ not centralized.

ziva
Télécharger la présentation

Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Pengenalan Kepada Rangkaian Komputer

  2. Sharing information/ device Security enhancement Backup storage Database & system management Online application such as e-banking, e-commerce, ext..

  3. Without networking this is happen to us…… Breakdown security Unmanaged/ not centralized Sneakernet energy & time Waste Communication gap

  4. This is also might happen……….. Pirates, hackers, world benyond border, data loss….ext

  5. Sistem rangkaian tidak mampu dibangunkan tanpa memenuhi kriteria-kriteria yang tertentu. Kriteria tersebut ialah; • Sambungan fizikal • Sambungan logikal • Aplikasi yang menyokong sistem untuk penghantaran dan penerimaan data serta data yang dihantar dapat difahami oleh penerima.

  6. Definisi Rangkaian Komputer • Rangkaian komputer dirujuk sebagai sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. • Nod boleh terdiri daripada komputer, mesin pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung ini juga dikenali sebagai media komunikasi, manakala sekumpulan nod yang berkomunikasi dengan nod-nod lain dikenali sebagai rangkaian. • Rangkaian Komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang disambungkan untuk membolehkan perkongsian sumber, (contoh : pencetak, pengimbas, storan dan sebagainya) pertukaran fail, atau dengan erti kata lain untuk membolehkan perkongsian secara elektronik.

  7. Definisi Rangkaian Komputer • Berdasarkan Oxford dictionary,rangakaian komputer ditakrifkan dengan “chain of interconnected computer”. • Menurut Knot, Waites dan Callaghan ia merujuk kepada “A number of computers connected together for the purpose of communication processing”. Gambar Rajah 1.1: Satu rangkaian mudah

  8. Kepentingan Rangkaian

  9. Sejarah Rangkaian Komputer

  10. Kategori pengguna rangkaian komputer Kategori pengguna rangkaian, bergantung kepada betapa kompleksnya rangkaian yang dibina itu. Berikut dinyatakan serba ringkas kategori pengguna yang melibatkan rangkaian. • Pentadbir Pangkalan Data Bertanggungjawab untuk membina program dan menguruskan pangkalan data hubungan, yang bersaiz besar, dalam suasana rangkaian dan memberi kemudahan capaian maklumat pangkalan data kepada pengguna rangkaian. • Penyelengara Rangkaian Bertanggungjawab dalam membaikpulih dan naik taraf perkakasan rangkaian dan mengesan kerosakn rangkaian.

  11. Kategori pengguna rangkaian komputer • Kakitangan Sokongan Bertanggungjawab dalam memberi bantuan teknikal kepada pentadbir sistem dalam satu rangkaian yang besar; dari segi menyelesaikan masalah rangkaian secara berkala dan memberi latihan kepada pengguna-akhir rangkaian. • Pentadbir Web Bertanggungjawab dalam melancarkan dan menguruskan kandungan serta corak laman Web syarikat, memastikan maklumatnya adalah tepat dan terkini, dan menarik. • Pengguna Akhir Pengguna biasa yang hanya menggunakan komputer dalam rangkaian untuk mencapai maklumat bagi menjalankan tugasan atau menggunakan kemudahan yang disediakan dalam rangkaian tanpa menghiraukan bagaimana rangkaian itu diuruskan.

  12. Peranan komputer rangkaian • Tiga peranan komputer dalam rangkaian : Client – mengguna sumber-sumber rangkaian Peer – mengguna dan menyediakan sumber-sumber rangkaian Server – menyediakan sumber rangkaian • Setiap peranan komputer ini ditentukan oleh jenis sistem pengoperasian yang dipasang pada komputer tersebut. • Server selalunya dipasang dengan sistem pengoperasian Windows NT Server, Windows 2000 Server, atau Novell Netware. • Client pula dipasang dengan sistem pengoperasian client seperti Windows 95/98 atau 2000 Professional, NT Workstation, atau Novell Netware client. • Peer dipasang dengan sistem pengoperasian peer; Windows 95/98, atau Macintosh.

  13. Jenis rangkaian • Berdasarkan kepada peranan komputer dalam rangkaian, rangkaian boleh dibahagi kepada tiga jenis : Client-Server– terdiri dari client dan server yang menyokongnya Peer – tiada server dan rangkaian digunakan untuk perkongsian peranti di antara peer yang berdikari (independent peer) Hybrid– rangkaian client-server dan juga mengandungi peer.Kebanyakan rangkaian adalah dari jenis hybrid.

  14. Rangkaian client-server • Rangkaian client-server mempunyai server berdedikasi kepada rangkaian yang menyediakan keselamatan dan kemudahan perkongsian sumber. • Server berdedikasi adalah komputer yang hanya berfungsi sebagai serverdan tidak sebagai client atau workstation. • Tugas pemprosesan dibahagi di antara server dan client. • Client (selalunya dipanggil front end) memohon servis, seperti storan fail dan mencetak • Server(selalunya dipanggil back end) akan memberi servis yang diminta.

  15. Rangkaian client-server • Dalam Windows 2000, rangkaian berdasarkan server diuruskan dengan menggunakan active directory domains. • Domains adalah sekumpulan rangkaian dan pelanggan yang berkongsi maklumat keselamatan. • Server khas yang dipanggil domain controller. Pengguna rangkaian boleh mencapai sumber dalam domain tertentu hanya selepas semakan ke atas pengguna itu di lakukan oleh domain controller. • Domain keselamatan dan kebenaran untuk logon dikawal oleh server yang khas yang dipanggil sebagai Primary Domain Controller (PDC)yang selalunya disokong oleh domain controller kedua yang dinamakan sebagai Backup Domain Controller(BDC). • BDC akan ambil alih tugas semasa PDC sedang sibuk atau semasa ketiadaan PDC atas sebab tertentu.

  16. Rangkaian client-server

  17. Rangkaian client-server Kelebihan Rangkaian Client-Server • Keselamatan pusat yang kuat • Storan fail berpusat, yang membenarkan semua pengguna menggunakan data yang sama dan data yang kritikal boleh dibuat backup dengan mudah. • Menurunkan kos kerana server berupaya mengumpulkan (pool) semua sumber perkakasan dan perisian • Berupaya berkongsi peralatan yang mahal seperti pencetak laser berwarna, pemplot saiz A0. • Prestasi server adalah tinggi, pencapaian adalah lebih cepat dari peer. • Memudahkan pengguna – hanya perlu guna satu kata-laluan untuk capai semua sumber. • Servis bilangan pengguna yang ramai Kelemahan Rangkaian Client-Server • Kos perkakasan berdedikasi adalah tinggi • Kos sistem pengoperasian rangkaian dan lesen client adalah tinggi • Perlukan seorang pentadbir rangkaian.

  18. Rangkaian client-server Jenis-Jenis Server • Server di dalam rangkaian menjalankan tugas yang spesifik. Satu server boleh menjalankan beberapa tugas atau dikhaskan untuk satu tugas tertentu sahaja. a)File server • Menguruskan pencapaian pengguna dan penggunaan sumber fail dan pencetak. Pengurusan fail adalah seperti mengalihkan fail, simpan fail, keserentakan kemaskini fail, arkib fail (backup). b)Print Server • Kawalan mencapai pencetak, pemplot dan mesin fax.

  19. Rangkaian client-server c) Message Server Menguruskan perutusan elektronik, E-mail, aplikasi workgroup (pengurusan workflow), directory services (bantu pengguna mencari, simpan dan menjaga keselamatan maklumat dalam rangkaian contoh: Windows NT domain uruskan sumber mana dapat dicapai oleh pengguna mana dalam domain tersebut) dikalangan pengguna. d)Application Server Membolehkan aplikasi client/server dan juga datanya dicapai oleh pengguna. Sebagai contoh, server menyimpan banyak data yang mempunyai struktur yang mudah supaya mudah dicapai oleh pengguna. Dengan application server, pangkalan datanya akan berada dalam server, hanya keputusan yang terhasil dari permintaan pengguna sahaja yang akan diterima oleh komputer client. e)Database Server Menjalankan perisian untuk pelanggan dalam rangkaian.

  20. Jenis- jenis server

  21. Rangkaian peer (peer to peer) • Tiada pengawalan pusat atau server dalam rangkaian.Pengguna berkongsi ruang cakera dan sumber-sumber seperti pencetak atau fax mengikut kesesuaian masing-masing. • Rangkaian Peer diurus dalam kumpulan-kerja (workgroup) dimana kawalan keselamatannya sangat terhad.Tiada terdapat proses login. Jika anda telah login kepada satu peer dalam rangkaian, anda dapat menggunakan mana-mana sumber dalam rangkaian yang tidak dikawal dengan kata-laluan tertentu. • Capaian kepada setiap sumber boleh dikawal jika pengguna memerlukan kata-laluan. Oleh kerana tiada wujudnya kawalan pusat, anda perlu mengetahui kata-laluan bagi setiap sumber yang dikawal itu. • Perkongsian sumber dikalangan peer tidak dapat dioptimumkan. Apabila ramai pengguna mencapai sumber dari satu peer tertentu, prestasi peer berkenaan akan menurun. Selalunya peer mempunyai had lesen tertentu yang menetapkan capaian serentak pada sumber yang sama hanya pada beberapa bilangan peer sahaja.

  22. Rangkaian peer (peer to peer) Komputer dalam rangkaian peer boleh berfungsi sebagai server dan client.

  23. Rangkaian peer (peer to peer) Kelebihan Rangkaian Peer • Tidak perlu tambah kos untuk beli server atau perisian yang mahal. • Mudah untuk dipasang • Tidak memerlukan pentadbir rangkaian • Pengguna boleh mengawal capaian kepada sumber yang dikongsi

  24. Rangkaian peer (peer to peer) Kelemahan Rangkaian Peer • Beban tambahan ke atas komputer kerana perkongsian sumber • Peer tidak mampu menguruskan sambungan rangkaian sebanyak yang diuruskan oleh server. • Data sukar untuk dicari kerana tidak diuruskan di satu pusat. • Tidak boleh mencapai fail untuk storan kerana tidak diuruskan di satu pusat. • Pengguna perlu menguruskan komputer masing-masing • Keselamatan lemah • Tiada pengurusan pusat menjadikan rangkaian peer yang besar tidak boleh berfungsi dengan baik (saiz maksima = 10 PC).

  25. Rangkaian Hybrid • Rangkaian hybrid mengandungi kedua-dua jenis peranan komputer di atas dan selalunya mempunyai active domains dan workgroup. • Ini bererti bahawa semasa semua sumber, yang dikongsi, dikawal oleh server, pengguna rangkaian masih boleh mencapai sumber yang dikongsi dikalangan peer dalam workgroup. • Dengan itu pengguna rangkaian tidak perlu logon kepada domain controlleruntuk mencapai sumber dalam workgroup.

  26. Rangkaian Hybrid Rangkaian hybrid mengandungi server berdedikasi dan komputer

  27. Rangkaian Hybrid Kelebihan Rangkaian Hybrid • Semua kelebihan rangkaian client-server • Kebanyakan kelebihan rangkaian peer • Keupayaan pengguna dan pentadbir rangkaian mengawal keselamatan bergantung kepada perlunya sumber tertentu itu dikongsikan. Kekurangan Rangkaian Hybrid • Sama seperti kekurangan rangkaian client-server.

  28. Bandingan keselamatan dalam Rangkaian Peer dan Rangkaian Client-Server :

  29. Pemilihan jenis rangkaian • Keputusan untuk memilih jenis rangkaian yang sesuai, perlu dipertimbangkan kemampuan anda membeli server rangkaian, perisian sistem pengoperasian rangkaian dan kos seorang pentadbir rangkaian. Jika anda mampu, anda bolehlah pertimbangkan jenis rangkaian hybrid (persekitaran lan yang luas). Jika anda tidak mampu, maka anda harus pertimbangkan jenis rangkaian peer.

  30. Rekabentuk rangkaian • Topologi rangkaian juga dirujuk sebagai kaedah komputer, pencetak, peranti rangkaian dan lain-lain peranti disambungkan. • Dengan erti kata lain, topologi rangkaian menjelaskan bentangan reka letak (layout) pendawaian dan laluan penghantaran data. • Topologi akan memberikan kesan yang besar kepada perjalanan sistem rangkaian yang dibangunkan. Topologi adalah istilah piawai yang digunakan oleh profesional rangkaian apabila mereka merujuk kepada rekabentuk asas rangkaian. • Memilih topologi tertentu akan mempunyai kesan ke atas perkara berikut : • Jenis peralatan yang diperlukan dalam rangkaian. • Keupayaan peralatan. • Perluasan rangkaian. • Cara bagaimana rangkaian akan diuruskan.

  31. Rekabentuk rangkaian • Membina rangkaian bukan hanya sekadar menyambungkan komputer-komputer dengan kabel rangkaian. Kombinasi jenis kabel tertentu, NIC yang berbeza-beza, sistem pengoperasian rangkaian dan lain-lain komponen memerlukan susunatur yang berbeza. • Setiap topologi rangkaian mempunyai implikasi ke atas beberapa perkara seperti satu topologi tertentu akan memerlukan bukan sahaja jenis kabel yang tertentu tetapi juga bagaimana kabel itu akan ditarik disepanjang lantai, siling dan dinding. • Topologi juga akan menentukan bagaimana komputer berkomunikasi dalam rangkaian. Topologi berlainan memerlukan kaedah komunikasi yang berbeza dan kaedah komunikasi ini amat mempengaruhi rangkaian.

  32. Rekabentuk rangkaian Rangkaian mempunyai dua jenis topologi iaitu; • Topologi Fizikal – didefinisikan sebagai susunatur fizikal penyambungan dalam rangkaian, terutama sekali lokasi komputer dan lain-lain peranti rangkaian • Topologi Logikal – didefinisikan sebagai struktur rangkaian di tahap yang lebih tinggi dan menggambarkan aliran trafik rangkaian.

  33. Latihan a.Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian? …………………………………………………………………… …………………………………………………………………… b . Senaraikan Enam ( 6 ) kelebihan menggunakan rangkaian i)…………………………………………………………………… ii)…………………………………………………………………... iii)…………………………………………………………………… iv)………………………………………………………………….. v)…………………………………………………………………… vi)………………………………………………………………….. c . Kesemua dibawah ialah merupakan kelebihan menggunakan rangkaian kecuali: a)Pertukaran maklumat c) Pertukaran perkakasan b)Menyimpan maklumat d) Perhubungan rangkaian d . Di antara perkongsian yang dapat dilakukan di dalam sistem rangkaian komputer ialah kecuali :- a) Perkongsian perisian b) Perkongsian Folder c) Perkongsian Pencetak d) Perkongsian nama Komputer

  34. Latihan e) Andainginmembangunkansaturangkaian yang membolehkanpenggunamengaksessistemmaklumatpelajarKolejKomunitidiseluruh Malaysia. Bincangkanciri-cirirangkaian yang sesuaiuntuktujuantersebutdarisegi: • Jenisrangkaian • Kos • Jenispengguna • Perisian yang digunakanoleh server danpengguna • Lakaranrangkaian yang andabanggunkan

  35. Andamelanggansatuleased line daripadasyarikat Telekom Berhad. Leased line yang andalangganadalahuntukkegunaanperibadidirumahanda. Silalakarkan rajah rangkaianandadenganmengambilkiraciri-ciriberikut: • Satu leased line untukkegunaan internet dantelefon • Satu router bertindaksebagai modem dan access point • 2 buah desktop yang menggunakan cable • 1 buah laptop yang menggunakan wireless. • 1 buah switch

  36. Anda merupakan seorang pekerja baru disalah sebuah syarikat telekomunikasi yang terkenal. Apabila masuk ke dalam organisasi tersebut, anda melihat terdapat pelbagai jenis sambungan rangkaian. Disini anda terfikir bahawa tafsiran untuk sistem rangkaian adalah sangat luas. Sebagai seorang pekerja baru yang komited, anda perlu mengetahui tafsiran untuk rangkaian dari pelbagai sudut.

  37. kUIZ a. Apakah yang dimaksudkan dengan Rangkaian? …………………………………………………………………… …………………………………………………………………… (1M) b.Senaraikan empat ( 4 ) kelebihan menggunakan rangkaian i)…………………………………………………………………… ii)…………………………………………………………………... iii)…………………………………………………………………… iv)......................................................................................... (2 M) c. Senaraikantiga (3) kriteriapentinguntukmembangunkanSistemRangkaian. i)…………………………………………………………………… ii)…………………………………………………………………... iii)…………………………………………………………………… (3M) d. Senaraikan 2 JenisRangkaian . i)…………………………………………………………………… ii)…………………………………………………………………... (2 M) e. Takrifkan NOD darisegirangkaian. …………………………………………………………………… …………………………………………………………………… (1M) f. Takrifkan MEDIA darisegirangkaian. …………………………………………………………………… …………………………………………………………………… (1M)

More Related