1 / 89

SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN. AZMI BIN AHMAD Seksyen Akaun Sekolah, Bahagian Akaun, KPM. 2 Jun 2010. SEKSYEN AKAUN SEKOLAH BAHAGIAN AKAUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010. KANDUNGAN. Konsep Asas Pengurusan Kewangan Sistem Perakaunan Kerajaan Kumpulan Wang Disatukan

Audrey
Télécharger la présentation

SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SISTEM PENGURUSAN DAN KAWALAN BELANJAWAN AZMI BIN AHMAD Seksyen Akaun Sekolah, Bahagian Akaun, KPM 2 Jun 2010 SEKSYEN AKAUN SEKOLAH BAHAGIAN AKAUN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2010

  2. KANDUNGAN Konsep Asas Pengurusan Kewangan Sistem Perakaunan Kerajaan Kumpulan Wang Disatukan Sistem dan Pengurusan Kewangan Kawalan Belanjawan Hasil Kerajaan Persekutuan Komponen Perbelanjaan Pengkodan Sistem Belanjawan Legaliti dan Akauntabiliti

  3. Konsep Asas Kepada Pengurusan Kewangan Kerajaan Persekutuan

  4. Konsep Asas Pengurusan Kewangan Satu proses sesebuah organisasi mematuhi prosedur tertentu untuk memperolehi dan mengagih sumber berdasar kepada keutamaan-keutamaan tertentu melalui kaedah dan kawalan yang ditetapkan bagi mencapai objektif dan matlamat tertentu dengan cekap dan berkesan

  5. SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN Sistem Perakaunan Kerajaan adalah satu sistem akaun yang standard untuk merekod semua transaksi terimaan dan bayaran, menyediakan laporan akaun tahunan selaras dengan peruntukan undang-undang serta memberi maklumat pengurusan yang terkini dan tepat kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.

  6. DASAR PERAKAUNAN Semua urusniaga kerajaan diakaunkan mengikut Asas Tunai Ubahsuai iaitu hasil dicatitkan pada masa terimaan, perbelanjaan dicatit pada masa pembayaran dibuat dengan AKB iaitu membenarkan bayaran dibuat dalam bulan Januari tahun hadapan bagi bekalan dan perkhidmatan yang diterima sehingga 31 Disember tahun sebelumnya dan dikenakan kepada akaun-akaun tersebut.

  7. ENTITI PERAKAUNAN Entiti Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah termasuk : - Semua Kementerian, - Semua Jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan. Tetapi tidak termasuk badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC) dan Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan.

  8. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN KEWANGAN • Perlembagaan Malaysia; • Akta Prosedur Kewangan 1957; • Arahan Perbendaharaan; • Pekeliling dan Surat Pekeliling Perbendaraan; • Surat Pekeliling Kontrak; dan • Surat Pekeliling Akauntan Negara.

  9. KONSEP ASAS PERAKAUNAN Dasar Perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah berdasarkan dua konsep: • Konsep Kumpulan Wang Disatukan iaitu segala hasil yang didapatkan atau diterima oleh persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang DisatukanKECUALIkutipan Zakat, Fitrah, Baitul Mal atau Hasil Agama Islam yang seumpamanya. (Perkara 97 PerlembaanPersekutuan) • Konsep bahawa tiada wang kecuali perbelanjaan tanggungan tertentu boleh dikeluarkan dari Kumpulan Wang Disatukan melainkan diperuntukan atau dibenarkan oleh Parlimen. (Perkara 104 Perlembagaan Persekutuan)

  10. DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN •• Perbendaharaan Perbendaharaan bererti Menteri termasuk seorang pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahannya yang telah diwakilkan kuasa atau mengikut peruntukan Seksyen 6 dan 7 Akta Perwakilan Kuasa bagi menjalankan tugas di bawah Akta Acara Kewangan 1957.

  11. DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..) •• Akauntan Negara (AN) Akauntan Negara adalah Akauntan utama bagi Kerajaan Persekutuan dan Ketua Bahagian Akaun Perbendaharaan Persekutuan dengan mempunyai kuasa mengenai tatacara perakaunan berkenaan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

  12. DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..) •• Ketua Audit Negara (KAN) Ketua Audit Negara adalah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Ketua Audit Negara diberi kuasa untuk mengaudit akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta menghantar Laporan Ketua Audit Negara kepada Yang Dipertua Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri untuk dibentangkan di Parlimen/Dewan Undangan Negeri.

  13. DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..) •• Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) Jawatankuasa Akaun Awam bermaksud Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi Kerajaan Persekutuan dan Jawatan kuasa Kira-Kira Kerajaan Negeri yang ditubuhkan oleh Parlimen/Dewan Undangan Negeri

  14. DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..) •• Pegawai Pengawal Seperti mana yang dinyatakan di bawah Seksyen 15A Akta Prosedur Kewangan 1957 (disemak 1972) bermaksud Menteri atau Menteri Besar boleh melantik Pegawai Pengawal bagi mengawal semua kutipan wang awam, diterima atau dibelanjakan dan melupuskan barang awam tertakluk kepada arahan yang ditujukan oleh pihak penguasa kewangan

  15. DIFINISI DALAM SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN (Samb..) •• Pegawai Perakaunan Pegawai Perakaunan termasuk tiap-tiap Pegawai Awam yang bertanggungjawab bagi perkara-perkara seperti berikut: a) Memungut, menerima dan mengakaun wang awam. b) Membayar/mengeluar apa-apa wang dan barangan awam. c) Menerima, menyimpan, melupus dan mengakaun barangan awam

  16. KONSEP ASAS PENGURUSAN KEWANGAN 3 aktiviti utama: • Penetapan skop dan polisi fiskal • Wujudkan garis panduan dan piawaian • Kawalan

  17. KONSEP ASAS KEWANGAN PERSEKUTUAN Perk. 97 Perlembagaan Persekutuan Segala hasil dan wang yang didapatkan atau diterima oleh Persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu Kumpulanwang Persekutuan Disatukan kecuali kutipan zakat, fitrah, Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya.

  18. KUMPULAN WANG DISATUKAN • Akaun Hasil Disatukan • Akaun Amanah Disatukan • Akaun Pinjaman Disatukan (Sek. 7 Akta Acara Kewangan 1957)

  19. KUMPULAN WANG DISATUKAN • Akaun Hasil Disatukan - Semua hasil kerajaan dibayar masuk dan perbelanjaan mengurus dan pembangunan diakaunkan. • Akaun Amanah Disatukan - Segala terimaan dan bayaran wang amanah diakaunkan • Akaun Pinjaman Disatukan - Semua penerimaan pinjaman dan bayaran balik diakaunkan.

  20. SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN SISTEM PERAKAUNAN KERAJAAN SISTEM BELANJAWAN Belanjawan Mengurus Belanjawan Pembangunan PENGAUDITAN

  21. SISTEM PENGURUSAN KEWANGAN BELANJAWAN Sistem mengklasifikasi, merekod, melapor dan menganalisis transaksi kewangan PERAKAUNAN Proses semakan bebas dengan mengeluarkan laporan yang menilai, mengukur serta menguji tahap kesempurnaan rekod dan kepatuhan terhadap prosedur PENGAUDITAN Satu penyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa depan , digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara.

  22. PROSES PENGURUSAN KEWANGAN Perancangan Pembiayaan Program Pengawalan Penilaian Belanjawan

  23. KAWALAN BELANJAWAN

  24. DEFINISI BELANJAWAN “ Satu pernyataan Anggaran Hasil dan Perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat “

  25. KONSEP ASAS BELANJAWAN • Belanjawan awam merupakan satu perancangan ekonomi tahunan yang bertujuan melaksanakan dasar sosioekonomi negara. • Berperanan dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara dan memberi kesan kepada aktiviti sektor swasta

  26. PERANAN BELANJAWAN • Alat Dasar Pengurusan Sosioekonomi Negara Terbahagi kepada dua (2): 1. Belanjawan sebagai alat Dasar Fiskal 2. Belaanjawan sebagai alat Pengurusan

  27. BELANJAWAN SEBAGAI ALAT DASAR FISKAL • Dasar kewangan kerajaan bertujuan mencapai matlamat membangun dan menstabilkan ekonomi negara melalui pengurusan perbelanjaan serta dasar percukaian yang cekap dan berkesan • Digunakan untuk memenuhi fungsi seperti peruntukan, agihan dan penstabilan ekonomi.

  28. FUNGSI PERUNTUKAN • Peranan berubah kepada menyedia prasarana. FUNGSI AGIHAN • Mengagih hasil dan perbelanjaan secara adil mengikut keperluan. FUNGSI PENSTABILAN • Menstabilkan ekonomi negara spt memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, pengurangan pengangguran dan inflasi serta mencatat lebihan dalam imbangan bayaran.

  29. BELANJAWAN SEBAGAI ALAT PENGURUSAN • Alat mengurus sumber kewangan, dokumen kawalan belanjawan serta alat mengukur prestasi

  30. Alat Mengurus Sumber Kewangan - Melalui proses perancangan belanjawan yang sistematik. Membantu pengurus melaksanakan program dan aktiviti secara cekap dan berkesan. • Dokumen Kawalan Belanjawan dan kewangan - Perjanjian program digunakan sebagai kawalan belanjawan dan kewangan yang berkesan. • Alat Mengukur prestasi - Ukuran dibuat melalui laporan berskala yang disediakan berasaskan perancangan belanjawan dan pencapaian prestasi perbelanjaan.

  31. ASAS PERUNDANGAN • PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Perkara 99 “ Yang diPertuan Agong hendaklah, bagi tiap-tiap tahun kewangan, mengarah dibentangkan dalam Dewan Rakyat suatu anggaran pendapatan dan perbelanjaan bagi Persekutuan untuk tahun itu, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun itu ”

  32. HASIL PERBELANJAAN KOMPONEN BELANJAWAN KUMPULAN WANG DISATUKAN BELANJAWAN

  33. KOMPONEN HASIL Hasil Cukai Hasil Bukan Cukai HASIL Hasil drp wilayah-wilayah Persekutuan Pelbagai Terimaan

  34. TAKRIF HASIL • Semua jenis pendapatan yang diterima kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan lain-lain terimaan, kecuali zakat, fitrah, Baitul Mal dan hasil keagamaan. • Terdiri daripada: • Hasil Kerajaan Persekutuan • Hasil Kerajaan Negeri • Hasil Kerajaan Tempatan

  35. HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN 1. HASIL CUKAI Hasil yang dikutip berasaskan undang-undang Parlimen. Wajib dibayar atas urusniaga, pendapatan, perbelanjaan dan kekayaan. CUKAI LANGSUNG Cukai Pendapatan (Individu dan Syarikat) Cukai Pendapatan Petroleum Cukai Keuntungan Hartanah Duti Setem CUKAI TIDAK LANGSUNG Cukai Ekspot Duti Impot Duti Eksais Cukai Jualan

  36. 2. HASIL BUKAN CUKAI Hasil yang dikutip berdasarkan Undang-Undang bagi perkhidmatan yang disediakan untuk orang ramai. CONTOHNYA: Lesen, Bayaran Pendaftaran dan permit Perkhidmatan dan bayaran perkhidmatan Sewaan harta benda kerajaan Faedah dan perolehan pelaburan Denda dan hukuman Dll.

  37. 3. PELBAGAI TERIMAAN • Hasil yang dikutip bukan berdasarkan sebarang Akta dan Undang-Undang. Contohnya : • Pulangan balik perbelanjaan, jualan barangan dan lain-lain.

  38. 4. HASIL WILAYAH PERSEKUTUAN Hasil yang dikutip di Wilayah Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya. Contohnya : Cukai Langsung - Premium & Cukai tanah. Cukai Tak Langsung – Duti Hiburan

  39. HASIL KERAJAAN NEGERI DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG III P.P Contohnya ; • Hasil daripada Tanah, Air, Lombong dan Hutan. • Lesen. • Duti Hiburan. • Bayaran Mahkamah selain dari Mahkamah Persekutuan. • Bayaran daripada Perkhidmatan oleh Negeri. • Hasil dari Pihak Berkuasa Tempatan. • Harta Karun.

  40. TAMBAHAN BAGI SABAH & SARAWAK DINYATAKAN DALAM JADUAL 10 BHG V P.P • Duti Impot dan Duti Eksais atas hasil Petrolium. • Duti Ekspot atas kayu dan keluaran hutan yng lain. • Royalti atas galian yang dikenakan Duti Ekspot. • Bagi Sabah jika belanja ubat dan kesihatan ditanggung kerajaan maka 30% daripadanya adalah Hasil Kastam. • Cukai Jualan Negeri • Bayaran dan Yuran drp Pelabuhan selain Persekutuan.

  41. HASIL KERAJAAN TEMPATAN DIBAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 • Cukai Tafsiran • Denda dan Rampasan • Sewaan Aset PBT • Jualan Aset PBT • Pendapatan daripada Pelaburan • Lesen dan Permit • Yuran

  42. PERBELANJAAN MENGURUS PERBELANJAAN PEMBANGUNAN PERBELANJAAN TANGGUNGAN LANGSUNG PERBELANJAAN BEKALAN PINJAMAN KOMPONEN PERBELANJAAN PERBELANJAAN KERAJAAN

  43. KOMPONEN BELANJAWAN PERBELANJAAN HasilCukai HasilBukanCukai TerimaanBukanHasil Hasil Wil. Persekutuan HasilTanah DutiHiburan BayaranPerkhidmatan Terimaandrp. bekalan air PerbelanjaanMengurus • Tanggungan • Perbekalan PerbelanjaanPembangunan HASIL (Persekutuan, Negeri, Kerajaan Tempatan)

  44. PERBELANJAAN NEGARA 1) PERBELANJAAN MENGURUS Boleh ditakrifkan sebagai perbelanjaan bagi aktiviti-aktiviti seharian Kem/Jab. yang berulang dan berterusan atau boleh juga disebut sebagai perbelanjaan penggunaan. Terbahagi kepada dua jenis iaitu: - Perbelanjaan Perbekalan (B) - Perbelanjaan Tanggungan (T) (Perkara 100 Perlembagaan Persekutuan)

  45. PERBELANJAAN PERBEKALAN • Semua jenis perbelanjaan kegiatan harian Kementerian/Jabatan dalam menyediakan perkhidmatan untuk rakyat. • Diluluskan di bawah Akta Perbekalan atau Enakmen Bekalan. Menggunakan kod huruf ‘B’. Contohnya: B 27 – Kem. Kerjaraya M’sia B 28 – Kem. Pengangkutan M’sia B 32 – Kem. Wilayah Persekutuan B 41 – Kementerian Pelajaran M’sia

  46. PERBELANJAAN BEKALAN • Perbelanjaan menguruskan aktiviti Kerajaan samada yang berterusan atau “one- off “ dan diperuntukan mengikut Maksud Bekalan tertentu dan perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sebagai satu Akta Bekalan bagi setiap tahun Belanjawan. Contoh: Emolumen, Perkhidmatan & Bekalan, Aset, Pemberian & Kenaan Tetap dan Bayaran-bayaran lain.

  47. PERBELANJAAN NEGARA 2) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (P) • Ialah perbelanjaan modal yang biasanya tidak berulang dan merupakan perbelanjaan yang mempunyai keluaran yang berfaedah jangka panjang. • Perbelanjaan ini diasingkan daripada perbelanjaan mengurus kerana ianya mempunyai ciri-ciri tertentu yang memerlukan satu proses perancangan dan keputusan yang rumit.

  48. 2) PERBELANJAAN PEMBANGUNAN (P)(Samb..) • Perancangan perbelanjaan Pembangunan berasaskan Rancangan Malaysia 5 tahun (RMK). • Perlu dibentangkan untuk kelulusan Parlimen sebagai Akta Perbekalan bagi setiap tahun. Contohnya: Fizikal – Bina bangunan, jalan raya, dll. Bukan Fizikal – penyertaan dalam ekuiti syarikat.

  49. CIRI-CIRI PERBELANJAAN PEMBANGUNAN • Memerlukan jumlah modal yang besar • Aliran wang berjangka panjang. • Dibiayai dengan dana dalaman/pinjaman. • Menyebabkan kos penyelenggaraan dan pembaikan dimasa hadapan. • Memberi kesan terhadap matlamat pembangunan negara.

More Related