1 / 52

MODUL PEMBELAJARAN SAINS

Panduan Pengajaran Pembelajaran Sains Tahun 6

SapinaRamli
Télécharger la présentation

MODUL PEMBELAJARAN SAINS

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS SAINS TAHUN 6 TAHUN 6 Terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2015

  2. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Cetakan Pertama 2015 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan cara apa- apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. 2

  3. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT Isi Kandungan Pendahuluan MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Mikroorganisma Interaksi antara Haiwan Tumbuhan Terancam Geseran Pengawetan Makanan Bahan Buangan 3

  4. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul selaras dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Modul pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains. Modul ini mengandungi beberapa unit di mana setiap topik mengandungi satu atau lebih standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul ini mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat dalam model mengikut kesesuaian persekitaran, bahan dan kepelbagaian murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard Sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 6. Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan inkuiri di samping menggabungjalin pendekatan pedagogi lain yang bersesuaian. Penerapan elemen TMK, keusahawanan dan kreativiti serta inovasi disisipkan di mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan pelbagai cadangan aktiviti yang boleh digunakan oleh guru untuk murid pelbagai kecerdasan supaya semua murid boleh mencapai Standard Pembelajaran yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di samping menyediakan suasana learning is fun semasa pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, cadangan aktiviti dalam modul ini bukanlah sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan mengubahsuai modul yang bersesuaian dengan murid serta perlatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru juga digalakkan membina modul p&p yang bersesuain dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang mengembangkan kreativiti mereka sendiri. Dalam proses penyediaan modul ini, banyak pihak yang turut sama terlibat. Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya modul ini. 4

  5. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 MIKROORGANISMA 5

  6. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Sains 6 ADIL Sains Hayat / Mikroorganisma 60 minit 3.1.2 Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : a) Menyatakan mikroorganisma bernafas b) Mengitlak bahawa mikroorganisma adalah benda hidup kerana menjalani proses hidup Memerhati, Membuat inferens, berkomunikasi MATA PELAJARAN TAHUN TEMA / TAJUK MASA STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN KPS AKTIVITI Orientasi : 1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai benda hidup Guru: Apa ciri benda hidup yang telah kamu pelajari? Jawapan murid : Bernafas, bergerak, membiak dan membesar Guru: Bagaimana pula dengan mikroorganisma yang telah kamu kenal jenis dan contohnya? Adakah mikroorganisma juga benda hidup? (terima sebarang jawapan murid) Aktiviti 1: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Ketua kumpulan diminta untuk mengambil bahan-bahan yang telah disediakan. 3. Murid menjalankan penyiasatan terhadap yis. (Lembaran Aktiviti 1) 4. Murid melaporkan pemerhatian mereka terhadap aktiviti yang telah dijalankan. 6

  7. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 2: 1. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan hasil penyiasatan yang telah dilakukan. Guru: Apa yang terjadi kepada belon setelah dibiarkan beberapa lama? Murid: Belon membesar, belon berkembang Guru: Menurut pandangan kamu, mengapa belon tersebut mengembang? (terima sebarang jawapan murid) Guru: Apabila kamu bernafas, apa yang kamu hembus? Murid: Udara, karbon dioksida 2. Guru membimbing murid untuk mengaitkan pernafasan dengan pengembangan belon yang diletakkan pada mulut botol. 3. Guru meneruskan sesi soal jawab mengenai proses hidup yang dilalui oleh benda hidup. Guru: Pernahkah kamu melihat kulapuk pada roti? Murid: Pernah Guru: Apa yang akan terjadi pada kulapok roti sekiranya kamu membiarkannya untuk beberapa hari lagi? Murid: Semakin banyak, bertambah Guru: Itu membuktikan kulapuk roti juga membiak dan membesar 7

  8. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 3: 1. Murid menonton tayangan video yang menunjukkan pergerakan mikroorganisma. Guru: Selepas kamu melalui aktiviti hari ini, adakah kamu berpendapat mikroorgansma adalah benda hidup Murid: Ya Guru: Mengapa kamu berkata begitu? Murid: Mikroorganisma membuat/menjalankan semua proses hidup seperti manusia. Yis, botol plastik, belon BAHAN P&P EMK REFLEKSI 8

  9. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 LEMBARAN PENYIASATAN 1 1. Apa bahan yang diberi: a) ____________________________________________ b) ____________________________________________ c) ____________________________________________ 2. Apa yang saya perlu buat dengan bahan-bahan yang diberi? a) ___________________________________________________________ b) ___________________________________________________________ c) ___________________________________________________________ 3. Apa yang saya perhatikan selepas 15 minit? 9

  10. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 INTERAKSI ANTARA HAIWAN 10

  11. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MATA PELAJARAN Sains 6 Bestari Sains Hayat / Interaksi antara haiwan 60 minit 4.1.1 dan 4.1.2 KELAS TEMA/ TAJUK MASA STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menyatakan bahawa haiwan hidup berkumpulan dan hidup bersendirian 2. Memberikan contoh-contoh haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersendirian. 3. Memerihalkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan hidup secara bersendirian. Memerhati , Berkomunikasi dan Mengelas. KPS AKTIVITI Aktiviti 1: 1. Murid ditunjukkan gambar haiwan-haiwan. (lipan, semut, kerbau, singa, tikus, lipas, kuda belang dan harimau) 2. Murid diminta melekatkan gambar haiwan-haiwan tersebut pada peta bulatan di papan putih dan menamakan haiwan-haiwan tersebut. 3. Guru mengemukakan soalan di mana biasanya haiwan-haiwan itu ditemui . Aktiviti 2: 1. Murid menonton video tentang cara hidup haiwan. 2. Murid ditanya apa yang mereka perhatikan tentang cara hidup haiwan. 3. Semua jawapan murid diterima oleh guru. 11

  12. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 3: 1. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan kad gambar haiwan/model haiwan dan dikehendaki berbincang sama ada haiwan tersebut hidup secara berkumpulan dan bersendirian. 3. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen yang dilabel ‘Hidup Berkumpulan’ atau stesen ‘Hidup Bersendirian’ 4. Setiap wakil akan menyatakan mengapa mereka bergerak ke arah stesen berkenaan. Aktiviti 4: 1. Murid menonton tayangan video animasi yang menunjukkan kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian. 2. Murid diminta menyatakan kelebihan dan kekurangan haiwan yang hidup berkumpulan dan bersendirian dalam peta pokok. 3. Murid dan guru berbincang tentang kelebihan dan kekurangan haiwan hidup berkumpulan dan bersendirian berdasarkan peta pokok yang dilakarkan oleh murid. 4. Hasil kerja murid dipaparkan di papan putih. Aktiviti 5 1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid ( Lembaran 1 ) 2. Murid diminta mengelaskan haiwan-haiwan berkenaan kepada haiwan hidup berkumpulan dan haiwan hidup bersedirian. Nilai Murni , Kreativiti Gambar haiwan, tayangan video,Lembaran kerja 1,Kertas mahjung EMK BBB REFLEKSI 12

  13. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 PETA BULATAN HAIWAN 13

  14. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 2 - KAD TUGASAN 1. Murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan satu kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli. 2. Murid diberikan satu gambar haiwan atau model haiwan yang maujud untuk setiap kumpulan. 3. Murid dikehendaki berbincang sesama ahli kumpulan tentang gambar haiwan yang telah diberi oleh guru tentang haiwan tersebut ‘Hidup Berkumpulan atau Hidup Bersendirian’. 4. Murid diberi masa 2 minit untuk berbincang sesama ahli kumpulan tentang keputusan berdasarkan gambar tersebut sama ada haiwan tersebut ‘Hidup Berkumpulan atau Hidup Bersendirian’. 5. Wakil setiap kumpulan dikehendaki bergerak ke stesen sama ada ke stesen “Haiwan Berkumpulan” atau “Haiwan Bersendirian” yang telah disediakan oleh guru. 6. Murid akan bersoal jawab dengan guru tentang kenapa mereka telah memilih stesen tersebut. 14

  15. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 KAD GAMBAR 15

  16. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 16

  17. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 17

  18. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 LEMBARAN KERJA Kelaskan haiwan – haiwan yang berikut mengikut kumpulan yang betul dan lengkapkan peta pokok di bawah: 18

  19. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Peta pokok untuk lembaran kerja 1 CARA HIDUP HAIWAN HIDUP BERSENDIRIAN HIDUP BERKUMPULAN 19

  20. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 TUMBUHAN TERANCAM 20

  21. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MATA PELAJARAN Sains KELAS 6 Cemerlang TEMA / TAJUK Sains Hayat / Tumbuhan MASA 60 minit STANDARD PEMBELAJARAN 5.1.3 dan 5.1.4 Di akhir pembelajaran murid-murid dapat, 1.Menyatakan contoh tumbuhan yang terancam. 2.Menjelaskan melalui contoh faktor ancaman terhadap tumbuhan dan cara mengatasinya. OBJEKTIF PEMBELAJARAN KPS Memerhati , Membuat inferens , Berkomunikasi Orientasi (5 minit) 1. Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama video lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin. ( Lirik lagu disertakan dalam lampiran 1 ) (http://www.youtube.com/watch?v=68PJW15iJSw ) 2. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru : Daripada lagu ini, apakah aktiviti yang kamu boleh perhatikan? Murid : Menebang pokok/ Kemusnahan alam/ Pencemaran. Pencetusan idea (10 minit) 1. Guru menunjukkan gambar beberapa jenis bunga kepada murid. 2. Guru meminta murid melabelkan gambar dengan nama tumbuhan hasil pembacaan artikel yang diberi. 3. Murid mula melabel gambar dengan kata nama khas yang sesuai yang terdapat dalam artikel. AKTIVITI 21

  22. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Penstrukturan idea (10 minit) 1. Murid menonton tayangan slaid / gambar contoh tumbuhan terancam. (melalui tayangan slaid / gambar ini, murid akan menentukan sendiri sama ada mereka telah melabel dengan betul atau tidak) Guru : Pernahkah anda menemui pokok ini di persekitaran rumah/kawasan kediaman anda? Murid : Tidak cikgu. Guru : Di manakah bunga ini boleh dijumpai ? Murid : Hutan (terima sebarang jawapan) Guru : Mengapakah bunga ini susah ditemui ? Murid : Ia hanya hidup di hutan yang tertentu sahaja/pokok ini tidak banyak di Malaysia / semakin terancam (terima sebarang jawapan) Guru : Kenapa tumbuhan tersebut terancam? Murid : Hutan terbakar/ banjir/ pokok di tebang (terima sebarang jawapan) Guru : Adakah kita biarkan sahaja situasi ini terus berlaku? Murid : Tidak. Guru : Apa yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini? Murid : Panggil bomba / Tanam pokok / Elakkan pembakaran hutan (terima sebarang jawapan) Catatan : Guru menambah baik jawapan murid 22

  23. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aplikasi idea (25 minit) 1. Murid melakukan aktiviti berkumpulan. 2. Murid dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada 6 orang ahli. 3. Setiap kumpulan diberikan kad gambar tumbuhan dan dikehendaki berbincang faktor ancaman dan cara mengatasi. 4. Wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan dalam bentuk peta pemikiran dengan bimbingan guru. Catatan : Guru digalakkan mendapatkan gambar penuh pokok merangkumi ciri-ciri, akar dan sebagainya. Jika tumbuhan berkenaaan berada di persekitaran guru digalakkan menunjukkan tumbuhan sebenar. Refleksi (10 minit) 1. Guru dan murid berbincang mengenai jawapan dari lembaran kerja yang telah dijawab oleh murid. 2. Guru mengaitkan set induksi tadi dengan hasil pembelajaran. Pengayaan Murid membina replika bunga Rafflesia dalam kumpulan dengan bahan-bahan buanga (mengikut kesesuaian murid dan sekolah) TMK, Kreativiti Bahasa dan Nilai EMK lagu , slaid , kad gambar , TMK , artikel berkenaan jenis-jenis tumbuhan terancam berserta penerangan (diberi sebelum pengajaran) BAHAN BANTU BELAJAR Lembaran 1 REFLEKSI 23

  24. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 LAMPIRAN Aktiviti 1 Lirik Lagu Hijau – Zainal Abidin Bumi yang tiada rimba Seumpama hamba Dia dicemar manusia Yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara Bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari Tanpa disedari Bumi tanpa lautan Akan kehausan Pasti lambat laun hilang Duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Bumiku yang kian pudar Siapa yang melihat Di kala kita tersedar Mungkinkah terlewat Korupsi, oppressi, obsessi diri Polussi, depressi di bumi kini Oo… anok-anok Tok leh meghaso mandi laok Bersaing main ghama-ghama Ale lo ni tuo omornyo berjoto Koto usoho jauh ke daghi malo petako Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi Keno make asak hok biso, weh Pase maknusio Seghemo bendo-bendo di dunio Tok leh tahe Sapa bilo-bilo 24

  25. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 KAD TUGASAN 1 Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai : 1. Nama tumbuhan 2. Faktor ancaman tumbuhan ini. 3. Cara mengatasi daripada ancaman. Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan. 25

  26. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 KAD TUGASAN 2 Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai : 1. Nama tumbuhan 2. Faktor ancaman tumbuhan ini. 3. Cara mengatasi daripada ancaman. Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan. 26

  27. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 KAD TUGASAN 3 Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai : 1. Nama tumbuhan 2. Faktor ancaman tumbuhan ini. 3. Cara mengatasi daripada ancaman. Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan. 27

  28. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 KAD TUGASAN 4 Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai : 1. Nama tumbuhan 2. Faktor ancaman tumbuhan ini. 3. Cara mengatasi daripada ancaman. Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan. 28

  29. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 KAD TUGASAN 5 Murid dikehendaki berbincang dalam kumpulan mengenai : 1. Nama tumbuhan 2. Faktor ancaman tumbuhan ini. 3. Cara mengatasi daripada ancaman. Selepas sesi perbincangan , wakil kumpulan dikehendaki membentang hasil perbincangan. 29

  30. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 PETA PEMIKIRAN 30

  31. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Lembaran Kerja Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Jadual menunjukkan bilangan pokok meranti di sebuah habitat semula jadi. Tahun Bilangan pokok meranti 1995 2000 2005 2010 2015 970 860 740 610 1. Apakah corak perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010. __________________________________________________________ 2. Nyatakan dua sebab ( inferens ) tentang perubahan bilangan pokok meranti dari tahun 1995 hingga 2010 ? ________________________________________________________________ 3. Nyatakan tiga cara untuk mengatasi tumbuhan daripada ancaman? i. __________________________________________________ ii. _________________________________________________ iii. __________________________________________________ 4. Ramalkan bilangan pokok meranti pada tahun 2015 ? __________________________________________________________________ 31

  32. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 DAYA 32

  33. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Sains 6 STIGMA (30 orang) Sains Fizikal / Daya 60 minit 6.2.1, 6.2.2 Di akhir pengajaran, murid-murid dapat : c) Menyatakan maksud daya geseran d) Menjalankan eksperimen bagi mengenal pasti jarak gerakan objek di atas 4 permukaan yang berbeza Mengeksperimen MATA PELAJARAN TAHUN TEMA / TAJUK TEMPOH MASA STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN KPS AKTIVITI Aktiviti 1: 2. Guru memanggil seorang murid untuk menolak objek yang berat di atas lantai kelas. (contohnya kotak yang diisi benda berat). Guru : Sukar atau mudah untuk kamu menolak kotak tersebut? Murid : Mudah Guru: Bagaimana pula jika kamu menolak kotak tersebut berada atas permaidani? Murid: Mungkin lebih sukar (terima sebarang jawapan murid) Guru: Mengapa terjadi demikian? Murid: Kerana permukaan permaidani lebih kasar / banyak bulu 3. Guru menerangkan mengenai daya geseran yang berlaku pada kotak yang digerakkan di atas permukaan (boleh menggunakan Lampiran A sebagai bahan bantu). 4. Guru meminta murid menguji sendiri pendapat mengenai sukar atau senang menolak sesuatu yang berat pada permukaan berlainan melalui aktiviti seterusnya. 33

  34. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 2: 2. Murid-murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. 3. Murid-murid diminta menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji sama ada jenis permukaan mempengaruhi jarak pergerakan kereta mainan. 4. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua, seorang pencatat dan yang selebihnya akan mengukur jarak pergerakan kereta mainan secara bergilir-gilir. 5. Setiap kumpulan dibekalkan dengan Lembaran Penyiasatan untuk membantu mereka menjalankan ekpserimen tesebut. 6. Setiap kumpulan diberikan tempoh selama 6-8 minit bagi setiap permukaan untuk diuji. *Guru dicadangkan menggunakan wisel untuk mengawal murid. Setiap kumpulan disarankan agar menjalankan percubaan sebanyak 3 atau 4 kali bagi mendapatkan kejituan jawapan. 7. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan di hadapan makmal. 8. Murid berbincang dengan guru hasil dapatan eksperimen yang dijalankan. 9. Murid membuat kesimpulan mengenai daya geseran dengan bimbingan guru. Papan 1 m, pita pengukur, kereta mainan, permukaan bersimen, permukaan berjubin, permukaan bertar, permukaan plastik, lembaran penyiasatan Sains dan Teknologi dan nilai murni BAHAN P&P EMK REFLEKSI 34

  35. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 LAMPIRAN A Aktiviti : Objek ditolak ke arah kanan. objek permukaan lantai arah gerakan Konsep 1: Geseran terhasil apabila dua permukaan bersentuhan ( Objek bersentuhan dengan permukaan lantai semasa bergerak) objek permukaan lantai arah gerakan arah geseran Konsep 2: Geseran menentang arah gerakan sesuatu objek. 35

  36. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 LEMBARAN PENYIASATAN 4. Apa bahan yang diberi kepada kumpulan: ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 5. Pada pendapat saya: a. Kereta mainan akan bergerak paling jauh di atas permukaan _______________ b. Kereta mainan akan bergerak paling dekat di atas permukaan ______________ 6. Apa yang perlu dilakukan untuk menguji kesukaran kereta mainan bergerak di atas permukaan yang berlainan? landasan Kereta mainan batu-bata jarak dilalui a) ___________________________________________________________ b) ___________________________________________________________ c) ___________________________________________________________ d) ___________________________________________________________ e) ___________________________________________________________ f) ___________________________________________________________ 36

  37. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 7. Apa yang saya perhatikan dan rekodkan? Jenis Permukaan Jarak yang dilalui oleh kereta 8. Perbincangan: a) Pada permukaan manakah kereta bergerak dengan jarak yang paling dekat? ___________________________________________________________ b) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (a). ___________________________________________________________ c) Pada permukaan manakan kereta bergerak dengan jarak yang paling jauh? ___________________________________________________________ d) Berikan inferens berdasarkan jawapan di (c). ___________________________________________________________ e) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat mengenai daya pada pemukaan yang telah kamu uji? 37

  38. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 PENGAWETAN MAKANAN 38

  39. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MATA PELAJARAN Sains 6 IXORA KELAS TEMA / TAJUK Sains Bahan / Pengawetan Makanan 8.1.1 , 8.1.2 STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid boleh: i) Menjelas dengan contoh ciri-ciri makanan yang telah rosak melalui pemerhatian pada makanan yang sebenar. Menentukan faktor air boleh mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma secara penyiasatan. ii) TEMPOH 60 minit makanan yang segar dan yang telah rosak(susu , roti , kek, buah limau, kari ayam , Ikan, kuih, strawberi, bayam, nasi), kanta pembesar Pemerhatian ,Membuat inferens, Berkomunikasi, Meramal, Mentafsir data, Menggunakan perhubungan ruang dan masa. Murid telah mempelajari tentang jenis-jenis mikroorganisma dan kerosakan makanan disebabkan oleh mikroorganisma. Aktiviti 1: 1. Murid bersoaljawab dengan guru: Guru: Adakah kamu minum susu? Apakah rasanya? Murid: Pernah. Rasanya sedap Guru: Jika susu tersebut dibiarkan beberapa hari , apa akan terjadi kepada susu berkenaan? Murid: Rasa tak sedap, bau busuk/masam Guru: Apakah yang menyebabkan kerosakan makanan? Murid: Letak di luar peti ais/ ada kuman (terima sebarang jawapan murid) SUMBER SPS PENGETAHUAN SEDIA ADA AKTIVITI 39

  40. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 2: 1. Murid ditunjukkan dua gelas susu. (susu tidak rosak dan susu telah rosak) Guru: Apakah perbezaan cecair dalam kedua-dua gelas? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka) 2. Kemudian murid ditunjukkan 2 keping roti. (roti berkulat dan tidak berkulat) Guru: Apa pula perbezaan pada kedua-dua keping roti ini? (terima sebarang jawapan murid berdasarkan pemerhatian mereka) Catatan: Jawapan murid tidak dibetulkan pada ketika ini tetapi dicatat untuk perbincangan di fasa refleksi. Aktiviti 3: 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan 2 sampel makanan yang berbeza iaitu makanan yang telah rosak dan yang belum rosak. (Contoh: roti, kuih, buah strawberi, bayam, nasi). 3. Murid membuat pemerhatian ke atas sampel makanan menggunakan kanta pembesar. 4. Murid diminta menyenaraikan hasil pemerhatian di atas yang diberikan dengan bantuan peta bulatan. 5. Wakil setiap kumpulan akan membentangkan hasil pemerhatian dan dibimbing oleh guru. 6. Murid dikehendaki mengaitkan ciri-ciri makanan yang telah rosak berpandukan hasil pemerhatian. 7. Murid dikehendaki menjawab soalan dalam lembaran kerja 1 dan 2. 8. Murid diberi masa untuk menjawab kemudian dibincang dalam kelas. 40

  41. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 4: 1. Murid bersoaljawab dengan guru. Guru: Pada pendapat kamu, mengapa susu dan roti tadi boleh menjadi rosak? Murid: Mikroorganisma/kuman/bakteria Guru: Apakah faktor yang memudahkan mikroorganisma membiak pada makanan? 2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 3. Setiap kumpulan diberikan 2 keping roti. Murid melakukan aktiviti berikut pada roti tersebut. Roti A : Direnjis dengan air Roti B : Tidak direnjis dengan air Kedua-duanya dimasukkan ke dalam plastik yang berlainan dan diikat serta diletakkan di meja belakang bilik sains. 4. Murid diminta membuat pemerhatian dan merekod keadaan permukaan roti berkenaan setiap hari selama seminggu. 5. Murid dimaklumkan perbincangan lanjut mengenai penyiasatan ke atas faktor yang mempengaruhi mikroorganisma berkenaan pada masa akan datang. Aktiviti 5: 1. Murid diminta merujuk kepada jawapan soaljawab semasa Aktiviti 2 untuk dibandingkan dengan idea yang baru dipelajari. 2. Murid diminta membuat pembetulan jika idea awal mereka tidak betul atau tidak lengkap. 3. Murid bersoaljawab dengan guru dalam membuat rumusan.  Apakah yang menyebabkan makanan rosak?  Apakah ciri-ciri pada makanan rosak? Bahasa, nilai murni EMK 41

  42. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 BBM Susu segar, susu masam, roti, roti yan berkulapok, kuih, buah, sayuran, nasi, kanta pembesar REFLEKSI 42

  43. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 LEMBARAN KERJA 1 Arahan: Lengapkan jadual di bawah. CIRI-CIRI MAKANAN ROSAK DERIA YANG DIGUNAKAN MAKANAN nasi susu daging sayuran roti 43

  44. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 LEMBARAN KERJA 2 Tuliskan keadaan/ciri makanan apabila menjadi rosak. 44

  45. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 PETA PEMIKIRAN Arahan : Isikan maklumat berkenaan pada peta pemikiran di bawah. CIRI- CIRI MAKANAN ROSAK 45

  46. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 6 BAHAN BUANGAN 46

  47. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 MATA PELAJARAN Sains 6 DAHLIA Sains Fizikal / Bahan Buangan 60 minit 9.1.3, 9.1.4 TAHUN TEMA / TAJUK TEMPOH MASA STANDARD PEMBELAJARAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN Murid akan dapat iii) Menyatakan maksud bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi. Mengelaskan bahan buangan kepada bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi iv) Memerhati, Mengelas, Berkomunikasi Aktiviti 1: 1. Guru menayangkan slaid gambar berkaitan bahan buangan. 2. Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan gambar tersebut.  Apakah yang kamu lihat tadi?  Apakah barang-barang yang sering kamu buang? Aktiviti 2: 1. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan gambar yang menunjukkan jenis bahan buangan. 3. Murid diminta mengenalpasti jenis bahan buangan pada gambar. 4. Murid melengkapkan peta pokok bagi mengelaskan contoh bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi pada kertas mahjong dalam kumpulan kecil . *Semua jawapan murid dipamerkan kepada kelas tanpa membincangkan jawapan yang telah diberikan. KPS AKTIVITI 47

  48. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 Aktiviti 3: 1. Murid menonton tayangan video tentang proses pereputan bahan buangan. (Guru boleh juga menggunakan gambar untuk menunjukkan proses pereputan) 2. Murid membuat sumbang saran tentang maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan tayangan video.  Apakah yang berlaku pada bahan buangan dalam tayangan tadi?  Nyatakan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi berdasarkan pendapat anda? 3. Murid merumuskan maksud bahan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi dengan bimbingan guru. Aplikasi Idea ( 20 minit) 1. Murid mengumpul maklumat keratan akhbar dan membuat perbincangan dalam kumpulan kecil tentang kebaikan yang boleh diperolehi daripada bahan buangan terbiodegradasi. 2. Murid membentangkan hasil perbincangan mereka. (Cadangan aktiviti lain : puzzle berkaitan jenis bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi) Refleksi (5 minit) 1. Guru meminta murid menilai semula peta pokok di awal pembelajaran. 2. Murid diminta membuat buku skrap secara berpasangan berkaitan bahan buangan terbiodegradasi dan tidak terbiodegradasi. Gambar bahan buangan, video, kertas mahjong, akhbar Keusahawanan dan nilai murni Peta pokok dan buku skrap Guru membantu memurnikan peta pokok Murid-murid menghasilkan buku skrap BBM EMK PENTAKSIRAN PEMULIHAN PENGAYAAN 48

  49. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 GAMBAR BAHAN BUANGAN 49

  50. MODUL PdP SAINS TAHUN 6 50

More Related