1 / 19

Rahsia Hakikat Kehidupan & Takdir Ditinjau dari Sudut Sains & al-Qur’an (RHKT)

Rahsia Hakikat Kehidupan & Takdir Ditinjau dari Sudut Sains & al-Qur’an (RHKT). 1/19. Relativiti Masa & Hakikat Takdir. Masa Relatif terhadap Peristiwa (Persepsi). Masa merupakan suatu bentuk Persepsi di dalam Minda. Ia adalah suatu konsep yang bergantung sepenuhnya kepada penerima.

aderyn
Télécharger la présentation

Rahsia Hakikat Kehidupan & Takdir Ditinjau dari Sudut Sains & al-Qur’an (RHKT)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Rahsia Hakikat Kehidupan & Takdir Ditinjau dari Sudut Sains & al-Qur’an(RHKT) 1/19

  2. Relativiti Masa & Hakikat Takdir • Masa Relatif terhadap Peristiwa (Persepsi) Masa merupakan suatu bentuk Persepsi di dalam Minda. Ia adalah suatu konsep yang bergantung sepenuhnya kepada penerima. Relativiti masa adalah pengalaman yang kita alami di dalam mimpi. Walaupun apa yang kita lihat di dalam mimpi kelihatan mengambil masa berjam-jam, tetapi sebenarnya, ia hanya berlangsung selama beberapa minit, dan mungkin juga hanya beberapa saat. Masa wujud sebagai hasil daripada perbandingan yang dilakukan di antara beberapa ilusi yang tersimpan di dalam otak. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai memori, maka pemikirannya tidak akan dapat membuat tafsiran seperti itu dan dengan itu persepsi masa tidak mungkin terbentuk. Sekiranya memorinya tidak wujud dia hanya akan mengalami suatu "ketika" yang sedang di diami kini. 2/19

  3. Relativiti Masa & Hakikat Takdir • Di Alam Kosmos yang Luas, Masa hanyalah Relatif Di bumi masa diukur berdasarkan putaran bumi pada paksinya (hari) dan mengelilingi matahari sebagai orbitnya (tahun); atau putaran bulan mengelilingi bumi (kalender lunar). Unit-unit masa yang lain seperti bulan-bulan matahari, Jam, Minit dan saat adalah “Konventional” atau adat kebiasaan/lazim yang dicipta oleh manusia untuk membahagi-bahagi hari & tahun kepada unit-unit praktikal. Walaubagaimanapun kesemua ukuran unit ini hanya sesuai digunapakai di planet BUMI kita, tetapi secara fizikal tidak ada maknanya digunapakai ditempat lain. Contohnya, satu hari di planet Venus sama dengan 118 hari berdasarkan kiraan 24 jam di planet bumi. Manakala di planet Jupiter pula satu hari bersamaan dengan 9 jam, 55 minit. Di alam Kosmos yang luas masa hanyalah Relatif. “Why Islam? Proofs of Modern Science” by Dr. Nabil Abdel-Salam Haroun 3/19

  4. Relativiti Masa & Hakikat Takdir • Penjelasan Saintifik Ruang Kosong Sebagaimana ruang kosong yang merupakan aturan objek-objek kebendaan, maka masa pula adalah aturan peristiwa-peristiwa. Segala peristiwa yang kita lalui disepanjang hayat hanyalah apa yang kita persepsikan di dalam minda. ? Sebagaimana tidak bermakna warna & keindahan alam tanpa mata, bunyi-bunyian tanpa telinga untuk mengesannya, begitu juga sedetik atau sejam atau sehari tidak bererti tanpa sebuah peristiwa untuk menandainya / diingati. Jarak masa yang dapat diukur / diingati Jarak masa yang tidak dapat diukur… Masa tidak wujud 4/19

  5. Relativiti Masa & Hakikat Takdir • Relativiti Masa adalah Fakta Sains Relativiti masa adalah fakta sains yang telah dibuktikan oleh metode sains. Teori asas Relativiti Dr. Einstein menegaskan bahawa kelajuan masa berubah berdasarkan kepada kelajuan sesuatu objek dan jaraknya daripada pusat graviti. Apabila kelajuan bertambah, masa akan menjadi singkat, mampat; menjadi perlahan seolah-olah ia berada pada tahap "berhenti". Relativiti masa ini tidak berlaku dengan memperlahankan jam atau mempercepatkannya, tetapi, ia adalah hasil daripada perbezaan operasi period seluruh sistem jisim sehingga kepada zarah-zarah sub-atom. Dalam sebuah latar yang masa menjadi singkat, degupan jantung, pereplikaan sel, dan fungsi otak, dan semuanya bergerak lebih perlahan daripada pergerakan perlahan manusia di bumi. Seseorang akan meneruskan kehidupan sehariannya, tanpa sama sekali menyedari kesingkatan masa ini tidak akan nampak jelas sehingga perbandingan dilakukan. 5/19

  6. Relativiti Masa & Hakikat Takdir • Relativiti Masa Di Dalam Al-Qur’an Walaupun baru 100 tahun yang lalu ahli sains mula menjelaskan tentang relativiti masa namun konsep relativiti masa sudahpun disebutkan Allah dalam al-Qur’an lebih 1400 tahun yang lampau: Allah bertanya: “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” Mereka menjawab: “Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.”(Qur’an, Al-Mu’minun, 23: 112-113) “Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak), dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak mendapat petunjuk (ke jalan ke jalan yang benar semasa hidup di dunia)”(Qur’an, Yunus 10: 45) 6/19

  7. Kita Hidup Dalam Dunia Yang Dipersembahkan Oleh Persepsi-Persepsi Kita “Rahsia Di Sebalik Jisim” Dokumentari video ini merangkumi : • Bagaimanakah Kita Melihat ? • Dunia Luar Di Dalam Otak Kita • Alam Mimpi • Siapakah Yang Melihat • Makhluk Mutlak Yang Sebenar adalah ROH 7/19

  8. Rujukan dari al-Qur’an: “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”(Qur’an, Al-Hadid 57, 20) Kehidupan dunia ini adalah suatu yang tidak wujud dalam erti kata kewujudan mutlak, sebaliknya ia hanya dicipta Allah untuk menguji kita. 8/19

  9. Tanya diri ANDA….? Apakah ANDA masih yakin hidup dalam dunia yang real lagi mutlak. Tidakkah mungkin ANDA akan dibangkitkan dari kehidupan di bumi seperti kita dibangkitkan dari mimpi ? Siapa yang dapat membuktikan bahawa pada masa kini dia tidak hidup dalam alam mimpi ? 9/19

  10. Mahu Bukti Lebih Lanjut ? “Dan ditiuplah sangkakala, maka tiba-tiba mereka ke luar dengan segera (menuju) kepada Tuhan mereka. Mereka berkata: "Aduh celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami ?" Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul (Nya)” (Qur’an, Yasin, 36: 51-52) “...pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu, dan supaya kami menurut ugama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu….” (Qur’an, Ibrahim, 14: 44) 10/19

  11. Persoalan “Di mana Allah ?” Walaupun sebahagian kita pernah mendengar bahawa di dalam Al-Qur'an telah tertulis Allah berada 'di mana-mana', tetapi mereka tidak dapat memahami maksud sebenarnya. Disebabkan pemikiran yang silap di dalam pemahaman mereka, mereka menganggap bahawa Tuhan berada di sekeliling- seperti gelombang radio atau seperti gas yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 11/19

  12. Persoalan “Di mana Allah ?” Mereka berpegang kepada satu perasaan prejudis tanpa sebarang asas dan kemudian menghasilkan pandangan yang menyeleweng terhadap Allah. Apakah prejudis ini? 12/19

  13. Persoalan “Di mana Allah ?” Prejudis ini adalah berkaitan dengan kesemulajadian dan ciri-ciri kebendaan. Kita terlalu dibiasakan dengan andaian terhadap kewujudan benda sehinggakan kita tidak pernah terfikir samada ia benar-benar wujud atau hanya sekadar bayangan. Sains moden kini telah memusnahkan prejudis ini dan telah mendedahkan satu hakikat yang sangat penting dan amat diperlukan. 13/19

  14. Persoalan “Di mana Allah ?” • Hakikat Takdir Allah tidak terikat dengan ruang dan masa yang merupakan takdir sebaliknya takdir hanyalah salah satu ciptaan-Nya Mustahil Allah ada di dalam takdir anda kerana seluruh kehidupan dunia adalah apa yang anda persepsi dalam minda. Bolehkah Allah ada di dlm dunia persepsi anda ??? 14/19

  15. Kita Sedang Diuji “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan”(Quran 21:35) “Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya”(Qur'an 18: 7) “...Dia (Allah) Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya”(Qur'an 67: 1-2) “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu”(Quran 47: 31) 15/19

  16. Kesimpulan Tidak diragukan, sekalipun seseorang tidak mengetahui tentang subjek yang dibincangkan sejauh ini, orang tersebut masih tetap dapat hidup dengan iman yang sempurna. Dia dapat memiliki iman, dengan sepenuh hatinya dan tidak merasa ragu, atas apa yang diwahyukan Allah di dalam al-Qur’an. Walaupundemikian, kita tetap harus menjelaskan bahawa sebuah kesedaran tentang tajuk pembahasan ini memungkinkan orang semacam itu untuk memperdalam keimanan dan demi suatu kepastian. 16/19

  17. Kesimpulan Jika anda faham fakta-fakta sains yang dijelaskan sejauh ini, maka kita akan sampai kepada suatu rumusan bahawa: Perkhabaran berita-berita keimanan dan ghaib yang dijelaskan oleh al-Qur’an seperti mukjizat, azab kubur, hari kiamat, kebangkitan semula, hari pengadilan, syurga & neraka tidak lagi dilihat sebagai ‘kepercayaan’ semata sebaliknya adalah fakta sains abad ke-21 yang tidak dapat disangkal lagi. Mereka yang tidak dapat memahami dan mengabaikan fakta ini akan terus bersikap prajudis bahawa sains tidak mungkin menjelaskan perkara-perkara ghaib & keimanan sedangkan Allah menjelaskan Ilmu-Nya tidak terbatas…. 17/19

  18. Rujukan: The Evolution Deceit, Chapter 18 & 19 Matter: The Other Name for Illusion Idealism, The Philosophy of The Matrix and The True Nature Of Matter Eternity Has Already Begun Timelessness and The Reality of Fate Knowing The Truth The Little Man In The Tower Allah Is Known Through Reason, Chapter 10 & 11 Atlas Of Creation, Volume I, Chapter 17 & 18 A Historical Lie: The Stone Age, Chapter Conclusion Muat turun percuma semua buku-buku ini di, www.smartebooklibrary.com 18/19

  19. Rahsia Hakikat Kehidupan & Takdir Ditinjau dari Sudut Sains & al-Qur’an (RHKT) Maklumat ini dipersembahkan pada slot kedua hari pelancaran laman web untuk projek perisian Smart eBook Library (SEL) : www.smartebooklibrary.com Anda dijemput ke laman web kami untuk muat turun ratusan eBook percuma Jika anda memerlukan persembahan ini untuk pemahaman lanjut di tempat anda sila hubungi Smart eBook Library foundation atau email ke admin@smartebooklibrary.com ~ Terima Kasih ~ 19/19

More Related