1 / 37

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101. Program: Bacelor Pendidikan Jarak Jauh Semester Satu, 2007/08 Pensyarah: Dr. Lee Chin E210, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Tel: 603 - 8946 7769 Email: leechin@econ.upm.edu.my. UNIT 6 TEORI KOS. Teori Kos.

caitir
Télécharger la présentation

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Kursus: Mikroekonomi Kod: ECN 3101

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Fakulti Ekonomi dan PengurusanKursus: MikroekonomiKod: ECN 3101 Program: Bacelor Pendidikan Jarak Jauh Semester Satu, 2007/08 Pensyarah: Dr. Lee Chin E210, Fakulti Ekonomi & Pengurusan Tel: 603 - 8946 7769 Email: leechin@econ.upm.edu.my

  2. UNIT 6TEORI KOS

  3. Teori Kos • Kos perakaunan adalah perbelanjaan sebenar dan perbelanjaan susut nilai untuk barang modal. • Kos ekonomi adalah kos bagi firma dalam menggunakan sumber-sumber ekonomi dan termasuk kos lepas. • Kos eksplisit adalah perbelanjaan untuk mendapatkan segala input untuk mengeluarkan output. (kos boleh direkod)(Actual out-of-pocket expenditure) • Kos implisit adalah kos lepas. • Kos tetap adalah kos yang tidak berubah mengikut tingkat pengeluaran tetapi berubah dalam jangka panjang. • Kos berubah di mana kos ini bertambah apabila tingkat output bertambah • Kos lesap (sunk costs) adalah perbelanjaan yang telah dibuat dan tidak boleh dikembalikan.

  4. Table 8.1

  5. Kos Jangka Pendek • Dalam jangka pendek, semua firma mempunyai kos yang mesti ditanggung tidak kira tingkat output. • Jenis kos ini dipanggil kos tetap. • Kos berubah ialah kos yang bergantung kepada tingkat pengeluaran Jumlah Kos = Jumlah Kos Tetap + Jumlah Kos Berubah

  6. Kos Tetap • Dalam jangka pendek, firma tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kos tetap • Kos Tetap Purata (AFC) ialah jumlah kos tetap (TFC) dibahagi oleh bilangan unit output (q):

  7. Kos TFC AFC Output Kos Tetap (Jumlah dan Purata) sebuah Firma • TFC adalah bergaris lurus selari dengan paksi x, • kerana TFC tidak berubah walaupun output berubah. • AFC menurun apabila output meningkat.

  8. Kos TVC Output Jumlah Kos Berubah • Keluk jumlah kos berubah ialah satu graf yang menunjukkan perhubungan di antara jumlah kos berubah dan tingkat output. • TVC = 0 apabila output kosong • TVC meningkat apabila output meningkat

  9. Kos Sut • Kos sut (MC) ialah penambahan dalam jumlah kos disebabkan oleh penambahan satu unit pengeluaran. • Kos sut menunjukkan perubahan dalam kos berubah.

  10. Pembentukkan Kos Sut daripada Jumlah Kos Berubah • Kos sut mengukur penambahan kos input yang diperlukan untuk mengeluarkan setiap unit output berikut.

  11. Bentuk Keluk Kos Sut dalam Jangka Pendek • Dalam jangka pendek setiap firma dihadkan oleh input tetap: • Firma menghadapi pulangan terhadap input berubah menurun, dan • Firma mempunyai kapasiti pengeluaran yang terhad. • Apabila firma mendekati kapasiti penuhnya, kos untuk mengeluarkan output pada tahap yang lebih tinggi semakin naik.

  12. Keluaran Sut Kos Sut ($) Bilangan Buruh Output (unit) Keluk Kos Sut dan Keluk Keluaran Sut • Dalam jangka pendek, kos sut akan meningkat bila output terus meningkat.

  13. TVC Jumlah Kos Berubah 100 Output (unit) MC Kos Sut 100 Output (unit) Jumlah Kos Berubah dan Kos Sut • Jumlah kos berubah (TVC) meningkat dengan output. • Keluk kos sut (MC) menunjukkan penambahan jumlah kos berubah terhadap setiap unit penambahan output. • Bila output < 100 unit, TVC meningkat dengan kadar menurun. • Bila output > 100 unit, TVC meningkat dengan kadar bertambah.

  14. Kos Berubah Purata • Kos berubah purata (AVC) ialah jumlah kos berubah dibahagi oleh bilangan output. • Kos sut ialah kos pertambahan satu unit.

  15. Hubungan antara Kos Berubah Purata (AVC) dan Kos Sut (MC) • Bila Kos Sut < Kos Purata, Kos Purata sedang menurun. • Bila Kos Sut > Kos Purata, Kos Purata sedang meningkat. • Kos Sut yang sedang meningkat akan bersilang dengan kos berubah purata di titik minimum AVC. • Pada output 200 unit, AVC minimum, dan MC = AVC.

  16. Kos jangka pendek sebuah Firma

  17. Kos jangka pendek sebuah Firma

  18. Jumlah Kos (TC) • Menambah Jumlah Kos Tetap (TFC) ke Jumlah Kos Berubah (TVC) bermakna menambah amaun jumlah kos tetap yang sama ke setiap tahap jumlah kos berubah. • Justeru itu, keluk jumlah kos serupa dengan keluk jumlah kos berubah; ia hanya lebih besar dari segi nilainya (= jumlah kos tetap).

  19. Jumlah Kos Purata • Jumlah Kos Purata (ATC) ialah jumlah kos dibahagi oleh bilangan output (q). • Disebabkan AFC menurun bila output meningkat, satu amaun yang semakin berkurangan ditambahke AVC.

  20. Hubungan antara Jumlah Kos Purata dan Kos Sut • Jika Kos Sut (MC) < Jumlah Kos Purata (ATC), ATC menurun. • Jika MC > ATC, ATC meningkat. • MC bersilang ATC dan AVC pada titik-titik minimum.

  21. Rumusan: Kos jangka pendek • Jumlah kos: TC = TFC + TVC TC = jumlah kos TVC = jumlah kos berubah TFC = jumlah kos tetap ii. Kos sut: MC = dTC / dQ = dTVC / dQ Kos sut adalah perubahan kos di sebabkan tambahan satu unit output. iii. Kos purata: AC = TC / Q AC = AVC + AFC AFC = TFC / Q, berkurangan apabila tingkat output meningkat. AVC = TVC / Q

  22. Rumusan: Bentuk –bentuk keluk kos • TFC adalah bergaris lurus selari dengan paksi x, kerana TFC tidak berubah walaupun output berubah • TVC = 0 apabila output kosong dan meningkat apabila output meningkat • TC adalah dengan mencampurkan keluk TFC dan keluk TVC. Jarak antara keluk TC dan TVC adalah nilai TFC. • MC melalui titik minimum AVC dan AC, oleh itu MC = AC di titik minimum AC dan MC = AVC di titik minimum AVC. • AVC mencapai titik minimum lebih rendah berbanding dengan titik minimum AC • Kecerunan / garisan tenjen keluk TC atau TVC adalah keluk MC

  23. Kaitan antara keluk kos dan keluk pengeluaran • Andaikan kos untuk buruh adalah w dan tetap. TVC = wL dTVC = wdL i. MC = dTVC / dQ = wdL / dQ MC = w / MPL Apabila keluk keluaran sut (MP) mencapai titik maksimum, keluk kos sut (MC) di titik minimum. Kos, Keluaran MC MP Keluaran, Faktor 0

  24. Kaitan antara keluk kos dan keluk pengeluaran ii. Pulangan sut berkurangan bermakna keluaran sut buruh berkurangan apabila jumlah buruh bertambah. • Oleh itu apabila pulangan sut berkurangan berlaku, keluk keluaran sut menurun dan keluk kos sut akan meningkat apabila output meningkat.

  25. Kaitan antara keluk kos dan keluk pengeluaran iii. AVC = TVC / Q AVC = wL / Q AVC = w / APL Apabila keluk keluaran purata (AP) maksimum, keluk kos berubah purata (AVC) minimum. Kos, Keluaran AVC AP Keluaran, Faktor 0

  26. Kos Jangka Panjang • Andaian dua input digunakan dalam proses pengeluaran iaitu buruh (L) dan modal (K) dan tingkat teknologi tetap. • Jumlah kos pengeluaran (TC) adalah jumlah wang yg firma belanja atas buruh dan modal TC = wL + rK di mana w = upah buruh, r = sewa bagi modal

  27. Isokos Isokos menunjukkan semua kombinasi input-input yang dapat dibeli dengan sejumlah kos. Juga dikenali sebagai ‘equal-cost line’. TC = wL + rK K = w/r adalah kecerunan keluk isokos. Isokos akan berubah disebabkan oleh: • perubahan harga input • perubahan perbelanjaan pengeluar

  28. Isokos • Bagi jumlah kos yg berbeza (tetapi harga relatif yg sama), isokos yang selari diperolehi. • Perbezaan harga relatif akan mengubah kecerunan isokos. Bagi TC1 = $80 dan w = r = $10 • pintas paksi Y bagi isokos ialah TC1/r = $80/$10 = 8K • kecerunan –w/r = –$10/$10 = –1. • Ini memberi garis RS Bila TC2 = $100 dan w = r = $10 (tidak berubah) • isokos R’S’ • pintas paksi Y,TC2/r = $100/$10 = 10K • kecerunan–w/r = –$10/$10 = –1 Bila TC1 = $80 dan r = $10 tetapi w = $5 • isokos RTdengan kecerunan –1/2

  29. Kombinasi Input Optimum • Kos Pengeluaran Minimum apabila Isokos tangen dengan Isokuan. • Rajah kiri : RS ialah isokos terendah di mana firma boleh mencapai isokuan 4Q. • Firma meminimakan kos pengeluaran 4 unit output pada titik D dengan menggunakan 4L & 4K (jumlah kos $80). • Rajah kanan :isokuan 4Q ialah isokuan tertinggi yg firma boleh mencapi dengan isokos RS (iaitu $80). • Maka, firma memaksimumkan output dengan jumlah kos $80 pada titik D dan menggunakan 4L & 4K.

  30. Syarat keseimbangan • Pada titik tangen, kecerunan isokuan (MRTSLK) = kecerunan isokos MRTSLK =w/r • Dan MRTSLK = MPL/MPK. Maka, kombinasi input kos minimum apabila MPL/MPK = w/r MPL/w = MPK/r • MPL/w = tambahan dalam output disebabkan tambahan dalam perbelanjaan (ringgit terakhir) ke atas buruh. • MPK/r = tambahan dalam output disebabkan tambahan dalam perbelanjaan (ringgit terakhir) ke atas modal. • Oleh itu bagi sesebuah firma yang meminimumkan kos akan memilih kuantiti input di mana ringgit terakhir yang dibelanjakan ke atas mana-mana input yang ditambah dalam proses pengeluaran akan memberikan nilai yang sama dalam pertambahan output. • Syarat keseimbangan : MRTSLK = • Contoh: Jika MPL= 5, MPK = 4 dan w = r, firma TIDAK memaksimumkan output atau miminumakan kos. Untuk memaksimumkan output atau miminumakan kos, firma perlu mengguna lebih buruh dan kurang modal.

  31. Peminimuman Kos J/Panjang & Pendek • Contoh: Pengeluaran 10Q • Firma meminimakan kos jangka panjang pengeluaran 10Q pada titik H, di mana isokuan 10Q adalah tangen kepada isokos $100 dan firma menggunakan 5L & 5K. • Jika modal ditetapkan pada 4K, firma meminimakan kos jangka pendek pengeluaran 10Q dengan menggunakan 7L & 4K (titik V, di mana isokuan bagi 10Q bersilangisokos $110).

  32. Lorong pengembangan & keluk kos j/panjang • Di setiap titik di mana keluk isokos tanjen kpd isokuan adalah merupakan kombinasi input di mana kosnya yang paling minimum utk mengeluarkan output tersebut. • Keluk yg menyambungkan titik-titik tanjen antara isokos dan isokuan dikenali sebagai lorong pengembangan(expansion path). • Lorong pengembangan firma ialah garis 0BDFHJN (Rajah atas).

  33. Lorong pengembangan & keluk kos j/panjang • Keluk kos jangka panjang (Rajah bawah) diterbitkan dari lorong pengembangan. • Contoh, titik B¢ pd keluk kos j/panjang LTC diterbit dari titik B pada lorong pengembangan. • Keluk kos jangka panjangLTC menunjukkan kos minimum untuk mengeluarkan sejumlah output yg diberi apabila firma beroperasi di atas lorong pengembangan.

  34. Hubungan antara Kos Purata J/pendek & J/panjang • Keluk kos purata jangka panjang (LRAC) juga dikenali ‘keluk sampul’ bagi keluk kos purata jangka pendek (SRAC). • kerana setiap titik di atas keluk LRAC adalah merupakan titik-titik tenjen kepada keluk-keluk kos purata jangka pendek. (SRAC). • Keluk LRAC dikenali sebagai “keluk perancang”

  35. Hubungan antara kos jangka pendek dan jangka panjang • Hanya terdapat satu titik di mana LRAC = SRAC = LRMC = SRMC dan dikenali titik kecekapan minimum. (Minimum efficient scale) • Kos jangka panjang adalah lebih rendah dari kos jangka pendek disebabkan penggunaan input yang lebih fleksibel dalam jangka panjang. • Selain dari itu disebabkan “learning by doing”: firma dapat meningkatkan kecekapan pengggunaan input untuk mengeluarkan output yang disebabkan oleh pengalaman yang diperolehi semasa dalam proses pengeluaran. • Learning by doing ditunjukkan oleh kejatuhan ketinggian keluk kos purata di setiap tingkat output.

  36. Contoh • Rajah menunjukkan bilangan jam kerja (dalam ribu) yg diperlu untuk menghasilkan kapal terbang: • 900 jam diperlukan untuk kapal terbang ke-10, • 550 jam untuk kapal terbang ke-20, • 400 jam untuk ke-40, • 300jam untuk ke-100.

  37. Bentuk Keluk Kos Purata J/panjang • Kedua-dua keluk kos purata j/pendek & panjang berbentuk “U”. • Keluk kos purata j/pendek berbentuk “U” disebabkan oleh hukum pulangan berkurangan. • Keluk kos purata j/panjangberbentuk “U” disebabkan olehpulangan bertambah ikut skala / ekonomi ikut bidangan danpulangan berkurangan ikut skala / ekonomi tidak ikut bidangan.

More Related