Download
nota 3 n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
Nota 3 PowerPoint Presentation

Nota 3

237 Vues Download Presentation
Télécharger la présentation

Nota 3

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. Nota 3 Mengenal pasti masalah kajian

  2. Apa itu masalah kajian dan mengapa ia penting? Dimana anda menjumpai “masalah?” Bagaimana bezakannya daripada bahagian lain?” Bolehkah dan patutkan masalah dikaji? Bagaimana masalah berbeza bagi kajian kuantitatif dan kualitatif? Apakah lima elemen dalam bahagian pernyataan masalah? Bagaimana menulis bahagian ini dalam kajian anda? Konsep utama

  3. Kenapa masalah kajian itu penting? • Memantapkan kepentingan topik • Menimbulkan minat pembaca • Memfokus perhatian pembaca ke atas bagaimana kajian akan menambah literatur

  4. Dimana masalah kajian diletakkan? • Padababpendahuluan: • Apakahisuataumasalah yang inginditangani? • Apakahpertimbangandanconcerndibelakangkajian? • Kenapakajianingindijalankan? • Kenapakajianinipenting?

  5. Bagaimana ia berbeza dari bahagian lain? • Masalah kajian adalah isu atau masalah dalam kajian • Topik kajian ialah bidang yang ingin dikaji. • Tujuanadalah tujuan atau objektif kajian • Soalan kajian adalah soalan yang ingin dicari jawapannya oleh pengkaji.

  6. Perbezaan antara Topik, Masalah, Tujuan dan Persoalan kajian Umum Topik Pembelajaran jarak jauh Masalah kajian Kurang pelajar Mengkaji mengapa pelajar tidak mengikuti PJJ di kelas komuniti Pernyataan tujuan Adakah penggunaan teknologi laman web dalam bilik darjah tidak menggalakkan pelajar mengikti pembelajaran jarak jauh? Soalan Kajian Spesifik

  7. Adakah masalah perlu dan boleh dikaji? • Bolehkah masalah dikaji? • Adakah anda mempunyai akses kepada lokasi kajian? • Adakah anda mempunyai masa, sumber dan kemahiran untuk menjalankan kajian? • Patutkah masalah dikaji? • Adakah ia menambah pengetahuan? • Adakah ia menyumbang kepada amalan?

  8. GUna kuantitatifjika masalah kajian memerlukan anda Mengukur pembolehubah Mentaksir kesan pembilehubah ke atas hasil Menguji teori atau penjelasan umum Menggunakan hasil ke atas bilangan orang yang ramai Guna kualitatifjika masalah kajian memerlukan anda Mempelajari tentang pandangan orang yang ingin dikaji Menilai proses Menjana teori berdasarkan perspektif peserta Mendapatkan maklumat yang terperinci tentang bilangan orang atau tempat yang sedikit. Bagaimana masalah kajian berbeza untuk kajian kuantitatif dan kualitatif?

  9. URUTAN IDEA Apa yang diperolehi oleh audiens jika Kekurangan bukti diatasi Kekurangan dari segi bukti Isu pendidikan Bukti kepada isu TopiK Subject Area • A Concern • A Problem • Something • that needs a • solution • Evidence from • the literature • Evidence from • practical • experiences • In this body of • evidence, what is • missing? • What do we • need to know • more about? • How will addressing • what we need to • know help: • researchers • educators • policy makers • individuals like • those in the study Lima elemen dalam pernyataan masalah

  10. 5.2 PERANCANGAN KAJIAN • Selepas topik kajian dikenalpasti, kita perlu menentukan tujuan, objektif, soalan dan hipotesis kajian. 2. Kedua, rancang kaedah dan tatacara kajian yang hendak dijalankan. • Rancangan kajian ini akan memberi gambaran tentangsiapakah responden, apakah variabel, jenis data dan alat-alat kajian. 4. Setelah topik kajian dikenalpasti, pilih bentuk kajian yang sesuai sama ada kaedah kualitatif @ kuantitatif.

  11. 5.2 PERANCANGAN KAJIAN 5.2.1 SOALAN & DATA KAJIAN • Soalan-soalan kajian adalah soalan-soalan yang kita tanya, jawapannya boleh digunakan untuk mencapai tujuan kajian dijalankan. 2. Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab dengan menganalisis data kajian selepas data dikutip. Tatacara terperinci untuk melaksanakan kajian. 1. Tatacara Pengutipan Data 2. Analisis Data yang Dikutip 3. Pembentangan Dapatan Kajian

  12. PENGENALAN :TinjauanLiteratur- bertujuanuntukkitamemahamibidangkajiandenganlebihmendalam.- meliputipenjelasantentangkonseppenting, teori- teori yang berkaitanserta model danprinsip yang dapatdiamalkandalamkajiankita.- memberikitapengetahuantentangkaedahkajian yang lebihsesuaidanjugamasalah yang mungkinkitahadapisemasakajiandilakukan.

  13. MEMAHAMI BIDANG KAJIANLangkah-langkahyanagakankitaambiluntukmenelitiliteraturdankajianberkaitan.1. Dapatkanbahanberkaitandaripadatesisdalambidangkajian, jurnal, buku, internet, laporankajiandi Malaysia dsb.2. Menyaringbahan-bahanini yang berkaitrapatdengantopikkajiandandikelaskanmengikutbabkajiandantopik-topiknya.3. Baca bahan yang disaringdansediakanabstrak yang mengandunginamapengarang, tahunkajiandijalankan, topikkajian, tempatkajiandijalankan, metodologikajian, hasilkajiandankesimpulannya.

  14. 4. Rekodkan maklumat sumber bahan seperti nama pengarang, tahun, topik artikal, penerbit dan tempat diterbitkan untuk menulis petikan dan rujukan dalam cadangan kajian.5. Tinjauan literatur memerlukan banyak teori dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan.

  15. RumusantentangKajianLepas • Apabila menganalisis kajian-kajian lepas, anda memberi perhatian kepada kronologi ( susunan ) kajian-kajian untuk menentukan perkaedahan atau dapatan kajian. • Anda perlu meneliti dan melaporkan kajian terkini ( dalam lingkungan lima tahun ) • Anda perlu memberi perhatian kepada skop, saiz sampel, reka bentuk, dan alat kajian, kaedah penganalisisan data dan dapatan kajian.

  16. Peringatan : banyak faktor yang memberi kesan kepada keputusan kajian. • Contoh : saiz sampel yang kecil akan merendahkan kesahan luaran berbanding dengan saiz sampel yang besar. • Kaedah eksperimen boleh membuktikan sebab dan kesan bagi sesuatu fenomena. • Dalam rumusan daripada dapatan-dapatan kajian lepas, anda perlu menyatakan kajian mana yang menghasilkan dapatan-dapatan yang sama dan yang berbeza. - Seterusnya, anda perlu memberi pendapat dan membuat kesimpulan tentang kajian-kajian lepas yang ditinjau.

  17. PERANCANGAN KAJIAN REKA BENTUK KAJIAN Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana: i. Sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan ii. Apakah rawatan yang akan diberikan iii. Apakah dan bagaimanakah data dikutip

  18. PERANCANGAN KAJIAN REKA BENTUK KAJIAN Kuantitatif1. Eksperimen2. Kuasi-eksperimen3. Kolerasi4. Tinjauan Gabungan Kualitatif dan Kuantitatif1. Kaedah bercampur2. Kajian Tindakan Kualitatif1. Teori grounded2. Etnografi3. Naratif

  19. PERANCANGAN KAJIAN POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN • PopulasidanSampelKajian – “Populasiadalahkumpulansasaranpengkaji, iaitukumpulankepadasiapahasilkajianakandigeneralisasikan”. Gay danAirasian (2003) • Sampel Kajian – Responden-responden kajian yang dipilih mewakili populasi.

  20. PERANCANGAN KAJIAN POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN PemilihanSampel Rawak Mudah Rawak Berstrata Sistematik Kelompok

  21. PERANCANGAN KAJIAN POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN RawakMudah 1. Persampelan Rawak Mudah (PRM) – satu proses pemilihan sampel di mana semua individu dalam populasi tertentu mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. • Langkah-langkah - i. Kenalpasti populasi & berikan definisinya. (e.g. Tahun 1) ii. Tentukan bilangan ahli populasi & senaraikan nama mereka (e.g. 250 orang) iii. Berikan turutan nombor (e.g. 000 – 249) iv. Tentukan saiz sampel (e.g. 50 orang @ 20%)

  22. RawakBerstrata • Persampelan Rawak Berstrata (PRB) – satu proses pemilihan sampel iaitu populasi kajian dibahagikan kepada beberapa strata / kumpulan kecil: e.g. murid lelaki pandai (MLP) murid lelaki lemah (MLL) murid perempuan pandai (MPP) murid perempuan lemah (MPL) • Langkah-langkah - i & ii. sama seperti PRM iii. Bahagikan populasi kpd strata tertentu (MLP,MLL,MPP,MPL) iv. Tentukan bil. Ahli populasi dlm setiap strata (MLP-50 org, MLL-70 org, MPP-100 org, MPL-30 org) v. Berikan no. kpd setiap ahli populasi dlm setiap strata (MLP 00-49, MLL 00 – 69, MPP 00 – 99, MPL 00 – 29) vi. Tentukan saiz sampel setiap strata (10 org MLP, 14 orang MLL, 20 org MPP, 6 org MPL, iaitu 20% daripada populasi dalam setiap strata.

  23. PERANCANGAN KAJIAN 5.2.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Sistematik • Persampelan Sistematik (PS) – satu proses pemilihan sampel iaitu setiap ahli populasi diberikan nombor berturutan, dan sampel dipilih dengan mengambil ahli populasi yang bernombor dengan selang tertentu:e.g. nombor 5, 10, 15, 20…..sehingga saiz sampel yang dikehendaki diperoleh. • Langkah-langkah - i, ii, iii, iv sama seperti PRM v. Utk mendapatkan selang nombor, bahagikan saiz populasi dengan saiz sampel (e.g. 250 / 50 = 5) vi. Untuk mendapatkan sampel, kita boleh memilih ahli-ahli nombor 4, 9, 14, 19,….249; yang akhirnya kita akan dapat 50 orang murid sampel.

  24. POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN Kelompok • Persampelan Kelompok(PK) – satu proses pemilihan sampel iaitu ahli-ahli populasi berada dalam kumpulan-kumpulan tertentu, dan pemilihan sampel dibuat dengan: i. memilih beberapa kumpulan secara rawak ii. mengambil semua ahli daripada kumpulan sebagai sampel kajian.

  25. INSTRUMEN KAJIAN • Pengutipan data kajianmemerlukaninstrumenkajian yang sesuaiuntukmenjawabsoalan-soalankajian.Prosespembinaanalatkajianterbahagikepadaduabahagian. PEMBINAAN INSURUMENKAJIAN Menentukan Objektif Menentukan Kandungan

  26. PEMBINAAN INSTRUMEN KAJIAN MenentukanObjektif SesuatuujianperludibinamengikutobjektifnyaObjektifTingkahLaku yang ingindiukurperludinyatakandenganjelasdaniahendaklahbolehdicapai. MenentukanKandungan Ujian yang berkesanialahujian yang mempunyaikebolehpercayaandankesahankandungan yang tinggi, iaituberupayamengukurkandungansecaratekaldantepat.

  27. KEBOLEHPERCAYAAN Terdapat 3 jeniskebolehpercayaaniaitu:i. Kestabilan (stability) ii. Kesetaraan (equivalence) iii. Ketekalandalaman (internal consistency) Kebolehpercayaan Kesetaraan Kestabilan KetekalanDalaman

  28. KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN Kestabilan Ialah ukuran ketekalan (consistency) mengikut peredaran masa bagi sampel yang sama.Ini bermakna alat/ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama dari semasa ke semasa bagi responden yang sama.

  29. KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN Kesetaraan Ialah ukuran kesetaraan antara skor bagi 2 ujian yang setara, iaitu ujian yang berbeza, tetapi mengukur kandungan yang sama.Ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama sekiranya responden yang sama mengambil 2 ujian yang berbeza tetapi setara.

  30. KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN Ketekalan Dalaman Ialah ukuran ketekalan antara skor separuh daripada ujian dengan skor separuh lagi ujian bagi ujian yang sama.Ujian yang boleh dipercayai akan memberikan skor yang sama bagi responden yang sama sekiranya ujian tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian

  31. KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN Kesahan Kandungan Ialah ukuran sejauh / setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur kandungan bidang yang hendak diukur.Sekiranya kesahan kandungan rendah maka markah yang diperoleh tidak menunjukkan keupayaan sebenar responden bagi kandungan yang diukur.

  32. KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN Kesahan Hubungan Kriteria Terdiri daripada 2 bentuk iaitu: i. Kesahan serentak – sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil serentak. i. Kesahan ramalan – sejauh mana sesuatu alat ukur itu berupaya menghasilkan skor yang mempunyai hubungan dengan skor yang dihasilkan oleh alat lain yang diambil kemudian.

  33. KEBOLEHPERCAYAAN & KESAHAN Kesahan Konstruk Kesahan Konstruk – Ukuran sejauh / setepat mana sesuatu ujian dapat mengukur sesuatu konstruk / gagasan berasaskan teori psikologi tertentu.e.g. alat yang dibina untuk mengukur konstruk “rajin” sepatutnya dapat mengukur konstruk itu dengan baik.

  34. KAJIAN RINTIS • Kajian Rintis – Kajian yang dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan bertujuan untuk memastikan alat-alat kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat menyelesaikan masalah-masalah yang mungkin berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.

  35. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA PengumpulanData Teknik yang digunakanuntukmengumpulkan data dalampenelitianinimenurutPattaBundu (2008:6) dilakukandenganujian, observasi (Pengamatan), danwawancara. a.    Ujian/ soalselidik adalahserangkaianpertanyaanataulatihanataualat lain yang digunakanuntukmengukurapa yang hendakdiukur yang dimilikiolehindividuataukelompok. Iadilakukanuntukmengumpulkanmaklumatdan data. ujiandilakukanpadaawalpenelitian, padaakhirsetiaptindakan, danakhirsetelahdiberikantreatment.

  36. PROSEDUR PENGUMPULAN DATA b.    Pemerhatian Pemerhatianadalahcaramengumpulkan data denganmengadakancatatanterhadapapa yang menjadisasaran. c.    Temubual Temubualadalahtekhnikpengumpulan data/informasitertentu yang dilaksanakandengantekniksoaljawabsecaralisan.

  37. PENGANALISISAN DATA Data perludimasukkankedalam fail dandisemaksebelumanalisisdibuat Analisis data kualitatifdankuantitatifadalahberbeza

  38. MENGUKUR VARIABEL KAJIAN GAYA KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH SIKAP TERHADAP SEKOLAH PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR GAYA PENGAJARAN GURU KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL LATAR BELAKANG SOSIO EKONOMI IBU BAPA

  39. PENGANALISISAN DATA KUALITATIF MENYEDIA DAN MENYUSUN DATA UNTUK DIANALISIS MENGHURAI DAN MEMBINA TEMA DARIPADA DATA MELAPORKAN DAPATAN KAJIAN MENAFSIRKAN DAPATAN KAJIAN SAHKAN KETEPATAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN DAPATAN KAJIAN

  40. KODKAN TEKS SEBAGAI HURAIAN UNTUK DIGUNAKAN DALAM LAPORAN KAJIAN KODKAN TEKS SEBAGAI TEMA UNTUK DIGUNAKAN DALAM LAPORAN KAJIAN Iteratif MENGEKODKAN DATA Serentak MENYEDIAKAN DATA UNTUK DIANALISIS MEMBACA DATA MENGUTIP DATA PROSES KUALITATIF PENGANALISISAN DATA

  41. PENGANALISISAN DATA KUANTITATIF 1. UBAH DATA KUALITATIF KEPADA KUANTITATIF BERI SKOR NUMERIK KEPADA SETIAP RESPON PILIH PROGRAM KOMPUTER STATISTIK YANG AKAN DIGUNAKAN DATA SETIAP RESPONDEN KAJIAN DIMASUKKAN KE DALAM PENGKALAN DATA KOMPUTER

  42. PENGANALISISAN DATA KUANTITATIF 2.TENTUKAN UKURAN SETIAP VARIABEL KAJIAN YANG DIGUNAKAN ADAKAH DIUKUR GUNA SKOR SATU ITEM ? ADAKAH DIUKUR GUNA SKOR KOMPOSIT BEBERAPA ITEM ?

  43. PENGANALISISAN DATA KUANTITATIF 3. PROGRAMKAN KOMPUTER UNTUK BERIKAN KEKERAPAN BAGI SETIAP SKOR UNTUK MENYEMAK JIKA TERDAPAT SKOR TERSALAH MASUK GEORGE MALLERY, 2001 – JIKA PENGKALAN DATA ADA DATA HILANG, GUNAKAN PURATA KUMPULAN BAGI MENGGANTIKAN DATA TERSEBUT PROGRAMKAN PENGIRAAN SKOR KOMPOSIT BAGI SEMUA VARIABEL SEPERTI JUMLAH SKOR, SKOR PURATA, PERBEZAAN SKOR ATAU SKOR LOG

  44. PENGANALISISAN DATA KUANTITATIF 4. MEMILIH ANALISIS STATISTIK YANG SESUAI UNTUK MENJELASKAN PROFIL / LATAR BELAKANG RESPONDEN DAN MENJAWAB SOALAN-SOALAN KAJIAN ANALISIS STATISTIK STATISTIK DESKRIPTIF STATISTIK INFERENTIAL MENJELASKAN CIRI-CIRI BERKAITAN SAMPEL DENGAN MENGGUNAKAN STATISTIK KEKERAPAN, PERATUS, MIN, DAN SISIHAN PIAWAI UNTUK JELASKAN PROFIL . LATAR BLKG RESPONDEN MENJELASKAN CIRI-CIRI BERKAITAN POPULASI DENGAN MENGGUNAKAN DATA STATISTIK LANJUTAN SEPERTI KUASA DUA, KORELASI, REGRESI, UJIAN-t, ANALISIS VARIANS DAN KOVARIANS UNTUK MENGUJI HIPOTESIS