1 / 27

AHLI KUMPULAN ABDULLAH AMIN BIN SHAMIN AHMAD 118707 ABDUL HALIM BIN HJ AHMAD 119143

AHLI KUMPULAN ABDULLAH AMIN BIN SHAMIN AHMAD 118707 ABDUL HALIM BIN HJ AHMAD 119143 MOHD KUSHAIRY BIN KHALID 118937 ZULFADLI BIN BAHARUM 118615. PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN. PENGENALAN.

ciara
Télécharger la présentation

AHLI KUMPULAN ABDULLAH AMIN BIN SHAMIN AHMAD 118707 ABDUL HALIM BIN HJ AHMAD 119143

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. AHLI KUMPULAN ABDULLAH AMIN BIN SHAMIN AHMAD 118707 ABDUL HALIM BIN HJ AHMAD 119143 MOHD KUSHAIRY BIN KHALID 118937 ZULFADLI BIN BAHARUM 118615

  2. PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN

  3. PENGENALAN • Segala bentuk polisi yang berkaitan dengan pemindahan peranan, fungsi dan tanggung jawab kerajaan kepada sektor swasta. • Benih asal konsep penswastaan ini wujud sejak dari zaman bermulanya ilmu ekonomi itu sendiri melalui Adam Smith dengan teori tangan tak nampaknya.

  4. LATAR BELAKANG • Ekonomi dunia mengalami kemelesetan menjelang tahun 70-an menyebabkan masyarakat mula sangsi akan keupayaan kerajaan untuk memberi kehidupan yang bahagia kepada semua individu di dalam sesebuah negara. • Kempen terhadap penswastaan secara terang-terang dimulakan oleh Bank Dunia dan IMF (International Monetary Fund) pada tahun 80-an

  5. Pelan Induk Penswastaan(PIP) • Lima matlamat utama : membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan beban pentadbiran dan kewangan Kerajaan; meningkatkan kecekapan dan produktiviti; mengecilkan saiz dan mengurangkan penglibatan sektor awam dalam aktiviti ekonomi serta membantu pencapaian matlamat penyusunan semula yang terkandung dalam Dasar Pembangunan Nasional.

  6. Kaedah PIP: • Pelan Induk Penswastaan (PIP) digubal pada tahun 1991. Pelan Induk ini meletakkan batu asas kepada pelaksanaan Dasar Penswastaan yang selaras, sistematik dan komprehensif. Ia merupakan dokumen penting yang menjelaskan rangka kerja dasar yang menyeluruh mengenai program penswastaan, prosedur pelaksanaan dan penentuan susunan keutamaan projek yang akan diswastakan • Penjualan aset, penjualan ekuiti, pajakan aset, pembelian syarikat oleh pengurusan (MBO), bina-milik-kendali (BMK) dan bina-kendali-pindah (BKP).

  7. Pelaksanaan Penswastaan: • Dua pendekatan telah diterima pakai iaitu berdasarkan projek yang dikenalpasti oleh kerajaan dan projek yang dicadangkan oleh pihak swasta. Projek yang dicadangkan oleh pihak swasta adalah bertujuan khususnya untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan ke atas daya usaha dan inovasi mereka.

  8. Tujuan • Meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak swasta • Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta daya pengeluaran. • Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara • Mengecilkan saiz sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.

  9. Cara-cara Penswastaan • Secara sebahagian-sebahagian sahaja hak milik kerajaan dipindahkan ke sektor swasta. Contoh: Syarikat Airod Sdn Bhd. • Penswastaan secara terpilih - sebahagian sahaja perkhidmatan kerajaan yang diswastakan. Contoh: Dermaga Kontena Pelabuhan Klang.

  10. Penswastaan bercorak perniagaan tetapi hak milik masih dipunyai oleh kerajaan. Contoh: TNB (Tenaga Nasional Berhad). • Penswastaan bercorak kontrak. Contoh : penswastaan pembakaran sampah DBKL. • Penswastaan secara pajakan. Contoh : penswastaan tempat meletak kereta.

  11. ISU PENSWASTAAN AGENSI KERAJAAN : ADAKAH KITA BERSEDIA ?????

  12. Program penswastaan dengan berpandukan Pelan Induk Penswastaan terus dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia. • Sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri daripada 47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek.baru yang diswastakan, 49 projek adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik dan gas. Lima daripada projek tersebut telah disiapkan manakala 25 projek masih dalam pelbagai tahap pelaksanaan dan selebihnya di peringkat awal perancangan.

  13. KEBAIKAN Kecekapan dan produktiviti. • Kualiti perkhidmatan dan pengurusan entiti yang diswastakan telah meningkat dengan ketara • Syarikat yang diswastakan telah menaik taraf kemudahan melalui penggunaan teknologi baru dan moden, pengembangan rangkaian kapasiti dan perkhidmatan, perubahan dalam pengurusan dan organisasi serta penerapan sikap positif di kalangan kakitangan.

  14. SUMBER: RANCANGAN MALAYSIA KE - 8

  15. SUMBER : RANCANGAN MALAYSIA KE - 8

  16. MANFAAT KEPADA ORANG AWAM • Penswastaan memberi manfaat kepada orang awam memandangkan rakyat dapat menikmati lebih awal kemudahan yang disediakan melalui penswastaan berbanding jika projek tersebut dilaksanakan oleh kerajaan. Ini adalah kerana kerajaan mempunyai sumber pembiayaan yang terhad. Orang awam juga mendapat manfaat melalui penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan liputan perkhidmatan yang lebih luas.

  17. Pembinaan lebuh raya bertol yang diswastakan telah mengubah corak perjalanan pengguna jalan raya. • Pengurangan masa perjalanan dan kos penyelenggaraan kenderaan yang rendah. Lebuh raya tesebut menyediakan laluan yang lebar, penunjuk arah yang jelas dan terletak di lokasi yang strategik serta tempat rehat yang memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna.

  18. MANFAAT KEPADA KERAJAAN • Kerajaan juga telah mendapat manfaat daripada program penswastaan melalui hasil bayaran konsesi, cukai korporat dan pengurangan perbelanjaan sektor awam. • Pemindahan sebanyak 17,442 anggota sektor awam ke sektor swasta telah dapat mengurangkan beban pentadbiran kerajaan

  19. SUMBER : RANCANGAN MALAYSIA KE - 8

  20. Penyertaan Bumiputera • Selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), penyertaan Bumiputera terus diberi penekanan melalui program penswastaan. • Pemilikan dan Penguasaan Ekuiti oleh golongan Bumiputera.

  21. SUMBER : RANCANGAN MALAYSIA KE - 8

  22. KELEMAHAN Kesan buruk terhadap rakyat di negara ini : • Mengutamakan pertimbangan mengaut keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan kepentingan awam • Pengecilan saiz perkhidmatan awam akan melibatkan pengurangan kakitangan yang melibatkan berbagai masalah sosial lainnya seperti pengangguran

  23. Kos perkhidmatan bagi sektor yang diswastakan akan meningkat dari semasa ke semasa dan ini akan menimbulkan kesulitan kepada orang ramai dan para pengguna. • Syarikat yang dipertanggungjawabkan akan lebih menjaga kepentingan pemegang syer daripada kepentingan hak pengguna. • Saham-saham bagi syarikat berkenaan akan hanya mampu dibeli oleh orang-orang berada dan ini akan menambahkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan rakyat.

  24. KESIMPULAN • Penswastaan telah berjaya meningkatkan kualiti perkhidmatan berbanding di bawah seliaan kerajaan. • Namun, masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki. • Pihak kerajaan telah lama bersedia dalam menjalankan penswastaan. • Masyarakat pula, masih belum bersedia namun mereka terpaksa juga mengharungi arus penswastaan ini.

  25. “Pendekatan yang diguna dalam urusan penswastaan kita diasaskan kepada keperluan mengimbang kedudukan ekonomi dan sosial antara kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru adalah satu-satunya 'socio-economic engineering plan' yang penting bagi negara kita. Penswastaan diguna untuk menjayakan proses ini “ Ucapan Majlis Pembukaan oleh YAB Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia Di Majlis Perasmian Bangunan Pusat Perkembangan Industri Sekuriti dan Suruhanjaya Sekuriti Pada 26 Februari 1999

  26. SEKIAN………..TANYA LAH SOALAN…….

More Related