1 / 58

Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik

GTJ 302. Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik. Dr. Muhd. Najib b. Mohd. Alwi Jabatan Psikiatri najib@kck.usm.my. Objektif. Mengenalpasti dan menerangkan penyakit mental akibat stres dan neurotik

cleta
Télécharger la présentation

Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. GTJ 302 Penyakit Mental Akibat Stres dan Penyakit Neurotik Dr. Muhd. Najib b. Mohd. Alwi Jabatan Psikiatri najib@kck.usm.my

  2. Objektif • Mengenalpasti dan menerangkan penyakit mental akibat stres dan neurotik • Memahami rawatan dan jenis-jenis terapi, termasuk perkhidmatan masyarakat untuk penyakit stres dan neurotik • Merancang perawatan untuk penyakit stres dan neurotik

  3. Apa itu Stres? • Hans Selye: • “kadar ‘wear and tear’ di dalam tubuh” • James Mills: • “reaksi dalaman seseorang terhadap sesuatu yang berlaku pada dirinya atau tuntutan yang diletakkan ke atas dirinya”

  4. Sedikit tekanan (stres) adalah normal (baik) malahan amat perlu untuk memastikan seseorang itu cukup bermotivasi dan boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada sesuatu tugasan.

  5. UNDERSTIMULATION • ZONE • BOREDOM • FATIGUE • FRUSTRATION • DISSATISFACTION • OPTIMUM STIMULATION ZONE • CREATIVITY • RATIONAL PROBLEM SOLVING • PROGRESS • CHANGE • SATISFACTION • OVER- • STIMULATION ZONE • IRRATIONAL PROBLEM SOLVING • EHXAUSTION • ILLNESS • LOW SELF-ESTEEM PERFORMANCE Lifeline Death from Lack of Stress Death from Stress STRESS

  6. Penyakit Mental Akibat Stres

  7. Jenis-Jenis Masalah: • Reaksi Stres Akut (Acute Stress Reaction) • Kecelaruan Stres Pasca Trauma (Post-Traumatic Stress Disorder)

  8. Reaksi Stres Akut

  9. Reaksi Stres Akut • Definisi: reaksi akut seseorang (beberapa jam sehingga beberapa hari) terhadap sesuatu insiden yang boleh mendatangkan stres • Biasa berlaku selepas: • Kemalangan motor • Kebakaran • Serangan fizikal (termasuk rompakan, rogol dsbnya) • Berita yang sangat mengejutkan/menyedihkan

  10. Reaksi Stres Akut • Gejala-gejala: • Anxieti • Kemurungan • Rasa kaku, terpingga-pingga, sukar tidur, hilang konsentrasi, marah-marah dan gejala-gejala hiperarousal (keresahan, mudah terkejut, ketakutan)

  11. Reaksi Stres Akut • Rawatan: • Mengurangkan gerakbalas emosi: • meluahkan perasaan, drug anti-anxieti • Menggalakkan mengingati insiden berkenaan: • mengelakkan sengaja menghindari (avoidance) • Mempelajari kemahiran menghadapi masalah (coping skills) yang efektif

  12. Kecelaruan Stress Pasca Trauma Traumatic Neurosis Combat Neurosis Shell-shock Syndrome

  13. Kecelaruan Stres Pasca Trauma • Definisi: reaksi yang ekstrim kepada sesuatu stresor yang berat (yang biasanya akan mengakibatkan penderitaan kepada sesiapa sahaja)

  14. Kecelaruan Stres Pasca Trauma • Gejala-gejala: • berulangkali “mengalami semula” (re-experiencing) insiden traumatik tersebut • berterusan mengelak diri dari perkara-perkara yang boleh mengingatkan tentang trauma itu • gejala-gejala hiperarousal • kemerosotan fungsi psikososial

  15. Kecelaruan Stres Pasca Trauma • Prevalens jangkahayat: 1 - 9% • Kes kronik: 1% lelaki, 5% wanita • Ko-morbiditi yang tinggi dengan kemurungan, anxieti, kecelaruan personaliti dan penyalahgunaan bahan • Prognosìs lebih baik jika: • fungsi pra-morbid yang sihat • trauma singkat yang kurang berat • sokongan sosial yang baik • tiada sejarah keluarga berpenyakit psikiatri

  16. Kecelaruan Stres Pasca Trauma • Faktor Penyebab: • Insiden yang menyebabkan stres yang melampau • Genetik: 1/3 kes • Personaliti yang ‘vulnerable’ • Kelainan sistem limbik otak akibat pendedahan kepada situasi traumatik yang ekstrim

  17. Kecelaruan Stres Pasca Trauma • Rawatan: • Pencegahan: perancangan khusus untuk mengurangkan kesan psikologikal selepas sesuatu bencana

  18. Kecelaruan Stres Pasca Trauma • Rawatan: • Rawatan khusus: • Kaunseling: sokongan emosi – ketakutan, rasa bersalah dsb.nya • Terapi tingkahlaku: “flooding” • Psikoterapi • Drug: anti-anxieti dan anti-kemurungan

  19. Penyakit Neurotik

  20. Definisi Penyakit Neurotik • Penyakit Neurotik : Sejenis penyakit mental yang kronik yang ciri utamanya ialah simptom-simptom yang menyusahkan seseorang dan dianggapnya menggangu dan ego-distonik. • Simptom-simptom itu tidaklah mengakibatkan pesakit tidak siuman dan secara kasarnya ianya tidaklah mengganggu norma-norma sosial. Ia biasanya berterusan dan berulang.

  21. Ciri Utama Penyakit Neurotik : Kecelaruan yang kronik dan berulang yang dicirikan oleh simptom anxieti

  22. Ciri-ciri Umum Anxieti • Suatu keadaan emosi melibatkan perasaan resah dan takut yang subjektif • Emosi yang tidak selesa dan keresahan yang mungkin disertai perasaan seumpama menghampiri mati • Merasai sesuatu yang buruk akan berlaku pada masa akan datang • Mungkin melibatkan ketidakselesaan tubuh badan (bodily discomfort) seperti berdebar, sesak nafas, kerengsaan perut, kekeringan mulut, tangan terketar-ketar dll

  23. Pengkelasan Penyakit Neurotik • Kecelaruan Panik dan Fobia (Panic and Phobic Disorders) • Kecelaruan Anxieti Menyeluruh (Generalized Anxiety Disorder) • Kecelaruan Obsesif Kompulsif (Obsessive Compulsive Disorder) • Kecelaruan Disosiatif (Konversi) (Dissociative / Coversion Disorder) • Kecelaruan Somatoform (Somatoform Disorder)

  24. Kecelaruan Panik dan Fobia

  25. Kecelaruan Panik • Definisi: • serangan panik berulang yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diduga dan biasanya didominasi oleh gejala fizikal yang mungkin dirasakan boleh menyebabkan akibat yang serius seperti serangan jantung dan sebagainya

  26. Kecelaruan Panik • Gejala-gejala serangan panik: • Susah bernafas • Berdebar-debar • Nyeri atau sakit dada • Berpeluh • Pening, mahu pitam • Loya-loya / sakit perut • Depersonalisasi / derealisasi • Kebas-kebas • Menggigil • Takut nak mati • Takut hilang kawalan / jadi gila

  27. Kecelaruan Panik • Prevalen tahunan: 13/1000 lelaki, 32/1000 wanita • Prevalen jangkahayat: 56/1000 • Prognosis: • berkala dan kronik, mungkin sehingga 20 tahun jika tidak dirawat • Boleh mendapat kemurungan / agorafobia (selepas ini!)

  28. Kecelaruan Panik • Faktor penyebab: • Kelainan biokimia di dalam otak: reseptor serotonin dan noradrenalin • Hipotesis hiperventilasi: serangan panik = hiperventilasi involuntari • Hipotesis kognitif: ketakutan terhadap penyakit yang menokok

  29. Kecelaruan Panik • Rawatan: • Drug: • Anti-anxieti • Anti-kemurungan • “rebreathing”: • Untuk pesakit yang berhiperventilasi • Terapi Kognitif

  30. Fobia • Definisi: • Ketakutan berlebihan dari yang sepatutnya pada sesuatu keadaan • Tidak boleh dijelaskan secara rasional • Tidak dapat dikawal oleh individu berkenaan (bukan disengajakan) • Ketakutan akhirnya menyebabkan pengelakkan daripada menghadapi situasi/benda berkenaan (avoidance behaviour)

  31. Fobia • Pengkelasan: • Agorafobia • Fobia Sosial (Social Phobia) • Fobia Spesifik

  32. Agorafobia • Definisi: • ketakutan kepada ruang terbuka / tempat awam / berada jauh dari rumah secara bersendirian • Biasanya dimulai dengan suatu serangan anxieti / panik • Prevalen jangkahayat: 6-10% • Prevalen tahunan: 1.7% lelaki, 3.8% wanita • 66% pesakit : wanita • Muncul di antara umur 15 –35

  33. Agorafobia • Prognosis: • berkala dan bila telah sebati boleh berterusan sehingga beberapa tahun • Faktor Penyebab: • Personaliti pasif, resah dan terlalu bergantung • Biasanya didahului oleh acara kehidupan yang major (major life events) • Insiden fobia semasa kanak-kanak • Serangan anxieti pertama: seperti kecelaruan panik • Penghindaran tempat awam: pelaziman yang dipelajari

  34. Agorafobia • Rawatan: • Terapi Tingkahlaku: kombinasi “pendedahan” dan teknik menghadapi serangan panik • Drug: • Anti-anxieti • Anti-kemurungan

  35. Fobia Sosial • Definisi: ketakutan yang tidak rasional tetapi berterusan terhadap, dan keinginan untuk, mengelak situasi yang boleh mendedahkan individu berkenaan kepada penilaian dan kritikan orang lain atau kebimbangan tentang berlakunya kelakuan yang akan memalukan dirinya di khalayak ramai

  36. Fobia Sosial • Lelaki  wanita • Prevalen tahunan: 7% lelaki, 9% wanita • Biasanya muncul daripada umur baligh ke atas • Prognosis: bertambah teruk mengikut masa dan boleh berterusan sehingga beberapa tahun

  37. Fobia Sosial • Faktor penyebab: • Genetik: kerapkali terdapat ahli keluarga yang turut menghadapinya • Faktor kognitif: kerisauan yang melampau terhadap kritikan orang lain • Rawatan: • Terapi Kognitif dan Tingkahlaku: pendedahan kepada situasi yang ditakuti dan pengurusan anxieti • Drug: • Anti-anxieti • Anti-kemurungan

  38. Fobia Spesifik • Definisi: ketakutan yang tidak rasional tetapi berterusan terhadap, dan keinginan untuk, mengelak daripada bertembung dengan sesuatu objek atau situasi yang spesifik (selain daripada agorafobia dan fobia sosial) • Contoh-contoh fobia: • Fobia binatang • Fobia penyakit • Fobia darah • Fobia suntikan • Fobia lif / kapalterbang • Fobia tempat tinggi / air

  39. Fobia Spesifik • Insiden lelaki = wanita kecuali “fobia binatang” : > wanita • Prevalens jangkahayat: 4% lelaki, 13% wanita • Biasanya bermula dari kanak-kanak • Prognosis: • Jika bermula dari kanak-kanak: bertahun-tahun • Jika bermula umur dewasa, prognosa lebih baik terutamanya jika jelas berlaku selepas sesuatu insiden yang berstres (stressful)

  40. Fobia Spesifik • Faktor penyebab: • Genetik: sedikit sahaja pengaruhnya • Psikoanalitik: “displacement” sesuatu anxieti yang terlindung • Kebanyakan kes adalah penerusan daripada fobia ketika kanak-kanak: pengkondisian situasi yang menakutkan • Rawatan: • Terapi tingkahlaku: pendedahan

  41. Kecelaruan anxieti menyeluruh

  42. Definisi: anxieti yang menyeluruh dan berterusan tanpa sebarang gejala yang spesifik (seperti fobia atau panik) Gejala utama: Kerisauan dan keresahan subjektif yang berlebihan dan tidak boleh dikawal Tekanan motor (motor tension): keresahan, menggigil, sukar untuk relaks, sakit kepala Hiperaktiviti autonomik: berpeluh, berdebar-debar, kering mulut, ketidakselesaan epigastrik, kepeningan Lain-lain: mudah marah-marah, kurang konsentrasi, sensitif kepada kebisingan Kecelaruan Anxieti Menyeluruh

  43. Kecelaruan Anxieti Menyeluruh • Prevalen tahunan: 2-6% (2% lelaki, 4% wanita) • Prognosa: • biasanya pulih dalam tempoh 6 bulan hingga 3 tahun • Kerap berlaku bersama kemurungan (depression) • Faktor penyebab: • Genetik: MZ(kembar seiras) 65%, DZ(kembar tidak seiras) 13% • Pengalaman semasa kecil: perpisahan, penekanan berlebihan terhadap kejayaan dan konformasi

  44. Kecelaruan Anxieti Menyeluruh • Rawatan: • Umum: kaunseling, membantu menyelesaikan situasi berstres • Psikoterapi: terapi kognitif, latihan ‘pengurusan anxieti’ • Drug: anti-anxieti dan anti-kemurungan

  45. Kecelaruan Obsesif Kompulsif

  46. Kecelaruan Obsesif Kompulsif • Obsesi: • idea, fikiran, imej atau impuls yang berulang dan berlaku secara berterusan • dianggap asing, tidak sepatutnya dilakukan dan tidak logik oleh seseorang • TETAPI pada masa yang sama disedari sebagai penghasilan mindanya sendiri • Biasanya usaha akan dilakukan untuk tidak memperdulikan atau untuk mensupresi perkara tersebut

  47. Kecelaruan Obsesif Kompulsif • Kompulsi: • Perbuatan yang dilakukan dengan perasaan terpaksa tetapi secara berterusan • walaupun dianggap asing, tidak sepatutnya dilakukan dan tidak logik • .Perbuatan berkenaan biasanya dilakukan berserta dengan keinginan untuk melawannya • Apabila individu berkenaan cuba untuk tidak melakukan kompulsi itu, akan wujud rasa tekanan yang meningkat yang hanya akan hilang apabila ia mengalah dan melakukan perbuatan tersebut

  48. Kecelaruan Obsesif Kompulsif • Bentuk-bentuk biasa KOK: • kewas-wasan obsesi: 42% • takut terkontaminasi: 45% • mempastikan keadaan bersimetri: 31% • fikiran agresif: 28% • kompulsi untuk memeriksa: 63% • membasuh (tangan, mandi): 50% • membilang: 36%

  49. Kecelaruan Obsesif Kompulsif • 65% pesakit bermula umur < 25 tahun • lelaki = wanita • prevalen: 0.5% populasi umum

More Related