1 / 26

URUSTADBIR KORPORAT

URUSTADBIR KORPORAT. Kandungan. Definisi Mekanisme Urustadbir Korporat Pembangunan terkini di Malaysia Perakaunan Kreatif. Definisi. Urustadbir korporat ialah konsep yang terdiri daripada sistem di mana pengarah adalah diamanahkan dengan tanggungjawab dalam mengendalikan urusan syarikat.

creda
Télécharger la présentation

URUSTADBIR KORPORAT

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. URUSTADBIR KORPORAT

  2. Kandungan • Definisi • Mekanisme Urustadbir Korporat • Pembangunan terkini di Malaysia • Perakaunan Kreatif

  3. Definisi • Urustadbir korporat ialah konsep yang terdiri daripada sistem di mana pengarah adalah diamanahkan dengan tanggungjawab dalam mengendalikan urusan syarikat. • Sistem tanggungjawab ini dibuat bagi memaksimakan nilai kekayaan pemegang saham. • Ia dilaksanakan dengan menggunakan mekanisme-mekanisme yang tertentu bagi mengawal tugas pengarah dan mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

  4. Mekanisme Urustadbir Korporat • Mekanisme urustadbir korporat di Malaysia terdiri daripada lima elemen, iaitu keperluan undang-undang, pengarah dan ahli lembaga, kod amalan urustadbir korporat yang baik, jawatankuasa audit dan pemegang saham.

  5. (1) Keperluan undang-undang • Urustadbir korporat yang baik haruslah mematuhi Akta Syarikat 1965 dan juga undang-undang lain yang berkaitan. • Di Malaysia, undang-undang pentadbiran syarikat adalah Akta Syarikat 1965, Peraturan Syarikat 1965, Kod Pengambilalihan dan Penggabungan 1965, Akta Suruhanjaya Sekuriti 1992, Akta Keselamatan Industri 1983 dan yang terbaru Revamp Listing Requirement (2001).

  6. (2) Pengarah dan Ahli Lembaga • Urustadbir korporat yang baik adalah bergantung kepada pengarahnya. • Tiada tugas khusus yang ditetapkan bagi pengarah syarikt. Dalam perkataan lain, tugas mereka tidak ditakrifkan dengan jelas di dalam undang-undang.

  7. Kebanyakan dari kewujudan undang-undang adalah bertujuan untuk mengawal tugas pengarah dan menahan mereka daripada penyalahgunaan kuasa mereka dan memastikan kebertanggungjawaban, kejujuran dan amanah dalam menjalankan tugas.

  8. (3) Kod Amalan Baik • Adalah digalakkan pengarah syarikat untuk patuh dengan Kod Kelakuan dan Etika Pengarah yang dikeluarkan oleh Institut Pengarah Malaysia dan ROC pada tahun 1996. • Kod-kod ini tidak dikuatkuasakan oleh undang-undang. • Walau bagaimanapun,prinsip kod ini adalah berasaskan pada kandungan peruntukan dalam Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.

  9. Prinsip-prinsip utama termasuk kejujuran, kebertanggungjawaban dan tanggungjawab sosial korporat. • Kod ini adalah bertujuan untuk menubuhkan piawai kelakuan etika berasaskan kepercayaan dan nilai yang dapat diterima, tanggungjawab sosial dan kebertanggungjawaban yang selari dengan undang-undang, peraturan dan garis panduan dalam mengawal selia syarikat.

  10. (4) Jawatankuasa Audit • Pada 1978, Bursa Saham New York telah memperkenalkan keperluan untuk syarikat membentuk jawatankuasa audit bagi melaksanakan dan membantu tugas Ahli Lembaga Pengarah. • Jawatankuasa ini adalah untuk mengawasi dua aspek penting, iaitu penyata kewangan dan tugas kawalan dalaman di dalam syarikat. • Kewujudan jawatankuasa audit dikuatkuasakan pada Ogos 1994 di Malaysia pada sub seksyen 344A Seksyen 15A dari KLSE Listing requirement.

  11. 5) Pemegang Saham • Walaupun kumpulan pemegang saham membentuk sebahagian daripada mekanisma urustadbir korporat, namun mereka hanya bertindak sebagai pelakon yang pasif, pemilik syarikat yang selalu tidak hadir dan hanya menerima sahaja keputusan yang dibuat oleh pengarah syarikat. • Di dalam struktur pemilikan korporat Malaysia, kebanyakan saham adalah dimiliki oleh pemegang saham individu iaitu lebih daripada 80 peratus daripada jumlah pasaran modal KLSE.

  12. Malangnya, penggunaan hak pengundian adalah rendah di kalangan pemegang saham dan komunikasi antara pemegang saham dengan pengarah hanya berlaku pada mesyuarat agung tahunan syarikat. • Walaubagaimanapun, sesetengah syarikat masih mempunyai polisi komunikasi yang formal dengan pemegang saham supaya pemegang saham dapat memberikan cadangan ke atas urustadbir korporat yang baik.

  13. Pembangunan di Malaysia • Institut Urustadbir Korporat Malaysia • Kod Urustadbir Korporat • Badan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti

  14. Perakaunan Rekaan • Income Smoothing • Pengurusan Pendapatan • Perakaunan ‘big-bath’ • Perakaunan kreatif • Window dressing • Pembiayaan hutang / dana

  15. Income Smoothing • Definisi awal ‘income smoothing’ menyatakan bahawa “ia mengurangkan perubahan pendapatan dari tahun ke tahun dengan memindahkan untung tahun-tahun yang mencapai kemuncak ke tahun-tahun yang kurang berjaya”. • Definisi terkini pula melihat fenomena ini sebagai “proses memanipulasi masa bagi untung yang dilaporkan supaya untung yang dilaporkan kurang berubah disamping tidak menambahkan untung untuk jangkamasa yang panjang.

  16. Kaedah manipulasi ini tidak mewakili aktiviti ekonomi atau tidak memberi kesan pada aliran tunai tetapi memindahkan kos atau hasil dari satu masa ke masa yang lain. Contohnya sesebuah firma boleh meningkatkan atau mengurangkan untung dengan menukar andaian yang sebenar mengenai kos pencen.

  17. Pengurusan pendapatan • Pengurus mempunyai fleksibiliti untuk memilih antara cara-cara alternatif bagi sesuatu urusniaga atau mempunyai pilihan-pilihan dalam dalam satu pelaporan perakaunan. • Fleksibiliti ini adalah supaya pengurus boleh memilih kaedah tertentu bagi keadaan ekonomi yang tertentu supaya pengurus-pengurus dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi masa itu dan juga boleh menjangka apa yang dikehendaki untuk keuntungan pihak pengurusan dan pemegang saham.

  18. Pengurusan pendapatan berlaku apabila pengurus menggunakan penilaian dalam penyata kewangan dan menstruktur urusniaga untuk mengubah penyata kewangan bagi mengelirukan pihak-pihak yang berkaitan tentang pencapaian ekonomi syarikat atau mempengaruhi pendapatan berkontrak yang mana bergantung kepada untung syarikat.

  19. PERAKAUNAN ‘BIG BATH’ • Istilah ‘Big Bath’ ini adalah merujuk secara amnya kepada langkah-langkah yang diambil oleh pihak pengurusan di dalam menurunkan atau mengurangkan pendapatan sesaham semasanya secara drastik bagi meningkatkan pendapatan sesaham masa hadapannya. Situasi ini dianggap sama dengan prosedur penurunan-pendapatan yang digunakan bagi meningkatkan tahap kemungkinan untuk mencapai sasaran pendapatan di masa hadapan. • Istilah ‘bath’ di sini adalah digambarkan sebagai (clean-up) pada Kunci Kira-kira.

  20. Aset-aset akan dicatat atau dihapus kira dan peruntukan dibuat bagi kerugian yang dijangka dan belanja yang akan berlaku pada masa akan datang. Tindakan ini dapat mengurangkan pendapatan atau meningkatkan kerugian pada tempoh semasa di mana perbelanjaan tahun hadapan diserapkan ke perbelanjaan tahun semasa. • Di dalam maksud yang lebih ringkas dan mudah, istilah ‘bath’ ini, adalah merujuk kepada penambahan / kenaikan pendapatan masa hadapan dengan memberi tekanan pada pendapatan semasa.

  21. PERAKAUNAN KREATIF • Merupakan istilah yang cukup popular digunakan oleh pihak journalist terhadap apa yang dilakukan oleh para akauntan di dalam menghasilkan penyata kewangan agar ia kelihatan lebih baik daripada apa yang sepatutnya. • Beberapa huraian berkenaan perakaunan kreatif ini adalah seperti berikut :- • Ia melibatkan manipulasi, penipuan dan perihal salah nyata @ salah memberi gambaran. • Ia juga melibatkan aktiviti-aktiviti seperti ‘fiddling the books’, ‘cosmetic reporting’ dan window dressing.

  22. Perakaunan kreatif menukarkan angka-angka sebenar yang terdapat di dalam Penyata Kewangan tersebut kepada angka-angka yang mereka inginkan dengan mengambil kesempatan terhadap peraturan-peraturan yang sedia ada dan/atau mengabaikan sebahagian atau keseluruhan piawaian tersebut. Ia turut melibatkan aktiviti-aktiviti seperti ‘window-dressing’ dan ‘off-balance sheet financing’.

  23. Di samping itu, perakaunan kreatif juga merujuk kepada penggunaan gimik-gimik perakaunan yang mana ia digunakan untuk menaikkan pendapatan yang rendah atau digunakan untuk memperlicinkan pendapatan yang tidak tetap. • Keadaan ini juga pada masa yang sama telah disempurnakan dengan penggunaan 7 aktiviti penipuan utama yang sering dilakukan, iaitu :- • a) merekod hasil pendapatan sebelum ianya diperoleh. • b) mencipta hasil yang tidak benar / rekaan. • c) meningkatkan keuntungan tanpa berlaku

  24. sebarang transaksi. • d) mengubah perbelanjaan semasa kepada tempoh yang akan datang. • e) gagal merekod atau pendedahan liabiliti syarikat. • f) memindahkan pendapatan semasa kepada tempoh yang akan datang. • g) memindahkan perbelanjaan masa hadapan kepada tempoh semasa.

  25. ‘WINDOW-DRESSING’ • Didefinisikan sebagai satu penyusunan atau pengaturan sesuatu perkara yang mana boleh menyebabkan penyata kewangan memberi gambaran yang salah dan mengelirukan atau tidak mewakili keadaan yang sebenar berkenaan kedudukan kewangan syarikat.

  26. ‘OFF BALANCE SHEET FINANCING’ • Off balance sheet financing bermaksud pembiayaan dana ke atas operasi syarikat, tetapi jumlah pembiayaan tersebut tidak ditunjukkan di dalam kunci kira-kira sama ada sebahagian atau keseluruhannya.

More Related