1 / 34

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM. PENGENALAN. Pembinaan tamadun Islam bermula selepas lahirnya Rasulullah SAW beserta turunnya wahyu daripada Allah SWT di Gua Hira’ di kaki bukit an-Nur pada 17 Ramadhan 610 Masihi.

dacian
Télécharger la présentation

KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM

  2. PENGENALAN • Pembinaan tamadun Islam bermula selepas lahirnya Rasulullah SAW beserta turunnya wahyu daripada Allah SWT di Gua Hira’ di kaki bukit an-Nur pada 17 Ramadhan 610 Masihi. • Tamadun Islam dibahagikan tiga peringkat iaitu peringkat awal di Mekah, peringkat pertengahan, dan peringkat akhir. Nabi Muhammad SAW mengajak masyarakat Arab kembali kepada nilai akhlak dan kemanusiaan yang murni.

  3. DEFINISI TAMADUN ISLAM • Perkataan tamadun berasal darpada perkataan Arab iaitu madana yang bermaksud kehalusan budi dan kesopanan tingkah laku. • Daripada perkataan madana, terbit pula perkataan madinah yang bermaksud Bandar dan juga madani iaitu orang yang berkelakuan seperti orang Bandar yang bersifat halus dalam berbudi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku.

  4. CIRI-CIRI TAMADUN

  5. Rabbani • Nilai ketuhanan dan keagamaan dalam tamadun Islam adalah nilai tertinggi sekali. • Matlamat kehidupan manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT iaitu mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata disamping melakukan tugas-tugas khalifah dan Al-Quran menjadi sumber asasnya.

  6. Keseimbangan dan kesederhanaan. • Iaitu keseimbangan dalam segala aspek kehidupan, rohani dan jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat. • Kesederhanaan pula perlu ada dalam melaksanakan segala perintah Allah tetapi tidak pula mempermudahkan segala urusan.

  7. Universal • Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia. • Tamadun Islam menepati keperluan segala situasi dan peredaran zaman.

  8. Ideal dan realistik • Ideal bermaksud meletakkan manusia di tempat paling tinggi dengan mengawasi setiap gerak geri manusia. • Realistik pula bermaksud menabil kira hakikat yang berlaku iaitu di dunia yang nyata.

  9. Syumul atau menyeluruh • Merangkumi akidah, syariah, akhlak, hubungan dengan Allah, dengan sesama manusia dan alam. • Satu seruan keadilan untuk semua sama ada Islam mahupun bukan Islam, musuh atau kawan, termasuk hubungan antarabangsa, ilmu dan ibadah.

  10. DASAR-DASAR TAMADUN ISLAM

  11. Memelihara nyawa dan hak-hak untuk hidup • Tamadun Islam meletakkan nyawa sebagai dasar yang paling utama. • Allah SWT telah menggubal perundangan paling terperinci dalam jaminan keselamatan terhadap nyawa.

  12. Contohnya dalam ayat Al-Maidah ayat 32 firman Allah SWT yang bermaksud : “ Bahawa sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri, maka bererti orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. ”

  13. Memelihara akal fikiran • Akal adalah anugerah paling sempurna daripada Allah yang sangat berharga. • Dengan akal manusia menjadi makhluk Allah yang paling mulia dan sempurna. • Oleh itu, Allah SWT telah mewajibkan setiap manusia menjaga akal fikirannya dengan baik. • Contohnya dengan menuntut ilmu dan mengharamkan manusia merosakkan akal fikirannya, seperti meminum minuman yang memabukkan dan mengambil dadah.

  14. Firman Allah SWT : “ Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertilik nasib adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu dapat memperolehi keuntungan. “

  15. Memelihara keturunan ( maruah ) • Tamadun Islam memelihara kesucian keturunan manusia. • Kerana hasil yang baik hanya akan terbina dari benih yang baik. • Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan semua perbuatan yang merosakkan keturunan manusia seperti zina, homoseksual dan lesbian. • Firman Allah SWT yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan hina serta seburuk-buruk jalan yang buruk.”

  16. Memelihara harta benda • Kekayaan dan kemewahan adalah idaman setiap manusia dan Islam mengiktirafkan keinginan tersebut. • Oleh itu, tamadun Islam meletakkan pemeliharaan harta benda sebagai dasar penting di dalamnya. • Dalam hal ini, Al-Quran menjelaskan, lelaki dan perempuan yang mencuri wajib dipotong kedua-dua belah tangan sebagai balasan kesalahannya dan sebagai seksa daripada Allah. • Abdullah bin Umar berkata : “ Saya telah mendengar Rasullullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan hartanya, maka ia mati syahid. ( Riwayat Bukhari )

  17. Memelihara hak dan kebebasan. • Maksud kebebasan manusia ialah tiada pengabdian kepada seseorang atau sesuatu melainkan hanya kepada Allah SWT. • Oleh itu, setiap orang mestilah diberikan kebebasan daripada segala unsur kezaliman yang merupakan kongkongan kebendaan dan nafsu yang jahat. • Setiap manusia perlu diberi kebebasanuntuk berfikir, kebebasan memberi pandangan, kebebasan bergerak, bersuara dan lain-lain.

  18. SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

  19. Ziauddin Sardar telah mendefinisikan tamadun sebagai pelahiran keseluruhan budaya spiritual dan material. • Ia mengandungi pelbagai aspek iaitu: • Budaya • Organisasi sosial • Politik • Nilai dan norma • Sains dan teknologi

  20. Tamadun Islam akan tetap wujud selagi teras tamadun tersebut iaitu agama Islam terus wujud. • Tamadun Islam tidak semata-mata bergantung kepada tokoh-tokoh tertentu. • Sebagai contohnya: • Tamadun Islam tetap wujud dan berkembang walaupun pengasasnya Nabi Muhamad Saw telah wafat.

  21. Sumber dalam Tamadun Islam • Beberapa sumber perlulah digunakan bagi mendalami lagi pemahaman mengenai Tamadun Islam. • Ia juga penting bagi mengelakan berlakunya sebarang ajaran sesat dalam agama. • Bagi tamadun Islam terdapat dua sumber yang penting iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi.

  22. Al-Quran • Sumber asas yang terpenting dalam kewujudan Tamadun Islam. • Merupakan ibu segala kitab malah menjadi petunjuk yang amat berguna bagi manusia. • Mukjizat yang paling istimewa berbanding mukjizat lain yang diturunkan oleh Allah swt.

  23. Al-Quran telah diturunkan dengan pengertian serta lafaznya. • Kesahihan Al-Quran tidak terusik sehingga ke saat ini. • Allah sendiri telah memberi jaminan bahawa kesahihan Al-Quran akan terpelihara dan segala usaha untuk menyelewengannya akan menemui kegagalan.

  24. Kandungan Al-Quran • Membicarakan mengenai persoalan ibadat. • Menyeru umat manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. • Menyeru umat manusia membangunkan isi alam bagi kebaikan bersama. • Menghormati hak orang lain. • Menghormati hak orang bukan muslim.

  25. Contoh Firman Allah swt ‘ wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan suku-suku supaya kamu berkenal-kenalan, sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang lebih bertaqwa’.

  26. Sunnah/Hadis • Merupakan sumber kedua yang membolehkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai Tamadun Islam. • Dari sudut pandangan Islam sumber ini boleh diterima sebagai sumber yang benar dan autoritatif. • Bertindak sebagai penafsir dan pengulas yang paling sahih.

  27. Sunnah atau haddis yang sahih sahaja boleh diterima pakai. • Terdapat lima kriteria dalam penerimaan sunnah atau Haddis iaitu: • Kesinabungan rantaian Sahad • Keadilan para perawi • Kesahihan ingatan para perawi • Keselarasan dan persamaan Hadis • Ketiadaan cacat dalam Hadis

  28. Sumber-sumber lain • Penulisan oleh intelektual yang mampu memberi penjelasan mengenai Tamadun Islam juga dianggap sebagai salah satu sumber. • Antara kitab atau bahan yang mengkaji mengenai Tamadun Islam ialah Kutub al-Ansab, Kutub al-Tabaqat, Kutub al-Adat dan sebagainya

  29. MATLAMAT TAMADUN ISLAM HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA

  30. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN Berdasarkan Rukun Iman Tuhan sebagai pencipta Tuhan yang wajib disembah Aqidah Syariah

  31. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA Sentiasa bersikap mulia terhadap orang lain Menjaga maruah orang lain Menghormati hak orang lain Menjaga tingkah laku Akhlak

  32. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM Mencetuskan nilai spiritual Terhadap alam Menjaga alam Menghormati setiap benda hidup/alam

  33. KESIMPULAN • Dalam menghadapi cabaran alaf baru, umat Islam perlu merancang agenda yang lebih futuristic, iaitu berdasarkan perkembangan dan pembangunan yang bakal berlaku dalam alaf baru itu. • Kritikan yang dilontarkan oleh Imam Al-Ghazali adalah satu tahap kemodenan berfikir secara islam yang melihat kejumudan masyarakat untuk berfikir, secara islam yang dicetuskan oleh islam. • Masyarakat islam mesti berusaha membina keseoaduan dan kekuatan dalaman beradasarkan persamaan agama, tamadun dan budaya. • Ia adalah salah satu cara untuk meminimunkan penjajahan barat dalam segala aspek kehidupan mereka pada hari ini.

  34. Sekian, terima kasih

More Related