1 / 69

MINGGU 1 SKP2204 HUBUNGAN ETNIK DR. AMINI AMIR ABDULLAH

MINGGU 1 SKP2204 HUBUNGAN ETNIK DR. AMINI AMIR ABDULLAH JABATAN PENGAJIAN KENEGARAAN DAN KETAMADUNAN, FAKULTI EKOLOGI MANUSIA aminiamir.blogspot.com 013-272 4553 amini@putra.upm.edu.my.

dex
Télécharger la présentation

MINGGU 1 SKP2204 HUBUNGAN ETNIK DR. AMINI AMIR ABDULLAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. MINGGU 1 SKP2204 HUBUNGAN ETNIK DR. AMINI AMIR ABDULLAH JABATAN PENGAJIAN KENEGARAAN DAN KETAMADUNAN, FAKULTI EKOLOGI MANUSIA aminiamir.blogspot.com 013-272 4553 amini@putra.upm.edu.my

  2. Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik, perkembangan hubungan etnik di Malaysia dalam kerangka mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia dan hubung jalin antara wilayah ASEAN.

  3. Kursus ini juga akan memberi pemahaman kepada para pelajar cara-cara menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia dan Asia. Selain itu, para pelajar akan diperkenalkan dengan konsep hubungan etnik menurut perspektif Islam.

  4. BAB SATU: Hubungan Etnik di Malaysia Secara Umum • Pendahuluan 1. Transformasi sosio-ekonomi selepas 13 Mei 2. Keselesaan ekonomi 3. Kestabilan politik 4. 50 tahun merdeka 5. Agihan kekayaan ekonomi dan perkongsian kuasa (power sharing) 6. Pembasmian kemiskinan (2007 – di bawah 6%)

  5. Minggu 1 Konsep Asas Hubungan Etnik • ETNIK Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. •  RAS Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.

  6. 3.ETNISITI, ETNOSENTRISME & RASISME •  ETNISITI • Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. 4. • ETNOSENTRISME • Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

  7. RASISME •  RASISME • Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.

  8. 5.PREJUDIS, STEREOTAIP & DISKRIMINASI PREJUDIS • Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka. STEREOTAIP • Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik. DISKRIMINASI • Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

  9. 7.MASYARAKAT & BANGSA • MASYARAKAT • Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. • BANGSA • Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan.”

  10. 8.CIRI-CIRI MASYARAKAT • 1. Manusia yang hidup berkelompok • Mereka yang hidup bersama, saling mengenali dan bergantungan. •  2. Melahirkan kebudayaan • Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan sebaliknya. • Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses penyesuaian. •  3. Mengalami perubahan • Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. •  4. Berinteraksi • Masyarakat berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan interaksi. • Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.

  11. Sambungan… • 5. Terdapat Kepimpinan • Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya. • Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal, bercorak tertutup kerana pemilihan berdasarkan keturunan. • 6. Terdapat stratifikasi sosial • Ia meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau ia merujuk kepada susun lapis masyarakat. • Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta

  12. Sambungan • Kelas : Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan. • Status : Jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan gelaran Dato’, Haji dan Lebai. • Kasta : Kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial.

  13. KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT • 1. Manusia hidup bermasyarakat • Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya. • Seseorang itu dicermin dan mencerminkan masyarakatnya. •  2. Memahami cara hidup bermasyarakat • Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.

  14. Sambungan… • 3. Memahami budaya dan masyarakat lain • Tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia menghadapi perbezaan yang wujud. •  4. Memupuk kerjasama di antara masyarakat • Perhubungan merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya. • Dapat mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan sebagainya.

  15. 18.KONSEP BUDAYA •  BUDAYA • Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa. • Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu: • Budaya kebendaan • Budaya bukan kebendaan

  16. Sambungan… • Budaya kebendaan : Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. • Budaya bukan kebendaan : Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat yang berbeza-beza dalam perkahwinan. •  Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. • Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi. • Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.

  17. Perananutamapembentukansesuatubudaya: • Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti. • Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

  18. CIRI-CIRI BUDAYA • 1. Dipelajari • Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi. • Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran : • Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

  19. Sambungan • Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu. • Umur seseorang. • Tahap pendidikan. •  2. Dikongsi • Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia. • Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

  20. Sambungan… • 3. Sejagat • Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. • Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota. • 4. Diwarisi • Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. • Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

  21. Sambungan… • Berubah • Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. • Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku. • Faktor perubahan budaya: • Pertambahan bilangan anggota masyarakat. • Pertambahan keperluan dan keinginan manusia. • Penemuan dan penciptaan teknologi baru. • Pertembungan budaya. • Konflik yang berlaku. • Perubahan alam sekitar.

  22. FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN • Memenuhi keperluan hidup. • Panduan kepada anggota masyarakat bertingkahlaku. • Mengatur hubungan sesama manusia • Galakan untuk manusia mencipta. • Alat penyatuan dan pengenalan identiti.

  23. Sambungan… • 6. Perlambangan • Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll. • 7. Pandangan Semesta • Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. • Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar.

  24. TAHAP HUBUNGAN ETNIK • SEGREGASI • Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. • Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. • Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

  25. SAMBUNGAN • AKOMODASI • Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. • Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka. • Malaysia adalah contoh unik yang lain. Orang Melayu berakomodatif memberi laluan politik dan pentadbiran kepada orang Cina dan India.

  26. Sambungan… • AKULTURASI • Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. • Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

  27. Sambungan… • ASIMILASI • Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. • Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain. • Semua kumpulan lama kelamaan akan mematuhi pola-pola kebudayaan golongan dominan dan melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing. • Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

  28. Sambungan… • Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya: • Etnik yang berbeza budaya. • Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi. • Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

  29. Sambungan….. • Faktor kejayaan asimilasi: • Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. • Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. • Kelompok minoriti adalah kecil. • Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

  30. Sambungan… Faktor penghalang asimilasi: • Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. • Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain. • Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. • Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti.

  31. Sambungan… • AMALGAMASI • Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama. • Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. • Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik. • Diwakili oleh f ormula : A+B+C=D

  32. PLURALITI BUDAYA • Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri. • Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B dan C merujuk kepada budaya).

  33. KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA • Boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’ antara cara hidup lama dengan cara hidup baru. • Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat kejutan budaya.

  34. MASYARAKAT PLURALITI BARU • Gabungan dua atau lebih masyarakat yang hidup bersama dalam satu unit politik atau dalam satu kerajaan. • Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat dalam sesebuah negara.

  35. CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU • Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan. • Satu set nilai budaya dan politik yang yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan. • Kecenderungan untuk meramalkan konflik ekonomi dalam konteks bangsa. • Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan kesejahteraan. • 5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.

  36. Sambungan… • Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui: • Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu kelompok besar manusia. • Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik. • Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya-budaya masyarakat. • PLURALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM • Model masyarakat Islam Madinah. • Surah al-Hujurat:13

  37. 1970Muhibah dan Perpaduan 1971Masyarakat Progresif 1972Masyarakat Adil 1973Masyarakat Berkebudayaan Malaysia 1974Sains dan Teknologi Alat Perpaduan 1975Masyarakat Berdikari 1976Ketahanan Rakyat 1977 20 Tahun Bersatu Maju 1978Kebudayaan Sendi Perpaduan 1979Bersatu Berdisiplin 1980Berdisiplin Berbakti 1981Berdisiplin Berharmoni 1982Berdisiplin Giat Maju 1983Bersama ke Arah Kemajuan 1984Amanah Asas Kejayaan 1985Nasionalisme Teras Perpaduan 1986Bangsa Tegas Negara Teguh 1987Setia Bersatu Berusaha Maju 1988Bersatu 1989Bersatu 1990Berjaya 1991Wawasan 2020 1992Wawasan Asas Kemajuan 1993Bersatu Menuju Wawasan 1994Nilai Murni Jayakan Wawasan 1995Jatidiri Penggerak Wawasan 1996Budaya Penentu Kecapaian 1997Akhlak Mulia Masyarakat Jaya 1998Negara Kita Tanggungjawab Kita 1999Bersatu Ke Alaf Baru 2000-2006Keranamu Malaysia 2007Malaysiaku Gemilang Tema Hari Kemerdekaan

  38. MISI 2057 • Ucapan YAB. PM pada Majlis Makan Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur 13 Jun 2007. • Tajuk Ucapan: “Menoleh Ke Belakang, Mara Ke Hadapan: 50 Tahun Perniagaan Di Malaysia”.

  39. MISI 2057 Puncak yang harus dicapai oleh orang Malaysia Malaysia menjadi benar-benar terbilang pada ulangtahun 100 tahun kemerdekaan MISI 2057 Laluan ke arah kecemerlangan Satu pendekatan yang mendorong nilai tambah, tidak berundur, inovasi dan menjana pengetahuan Slogan cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah negara yang mendorong rakyat ke hadapan

  40. Kepentingan Hubungan Etnik Yang Harmonis • Usaha berterusan pemupukan hubungan antara etnik yang utuh. • Mengambil iktibar daripada 13 Mei: • Kerosakan hartabenda dan kehilangan nyawa • Mengeratkan perpaduan dan integrasi nasional • Pembasmian kemiskinan • Saling menghormati dan saling memahami antara berbagai agama, bangsa dan budaya (adat resam)

  41. Usaha Kerajaan Memupuk Perpaduan Nasional • Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional • Rukun Negara • Dasar Ekonomi Baru (DEB) • Dasar Pendidikan Kebangsaan • Dasar Kebudayaan Nasional • Barisan Nasional • Integrasi antara wilayah • Sektor swasta • NGO • Persefahaman antara kelas.

  42. Hubungkait antara Ekonomi dan Etnisiti • Identifikasi kegiatan sektor ekonomi berasaskan kaum. • Timbul stereotaip. • Masalah ekonomi membawa masalah etnik. • Hubungan etnik mencorakkan sistem sosial Malaysia dan seluruh kehidupan.

  43. ZAMAN MELAKA • KEDATANGAN ISLAM PADA KURUN KE14/15 KE SEMENANJUNG TANAH MELAYU TELAH MERUBAH SISTEM KEPERCAYAAN ORANG-ORANG MELAYU. • HUBUNGAN DIPLOMATIK KERAJAAN MELAKA DENGAN KERAJAAN CHINA DAN DI SEKITAR NUSANTARA

  44. Malaysia: Negara Berdaulat Dan Merdeka • Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Kemerdekaan negara kita telah dicapai melalui semangat taat setia dan perasaan cintakan tanah air (negara) yang tinggi dengan kaedah perundingan yang bijaksana. • Malaysia telah dijajah lebih daripada 400 tahun oleh Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1821) dan Inggeris (1824) serta Jepun dan Siam. • Sepanjang tempoh itu, rakyat negara ini bangkit menentang penjajahan melalui berbagai cara untuk mempertahankan maruah negara dan harga diri. Kemerdekaan pula dicapai melalui perundingan yang penuh bijaksana.

  45. PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN SELEPAS PERANG DUNIA II • Apabila pihak Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada bulan September 1945, mereka telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (BMA) dan seterusnya Kesatuan Malaya (Malayan Union). • Orang-orang Melayu telah bangkit menentang sistem pentadbiran Kesatuan Malaya (Malayan Union) kerana ia menggugat kedaulatan raja-raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sebagai pribumi utama. • Di samping itu Kesatuan Malaya juga ditentang kerana British telah membenarkan pemberian hak kewarganegaraan yang tiada batasan kepada etnik bukan Melayu di samping sikap dan kaedah yang digunakan oleh Harold MacMichael yang berunsur pemerasan dan ugutan dalam usaha mendominasikan kuasa pihak British.

  46. Memperbaiki Hubungan Etnik • Penghapusan punca-punca asas ekonomi, sosiologi, politik dan psikologi yang menyebabkan pemisahan etnik dan pertelingkahan dalam masyarakat pelbagai etnik kita.

  47. Menghapuskan prasangka etnik dan anggapan-angappan palsu berhubung dengan sesuatu kumpulan etnik. Satu percubaan yang ikhlas untuk mengembangkan persefahaman yang lebih mendalam mengenai kedudukan dan aspirasi berbagai komuniti.

  48. Penyingkiran pecahan-pecahan etnik, bahasa atau agama dalam kehidupan awam negara kerana penekanan yang berterusan ke atas perbezaan-perbezaan sedemikian akan hanya membahagikan negara dengan lebih dasyat lagi dan memusnahkan sebarang harapan yang tinggal bagi penyatuan dan perpaduan tulin pelbagai etnik yang amat penting dalam penyedaran perikemanusiaan kita.

  49. Pembentukan Integrasi Kaum • “Through politics or to be more specific a political coalition between multi-racial parties in Malaysia, racial integration can be developed further. It will be difficult for the non-Muslims to establish a religious-based party in Malaysia since it will further divide the ethnic composition into smaller groups.”

  50. NILAI YANG PERLU ADA PADA SETIAP WARGANEGARA Taqwa Bernegara Iman Ilmu dan Amal

More Related