600 likes | 863 Vues
INTERNET. Topik 7: Internet. Tutor: Dr. Sajap Maswan Faculty of Information Technology & Multimedia Communication OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Tel: 012-4830474 E-mail: sajap@sajadstudio.info Website: http://sajadstudio.info. Refleksi……. Apakah yang anda faham tentang TCP/IP?
E N D
INTERNET Topik 7: Internet Tutor: Dr. Sajap Maswan Faculty of Information Technology & Multimedia Communication OPEN UNIVERSITY MALAYSIA Tel: 012-4830474 E-mail: sajap@sajadstudio.info Website: http://sajadstudio.info
Refleksi……. • Apakah yang anda faham tentang TCP/IP? • Apakah yang anda faham tentang domin? • Apakah yang anda faham tentang FTP? • Apakah yang anda faham tentang sever? • Apakah yang anda Faham tentang Gopher? • Apakah yang anda faham tentang Telnet?
PENGENALAN INTERNET Internet - inter + networking (antara rangkaian) Satu rangkaian komputer yang menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia. • Bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar. Setiap penduduk memiliki alamat (Internet Address) yang dapat bertukar berita dan maklumat atau informasi. • Oleh kerana sifatnya berupa ruang yang mirip dunia, maka internet disebut dengan ruang siber (cyber space)
ASAS INTERNET Sebelum internet ada: ARPAnet 1969 (US Defense Advanced Research Projects Agency) atau Jabatan Pertahanan Amerika membuat jaringan komputer yang tersebar untuk tujuan informasi terpusat semasa peperangan.
ASAS INTERNET Apabila satu bahagian dari sambungan network terganggu dari serangan musuh, jalur yang melalui sambungan itu secara automatik dipindahkan ke sambungan lainnya. Setelah itu, internet digunakan di kalangan ahli dan bidang akademik (UCLA) untuk keperluan penelitian dan pengembangan teknologi. Pada awal tahun 1990 kerajaan Amerika Syarikat membenarkan penggunaan internet untuk tujuan komersial. Sejarah internet dapat anda ketahui melalui kronologi ringkasan sejarah seperti yang terdapat pada Jadual seterusnya.
Protokol Komunikasi • Internet merupakansuatusistemkomunikasi yang menggunakansambunganfizikal (biasanyataliantelefon) untukmenyambungkankomputerkejaringankomputer. Internet menggunakanprosedurkomunikasipiawai yang berkomunikasidengankomputer lain. Protokolialahsatu set panduanatau "bahasa" yang digunakanolehkomputeruntukberkomunikasidalamsuaturangkaian. Protocol khasinidikenalisebagaiPerisianKawalanPenghantaran/Protokol Internet, (Transmission Control Program/Internet Protocol) atausingkatannya TCP/IP. VIDEO
Protokol Komunikasi • Internet jugadikenalisebagairangkaiansuispaketkeranasetiap data yang melaluinyaakandipecahkankepadapaket yang kecil. • Setiappaketdihantarsecaraberasinganmelaluisatusuisbersiri yang dinamaipenghala (router). • Sebaiksahajasampaikedistinasinya, paketitudicantumkanmenjadisatusepertibentukasal. • TCP dan IP merupakanduaprotokol yang bertugasuntukmemecahkan data menjadipaket, menghalakannyamelalui internet, dankemudianmencantumkannyasemulaapabilatibadidestinasi yang dituju. VIDEO
Jenis Laluan Jenislaluan yang diberikanoleh internet service provider adalahsepertiberikut: (i) IP (Internet Protocol) Connection Kalausemua hardware dansofwarekitaingindihubungkansecaralangsungatauakseske Internet, makakitaharusmenggunakan IP (Internet Protocol) address. (ii) Dial UP Connection Kalaukitamenggunakan modem untuk dial ke ISP supayamendapatkansambunganke Internet, makadikenal Dial UP akses.
Di Malaysia • JARING atau"Joint Advanced Research Integrated Networking" atau JARING ditadbiroleh MIMOS (Malaysian Institute of Microelectrinic System) • TMNetatau "Telekom Malaysia Networking" diuruskanoleh Telekom Malaysia Berhad. • Walaubagaimanapunterdapatbeberapapenyediakemudahan internet di Malaysia yang lain sepertiMaxis,Time Net, Nasion Com dansebagainya.
Alamat Internet (IP Address) Alamat IP terdiri dari empat bahagian angka yang dimulai dari angka 1 hingga 255, dan setiap bahagian dipisahkan oleh titik (.). Contoh: microsoft, alamat IP adalah 198.105.232.4
Nama Domain (i) Berikut merupakan contoh-contoh Domain www.jaring.my www.tm.net.my www.utm.edu.my www.bcb.com.my
Nama Domain (ii) Singkatan domain • Negara http://www.education.gov.fr(Perancis) http://www.uq.edu.au(Australia) http://www.bi.go/id(indonesia) (USA)
Nama Domain Singkatan Domain Organisasi
Perisian Web Browser • Terdapat banyak perisian yang boleh digunakan untuk melayari internet. Di antaranya adalah:
Bahasa Internet Untuk tujuan membina perisian dalam internet dan membolehkan pengguna lain mengakses homepage yang dibina. Pembina homepage perlu menggunakan bahasa khusus yang digunakan dalam internet iaitu : • Bahasa HTML (hypertext markup language) • Bahasa JAVA.
Kegunaan Internet Maklumat yang boleh diperoleh dengan lebih cepat dan murah dengan aplikasi: • Mel Elektronik (e-mail) • World Wide Wide (www) • NewsGroup • Multimedia • FTP • Gopher • dan lain-lain.
Kegunaan Internet Mengurangkan perbelanjaan kertas dan kos pengeluaran dan penyebaran. • Buku di Internet • Majalah, brosur dan sebagainya
Kegunaan Internet Sebagai media iklan/promosi • Imej syarikat • Pengenalan, dan pemesanan produk
Kegunaan Internet Komunikasi Interaktif • Multimedia • E-mail • Sidang Video (Video Conferencing) • Internet Relay Chat • Internet Phone
Kegunaan Internet Sebagai alat Research and Development • Contoh antara universiti seperti Universiti Malaya dengan Universiti Havard Pertukaran data • Seperti dalam bidang perubatan
PERKHIDMATAN ASAS INTERNET Laman Web Informasi yang diletakkan di www disebut "Hompage" atau "webpage" dan setiap homepage mempunyai alamatnya sendiri. Dalam aplikasi ini banyak kemudahan yang dapat dilaksanakan seperti: • memesan atau membeli sesuatu barang secara online, • mendaftar secara online, serta • mengakses multimedia, dsb
PERKHIDMATAN ASAS INTERNET Laman Web adalah aplikasi yang paling menarik di internet dan penting di internet. Aplikasi ini disebut juga "The killer application" atau "The world is in your finger tips" kerana sedemikian mudahnya kita dapat mendapatkan maklumat.
PERKHIDMATAN ASAS INTERNET Laman web (web page) ialah dokumen 'HTML' pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubungan hiperteks (hypertext link) dengan dokumen lain pada world wide web. Bahasa 'Hypertext Markup Language' (HTML) digunakan untuk membuat reka bentuk laman web (web page) dan untuk menghubungkan (link) satu halaman (page) dengan halaman yang lain pada web. HTML ialah satu set kod teks (text codes) yang dinamakan 'tags' yang memformat dokumen supaya boleh dibaca oleh pelayar web (web browser).
PERKHIDMATAN ASAS INTERNET a) Mencari maklumat dari enjin pencari yahoo • Dalam ruang netsite masukkan http://www.yahoo.com/ • Tekan Enter • Rajah: Contoh mencari maklumat melalui dari enjin pencari Yahoo.com • Dalam ruang search, taip 'malaysia'
PERKHIDMATAN ASAS INTERNET • Pengguna dapat menerima e-mail daripada pengguna lain yang tahu alamat e-mailnya. • Mesej e-mail selalunya ditulis dalam bentuk teks biasa atau ASCII dan dihantar daripada komputer pengguna kepada komputer lain melalui talian telefon. Sekiranya anda menghantar e-mail kepada rakan anda, mesej elektronik itu akan berada di dalam kotak mel elektroniknya sehinggalah dia memasuki internet dan memeriksa melnya. Dalam pada itu, anda juga mempunyai sebuah kotak mel elektronik sendiri seperti rakan anda itu untuk menerima sebarang e-mail yang dihantar kepada akaun e-mail anda. • Mel Elektronik adalah salah satu kemudahan atau aplikasi yang paling banyak digunakan di internet. Dapat menerima dan menghantar mesej, fail-fail berupa program, gambar grafik, dan perisian komunikasi.
Mel Elektronik (E-mail) • Penggunaan e-mel mempunyai banyak kelebihan. Antaranya cepat, murah dan mudah. • Tiada perkhidmatan pos lain yang dapat menandingi kelajuan penghantaran e-mel. Emel juga sangat murah kerana tidak memerlukan setem sebagai bayaran pos, anda hanya dikenakan bayaran akses ke internet yang sangat minimum. Kebanyakan perisian e-mel pula adalah percuma malah ada pelbagai perkhidmatan e-mel percuma yang ditawarkan dalam internet. • Satu lagi kelebihan e-mel ialah penggunaannya yang mudah. Anda boleh menulis dan menghantar mesej dengan senang dan selesa kepada seseorang atau beribu-ribu penerima dalam satu masa. • Anda boleh juga melampirkan (attach) fail-fail teks, grafik, bunyi, ataupun video dalam e-mail semasa mengirimnya.
Mel Elektronik (E-mail) • Keperluan E-Mail (i) Ada dua kriteria yang perlu dipenuhi sebelum komputer anda dapat menghantar dan menerima mel elektronik. • Komputer anda mestilah disambungkan ke internet • Perisian e-mel mesti dibuka di dalam komputer anda (ii) Dua syarat yang mesti anda penuhi sebelum boleh menggunakan mel elektronik : • Anda mesti mempunyai akaun e-mel dan tahu alamat e-mel anda • Anda mesti tahu alamat e-mel penerima (b) Alamat E-mel • Setiap alamat e-mel menggunakan format piawai berikut: namapengguna@hos.domain (username@host.domain) atau namapengguna@hos.subdomain.domain (username@host.subdomain.domain) sebagai contoh, alamat e-mel bagi seorang staf di OUM kelihatan seperti berikut:
Mel Elektronik (E-mail) mumtaz - menunjukkan nama pengguna @ - disebut et, memisahkan nama pengguna dan nama hos. oum - nama hos di mana terletaknya kotak mel pengguna. . - tanda noktah, disebut dot, memisahkan setiap bahagian alamat edu - jenis domain iaitu domain generik my - menunjukkan domain kod negara
Mel Elektronik (E-mail) (c) Akaun E-mai Dua perkhidmatan e-mel yang disediakan: (i) Akaun e-mel berbayar di mana anda perlu berlanggan dengan Pembekal Perkhidmatan Internet seperti TM Net, Jaring, atau institusi yang berdaftar termasuk Universiti Terbuka Malaysia (OUM). (ii) Akaun e-mel secara percuma melalui perkhidmatan World Wide Web yangdinamakan e-mail berasaskan web (Web-based e-mail). • http://www.hotmail.com • http://www.eudoramail.com • http://www.altavista.iname.com • http://mail.yahoo.com
Group-Web • Internet juga dapat menjadikan sekumpulan pengguna berkumpul, berbincang, berborak dan bertukar-tukar maklumat di dalam kumpulannya. Kemudahan ini dikenali sebagai Group-Web. Banyak tapak web yang menyediakan kemudahan tersebut termasuk Yahoo, Alta Vista, dan sebagainya. Berikut adalah contoh Group-Web yang diperkenalkan oleh Yahoo.
Group-Web (a) Portal Anda terlebih dahulu perlu ke tapak web portal berkenaan yang biasanya mengandungi satu direktori tapak web dan enjin pencari ( search engine). Untuk mendapat maklumat mengenai subjek tertentu, terdapat beberapa pelayar web (web servers) yang ada boleh gunakan untuk membuat carian dengan menggunakan kata kunci (keywords). Komputer pelayan web (Web Server) menyediakan direktori carian yang dikenali sebagai "portal". Portal berbeza dengan enjin pencari di mana portal menggunakan manusia untuk menyusun dan mengkelaskan hos-hos yang terdapat di internet. Kaedah ini menghasilkan senarai hos yang lebih tersusun dan mudah digunakan.
Group-Web (b) Perkhidmatan Asas Lain (i) File Transfer Protokol (FTP) (ii) Sidang Video (iii) Kumpulan Berita (News Group) (iv) Telnet (v) Gopher (vi) Bersembang (Chat)
(i) File Transfer Protokol (FTP) File Transfer Protokol (FTP) adalah salah satu aplikasi di Internet untuk mengambil (download) dan meletakkan (upload) sesuatu file di FTP server. Dengan ini kita dapat software yang percuma (free) untuk di download dari mana-mana homepage di internet.
(ii) Sidang Video Sidang video merupakan perhubungan antara penguna dari berbagai lokasi yang dihubungkan melalui internet. Perkakasan yang diperlukan oleh setiap pengguna adalah komputer, kamera tv, perisian komunikasi dan alat untuk perhubungan.
Kumpulan Berita (News Group) News Group merupakan forum diskusi yang merupakan ruangan ruangan diskusi yang terpisah dan setiap ruangan mempunyai tajuk diskusi yang berbeza-beza. Di setiap ruangan boleh terdapat lebih dari seorang yang saling bertukar pendapat atau pandangan. Jadi pendapatyang diberikan boleh diterima oleh semua orang yang ada di ruangan tersebut.
(iv) Telnet Dengan Telnet kita boleh mengakses komputer yang lain tanpa perlu mempunyai program komputer berkenaan. Jadi yang dilihat di monitor komputer adalah isi dari komputer yang kita hubungkan tersebut. Ini sering juga disebut " Remote Login". Contoh-contoh yang dapat dilakukan dengan Telnet : • Mencari katalog perpustakaan, kampus, dsb • Mengakses pangkalan data • Mengakses Buletin Board Organisasi kerajaan. Untuk menggunakan Telnet kita harus mempunyai IP adress atau domain name dan juga kita harus mempunyai hak untuk mengakses iaitu dengan login name dan katakunci (password).
Gopher Gopher adalah aplikasi yang dapat mencari informasi yang ada di internet, tetapi hanya teks saja atau berasaskan teks. Untuk mendapatkan maklumat melalui Gopher, kita harus menghubungkan dengan Gopher server yang ada di internet.
(vi) Bersembang (Chat) Chat adalah program aplikasi internet yang memungkinkan kita bercakap secara langsung (on-line) dengan pengguna internet yang lain. Program aplikasi ini biasa disebut IRC (Internet Relay Chat) Disini, berbicara melalui papan kekunci dan harus mengadakan hubungan dengan IRC server.
PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN Internet lebih bersifat terbuka dan luas - menggunakan pelbagai media dalam aplikasinya Internet adalah bahan yang sesuai untuk membantu para pendidik mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk media yang menarik Kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh - dilihat sebagai gedung maklumat yang boleh dicapai melalui jarak jauh. Capaian internet ini juga boleh membuat hubungan dengan orang seluruh dunia menjadi satu kenyataan hingga mampu membawa pakar-pakar pendidikan ke dalam bilik darjah Internet juga amat sesuai digunakan sebagaai sebuah saluran komunikasi antara seseorang guru dengan guru lain, guru dengan pelajar, guru dengan ibu bapa, atau pelajar dengaan pelajar lain.
Penyampaian Maklumat Maklumat dapat disampaikan dengan lebih berkesan dengan menggunakan internet terutamanya di bidang pendidikan. Beberapa cadangan dikemukakan dalam pengisian pembelajaran berbantukan internet:
(a) Projek Terdapat banyak projek yang telah dan boleh dijalankaan oleh guru berasaskan internet. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Antara beberapa tapak web yang dicadangkan ialah: • http://www.gsn.org • http://www.stolaf.edu/network/lecc/ • http://www.nptn.org.cyber.serv/AoneP/academyone/Project-index.html Pengintegrasian projek berasaskan internet perlu ditadbirkan dengan baik dengan pencarian dan penyusunan bahan yang berkaitan dari internet semasa menjalankan projek.
(b) Rancangan Pelajaran (Lesson Plans) Terdapat banyak rancangan pelajaran yang telah tersedia di internet yang dikongsi bersama oleh guru-guru seluruh dunia. Antara tapak web yang boleh dilawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran ialah: • http://www.sci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet • http://www.scun.edu:80/hceduo13/ • http://www.forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html • http://www.teachnet.com/lesson.html • http://www.mmserve.com/educ • http://www.coe.missouri/~kyle/edu.html
(c) Bahan Maklumat yang Menarik dan Terkini Setiap hari maklumat akan berubah, dan jutaan maklumat yang terkini boleh didapati dengan mudah, cepat dan murah dari internet. Pelajar boleh mencari maklumat mengenai pencemaran udara akibat bencana Tsunami, Taufan Katrina atau Wilma dan berkongsi maklumat dan menyertai forum dengan rakan-rakan di internet. Guru juga boleh mencari maklumat dengan lebih cepat untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari maklumat, internet juga membekalkan grafik, gambar dan animasi yang menarik untuk proses pembelajaran.
(d) Bahan Bacaan dan Kemahiran Berbahasa Internet juga memuatkan beribu-ribu majalah, jurnal dan akhbar. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita tantang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia. Untuk membaca beberapa akhbar dari seluruh dunia, boleh dilawati laman web berikut http://www.ipl.org Guru dan pelajar juga boleh menggunakan internet untuk mempertingkatkan kemahiran membaca dan menulis. Contoh laman web adalah seperti berikut http://kidlink.org
(e) Perkongsian Bahan Maklumat Dengan internet, guru boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi sumber, idea atau masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di internet yang boleh disertai dengan percuma oleh guru seluruh dunia. Berikut beberapa contoh laman web yang menyediakan tapak diskusi: • http://fthejournal.com • http://place.scholastic.com/EL/index.htm • http://www.nap.edu/readingroom/books/techgap • http://fromnowon.org
7.3.2 Pencarian Maklumat • Cuba pelbagai jenis enjin pencari. Walaupun asasnya sama, setiap satunya mempunyai perbezaan nyata dari segi kaedah pencarian • Gunakan kata kunci setepat yang mungkin. Elakkan menggunakan perkataan umumyang mungkin menyebabkan anda terpaksa menyisih terlalu banyak dapatan. • Gunakan "advanced search option". Ini membolehkan anda menggunakan "Boolean operators" (AND, OR, NOT, NEAR, +, -). • Baca "hints" dan "help" untuk setiap enjen pencari. Ia mengandungi maklumat bagaimana enjin berfungsi. Jelas sekali, internet merupakan sumber maklumat yang luas. Pencarian maklumat melibatkan proses mencari di mana satu-satu maklumat boleh diperoleh di internet. Dua kaedah utama adalah enjin pencari dan gerbang (portal). Selain itu, penggunaan USENET, FAQ, medan diskusi e-mail dan tapak arkib boleh digunakan sebagai sumber tambahan.