1 / 20

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

BAB 4. PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA. TINGKATAN 5. Malayan Union. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan sebahagian besar penduduk Tanah Melayu menentang malayan Union. Ugut : Sir Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu

dmitri
Télécharger la présentation

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 4 PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA TINGKATAN 5

  2. Malayan Union

  3. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan sebahagian besar penduduk Tanah Melayu menentang malayan Union Ugut : Sir Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu Masa : Sultan tidak diberi masa untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri Kawan : Sultan manandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan Perang : Orang Melayu berpendapat keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuai untuk British melakukan pembaharuan politik Kuasa : Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu Ahli : Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang kuasa Kredibiliti : Raja hilang kredibiliti sebagaiketua orang Melayu Zakat : Raja kehilangan kuasa memungut zakat Kerakyatan : Orang Melayu menolak pemberian kerakyatan yang longgar Status : Dasar terbuka british mengancam status-quo orang Melayu Dagang : Kemasukan orang dagang menjadikan jumlah orang Melayu kecil Mundur : Kemasukan orang dagang menyebabkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu bertambah mundur Warisan : Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Melayu

  4. Apakah implikasi daripada bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union ? Satu : Berjaya menyatukan orang Melayu UMNO : Kongres Melayu 1986 telah melahirkan UMNO Semangat : Semangat orang Melayu mempertahankan status- quo mereka Rundingan : British memulakan rundingan dengan Raja-Raja dan UMNO Batal : British membatalkan Malayan Union PTM : Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibentuk

  5. a) Nyatakan sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan • Persediaan untuk Tanah Melayu membentuk pemerintahan sendiri • Untuk menjimatkan kos pentadbiran • Melahirkan pentadbiran yang licin • Mewujudkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara negeri • Membentuk satu bangsa Malayan Union • Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

  6. b) Sebutkan tiga syarat Perjanjian Malayan Union • Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan dua Negeri Selat disatukan • Seorang Gabenor British dilantik untuk mengetuai Malayan Union • Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan union dibentuk • Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas • Kerakyatan Malayan Union berasaskan prinsip jus soli • Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu • Raja-Raja Melayu hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik di setiap negeri

  7. Apakah kesan pelaksanaan Malayan Union terhadap kedudukan Raja-raja Melayu ? • Hilang kredibiliti sebagai ketua orang Melayu • Raja-Raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu • Tiada sebarang kuasa • Hanya boleh membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu • Tiada kuasa untuk memungut zakat

  8. Apakah reaksi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sebagai tanda bantahan mereka terhadap gagasan Malayan Union ? • Menyuarakan bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu • Mengadakan demonstrasi secara damai • Menghidupkan semula persatuan-persatuan Melayu • Menghantar surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London • Mengadakan kongres di kalangan orang Melayu • Menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union • Mengadakan rapat umum • Raja-Raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar menyatakan bantahan

  9. Persekutuan Tanah Melayu

  10. Mengapakah pihak British membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menggantikan Perjanjian Malayan Union? • Ketegasan orang Melayu membantah Malayan Union • Perpaduan orang Melayu mengatasi pihak menyokong Malayan Union • Bekas pegawai dan pegawai tinggi British menyokong orang Melayu • Sikap politik orang Melayu yang sederhana • Orang Melayu tidak membuat bantahan secara kekerasan • Orang melayu hanya menuntut rundingan menolak Malayan Union bukannya menuntut kemerdekaan daripada British • British bimbang orang Melayu dipengaruhi oleh gerakan politik radikal • Piagam Atlantik PBB meminta negara-negara kolonial memberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan

  11. Senaraikan tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat penggubalan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di King’s House, Kuala Lumpur. • Menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union • Inginkan persekutuan seperti konsep Negeri-Negeri Melayu Bersekutu • Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union • Perlindungan terhadap orang Melayu dipulihkan • Raja-Raja Melayu sebagai ketua Negeri-Negeri Melayu diakui semula

  12. Sebutkan ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? • Sebuah persekutuan dengan gabungan sebelas buah negeri • Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British • Konsep Raja Berpelembagaan diwujudkan • Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk • Kedudukan istimewa orang Melayu dijaga

  13. Apakah alasan yang diberikan oleh golongan radikal Melayu sebagai reaksi menentang perundingan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. • Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili semua pihak • Tiada perwakilan orang dagang dalam Jawatankuasa Eksekutif • Mereka menuntut konsep sebuah republik • Mereka menuntut kemerdekaan penuh

  14. Huraikan peristiwa-peristiwa penting ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Bantahan : Bantahan orang Melayu menyebabkan British membatalkan Malayan Union Eksekutif : British menubuhkan Jawatankuasa Eksekutif Tuntutan : Orang Melayu mengemukakan lima tuntutan dalam mesyuarat di King’s House, Kuala Lumpur Tentang : Perundingan ditentang oleh orang dagang dan radikal Melayu Republik : Mereka menuntut sebuah republik dan kemerdekaan penuh Tubuh : Menubuhkan AMCJA dan PUTERA bagi menentang British dan UMNO Tindakan : Mereka mengadakan pelbagai tindakan seperti ceramah politik, demonstrasi dan mogok Perlembagaan : Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat Perunding : British menubuhkan Jawatankuasa Perunding bagi mendapatkan pandangan dalam menyediakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu Tandatangan : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 21 Januari 1948

  15. Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Asas : Menjadi asas pentadbiran negara selepasnya Kongsi : Perkongsian kuasa dilakukan antara Majlis Raja-Raja Melayu dengan Pesuruhjaya Tinggi British di peringkat pusat Sultan : Sultan sebagai ketua negeri berkuasa melantik Menteri Besar Bahagi : Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri Senarai : Terbentu Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri Istimewa : Dasar perlindungan British terhadap keistimewaan orang Melayu Status : Status-quo negeri Melayu dilindungi Ketuanan : Agama Islam dan adat istiadat Melayu menjadi teras ketuanan Melayu Bertulis : Prinsip yang dicadangkan UMNO dan Raja-Raja Melayu dijadikan undang-undang bertulis Kontrak : Prinsip-prinsip dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu menjadi kontrak sosial antara British dengan orang Melayu

  16. Pergerakan Politik Di Sabah Dan Sarawak

  17. Apakah alasan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British ? • Beliau telah tua dan uzur • Anthony Brooke tidak layak mentadbir Sarawak • Gerald MacBryan telah ditugaskan mendapatkan persetujuan pembesar Sarawak

  18. Nyatakan sebab-sebab beberapa pemimpin dan persatuan kaum tempatan menetang penyerahan tersebut. • Bercanggah denagn Perlembagaan 1941 • Vyner Brooke tidak berunding dengan pemimpin tempatan • Cadangan hanya disokong oleh bukan bumiputera dan pegawai British

  19. Berikan tiga persatuan yang terlibat dalam gerakan antipenyerahan Sarawak. • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) • Barisan Pemuda Sarawak (BPS) • Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu • Parti Dayak Sarawak (PDS) • Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

  20. Senaraikan tindakan yang dilakukan oleh persatuan dalam usaha menentang perisytiharan penyerahan Sarawak. • Berdemonstrasi • Menghantar surat bantahan • Meletakkan jawatan beramai-ramai • Mengadakan pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda • Menubuhkan kumpulan Rukun tIga Belas • Membunuh Gabenor Sarawak

More Related