1 / 14

Pengenalan Drama

Unit Bahasa Melayu H2 / TPJC. Pengenalan Drama. Pengertian Drama. Berasal daripada perkataan Greek Tua ‘dran’. Merupakan gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan pengalaman hidupnya.

emmy
Télécharger la présentation

Pengenalan Drama

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Unit Bahasa Melayu H2 / TPJC Pengenalan Drama Rab'06'

  2. Pengertian Drama • Berasal daripada perkataan Greek Tua ‘dran’. • Merupakan gambaran hidup manusia yang dicipta oleh pengarang melalui daya imaginasi, fantasi dan pengalaman hidupnya. • Drama ialah sejenis cereka yang berbentuk lakonan, selalunya dipentaskan. Rab'06'

  3. Sifat Drama • Ciri yang paling penting ialah Konflik • Konflik akan menimbulkan aksi. Aksi boleh dibahagikan kepada aksi fizikal dan aksi mental. • Drama dipersembahkan dalam jangka masa yang terbatas. Rab'06'

  4. Jenis Drama • Jenis drama dibahagikan mengikut isu yang dibincangkan. • Tragedi • Komedi • Tragi-komedi • Opera • Pantomim • Bangsawan Rab'06'

  5. Perkembangan Drama • Dibahagikan kepada dua bahagian: Tradisional dan Moden • Tradisional : zaman awal dan zaman tradisi hakiki. Rab'06'

  6. Mak Yong Rab'06'

  7. Boria Rab'06'

  8. Randai Rab'06'

  9. Wayang Kulit Rab'06'

  10. Moden: Zaman transisi dan Melayu moden • Zaman Transisi : Bangsawan • Zaman Moden : dipengaruhi unsur modenisme barat, iaitu pengolahan drama diketuai oleh seorang sutradara Rab'06'

  11. Perkembangan Zaman Moden Tahun awal 50an = drama berbentuk Sandiwara • 1934 , Shaharom Husain antara penggiat awal yang melahirkan drama Melayu moden. Terkenal dengan drama kanak-kanak. • 1942, Syed Alwi Al Hady , mementaskan drama sandiwara berjudul ‘Tarik Ben Ziad: Pahlawan Islam’ dan ‘Hang Tuah : Pahlawan Melayu’ • 1946, Shaharom Husain mementaskan pula ‘Lawyer Dahlan’ dan ‘Hantu Laut’ hasil tuntutan nasionalisme. Rab'06'

  12. Pada tahun 1950an hasil penciptaan drama mengalami kemerosotan kerana penulis lebih memberi penempuan kepada penciptaan puisi dan cerpen. • Kemunculan Jimmy Asmara & Kalam Hamidy • 1951, Skrip drama pertama telah diterbitkan, iaitu Megat Terawis karya Teh Fatimah. • Sekitar 5 buah buku drama telah diterbitkan sepanjang 1942-1950an. • 1951, Za’ba menggesa agar drama ditulis dan dipertingkatkan mutunya. • 1955, Hamka menulis teori-teori tentang drama yang dihubungkaitkan dengan konsep seni Islam. Rab'06'

  13. Tahun 1960an = Drama berbentuk Realisme • Kala Dewata dianggap sebagai pelopor dengan dramanya ‘Atap Genting Atap Rumbia’ • Drama ini menggunakan bahasa kolokial dalam dialognya dan berlatarkan dunia realiti. • Struktur drama menggunakan teori Aristotle, iaitu adanya protasis, apitasis dan katastasis. • Pola plot masih dalam bentuk konvensional. Rab'06'

  14. Tahun 1970an = Drama berbentuk Absurdisme • Di barat Absurdisme ialah konsep yang melambangkan masyarakat yang kacau. Timbul disebabkan peperangan dunia pertama dan kedua. • Di Malaysia ialah drama yang agak sukar difahami dan lebih bercorak abstrak. • Struktur drama tidak lagi menggunakan teori Aristotle tetapi lebih bersifat ketidaklogikan, fantasi dan anti-cerita. • Dimulakan oleh Noordin Hassan dengan dramanya ‘Bukan Lalang Ditiup Angin’ Rab'06'

More Related