1 / 13

Kata Majmuk

Kata Majmuk. Definisi. Kata majmuk ialah rangkaran dua kata dasar atau lebih. Ia membawa makna-makna tertentu. Kata majmuk pada umunya dieja berpisah. Terdapat 4 jenis Kata Majmuk. Jenis-Jenis Kata Majmuk. Jenis Pertama : Kata majmuk bebas.

gusty
Télécharger la présentation

Kata Majmuk

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kata Majmuk

  2. Definisi Kata majmuk ialah rangkaran dua kata dasar atau lebih. Ia membawa makna-makna tertentu. Kata majmuk pada umunya dieja berpisah. Terdapat 4 jenis Kata Majmuk.

  3. Jenis-Jenis Kata Majmuk Jenis Pertama : Kata majmuk bebas. Perkataan yang dikenali sebagai Kata Majmuk Bebas ialah seperti berikut. 1: Terima Kasih. 2: Luar Biasa. 3: Alat Tulis. Ayat Contoh 1 : Zainal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Sulaiman atas undangan makan tengah hari yang telah diberikan kepadanya di Hotel Angkapuri. Ayat Contoh 2: Setiap Pelajar memerlukan alat tulis yang lengkap agar ia akan memudahkan mereka untuk menduduki peperiksaan dengan tenang tanpa harus menghiraukan kekurangan keperluan mereka.

  4. Jenis kedua : Kata majmuk istilah khusus. Kata majmuk istilah khusus mempunyai erti yang khas dalam bidang ilmu tertentu. Perkataan yang terdiri daripada Kata Majmuk Istilah Khusus ialah seperti berikut. 1: Urus Setia. 2: Mata Pelajaran. 3: Kertas Kerja. Ayat Contoh 1: Ashriq dikenali sebagai seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya kerana dia tidak pernah gagal untuk mendapatkan markah yang tertinggi bagi setiap mata pelajaran yang diambilnya. Ayat Contoh 2: Encik Jamil harus memastikan bahawa setiap karyawannya menyelesaikan kertas kerja yang telah di bahagikan secara adil.

  5. Jenis ketiga : Kata Majmuk Isitilah Khusus (gelaran) Perkataan berikut adalah contoh-contohnya. 1: kencing manis 2: bidang sains dan teknologi. Ayat Contoh 1: Nenek saya yang sudah lama menghidap penyakit kencing manis masih degil dan tidak mahu mendengar nasihat doktor untuk berhenti makan makanan yang mengandungi banyak gula. Ayat Contoh 2: Kegigihan dan sikap tidak mahu menyerah terserlah dalam diri Nadiah yang telah lulus dan mendapatkan segulung ijazah dalam bidang sains dan teknologi setahun yang lalu

  6. Jenis keempat: Kata majmuk kiasan mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya (literal) dan kata majmuk kiasan juga sering dirujuk sebagai simpulan bahasa. Perkataan yang terdiri daripada Kata Majmuk Kiasan ialah seperti berikut. 1: darah daging (anak sendiri) 2: buah mulut (perkara yang menjadi bahan perbualan) 3: mandi keringat (melakukan kerja bersungguh-sungguh) Ayat Contoh 1: Pemodenan dan kemajuan yang sudah menyebar di seluruh dunia ini menyebabkan teknologi menjadi darah daging kita. Ayat Contoh 2: Perbuatan Hakim dan Rozana yang amat menjijikan telah menjadi buah mulot orang kampung sehingga hari ini.

  7. Penggandaan Kata Majmuk. Penggandaan Kata Majmuk terbagi kepada dua bentuk iaitu mantap dan tidak mantap. Ia seperti yang berikut : • Melibatkan penggandaan pada perkataan hadapan sajaha bagi kata majmuk yang tidak mantap. ( bebas, istilah khusus, kiasan) ( B ) Melibatkan penggandaan keseluruhan unsur bagi kata majmuk mantap dan beberapa simpulan bahasa.

  8. Penggandaan Kata Majmuk yang tidak mantap. Contoh: Perdana Menteri = Perdana – perdana Menteri. Ayat Contoh 1:Perdana-perdana menteri sedang berbincang tentang masalah pencemaran udara yang berlaku agar ia tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti penduduk negara. Contoh: Alat tulis = Alat-alat tulis. Ayat Contoh 2:Alat-alat tulis ialah salah satu keutamaan jika ingin menduduki peperiksaan kerana tanpa adanya perkakas tertentu, kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

  9. Penggandaan Kata Majmuk yang mantap Contoh: Kakitangan = Kakitangan-kakitangan. Ayat Contoh 1: Syarikat itu memberikan jumlah bonus yang banyak kepada kakitangan-kakitangan yang telah lama bekerja di situ untuk menunjukkan satu sifar penghargaan. Contoh: warganegara-warganegara. Ayat Contoh 2: Pemerintah menganggarkan bahawa pembangunan siasah Singapura akan mengalami beberapa perubahan yang agak ketara dalam tempuh masa 20 tahun memandangkan warganegara-warganegara yang semakin berpendidikan dan berfikiran terbuka.

  10. Dalam bahasa melayu, ada 15 perkataan yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. 1: antarabangsa 9: matahari 2: sukarela 10: olahraga 3: beritahu 11: tandatangan 4: kakitangan 12: pesuruhjaya 5: bumiputra. 13: barangkali 6: matahari. 14: dukacita 7: suruhanjaya. 15: sukarela 8: kerjasama

  11. Kata Majmuk Menerima imbuhan Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam 2 bentuk. Yang pertama ialah apabila menerima imbuhan awalan ataupun akhiran. Ejaan perkataan-perkataan ini akan dieja perpisah. 1: Campur Aduk = Bercampur Aduk. 2: Temu bual = Ditemu Bual. 3: Ambil Alih = Mengambil Alih. Ayat Contoh 1: Saya telah ditemu bual oleh seorang wartawan mengenai acara pelancaran album kumpulan “ The Urban Sensation” minggu lalu. Ayat Contoh 2: Farah mengambil alih posisi Farid sebagai pengurus syarikat kerana Farid telah mengkhianati syarikat itu dengan mendedahkan kesemua rahsia-rahsia yang diperoleh.

  12. Kedua, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi cantum. Contohnya. 1: Campur Aduk = mencampuradukkan 2: Satu Padu = menyatupadukan. 3: Tunjuk Ajar = menunjukajarkan. Ayat Contoh 1: Fahmi yang dikenali sebagai director filem Melayu kerap mencampuradukkan pelbagai rupa kebudayaan dalam jalan ceritanya. Ayat Contoh 2: Cikgu Siti telah mencuba sedaya upaya untuk menyatupadukan pelajar-pelajarnya yang sering bertengkar tentang perkara-perkara yang tidak penting dan di luar pelajaran sekolah.

  13. TAMAT Hasil Kerja : Annisa. 5N1. Lydia. Kristie. 4E4 Saiful Affendy. 5N1.

More Related