E N D
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI Al baqarah 1-5
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muham-mad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itu-lah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI (Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhi-rat, dan peliharalah kami dari azab neraka". Al baqarah: 201
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI Al baqarah 255
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makh-lukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya me-lainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak men-getahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberat-an kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI al baqarah : 256
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. al baqarah : 256
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI Al baqarah 284-286
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 ( hafazan) MOHD KHAIRI Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu mela-hirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyem-bunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesi-apa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesi-apa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peratu-ranNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepa-da Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara se-orang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mere-ka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali". Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusa-hakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusaha-kannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau men-girakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesala-han kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Peno-long kami; oleh itu, tolonglah kami untuk men-capai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".