1 / 10

PENJAGAAN DAN SOKONGAN

PENJAGAAN DAN SOKONGAN. PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA. Bagaimanakah menjaga orang yang dijangkiti HIV/AIDS?. i. Memberi sokongan emosi a. Kongsi perasaan, bersikap jujur dan terbuka. b. Galakkan pesakit meluahkan perasaannya.

huslu
Télécharger la présentation

PENJAGAAN DAN SOKONGAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENJAGAAN DAN SOKONGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

  2. Bagaimanakah menjaga orang yang dijangkiti HIV/AIDS? i. Memberi sokongan emosi a. Kongsi perasaan, bersikap jujur dan terbuka. b. Galakkan pesakit meluahkan perasaannya. c. Tanya pesakit apa yang diharapkannya dan beritahu anda harapannya. d. Berikan sokongan dan pujian. e. Tanya cara mereka menjalankan perkara rutin harian seperti persediaan makanan dan mencuci pakaian. f. Beri galakan apabila pesakit marah dan ingin menangis. g. Nasihatkan pesakit agar menjaga kesihatan, berehat dan meminta bantuan jika perlu. h. Pesakit biasanya berasa takut, marah, tidak terdaya, sedih dan sunyi. Yakinkan pesakit bahawa anda bersedia membantu, mendengar dan berbincang dengannya.

  3. Memberi sokongan dan penjagaan fizikal a. Hilang selera makan : tanya pesakit apa yang dia suka makan dan minum, bila dan berapa banyak. Kerap makan bersama pesakit. b. Rasa loya dan muntah : hidangan kecil dan kurang lemak dapat mengurangkan muntah. Galakkan pesakit banyak minum antara waktu makan. Beri perhatian kepada masa berlakunya rasa loya dan elakkan daripada memberi makanan pada masa ini. Gunakan sarung tangan untuk membersihkan kesan muntah. c. Kurang cecair : jika pesakit mengalami dehidrasi, dia kehilangan banyak cecair badan. Berikan cecair tambahan apabila ini berlaku. d. Keletihan : galakkan pesakit melakukan aktiviti ringan dan banyak berehat. Sediakan kerusi dalam bilik mandi supaya pesakit dapat mandi sambil duduk jika perlu. e. Penjagaan kulit : ubah kedudukan tidur untuk mencegah bisul (pressure sore). Galakkan pesakit duduk atau berjalan sedikit. Bersihkan bisul, tetapi gunakan sarung tangan jika bisul terdedah. Gunakan losyen untuk melembutkan kulit kering. f. Kekeliruan dan kemerosotan ingatan : AIDS dan kepiluan mempengaruhi otak serta menyebabkan kekeliruan. Pamerkan jam dan takwim serta ingatkan pesakit tentang hari, masa dan tempat mereka berada. Pastikan langkah keselamatan diambil.

  4. Bagaimanakah menjaga keselamatan diri sendiri? Sampah Perkakas yang digunakan untuk mencuci (sarung tangan dan sebagainya) mesti dibakar atau dimasukkan ke dalam beg plastik dua lapis dan diikat kemas sebelum dibuang. Membasuh Tangan Basuh tangan dengan menggunakan air suam dan sabun sebelum dan selepas berhubungan dengan pesakit. Mencuci Peralatan Jika suntikan diberi, sterilkan jarum dan picagari dengan merebusnya. Simpan dalam kotak plastik atau logam yang tidak mudah koyak. Jarum suntikan dan picagari yang sudah digunakan perlu diisi dalam bekas kadbod tebal, kaca, plastik atau logam sebelum dibuang. Cuci termometer dengan sabun dan air.

  5. sambungan Mencuci Pakaian Jika tercemar dengan cecair tubuh badan, pakai sarung tangan dan gunakan peluntur serta sabun untuk mencuci. Jika tidak, cuci seperti biasa. Mencuci Tutup luka yang terdedah dengan pembalut. Gunakan sarung tangan dan peluntur apabila membersihkan bilik air. Campurkan peluntur (1 bahagian) dan air (10 bahagian). Rendam selama 10 hingga 20 minit sebelum membilas. Dapur juga perlu dibersihkan. Cuci pinggan menggunakan pencuci dan air. Kain yang digunakan untuk bilik air tidak sepatutnya digunakan untuk mencuci dapur.

  6. DISKRIMINASI Apabila kita melayan seseorang secara tidak adil atau dengan prasangka kerana agama, keturunan atau kerana dia rasa sakit, kita mendiskriminasi terhadap orang itu Bincangkan jawapan bersama murid. 1. Baca definisi dan contoh diskriminasi 2. Baca setiap tindakan diskriminasi terhadap orang yang dijangkiti HIV atau menghidapi AIDS 3. Lengkapkan setiap pertanyaan dan jawab semua soalan dalam lembaran kerja ini.

  7. Jawab soalan berikut

  8. Selesaikan masalah dibawah . (a)Mengapakah berlaku diskriminasi? ……………………………………………………………… (b)Apakah kebaikan sekiranya tidak berlaku diskriminasi ? ……………………………………………………………… (c) Apakah tindakan anda jika terdengar kata-kata berunsur diskriminasi di kalangan masyarakat anda terhadap seseorang yang dijangkiti HIV atau AIDS? ………………………………………………………………………

  9. Bagaimanakah menjaga orang yang dijangkiti HIV/AIDS? Suaikan Lajur A dan Lajur B

  10. Tuliskan benar atau salah dalam petak bagi jawapan . 

More Related