1 / 23

Beriman Dengan Rasul Allah

Beriman Dengan Rasul Allah. Kita percaya dan yakin bahawasanya Allah telah mengutus para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada umat agar menyembah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-laranganNya. Firman Allah s.w.t:

ismail
Télécharger la présentation

Beriman Dengan Rasul Allah

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BerimanDenganRasul Allah Kita percaya dan yakin bahawasanya Allah telah mengutus para rasul untuk menyampaikan wahyu kepada umat agar menyembah dan beribadah kepada Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-laranganNya. Firman Allah s.w.t: “Sungguh telah Kami utus Rasul kepada setiap umat agar mereka beribadah kepada Allah dan menjauhkan diri dari Thaghuth (syaitan/kejahatan)” (Al-Nahl:36) Syariat para nabi itu berbeza antara satu dengan yang lain dalam persoalan furu’ (cabang),seperti dalam hal halal dan haram. Firman Allah s.w.t: “Untuk tiap-tiap umat diantara kamu,Kami berikan aturan dan jalan yang terang” Al-Maidah:48)

  2. Beriman kepada para rasul mencakup 4 perkara: 1-Beriman bahawa risalah mereka adalah benar daripada Allah.Jika mengingkari salah satu daripadanya bererti dia mengingkari kesemuanya. 2-Beriman kepada sekelian nabi yang diketahui namanya ataupun tidak. 3-Membenarkan berita-berita yang benar tentang para rasul. 4-Mengamalkan syariat rasul yang diutus kepada kita dan dia adalah nabi Muhammad s.a.w,rasul yang paling utama dan penutup segenap rasul.

  3. PengertianNabi Dan Rasul Nabi: Dari segi bahasa: pemberi khabar Rasul: Dari segi bahasa: utusan Dari segi istilah bagi nabi dan rasul: Seorang insan yang diutus Allah s.w.t untuk menyampaikan hukum dan syariat. Ahli Sunnah:Semua rasul adalah nabi dan tidak semua nabi adalah rasul

  4. PerbezaanNabi Dan Rasul Perbezaan antara Nabi dan Rasul: Nabi: Setiap nabi Diturunkan pada setiap kaum yang tersendiri dan mengikut syariat rasul yang terdahulu Rasul: Diberikan syariat yang sesuai dengan keadaan kaumnya, dan sebahagian diberikan kitab. Ciri-ciri nabi dan rasul: Lelaki yang sempurna rupa dan akhlak Asal usul yang mulia Terpelihara dari keaiban rupa dan peribadi Bilangan nabi: 124 000 Bilangan rasul: 313

  5. UlulAzmi Dikalangan para rasul terdapat 5 orang rasul yang mendapat darjat ulul a’zmi (terulung).Mereka teguh dan tabah dalam mengharungi cubaan dan rintangan-rintangan dari kaum masing-masing ketika menyampaikan dakwah. Mereka ialah: 1- Nabi Muhammad s.a.w 2-Nabi Ibrahim a.s 3-Nabi Musa a.s 4-Nabi Isa a.s 5-Nabi Nuh a.s

  6. Firman Allah s.w.t: “Allah telah menetapkan agama kepadamu sekalian apa yang telah diwasiatkannya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim,Musa dan Isa iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah” (Al-Syura:13)

  7. SifatWajib Para Nabi Dan Rasul As-Sidq: Bercakap benar Al-Fathonah:Bijak, tajam akal & pandai At-Tabligh:menyampaikan wahyu Al-Amanah-Al-’Ismah: terpelihara dari melakukan dosa kecil dan besar

  8. SifatMustahil Para Nabi Dan Rasul Al-kazb:pembohong Al-kitman:menyimpan/ tidak menyebarkan wahyu Al-khiyanah:pengkhianat/melakukan dosa Al-baladah-tidak tajam akal dan tidak bijak

  9. SifatHarus Para Nabi Dan Rasul Sifat-sifat kemanusiaan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya. Diharuskan mereka sakit tetapi yang tidak memudaratkan. Diharuskan terjadinya lupa atau leka pada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan Allah s.w.t. Tidak diharuskan untuk mereka mimpi yang berasal dari mainan syaitan.

  10. SunnahRasulSebagaiContohTeladan Sunnah Rasul yang menyeliputi percakapan,perbuatan dan keperibadian seharusnya diikuti oleh umat jika inginkan kebahagian hakiki menurut Islam. Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang-orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan kedatangan hari akhirat serta selalu banyak berzikir (ingat) kepada Allah” (Al-Ahzab:21)

  11. KesanBerimanKepada Para Rasul Beriman Kepada para rasul memiliki pengaruh yang sangat besar,diantaranya adalah: 1-Mengetahui rahmat Allah dengan mengutus para rasul sebagai petunjuk jalan yang benar dan mengajar para hamba cara menyembah Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t: “Dan tidaklah Kami mengutusmu (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi segenap alam” (Al-Anbiya:107) 2-Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang agung ini. 3-Mengikuti risalah yang dibawa para rasul dari sisi Allah serta mengamalkannya.Demikian orang-orang mukmin boleh mendapat kebaikan,hidayah dan kebahagian dalam kehidupan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t: “Lalu barangsiapa mengikuti petunjukKu,dia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.Dan barangsiapa berpaling dari peringatanKu,maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit” (Thaha:123-124)

  12. BerimanKepadaHariKiamat Hari Akhir adalah hari kiamat di mana ketika itu seluruh manusia dibangkitkan untuk dihisab dan diberi balasan.Dinamakan hari akhir kerana tidak ada hari lagi sesudahnya. Firman Allah s.w.t: “Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al-Quran) dan mereka selalu memelihara solat mereka” (Al-An’aam:92)

  13. Sabda Rasulullah s.a.w: “Iman itu hendaklah kamu beriman dengan Allah,malaikat-malaikatNya,kitab-kitabNya,rasul-rasulNya,hari akhirat dan qadak dan qadar baik dan buruknya” (HR.Imam Muslim)

  14. Tanda-TandaHariAkhirat Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu kecil dan besar. Tanda-tanda kecil ialah: 1-Penyerahan urusan-urusan kepada yang bukan ahlinya. Sabda Rasulullah s.a.w: Jika suatu perkara diserahkan kepada yang bukan ahlinya,maka tunggulah masa kehancurannya” H.R:Imam Al-Bukhari) 2-Banyak berlakunya pembunuhan di merata tempat. Sabda Rasulullah s.a.w: “Diantara tanda-tanda kiamat diangkat ilmu,diturunkan kejahilan dan banyak terjadinya al-Haraj dan al-Haraj itu adalah pembunuhan. (H.R:Imam Muslim) 3-Sedikitnya ilmu dan munculnya kejahilan. Sabda Rasulullah s.a.w: “Diantara tanda-tanda kiamat diangkat ilmu,diturunkan kejahilan dan banyak terjadinya al-Haraj dan al-Haraj itu adalah pembunuhan. (H.R:Imam Muslim)

  15. Tanda-TandaBesar *Munculnya Imam Mahdi *Keluarnya Dajjal *Turunnya Nabi Isa a.s *Keluarnya Yakjuj dan Makjuj *Gempa Bumi *Terbit matahari dari tempat terbenamnya *Keluarnya asap tebal *Munculnya binatang melata di bumi *Keluar api dari Yaman

  16. MunculnyaDajjal Dajjal ialah sejenis makhluk yang akan mengaku dirinya sebagai Tuhan dan memfitnah manusia dengan mendatangkan perkara-perkara yang luar biasa. Maka semua para rasul telah memberi amaran kepada umatnya agar tidak terikut fitnah dan kesesatan yang dibawa oleh Dajjal. Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiada seorang Nabi pun yang diutuskan dia memberi amaran (yang menakutkan) kepada umatnya tentang seorang penipu yang buta sebelah matanya.Ketahuilah bahawa Dajjal itu buta sebelah matanya dan Tuhan kamu tidak buta dan ditulis diantara dua matanya (Dajjal) Ka,Fa dan Ra (Kafir) (HR.Imam Muslim)

  17. Turunnya Isa IbnMaryam A.S Sebagai orang yang beriman dengan Allah kita beriktikad bahawa Nabi Isa a.s tidak terbunuh dan tidak disalib bahkan baginda telah diangkat oleh Allah s.w.t ke langit.Pada akhir zaman baginda akan kembali ke dunia untuk membunuh Dajjal dan menyeru kepada Islam. Nabi Isa akan diturunkan oleh Allah s.w.t di sisi ‘menara putih’ yang terletak di Timur Damsyik,Syria. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila Allah mengutus Isa ibn Maryam,maka dia akan turun di sisi menara putih (Al-Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik” (HR.Muslim)

  18. KeluarnyaYakjuj Dan Makjuj Yakjuj dan Makjuj adalah dua kelompok manusia dari suatu keturunan anak cucu Adam. Sabda Rasulullah s.a.w:: “Wahai Adam!” Maka Bagi menjawab: Aku menyahut panggilan-Mu dengan segala kerendahan dan kebaikan hanya ada pada-Mu. Maka Allah berfirman: “Keluarkanlah kelompok Neraka (dari zuriatmu)? Adam bertanya: “Apakah itu kelompok neraka? Allah menjawab: Di tiap-tiap 1000 orang itu ada 999 orang.Apabila (Yakjuj dan Makjuj) sudah keluar,maka ketika itu anak kecil akan beruban dan setiap wanita hamil akan keguguran anak dan engkau akan melihat manusia dalam keadaan mabuk (kebingungan kerana gerun dan takut dengan malapetaka yang berlaku akibat perbuatan Yakjuj dan Makjuj)” HR.Imam Muslim)

  19. GempaBumi Di Timur Barat Dan Semenanjung Tanah Arab ‘Gempa bumi’ bermaksud terbelahnya bumi yang akan menelan manusia,yang mana ia merupakan suatu azab.. Sabda Rasulullah s.a.w: “Akan berlaku setelah (kewafatan) aku,gempa bumi di timur,gempa bumi di barat dan gempa bumi di semenanjung Arab” (HR.Imam Thabrani)

  20. KeluarnyaAsap Asap ini adalah sebahagian dari permulaan azab Allah ke atas orang yang ingkar dan tidak beriman kepadanya.Ia juga sebagai isyarat kepada azab yang lebih dahsyat yang bakal menimpa mereka iaitu saat berlakunya serta kehancuran alam ini. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Tuhanmu telah memberi amaran tentang tiga perkara:tentang asap (yang berkepul yang menyelubungi bumi),ianya akan mengenai orang beriman seumpama orang yang kena bersin dan ia akan mengenai orang yang tidak beriman sehingga (masuk ke tubuh mereka) mengembung lantas keluar semula dari setiap lubang di tubuh mereka” (HR.Imam Thabrani,Ibn Jarir,Ibn Kathir)

  21. TerbitnyaMatahari Dari TempatTerbenamnya Tanda ini merupakan tanda Kiamat besar yang pertama bagi terjadinya perubahan keadaan alam ini. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya,apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka mereka semua akan beriman.Dan ketika itulah waktu yang tidak ada gunanya (tidak diterima oleh Allah) keimanan seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu” (HR.Imam Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)

  22. KeluarnyaBinatangBumi Sebelum berlakunya kiamat akan keluar seekor binatang di bumi yang sangat ganjil.Binatang tersebut boleh bericara dengan manusia dan kemampuannya membezakan antara yang beriman dengan orang yang kufur kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t: “Dan apabila telah tiba masanya ke atas mereka,Kami akan mengeluarkan seekor binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka bahawa sesungguhnya manusia sudah tidak yakin kepada ayat-ayat Kami” (Al-Naml:82)

  23. KeluarnyaApi Setelah matahari terbit dari barat dan keluarnya binatang bumi yang akan bercakap dengan manusia,maka akan keluar api dari negeri Yaman atau dasar Aden atau dari timur yang akan mengusir manusia ke padang Mahsyar. Sabda Rasulullah s.a.w: “Adapun tanda kiamat yang pertama (menandakan mulanya hari kiamat) adalah api yang keluar dari Timur,maka ia akan mengusir manusia ke Barat” HR.Imam Al-Bukhari)

More Related