1 / 19

KEMULIAAN AL-QURAN

KEMULIAAN AL-QURAN. HAFAZAN. SURAH AL-HASYR AYAT 21-24. BACAAN. MAKSUD AYAT.

johnna
Télécharger la présentation

KEMULIAAN AL-QURAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. KEMULIAAN AL-QURAN

  2. HAFAZAN SURAH AL-HASYR AYAT 21-24 BACAAN

  3. MAKSUD AYAT Sekiranya Kami turunkan alquran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah. Dan ( ingatlah ) contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Dia maha pemurah lagi maha mengasihani. Dialah Allah yang tiada tuhan selain Dia. Yang menguasai ( sekalian alam ) yang maha suci, yang maha selamat sejahtera ( daripada segala kekurangan ). Dia melimpahkan keamanan, yang maha melengkapi segala kebesaran-Nya. Maha suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan dengannya. Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan ( daripada tiada kepada ada ) yang membentuk rupa ( makhluk-Nya menurut yang dikehendaki-Nya ) bagi-Nyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulianya. Bertasbih kepada-Nya segala yang dilangit dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolok bandingnya, lagi maha bijaksana.

  4. INTISARI AYAT • Allah menyatakan sekiranya al-Quran diturunkan ke atas gunung yang teguh, nescaya ia akan pecah. • Ini disebabkan gunung tidak mampu melaksanakan tanggungjawab untuk menyebarkan ajaran al-Quran serta melaksanakannya. • Allah mempunyai nama-nama yang indah dan sifat yang sempurna. • Semua makhluk di langit dan di bumi tunduk dan bertasbih kepada Allah.

  5. KEISTIMEWAAN AL-QURAN • Al-Quran mempunyai banyak keistimewaan, antaranya ialah : 1.Mukjizat agung kepada Rasulullah. 2.Kandungan al-Quran lengkap merangkumi semua aspek kehidupan seperti akhlak, ekonomi, sosial, sains dan politik. 3.Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, tempat dan masa.

  6. 4.Terpelihara dari sebarang perubahan dan penyelewengan hingga kiamat. 5.Tiada makhluk yang mampu menandingi keindahan bahasa al-Quran. 6.Membimbing manusia menuju kebahagiaaan hidup di dunia dan akhirat. 7.Setiap huruf yang dibaca dikira ibadat dan diberikan pahala.

  7. MAKHLUK SELAIN MANUSIA TUNDUK DAN PATUH KEPADA ALLAH • Dalam ayat 24 surah al-Hasyr Allah menyatakan bahawa semua makhluk tunduk dan patuh kepada Allah. • Antaranya dengan cara bertasbih dan mengikut semua ketentuan dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah. • Contohnya matahari dan bulan sentiasa beredar mengikut paksinya. • Sebagai manusia yang mempunyai akal, kita sepatutnya tidak menderhakai Allah yang telah mencipta kita.

  8. PLANET BERGERAK MENGIKUT PAKSI

  9. TUMBUHAN TAATI PERINTAH ALLAH

  10. PERBANDINGAN ANTARA GUNUNG DAN ORANG YANG INGKAR KEPADA ALLAH • Allah membandingkan keingkaran manusia menerima al-Quran dengan sifat gunung yang hancur berkecai apabila diturunkan al-Quran. • Allah membuat perbandingan ini sebagai peringatan kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap kasar. • Allah juga mengingatkan orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran. • Sekiranya gunung mendengar ayat-ayat Allah nescaya akan hancur berkecai kerana takut kepada Allah.

  11. CARA MENGHAYATI AL QURAN

  12. CARA MENGHAYATI AL QURAN Langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menjadi seorang yang menghayati al-Quran : • Istiqamah dalam membaca al-Quran • Memahami dan mengamalkan kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian • Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan al-Quran • Membaca al-Quran dengan bertajwid dan bertarannum.

  13. NAMA ALLAH • AL-MALIK : MAHA MENGUASAI • AL-QUDDUS : MAHA SUCI • AS-SALAM : MAHA PEMBERI SEJAHTERA • AR-RAHMAN : MAHA PENGASIH • AR-RAHIM : MAHA PENYAYANG • AL-MUKMIN : MAHA PEMBERI KEAMANAN

  14. Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: • "Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari

  15. PENGAJARAN AYAT 1.Allah memerintahkan kita supaya mengambil iktibar daripada peringatan yang terdapat dalam al-Quran. 2.Gunung-ganang yang kuat dan kukuh akan musnah sekiranya diturunkan al-Quran ke atasnya kerana keagungan al-Quran 3.Haiwan dan tumbuhan sentiasa tunduk dan bertasbih kepada Allah. 4.Allah mengetahui perkara-perkara ghaib 5.Allah memiliki nama yang agung lagi suci supaya manusia mengambil iktibar.

More Related