1 / 12

TOPIK 6: WACANA TOPIK 7: RETORIK

TOPIK 6: WACANA TOPIK 7: RETORIK. DEFINISI WACANA

lamar-james
Télécharger la présentation

TOPIK 6: WACANA TOPIK 7: RETORIK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TOPIK 6: WACANATOPIK 7: RETORIK

  2. DEFINISI WACANA Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat.

  3. JENIS-JENIS WACANA • Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio. • Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.

  4. DEFINISI RETORIK Retorik ialah teknik penggunaan bahasa, sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan yang mengandung aspek tatabahasa yang betul,selain penggunaan bahasa yang baik dalam penyampaian idea. Menurut Kamus Dewan (1996: 1135), retorik ialah seni penggunaan bahasa indah untuk menarik pemikiran pendengar. Justeru, ragam bahasa yang pelbagai diperlukan sebagai cara untuk mempengaruhi pendengar atau pembaca.

  5. JENIS-JENIS RETORIK i. Pemerian • Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar. ii. Pemujukan • Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan. iii. Penerangan • Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. iv. Penceritaan • Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan. v. Pendedahan • Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan. vi. Penghujahan • Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.

  6. PRINSIP-PRINSIP WACANA Tujuan • Setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan. Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana, sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi atau penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya. Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula yang hendak disampaikan, ayat penyata digunakan. Tautan • Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan. Runtutan • Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.

  7. Penerimaan • Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau pembaca. Maklumat • Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan maklumat lama. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala maklumat baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan dalam wacana tersebut. Keadaan • Sesuatu wacana perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itu menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran. Pemilihan kata, frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan. Interteks • Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung kepada wacana yang lain. Melalui interteks, sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh pembaca atau pendengar. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu wacana yang dibaca atau didengar akan membantu menghasilkan wacana.

  8. PRINSIP-PRINSIP RETORIK i. Pemerian • Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. • Menghasilkan gambaran yang realistik. • Bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun. • Lazimnya, mengandung tiga bahagian, iaitu pendahuluan, huraian dan kesimpulan. • Bersifat deskriptif dan informatif. ii. Pemujukan • Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan kehalusan bahasa. • Menggunakan aspek bahasa psikologi. • Wujud pemujukan rasional (melibatkan penghujahan) dan tidak rasional (melibatkan emosi). iii. Penerangan • Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada menarik. • Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat dan makna yang jelas dan bernas supaya pembaca atau pendengar memahami maklumat yang disampaikan. • Maklumat boleh disampaikan secara lisan ataupun tulisan.

  9. iv. Penceritaan • Mengandung pendahuluan, perkembangan dan peleraian. • Bersifat imaginatif. • Wujud sedikit kebebasan tatabahasa kerana bercirikan ekspresi. v. Pendedahan • Ada takrifan yang disertai contoh dan perbandingan. • Penghuraian sesuatu topik adalah secara objektif. • Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan. vi. Penghujahan • Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan. • Pendapat dikemukakan dengan bukti konkrit dan jelas. • Teknik penyampaian adalah secara deduksi dan induksi.

  10. MAKNA DALAM WACANA Makna dalam wacana dapat ditinjau daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu hubungan makna. Antara bahagian yang ada hubungan dalam sesebuah wacana ditunjukkan seperti berikut: • Hubungan sebab dan akibat, iaitu sebagai contoh, Ahmad tidak bersungguh-sungguh berlatih. Dia gagal dalam setiap pertandingan yang disertainya. • Hubungan sebab dan tujuan, iaitu sebagai contoh, Siti sangat rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. • Hubungan sebab dan hasil, iaitu sebagai contoh, Salmah begitu rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. • Hubungan latar dan kesimpulan, iaitu sebagai contoh, Rosmah menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang. • Hubungan syarat dan hasil, iaitu sebagai contoh, Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan. • Hubungan perbandingan, iaitu sebagai contoh, Rumah Romzi besar. Rumah Rosli lebih besar. Hubungan penjelasan, iaitu sebagai contoh, Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan nyawa, tetapi banyak harta benda telah musnah.

  11. MAKNA DALAM RETORIK Pemerian • Contoh: • Harga asal buku itu ialah RM50.00. Harga selepas diskaun ialah RM25.00. • Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas. Pemujukan • Contoh: • Kami menawarkan diskaun paling hebat dan perkhidmatan mesra pembeli. Silalah berkunjung ke kedai kami. • Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa. Penerangan • Contoh: • Salam bahagia kepada semua penumpang penerbangan AA4444. Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memilih Syarikat Penerbangan Cepat. Kami akan memaklumkan masa penerbangan yang baharu sebentar lagi. Sesungguhnya, kami menghargai kesabaran anda. Sekian untuk makluman dan terima kasih. • Retorik tersebut yang menggunakan penerangan berasaskan nada yang menarik dan berintonasi supaya dapat mengelak atau mengurangkan kemarahan para penumpang kerana perubahan pada jadual penerbangan.

  12. Penceritaan • Contoh: • Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tiba-tiba-tiba sahaja aku ternampak bayangan yang menyeramkan. • Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah seterusnya. Pendedahan • Contoh: • Mungkin rakan-rakan atau anggota keluarga anda tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan tanpa membaca surat khabar terlebih dahulu. Mengapakah berlaku hal sedemikian? • Retorik berkenaan berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar boleh merangsang pembacaan. Sebelum melakukan sebarang pekerjaan, daripada pembacaan akhbar mungkin bermakna lega. Penghujahan • Contoh: • Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos menjadi keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku, kita tidak dapat lari daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti. Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk tujuan tersebut, negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di dalam negara, berbanding dengan langkah menghantar mereka ke universiti-universiti di luar negara. • Hujah daripada retorik tersebut menjurus kepada keutamaan supaya ibu bapa memilih universiti di dalam negara untuk pengajian anak-anak.

More Related