1 / 16

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU. Tahun : 3 Wawasan Tajuk : Kata Adjektif (Kata Sifat) Disediakan oleh : Muhammad Yusri bin Yusof (Komputer Dalam Pendidikan). Maksud Kata Adjektif. Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama.

lew
Télécharger la présentation

BAHASA MELAYU

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAHASA MELAYU • Tahun : 3 Wawasan • Tajuk : Kata Adjektif (Kata Sifat) • Disediakan oleh : • Muhammad Yusri bin Yusof • (Komputer Dalam Pendidikan)

  2. Maksud Kata Adjektif Kata adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan kata nama. Contoh kata adjektif ialah baik, murah,rendah, dan cantik.

  3. Jenis – Jenis Kata Adjektif • Kata Adjektif Bentuk • Kata Adjektif Perasaan • Kata Adjektif Warna • Kata Adjektif Ukuran • Kata Adjektif Jarak • Kata Adjektif Waktu • Kata Adjektif Sifatan/Keadaan • Kata Adjektif Pancaindera • Kata Adjektif Cara

  4. Kata Adjektif Keadaan Contohnya; Baik, tegak, gopoh, pandai,takut, sihat, kasar Contoh ayat; • Penghulu yang baik hati itu sangat dihormati oleh penduduk kampung. • Semua murid berdiri tegak semasa lagu “Negaraku” dimainkan. • Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak akan sempurna jadinya.

  5. Kata Adjektif Warna Contohnya; • Biru, putih, hitam,ungu,perang,jingga. Contoh ayat; • Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas putih. • Kasut hitam yang dipakainya itu dibuat daripada kulit buaya. • Semua peserta kem motivasi itu memakai pakaian seragam berwarna biru.

  6. Kata Adjektif Ukuran Contohnya; Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah. Contoh ayat; • Rumah kecil di hujung sawah itu kepunyaan Pak Leman. • Dia menjolok buah itu dengan galah panjang. • Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.

  7. Kata Adjektif Bentuk Contohnya; Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk, lonjong Contoh ayat; • Meja makan itu berbentuk empat segi bujur. • Perut Hasan semakin buncit kerana sudah lama tidak bersenam. • Lukis garis lurus untuk menyambung kedua – dua titik itu.

  8. Kata Adjektif Jarak Contohnya; Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat, sebelah Contoh ayat: • Sekolahnya terletak sangat jauh dari rumahnya. • Rumah yang hampir sekali dengan masjid ialah rumah rumah Ali. • Tempat kemalangan itu dekat dengan sekolah saya.

  9. Kata Adjektif Waktu Contohnya; Baru, lama, segera, silam, lambat, cepat Contoh ayat; • Mereka memakai baju baru ke majlis hari jadi itu. • Encik Murad suka mendengar lagu – lagu lama nyanyian P.Ramlee. • Di bandar itu terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera.

  10. Kata Adjektif Perasaan Contohnya; Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang Contoh ayat; • Encik Lim sangat kecewa dengan keputusan PMR anaknya. • Dia rindu akan anaknya yang sedang belajar di luar negara. • Orang itu sesat jalan kerana segan hendak bertanya.

  11. Kata Adjektif Cara Contohnya; Deras, laju, segera, sering, lincah, perlahan Contoh ayat; • Pengaliran air itu sangat deras selepas hujan lebat. • Bot laju itu direka khas untuk pertandingan. • Tindakan yang segera daripada pihak berkuasa amatlah diharapkan.

  12. Kata Adjektif Pancaindera Contohnya; Pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan Contoh ayat; • Sabrina tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu. • Wajah manis gadis itu sungguh menawan hati. • Bau busuk dari kilang itu mengganggu penduduk kampung.

  13. Latihan Arahan : Isi tempat kosong dalam ayat – ayat di bawah dengan kata adjektif yang paling sesuai. • Kedengaran suara jeritan ________ meminta tolong. • Seorang wanita tua berjalan ________ hendak menaiki bas. • Kotak itu terlalu ________ untuk diangkat oleh murid – murid.

  14. 4. Bau bunga telur itu ________ benar. 5. Murid – murid berdiri ________ menyanyi lagu “Negaraku”. 6. Percakapan ________ sahaja akan dipercayai. 7. Rasa ________ duduk menunggu di sini. 8. Tutur kata ________ budak itu menarik sesiapa yang mendengarnya. 9. Lelaki ________ itu ialah Ustaz Jefri. 10. Suara ________ penyanyi itu memukau semua penonton.

  15. 11. Gadis ________ yang mengiklankan sabun dalam televisyen itu ialah kakak saya. 12. Aziz gagal dalam peperiksaan kerana ________ belajar. 13. Emak berasa ________ kerana kurang sihat. 14. Cikgu Yusri memuji Awang kerana dia membuat kerja dengan ________. 15. Kucing itu menjilat pinggan itu sampai ________. 16. Doktor telah menasihati Faridah supaya tidak mengambil makanan yang _______ kerana dia mengidap penyakit diabetes.

  16. 17. Sazali dan abangnya menjalankan perniagaan secara ________ sahaja. 18. “Rasa sup itu ________ kerana emak terlupa membubuh garam,” kata Siti kepada ibunya. --Selamat Mencuba --

More Related