1 / 18

Nurhazimah binti Khir Johari A 144706 SET 20 Dr. Nor Atika binti Md Ashar

HHHC 9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN. Nurhazimah binti Khir Johari A 144706 SET 20 Dr. Nor Atika binti Md Ashar. Nama projek : Operasi Khidmat Masyarakat Optometri kali ke-22 (OPKOM XXІІ) Kod projek : DN0 0694 /2013

Télécharger la présentation

Nurhazimah binti Khir Johari A 144706 SET 20 Dr. Nor Atika binti Md Ashar

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. HHHC 9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN Nurhazimah binti Khir Johari A 144706 SET 20 Dr. Nor Atika binti Md Ashar

  2. Nama projek : Operasi Khidmat Masyarakat Optometri kali ke-22 (OPKOM XXІІ) • Kod projek : DN00694/2013 • Tarikh Perancangan : 08/09/2014 - 22/01/2014 • Tarikh Perlaksanaan : 23/01/2014 – 26/01/2014 • Tarikh Tamat : 26/01/2014 • Tempat : Kampung Kebor Air, Manir, Terengganu • Jawatan : AJK Klinikal

  3. Program OPKOM kali ke-22 ini telah berjalan dengan jayanya selama 4 hari 3 malam bermula 23/01/2014-26/01/2014 di Kampung Kebor Air, Manir, Terengganu. Kami pelajar Optometri yang terdiri daripada pelajar Tahun 1-4 telah melakukan perkhidmatan klinikal dan pemeriksaan mata percuma kepada masyarakat khususnya penduduk Kampung Kebor Air dan juga keluarg angkat. Saya telah diberikan tanggungjawab memegang jawatan sebagai AJK Klinikal yang memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kelancaran berlangsungnya program OPKOM ini.

  4. Melalui program OPKOM ini, pelbagai input, ilmu serta kemahiran telah saya perolehi di mana program ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri saya. • Hal ini kerana, dengan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya sebagai antara salah seorang AJK Klinikal, saya telah berusaha bersama-sama dengan AJK serta Exco yang lain menjayakan program OPKOM tahun ini di mana merupakan program tahun bagi Program Optometri. • Antara input positif yang telah saya dapati apabila saya terlibat di dalam program ini adalah :

  5. Semangat Sosial dan Kemasyarakatan Objektif utama program OPKOM ini adalah memberikan khidmat masyarakat iaitu pemeriksaan mata percuma kepada penduduk kampung yang berada di luar bandar dan juga kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan penjagaan mata. Melalui ini, saya pelajari bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pelajar yang mempunyai pelajaran untuk menjalankan khidmat masyarakat yang sebegini agar kita dapat sama-sama berkongsi pengetahuan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan yang tinggal di luar bandar. Hal ini kerana faktor kekurangan kemudahan di tempat luar bandar yang mengakibatkan ramai yang tidak sedar akan kepentingan penjagaan mata. Selain itu, aktiviti LDK yang telah dijalankan iaitu melibatkan murid SK Kampung Kebor Air juga sedikit sebanyak meninggalkan input positif dalam diri saya. Hal ini kerana saya telah menjadi salah seorang fasilitator untuk aktiviti LDK tersebut.

  6. Saya membantu murid-murid dalam menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka. Di samping itu, saya turut berkomunikasi bersama mereka dan sempat berkenalan bersama ahli kumpulan saya. Selain itu, ketika berada di sana, kami masing-masing mempunyai keluarga angkat dan telah tinggal bersama mereka sepanjang program berlangsung. Pelbagai perkara baru telah saya pelajari daripada keluarga angkat saya sendiri seperti cara hidup masyarakat kampung, makanan orang Terengganu dan juga tempat-tempat menarik di Terengganu. Justeru, pengalaman tersebut sangat bermakna dan memberikan input yang positif di mana ia telah menerapkan semangat sosial dan kemasyarakatan dalam diri saya.

  7. Bersama salah seorang penduduk kampung yang ingin melakukan pemeriksaan mata Sewaktu di bahagian pendaftaran. Penduduk kampung menunggu giliran untuk pemeriksaan mata

  8. Fasilitator bersama kumpulan LDK yang terdiri daripada murid-murid SK Kampung Kebor Air Selesai aktiviti LDK bersama murid-murid yang ceria dan sporting

  9. Bergambar bersama murid-murid SK Kampung Kebor Air Aktiviti makan malam (bbq) bersama penduduk kampung

  10. bersama keluarga angkat, Hj Jusoh dan adik-beradik angkat; Alia dan Kak Jiun

  11. Sifat Bertanggungjawab Apa yang saya dapati apabila melibatkan diri di dalam Program OPKOM kali ini adalah setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam melakukan tugasan yang diberikan bagi memastikan kelancaran program berlangsung. Misalnya sebagai AJK Klinikal, adalah menjadi tanggungjawab saya bertugas semasa perkhidmatan klinikal dan pemeriksaan mata yang dijalankan mengikut jadual tugasan yang ditetapkan. Memandangkan pemeriksaan mata yang dijalankan melibatkan pelbagai peringkat iaitu bermula dengan pendaftaran, mengukur VA, 'entrance test', 'refraction', 'frame', 'consultation' dan 'ophthalmoscopy'. oleh itu, Saya membantu menunjukkan arah dan bilik yang harus dituju oleh pesakit bagi memastikan keselesaan mereka melakukan pemeriksaan mata bersama kami.

  12. Antara lain adalah sikap bertanggungjawab untuk hadir dalam pada setiap perjumpaan yang diadakan serta ketepatan masa. gerak gempur bagi program ini telah dijalankan pada waktu cuti semester 1. Walaupun ketika itu cuti sudah bermula, namun sebagai AJK Klinikal, saya berjaya menghadirkan diri untuk gerak gempur tersebut. Malahan, kami telah berkampung beramai-ramai di kolej bagi melakukan persiapan terakhir sementara pelajar lain sedang menikmati cuti semester. Sepanjang tempoh gerak gempur berlangsung, kesemua ajk, exco dan juga pengarah program telah giat membuat perjumpaan berterusan. Kami kerap kali telah berjumpa dan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan program. Di samping itu, Exco Klinikal juga turut mengadakan perbincangan bersama AJK bagi menerangkan tentang tugasan sewaktu program berlangsung.

  13. Sewaktu bertugas menjadi 'runner' di bahagian pendaftaran Bersama supervisor dan AJK Klinikal yang lain

  14. Cara berkomunikasi dengan orang ramai Sepanjang program OPKOM ini berlangsung, komunikasi merupakan perkara yang paling penting kerana program ini melibatkan masyarakat dan juga pihak luar. sebagai AJK Klinikal, saya banyak berhubung dan berkomunikasi dengan pesakit. Cara komunikasi bersama mereka adalah tidak sama dengan cara kita berkomunikasi dengan rakan sebaya. hal ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa. selain itu, saya juga menghadapi masalah komunikasi memandangkan lokasi program ini adalah di Terengganu. misalnya, saya sukar untu memahami loghat dan bahasa yang digunakan oleh kebanyakan penduduk tersebut. Walaubagaimanapun, masalah ini bukanlah penghalang kerana sebelum bertolak, kami sedikit sebanyak telah belajar bahasa dan loghat yang digunakan oleh penduduk Terengganu bagi memudahkan proses komunikasi antara para peserta dan penduduk kampung.

  15. Kenangan terakhir bersama peserta, keluarga angkat serta penduduk Kampung Kebor Air, Terenganu.

  16. Lampiran Surat Kelulusan Program Operasi Khidmat Masyarakat Optometri kali ke-22 UKM (OPKOM XXІІ)

More Related