1 / 43

Ketam batu : orang yang sangat kedekut

Ketam batu : orang yang sangat kedekut. Contoh : Janganlah kamu mengharapkan sumbangan daripada Kahar yang ketam batu itu. Mulut tempayan : tidak dapat menyimpan rahsia. Contoh : Cerita ini jangan kamu beritahu kepada Ana kerana dia mulut tempayan. Putih mata: Kecewa / mendapat malu.

mai
Télécharger la présentation

Ketam batu : orang yang sangat kedekut

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Ketam batu : orang yang sangat kedekut Contoh : Janganlah kamu mengharapkan sumbangan daripada Kahar yang ketam batu itu.

  2. Mulut tempayan : tidak dapat menyimpan rahsia. • Contoh : Cerita ini jangan kamu beritahu kepada Ana kerana dia mulut tempayan

  3. Putih mata:Kecewa / mendapat malu • Contoh : Kakak putih mata apabila permohonannya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti itu gagal

  4. Bagai aur dengan tebing • Tolong- menolong antara satu dengan yang lain

  5. Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing • Tiada kata sepakat dalam sesuatu perbicangan

  6. Bagai dakwat dengan kertas • Sangat akrab.

  7. Bagai melepaskan batuk di tangga • Membuat sesuatu kerja tetapi kerja tidak selesai

  8. Seperti anjing berebut tulang • Orang tamak berebut harta

  9. Seperti aur ditarik songsang • Pekerjaan atau perkara yang sukar dilaksanakan kerana sudah salah jalan

  10. Seperti hujan jatuh ke pasir. • Nasihat yang tidak dihargai

  11. Seperti rusa masuk ke kampung • Tercengang-cengang kehairanan

  12. Bagaimana acuan begitulah kuihnya • Anak menurut baka ibu bapanya; sesuatu itu menurut asalnya

  13. Berat sama dipikul , ringan sama dijinjing • Suka duka sama-sama ditanggung

  14. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga • Berselisih sesama keluarga akhirnya berbaik kembali

  15. Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung • Hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami

  16. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah • Pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat mendapat susah

  17. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. • Setiap manusia dikenang kerana jasa yang dilakukannya semasa hidup

  18. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah • Saling membantu, susah senang dinikmati bersama

  19. Harapkan guruh di langit , air tempayan dicurahkan • Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti, keuntungan yang kecil dilepaskan

  20. Jerat tidak lupa akan pelanduk, tetapi pelanduk lupa akan jerat • Sudah lupa akan bahaya , tetapi sebenarnya bahaya tetap mengancam

  21. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang • Orang susah harus bekerja setiap masa

  22. Kalah jadi abu menang jadi arang • Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tidak menguntungkan mana-mana pihak

  23. Kalau kail panjang sejengkal , lautan yang dalam diduga jangan. • Jika mempunyai pengetahuan yang sedikit , janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya

  24. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni • Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat dipisahkan

  25. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. • Mendapat kecelakaan kerana percakapan.

  26. Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak • Kesalahan orang lain biarpun kecil nampak, kesalahan sendiri tidak disedari.

  27. Lautan mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan • Segala usaha tetap ada kesukaran dan bahaya

  28. Lembu punya susu, sapi dapat nama • Orang lain yang berusaha, orang lain yang mendapat nama

  29. Masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak • Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.

  30. Naik seperti semut, turun seperti ribut • Hendak mendapat kejayaan selalu lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

  31. Tak lapuk di hujan, tak lekang di panas • Adat yang tidak berubah walaupun berganti tahun

  32. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah • Sama taraf

  33. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam • Sekiranya bernasib baik akan mendapat kejayaan, tetapi jika bernasib malang akan mendapat kerugian

  34. Ada gula ada semut • Orang akan berkumpul di tempat mendapat rezeki dengan mudah

  35. Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga • Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan

  36. Sarang tebuan jangan dijolok • Jangan sengaja mencari kesusahan

  37. Sirih pulang ke gagang • Kembali ke tempat asalnya

  38. Sediakan payung sebelum hujan • Berjaga-jaga sebelum kita mendapat bencana

  39. Sudah jatuh ditimpa tangga • Ditimpa kemalangan yang berturut-turut

  40. Telur di hujung tanduk • Dalam keadaan bahaya

  41. Ukur baju di badan sendiri • Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri

  42. Bahasa jiwa bangsa • Bahasa adalah lambang keperibadian sesuatu masyarakat

  43. Bahasa menunjukkan bangsa • Daripada pertuturan seseorang kita dapat mengetahui jenis dan keturunannya

More Related